The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sekolah-3971, 2023-12-20 19:07:58

BULETIN SEMAWAR EDISI 10/2023

EDISI 10 MERGE

Pada 16 November 2023 telah dilaksanakan sambutan maulidur rasul peringkat sekolah dengan tema SEMAWAR BERSELAWAT. Majlis ini dimeriahkan dengan Bacaan Qasidah dan Tausiah Oleh : Ustaz Syeikh Shahrul Rizal bin Mohd Sati Asy-Syazili (Mudir Madrasah Pondok Hasaniah Islamiah, Tenggaroh 5) Kumpulan Qasidah : Al-Baihaqi Majlis tahunan ini dijalankan melahirkan pelajar-pelajar yang mencintai Sirah dan Sunnah Rasulullah SAW dan membentuk hubungan Ukhuwah Islamiyyah seluruh warga pendidik, staf sokongan dan pelajar-pelajar sekolah-sekolah kawasan Bandar Penawar sempena kemuliaan bulan memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah 2023M / 1445H


SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Lawatan Pelajar Tingkatan 6 KeUniversitiAwam Pada hari Rabu hingga Sabtu, 8 hingga 11 November 2023, Persatuan Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam (MPPTE) SEMAWAR telah mengadakan Lawatan ke Universiti Awam. Lawatan ini diringi oleh tiga orang guru tingkatan 6 dan 25 orang pelajar tingkatan 6 atas. Antara Universiti yang dilawati ialah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Hasil lawatan ini pelajar tingkatan 6 diberi pendedahan berkaitan syarat kemasukan ke Universiti, bidang-bidang pengajian yang ditawarkan dan kelebihan-kelebihan memilih universiti tempatan. Program ini telah menyemarakkan motivasi pelajar tingkatan 6 untuk belajar bersungguh-sungguh bagi menempatkan diri di universiti ini. Lawatan ke UIAM Lawatan ke UKM


SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Lawatan Pelajar Tingkatan 6 KeUniversitiAwam Lawatan ke UPSI Lawatan ke Masjid Sendayan Seremban Lawatan ke USIM


Tahniah.... Pada 8 November 2023, SEMAWAR telah memenangi saguhati dalam pertandingan kitar semula sekolahsekolah 2023 anjuran pihak SW Corp. Kemenangan ini adalah atas usaha berterusan unit kokurikulum dan kelab kitar semula dalam mengumpul berat(kg) kutipan untuk tiga jenis bahan kitar semula iaitu plastik, aluminium dan kotak minuman.


Pertandingan MAULIDURASUL PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN PENGERANG 13 NOVEMBER 2023 (ISNIN) MASJID AS SYIFAA BANDAR PENAWAR Pencapaian sekolah Pada 13 November 2023, sekolah kita telah menyertai sambutan Maulidurrasul Peringkat Majlis Perbandaran Pengerang bertempat di Masjid Assyiffa Bandar Penawar. Terdapat beberapa pertandingan telah dijalankan didalam program ini. Alhamdulillah sekolah kita telah berjaya merangkul beberapa tempat dalam pertandingan yang diadakan. Keputusan pertandingan ialah : 1. Nasyid Dzil Afnan - Johan RM700 2. Nasyid Mumtaz - Naib Johan RM 500 3. Perarakan Maulidurrarsul - Naib Johan RM700 Melahirkan teknokrat mutadayyin


Kem kepimpinan SLB Thinkers Kohort 7 Daerah Kota Tinggi tahun 2023 Unit Kaunseling KEM KEPIMPINAN Pada 14-15 November 2023 telah diadakan satu Kem Kepimpinan SLB Thinker Kohort 7 Daerah Kota Tinggi. Tujan kem ini diadakan ialah sebagai medium untuk mencari calon dlsb yang baru. Disamping itu program ini dapat memberi peluang kepada pemimpin baru mengeluarkan idea sebagai rangka untuk memjadi pemimpin yang berkualiti dimasa akan datang. Sekolah kita telah menghantar 3 org wakil dan seorang fasilitator bagi program ini. Semoga program ini dapat menyuntik semangat kepada mereka untuk menjalankan amanah di masa hadapan. Muhammad Faris Safwan (Fasilitator) 1. 2.Muhammad Al-Fateh 3.Muhammaed Naqieb 4.NurAlya Nazirah 5.Putri Iman Aqilah PESERTA KEM KEPIMPINAN Ke arah melahirkan pemimpin yang berjiwa teknokrat yang mutadayyin


SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Pada hari Rabu, 15 November 2023, Unit Kokurikulum telah melaksanakan Program CPR Semarak Insan di Surau AlFalah. Penceramah Program CPR ini diketuai oleh Encik Muhammad Hidayat, Ketua Penolong Pembantu Perubatan dengan dibantu beberapa pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Bandar Penawar, Bandar Mas, Bayu Damai dan Sungai Rengit. Program ini berlangsung selama 2 jam bermula 2.30 petang hingga 4.30 petang. Melalui program ini semua pelajar SEMAWAR diberi pendedahan teknik menyelamat menggunakan Teknik CPR dengan cara yang betul. Program CPR Semarak Insan


