The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sekolah-3971, 2024-02-08 09:16:27

BULETIN SEMAWAR EDISI 1/ 2024

edisi 1 merge

EDISI 1/2024 14 Januari 2024- Satu majlis graduasi telah diadakan dengan gilang gemilang di Dewan Al Falah bagi pelajar-pelajar tingkatan 5 SMK Agama Bandar Penawar. Pihak SEMAWAR amat berbesar hati menerima kehadiran Tuan Haji Mohamad Fadil b Ishak, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi sebagai perasmi dalam majlis ini. Majlis ini turut dihadiri oleh Encik Rosdi bin Amir ,Yang Dipertua PIBG SMK Agama Bandar Penawar. Majlis ini merupakan satu program tahunan yang diadakan untuk meraikan pelajar tingkatan 5 yang bakal menamatkan pengajian mereka pada tahun ini. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar tingkatan 5 ,semoga terus cemerlang dalam kehidupan di masa akan datang. Majlis GRADUASI SPM ke-29 Sekolah Menengah Agama Bandar Penawar Class of2023 MELAHIRKAN TEKNOKRAT MUTADAYYIN


SERAMAI 94 PELAJAR SPM MENERIMA SIJIL GRADUASI PADA TAHUN INI BERITA HANGAT TAHNIAH GRADUAN Seramai 94 orang pelajar tingkatan 5 SMK Agama Bandar Penawar telah menerima sijil graduasi dalam satu majlis yang gilang gemilang pada 14 Januari 2024 bersamaan hari Ahad bertempat di Dewan Al Falah. Majlis bertambah meriah dengan kehadiran Tuan Haji Mohamad Fadil b Ishak,Pegawai PPD daerah Kota tinggi untuk merasmikan dan seterusnya menyampaikan sijil graduasi kepada pelajar tingkatan 5. Kehadiran ibubapa para pelajar juga membuat kan majlis ini menjadi lebih bermakna dan akan menjadi kenangan yang paling manis semasa berada di bumi SEMAWAR. Tahniah diucapkan kepada semua penerima sijil graduasi tamat tingkatan 5. Semoga anda semua berjaya dalam bidang yang diceburi mendokong slogan sekolah iaitu menjadi seorang yang berjiwa teknokrat mutadayyin di masa akan datang. MUHAMMAD ZALHASMI BIN MAT ZAIDI MUNCUL SEBAGAI PENERIMA ANUGERAH KHAS PENGETUA Muhammad Zalhasmi telah menerima Anugerah Khas Pengetua di atas pencapaiannya yang cemerlang sepanjang tahun 2023. Beliau juga merupakan pelajar target straight A+ pada tahun ini. Semoga berjaya. MEMORI YANG AKAN DIKENANG SELAMANNYA MELAHIRKAN TEKNOKRAT MUTADAYYIN


WARNA WARNI MAJLIS GRADUASI


SMK AGAMA BANDAR PENAWAR S E M A W A R M E L A H I R K A N T E K N O K R A T M U T A D A Y Y I N S E M A W A R M E L A H I R K A N T E K N O K R A T M U T A D A Y Y I N PENDAFTARAN SEKOLAH PENGGAL 3 TAHUN 2023/2024 Pada hari Isnin, 1 Januari 2024, telah diadakan Pendaftaran Pelajar SEMAWAR bagi sesi persekolahan penggal 3 tahun 2023/2024 di Dewan AlFalah. Pendaftaran ini melibatkan semua pelajar tingkatan 1 hingga 6. Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Selain itu, pembayaran yuran makan asrama bagi tahun 2024 juga dikutip sewaktu pendaftaran ini. SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH BUAT SEMUA PELAJAR SEMAWAR.


Program Sentuhan Kasih SPM 2023 Pada 3 Januari 2024, bertempat di surau Al Falah, SEMAWAR telah dikunjungi oleh 3 orang pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi bagi Program Sentuhan Kasih khas buat calon-calon SPM 2023. Program ini dilaksanakan bagi memberi motivasi kepada caloncalon SPM untuk terus berusaha sehabis baik dalam peperiksaan SPM bagi kecemerlangan sekolah dan kecemerlangan diri. Melahirkan Teknokrat Mutadayyin


Budaya Al-Quran بودياالقرءان Program Budaya Al-Quran adalah program mingguan yang diadakan pada setiap hari khamis. Pada program ini akan diadakan tadabbur surah pilihan dalam al quran oleh para ustaz secara bergilir-gilir. Pada 4 Januari 2024 merupakan program budaya Al quran yang pertama diadakan pada tahun ini dan dipengerusikan oleh Ustaz Norzaidi bin Ismail,pengetua SMK Agama Bandar Penawar. Bacalah Al-Quran.Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya-HR MUSLIM-


Jamuan Akhir Tahun Kwaf 2023 Jamuan Akhir Tahun Kwaf 2023 Your Logo SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Khamis 4 Januari 2024 2.30 petang Sebana Cove Resort Jamuan Akhir Tahun ini merupakan majlis tahunan yang dianjurkan oleh KWAF 2023. Majlis ini dihadiri oleh semua guru dan staf SMKA Bandar Penawar. Antara agenda menarik dalam majlis ini termasuklah Majlis Persaraan Pn Noriah, Pn Rozita Hanim dan Pn Sa’adiah, Pengumuman Pengerusi KWAF 2024, Persembahan, dan Lucky Draw. Serumpun Bak Serai, Sesusun Bak Sirih


Jamuan Akhir Tahun Kwaf 2023 Jamuan Akhir Tahun Kwaf 2023 Your Logo SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Khamis 4 Januari 2024 2.30 petang Sebana Cove Resort Serumpun Bak Serai, Sesusun Bak Sirih


SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Majlis Srikandi Berbudi Tulus Berbakti telah diadakan pada 4 Januari 2024, jam 2.30 petang, di Sebana Cove Resort. Majlis ini merupakan majlis makan tengahari sempena meraikan Persaraan Pn Noriah, Pn Rozita Hanim dan Pn Sa’adiah. Majlis ini telah dihadiri seramai 100 orang tetamu termasuk guru, staf, pekerja pembersihan, alumi SEMAWAR dan famili persara. Pn Sa’adiah bt Saleh Ketua Penyelia Asrama Majlis SriKandi Berbudi TULUS BERBAKTI LUS BERBAKTI Pn Hjh Noriah bt Ilyas GPK Kokurikulum Pn Rozita Hanim bt Darus GKMP Sains & Matematik


Majlis Persaraan PN NORIAH BINTI ILIAS (gURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM) PN ROZITA HANIM BINTI DARUS (gKMP MATEMATIK & SAINS) Majlis Srikandi Berbudi Tulus Berbakti sempena persaraan Pn Noriah binti Ilias dan Pn Rozita Hanim binti Darus telah diadakan pada 4 Januari 2024. Sambutan bertemakan Orang Kampung ini, disambut meriah oleh semua warga SEMAWAR sebagai penghargaan buat 2 insan yang banyak menabur bakti dan budi bagi kecemerlangan sekolah. 04 Januari 2024 11.00 pagi Dewan Al Falah Srikandi Berbudi.....Tulus Berbakti


Srikandi Berbudi Tulus Berbakti


MESYUARAT KEWANGAN & ASET BIL 1/2024 SELASA 2.30 PTG 9 JAN 2024 Satu mesyuarat kewangan dan aset telah diadakan di Bilik Mesyuarat pada 9 Januari 2024. Mesyuarat ini membincangkan tentang perbelanjaan 2023 dan perancangan perbelanjaan 2024. Mesyuarat ini dihadiri oleh Tuan pengetua,para pentadbir ,Ketua Panitia , kerani kewangan ,Pegawai Aset dan Pembantu tadbir yang baru iaitu Puan Norhayati Suparman. Semua unit diminta membuat ABM bagi tahun 2024 untuk melancarkan pengurusan kewangan pada tahun 2024. Semoga pengurusan kewangan 2024 berjalan lancar dan mendapat audit cemerlang. BIJAK WANG....BIJAK MASA DEPAN


“One Step Ahead” SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Bersama Mahasiswa KPM Bersama Mahasiswa KPM Program Motivasi Pada hari Rabu 17 Januari 2024, telah diadakan Program Motivasi “One Step Ahead” Bersama Mahasiswa KPM anjuran Unit Bimbingan Kaunseling SEMAWAR. Program ini melibatkan semua pelajar tingkatan 4 SEMAWAR. Uniknya program motivasi ini dilaksanakan di kampus Kolej Profesionalisme MARA Bandar Penawar.