Pada hari Sabtu 18 November 2023, telah diadakan Majlis Apresiasi Lujnah Kepimpinan Pelajar di Lotus Desaru Beach. Majlis ini telah dihadiri oleh 143 orang termasuk guru dan pelajar. Majlis apresiasi Lujnah Kepimpinan Pelajar (LKP) ini memberi pengiktirafan kepada para pengawas bagi menghargai sumbangan dalam menjayakan pelbagai program sekolah. Ia juga bertujuan mewujudkan keakraban dalam kalangan pentadbir sekolah, guru, dan LKP SEMAWAR. MELAHIRKAN TEKNOKRAT MUTADAYYIN Majlis Apresiasi Lujnah Kepimpinan Pelajar 2023 Majlis Apresiasi Lujnah Kepimpinan Pelajar 2023 SMK AGAMA BANDAR PENAWAR


SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Ahad 19 November 2023, telah berlangsung Majlis Hitea Selaut Budi Sejuta Memori sempena persaraan Ustaz En Mohd Noor bin Ahmad, Guru Biologi SEMAWAR. Majlis ini dilaksanakan di Dewan Sunflower Lotus Desaru pada jam 2.30 petang. Majlis Hitea ini telah dihadiri oleh isteri, anak, rakanrakan guru dan staf SEMAWAR. SRJK (C) Jenjarom, Sg. Jarom, Selangor - 6.1.1986 SRJK (C) Pat Fong 2, Melaka- 1.12.1995 SRK St. Francis, Melaka- 1.1.1998 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Biologi UPSI (18.5.98-2001 sambung pengajian) SMKA Bandar Penawar- 16.5.01-9.11.23 SEJARAH PERKHIDMATAN SK Kandang Melaka (1970- 1975 SMK Tun Mutahir, Batu Berendam Melaka (1976-1978) SMK Munshi Abdullah, Batu Berendam Melaka (1979-1982) UPSI, Perak (1998-2001) SEMPENA MAJLIS PERSARAAN BIODATA Tempat Lahir: Hospital Kandang Kerbau, Singapura 5 Beradik (3 kakak, 1 Adik Perempuan SEJARAH PENDIDIKAN GRED LANTIKAN DG 41 (1.0.2001) DG 44 (1.9.2008) DG 48 (1.9.2016) DG 52 (1.7.2023)


SMK AGAMA BANDAR PENAWAR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN


PROGRAMGURUMUDA MATEMATIKMENENGAH RENDAH PADA:21NOVEMBER2023 TEMPAT: SMSAINSKOTATINGGI T E R I M A K A S I H S E M A N G A T U S A H A K E R J A S A M A K O N G S I I L M U I N S P I R A S I P E R J U A N G A N E N J O Y


Pada 20 November 2023 jam 9.00 pagi telah dijalankan aktiviti latihan kebakaran peringkat sekolah. Latihan ini dibantu oleh pihak bomba cawangan Sebana. Latihan ini memberi pendedahan awal dan pengalaman kepada pelajar kaedah menyelamatkan diri ketika kebakaran dan kecemasan berlaku. LATIHAN KEBAKARAN


28-30 Nov 2023 SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Semester 1 STPM 20/11-14/12 2023


Unit kecemerlangan sma Unit Kaunseling Pada 22-24 November 2023 telah diadakan satu Program Lensa Minda bagi pelajar tingkatan 5. Program ini diadakan di Punggai Bayu Beach Resort. Seramai 94 orang pelajar Tingkatan 5 terlibat. Program ini ialah kerjasama diantara Unit Kaunseling dan Unit Kecemerlangan SMA. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat para pelajar tingkatan 5 setelah selama sebulan menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Didalam program ini telah di adakan pelbagai aktiviti yang menarik kepada semua pelajar seperti aktiviti yang dijalankan ialah sesi Motivasi, Kuiz Perah otak ,Amazing Race, Explore minda dan mentor -mentee. Semoga Program ini diharap dapat memberi semangat kepada semua pelajar tingkatan 5 untuk menghadapi SPM pada bulan Januari akan datang. Program Lensa Minda Tingkatan 5 Melahirkan Teknokrat Mutadayyin yang berminda positif


KLIK KLIK SEPANJANG PROGRAM Melahirkan Teknokrat Mutadayyin yang berminda positif Perjalanan pergi Doa pagi sesi motivasi Kuiz perah otak Eksplorasi minda Morning walk Healing time Amazing Race Persediaan jamuan Menu Jamuan sesi fotografi sesi santai