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA BANDAR PENAWAR Anugerah NILAM SEMAWAR 2023 18 Januari 2024- satu majlis penyampaian Anugerah NILAM peringkat SEMAWAR telah diadakan di surau Al Falah. Majlis ini merupakan satu pengiktirafan kepada pelajar yang telah mencapai bacaan 5 bintang dalam NILAM mereka. Seramai 9 orang pelajar telah mencapai 5 bintang pada tahun 2023 menerima hadiah,sijil dan voucer koperasi yang telah disampaikan oleh Ustaz Norzaidi b Ismail,Pengetua SMK Agama Bandar Penawar. Danishya Dannyla Dazmin bt Abdullah daripada kelas 3 Zainab muncul juara keseluruhan tahun 2023 kerana telah merekodkan sebanyak 1400 bacaan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada beliau. Semoga majlis ini menjadi inspirasi kepada pelajar yang lain. Danishya Dannyla Dazmin bt Abdullah muncul juara tahun 2023 dalam NILAM peringkat SEMAWAR 2023 MELAHIRKAN TEKNOKRAT MUTADAYYIN SEMAWAR YANG BERBUDAYA MEMBACA


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA BANDAR PENAWAR JOHAN Nur hannan Humaira bt Mohd Fadzlan JOHAN Nur hannan Humaira bt Mohd Fadzlan NAIB JOHAN Muhammad Nor Syazani b Mohd Ridhuan NAIB JOHAN Muhammad Nor Syazani b Mohd Ridhuan KETIGA Amni Naadirah bt Amir Baktir KETIGA Amni Naadirah bt Amir Baktir Pertandingan Merekod NILAM Kategori Menengah Rendah Bulan NOV/DIS 2023 JOHAN Rusnadiatul Adawiah bt Rustam JOHAN Rusnadiatul Adawiah bt Rustam NAIB JOHAN Rabiatul Adawiyah bt Azlan NAIB JOHAN Rabiatul Adawiyah bt Azlan KETIGA Nurhidayah bt Mazlan KETIGA Nurhidayah bt Mazlan Kategori Menengah Atas Kata Buya Hamka, "Membaca buku-buku yang baik berarti memberi makanan rohani yang baik.


PENGURUSAN JENAZAH BENGKEL SURAU ALFALAH SEMAWAR SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Pada hari Rabu, 24 Januari 2024 telah diadakan Bengkel Pengurusan Jenazah di Surau Al Falah. Bengkel ini bermula pada jam 8 pagi hingga 1 petang. Antara pengisiannya ialah teori pengurusan jenazah, praktikal mandi dan kafan jenazah serta kuiz berkaitan pengurusan jenazah. Bengkel ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan penceramah ialah Ustaz Mohd Asfarizan bin Pungut. Semua pelajar tingkatan 3 terlibat sepanjang bengkel ini.


Majlis Restu Kasih dan Restu Ilmu unit bimbingan dan kaunseling Tarikh : 28/1/2024 (Ahad) Masa : selepas perhimpunan Aluan pengacara ( ustaz arifin) Ucapan tn pengetua Bacaan selawat ( dzil afnan) Pelajar spm/stpm bersalaman dgn semua guru. Bersalaman dgn semua staff Bersalaman dgn semua pelajar


1.Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan 2.Anugerah Terbilang STPM 2022 3.Anugerah Pengurusan Bimbingan Kaunseling Terbilang 4.Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Bakat 5.Anugerah Gemilang Gred Purata Sekolah SPM 6.Anugerah Kualiti layak mendapat sijil SPM 7.Anugerah Platinum Pencapaian Holistik Majlis Anugerah Kualiti & Inovasi Anugerah Kualiti & Inovasi CEO Talent: Ustaz Norzaidi bin Ismail Pada 29 Januari 2024 satu Majlis Anugerah Kualiti telah diadakan di Dewan SJKC Mawai, Kota Tinggi. Majlis ini adalah anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi. Pihak SEMAWAR telah dianugerahkan sebanyak 7 anugerah kualiti dalam pelbagai bidang dan 5 anugerah individu pada tahun ini. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SEMAWAR diatas kejayaan ini . Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama seluruh warga dan akhirnya membuahkan kejayaan pada tahun 2023. Pengiktirafan yang paling berharga ialah SEMAWAR telah merangkul Anugerah Platinum iaitu anugerah keseluruhan bagi tahun 2023 dan juga tidak ketinggalan Ustaz Norzaidi b Ismail telah berjaya mendapat Anugerah CEO talent pada tahun ini. Tahniah kepada semua.Semoga semua warga SEMAWAR terus berusaha dengan cemerlang pada tahun 2024. TAHNIAH SEMAWAR Senarai Anugerah 2023 Senarai Anugerah 2023 Pendidikan Daerah Kota Tinggi anjuran 29 Januari 2024 Anugerah Guru cemerlang Pengurusan aktiviti ko-kurikulum Encik Amerul Akmal b Mohd Yunos Anugerah Jurulatih pusat koko terbaik Cik Nor Husna b Roslin Anugerah Ikon Penyelia asrama Pn Mazuin bt Mohd Ariff Anugerah Guru Perpustakaan Media Pn Siti Fatimah Binti Salleh TAHNIAH KEPADA SEMUA..KEJAYAAN INI MILIK KITA BERSAMA


1.86 sasaran SPM 2023 Majlis Semarak Juang SPM KITA PASTI BOLEH !! SELAMAT BERJUANG PELAJAR SPM 2023 SELAMAT BERJUANG PELAJAR SPM 2023 30 Januari 2024- Selasa, telah diadakan satu Majlis Semarak Juang bagi pelajar SPM sebelum mereka melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan qunut nazilah. Kemudian diikuti dengan ucapan tuan pengetua, Encik Norzaidi bin Ismail. Didalam ucapan tuan pengetua beliau telah memberi kata kata semangat terakhir sebelum mereka masuk ke dewan. Ibu bapa dan guru juga turut serta dalam majlis ini dan mendoakan mereka agar dapat menjawab dengan cemerlang dalam spm pada tahun ini. Semoga 1.86 dalam gengaman kita pada SPM tahun ini. إن شاء هللا KITA PASTI BOLEH !! KITA PASTI BOLEH !! إن شاء هللا


Rekabentuk Makanan aben Ek t sp u lor k asi M PBD akanan Rekabentuk & Teknologi Pada 30 Januari 2024, Panitia RBT telah dilaksanakan Program rekabentuk makanan bagi memenuhi pentaksiran bilik darjah subjek RBT. Seramai 106 pelajar tingkatan 2 telah terlibat bagi menghasilkan satu rekabentuk hidangan makanan berasaskan sandwich dan satu rekaan dari buat limau. Program telah berlangsung dengan baik dan pelajar memberikan komitmen serta dapat menghasilkan satu rekaan yang kreatif.


Pada 31 Januari 2024 telah berlangsung satu pertandingan teater dan Boria bertempat di Dewan makan. Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit Kaunseling . Pertandingan ini disertai oleh pelajar tingkatan 4. Tema bagi pertandingan ini ialah “hentikan buli dan Gangguan seksual”. Objektif pertandingan ini ialah untuk memberi kesedaran kapada para pelajar tentang keburukan buli serta kesan akibat gangguan seksual terhadap pelaku dan mangsa. Semoga program ini dapat meningkatkan kesedaran kepada pelajar. Unit Bimbingan & Kaunseling Pertandingan teater dan boria sempena kempen anti buli & gangguan seksual TAHUKAH ANDA Ada beberapa bentuk buli: Buli secara langsung: mengejek, menghina, memukul. Buli tidak langsung: menyebarkan berita yang memalukan, memulau, menyindir. Buli siber: menggunakan teknologi digital untuk memalukan atau mengancam. Bebaskan diri anda daripada buli dan amalkan gaya hidup sihat


Pada 7 Februari 2024 bersamaan hari Rabu,telah diadakan satu program Motivasi dan Halatuju pelajar tingkatan 3 di IKBN Bandar Penawar. Seramai 107 orang pelajar tingkatan 3 menyertai program ini. Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar mengenai peluang kursus yang boleh dipohon selepas SPM terutamanya di IKBN. Program ini dibawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling iaitu diuruskan oleh Ustaz Mohd Ariffin b Zainal dan Ustazah Siti Khadijah bt Khalid. Semoga program ini dapat memberi info kepada pelajar tingkatan 3 tentang peluang untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM pada tahun 2025. Unit Bimbingan & Kaunseling Program Motivasi & Halatuju pelajar tingkatan 3 ُبوا الِعْلَم ولو بالصيِن اطُل Maksudnya : Carilah (tuntutlah) ilmu walaupun ke negara Cina


Tahap 1: - Surah Fatihah hingga ad-Dhuha - as-Sajdah Tahap 2: - Surah Fatihah hingga an-Naba’ Tahap 3: - Surah Fatihah hingga ad-Dhuha - - al- Waqi'ah - al-Jumuah - al-Munafiqun - al -Insan Tahap 4: - Surah Fatihah hingga ad-Dhuha - al- Nuh - as-Sajdah - as-Soff - Yasin Tahap 5: - Surah Fatihah hingga ad-Dhuha - al- Mulk - as-Sajdah - Yasin Majlis Anugerah Majlis Apresiasi Huffaz Al Quran telah diadakan pada Ahad,01 Februari 2024 jam 7.30 pagi . Majlis ini diadakan di surau Al Falah sebagai penghargaan kepada pelajar yang berusaha bersungguhsungguh menyelesaikan hafazan mengikut tahap masing-masing. Seramai 80 orang pelajar yang terdiri dari tingkatan 1 hingga 5 telah menerima sijil penghargaan dan wang tunai RM50 setiap seorang. Hafiz terbaik telah disandang oleh Muhammad Haziq bin Mohamad Zaidi dari 2 Khawarizmi manakala hafizah terbaik diberikan kepada Mifhatul Alimi binti Hakim dari 2 Aisyah. Program huffaz ini telah dilaksanakan pada setiap hari isnin, selasa dan rabu berlangsung selama 30 minit. dengan kekuatan tenaga pembimbing seramai 5 orang. 2023/2024


Muhammad Haziq bin Mohamad Zaidi HAFIZ TERBAIK Senarai Penerima Anugerah Huffaz 2023/2024 Muftihatul Alimi Binti Hakim HAFIZAH TERBAIK Guru pembimbing program Huffaz


M E L A H I R K A N T E K N O K R A T M U T A D A Y Y I N Y A N G B E R J I W A P E N G H A Y A T A N P E R I S T I W A I S R A K M I K R A J


Tadabbur Al-Quran سورةاألنفال سورةالتوبة Sinopsis Juzuk 10 • Surah yang tidak bermula dengan Bismillah • Memaparkan peperangan terakhir Nabi SAW • Turunnya selepas peristiwa Hijrah dan menjelang peperangan Tabuk • Peluang terakhir bagi golongan kafir sebelum mereka didatangi azab • Kaum Musyrikin diberi amaran untuk keluar dari tanah Makkah sekiranya mereka masih lagi mensyirikkan Allah SWT walaupun setelah berlakunya keempat-empat peristiwa berikut: • Membuktikan bahawa kisah sejarah akan berulang • Memaparkan kemenangan Rasulullah terhadap penyembah berhala • Membicarakan terperinci berkaitan peperangan Badar yang berlaku pada 17 Ramadhan • Surah yang menjadi motivasi kepada pejuang Islam kerana menekankan faktor kekuatan rohani akan beroleh kemenangan Ringkasan Surah ini diturunkan mengiringi kemenangan umat Islam di peperangan Badar dan menjelaskan Kuasa dan Qadar Allah SWT . Surah ini juga menegaskan tentang kemenangan yang diberi adalah upah di atas kesabaran umat Islam • Penurunan 89 surah selama 13 tahun • Mukjizat bulan terbelah • Mukjizat perang Badar • Pembukaan Kota Makkah tanpa peperangan


Click to View FlipBook Version