Pada 25 November 2023 pihak Astro Awani telah mengundang pasukan STEM SEMAWAR untuk ditemuramah dalam rancangan Awani Pagi di saluran 501 secara langsung. Seluruh warga SEMAWAR merasa bangga diatas pencapaian pasukan STEM di peringkat antarabangsa baru baru ini di Bali Indonesia. Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Amerul Akmal bin Mohd Yunos dan Encik Kamaruzaman bin Abd Samat selaku guru yang membimbing pasukan ini dan seteruskan mengharumkan nama sekolah di mata dunia. Melahirkan pasukan STEM yang berjiwa Teknokrat mutadayyin


28 NOVEMBER 2023 DEWAN AL FALAH SEMURNI SENTUHAN PERCUBAAN SPM 2023 Semurni Sentuhan tingkatan 5 Pada 28 November 2023 telah diadakan satu Program Semurni Sentuhan selepas Percubaan Peperiksaan SPM bagi pelajar tingkatan 5. Program ini dikendalikan oleh kaunselor sekolah iaitu Tuan Haji Mohd Ariffin b Zainal bersama para pentadbir serta guru -guru yang mengajar tingkatan 5. Didalam program ini, para pelajar diberi peluang untuk menyatakan segala permasalahan yang dihadapi semasa menjawab peperiksaan tersebut. Disamping itu, pelajar yang cemerlang juga diberi peluang untuk berkongsi idea dan tips kecemerlangan untuk menghadapi peperiksaan. Guru dan pentadbir juga memberi semangat dan peringatan kepada pelajar tentang persediaan bagi peperiksaan SPM. 1.86 MATLAMAT KAMI...AYUH KITA BUKTIKAN


TAKLIMAT PERMOHONAN KEMASUKAN IPTA/ILKA UNTUK LEPASAN SPM & STPM Unit Kaunseling Pada 29 November 2023 (Rabu) telah diadakan taklimat permohonan kemasukan ipta/ilka untuk lepasan spm dan stpm. Taklimat di disampaikan oleh Encik Mohd Hafis bin Abdul wahab ,Penolong Pengarah Kanan Bahagian kemasukan pelajar IPTA (bkpa/upu) Jabatan Pendidikan Tinggi kementerian pendidikan tinggi kepada semua pelajar spm & stpm. Semoga taklimat ini dapat memberi maklumat tentang peluang mereka untuk belajar selepas peperiksaan.


Program Kolab SMK MAXWELL-SEMAWAR 29-30 NOVEMBER 2023 Pada 29-30 November 2023 telah diadakan program Kolaborasi diantara SMK Maxwell dan SEMAWAR. Program ini merupakan lawatan ilmiah daripada SMK Maxwell .Diantara pengisian program ini ialah perkongsian bengkel kecemerlangan untuk mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu. Bagi mata pelajaran Sejarah, Encik Nik Syafiq daripada sekolah kita telah menyampaikan ceramahnya dan bagi Bahasa Melayu telah dikendalikan oleh pihak SMK Maxwell. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada kedua dua pihak. Kami warga SEMAWAR amat berbesarhati di atas lawatan ini dan berharap akan dapat bersama lagi berkerjasama di masa akan datang. Tetamu datang membawa rezeki


Makan Istiadat Asrama 30 November 2023 Khamis 8.30 malam Dewan Makan Asrama SEMAWAR Makan Istiadat Asrama telah menjadi salah satu daripada program tahunan yang akan melibatkan semua pelajar asrama. Sambutan ini juga diadakan untuk menerapkan nilai-nilai akhlak mahmudah dari sudut akliah dan rohaniah sekali gus menjadi benteng pencegah kerosakan hubungan. Dalam erti kata lain, rasionalnya majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara murid, guru dan staf sokongan di sekolah mahupun asrama.


MAJLISAPRESIASI KOKURIKULUM 2023 MAJLISAPRESIASI KOKURIKULUM 2023 Pada hari Ahad, 10 Disember 2023 jam 2.30 petang telah diadakan Majlis Apresiasi Kokurikulum di Dewan AlFalah. Majlis ini dianjurkan oleh Unit Pembangunan Bakat Murid SEMAWAR. Majlis ini juga memberi penghargaan pihak sekolah kepada guru, Staf, PIBK dan para pelajar SEMAWAR yang telah menyumbang bakti kepada pencapaian sukan dan kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pada hari Ahad, 10 Disember 2023 jam 2.30 petang telah diadakan Majlis Apresiasi Kokurikulum di Dewan AlFalah. Majlis ini dianjurkan oleh Unit Pembangunan Bakat Murid SEMAWAR. Majlis ini juga memberi penghargaan pihak sekolah kepada guru, Staf, PIBK dan para pelajar SEMAWAR yang telah menyumbang bakti kepada pencapaian sukan dan kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.


ANUGERAHSERIBU BINTANG2023Majlis Anugerah Seribu Bintang adalah program tahunan asrama yang memberi pengiktirafan kepada guru dan pelajar bagi menghargai sumbangan dalam menjayakan program sekolah dan asrama. MAJLIS Isnin 11 Dis, 2023 ELS CLUB Desaru Majlis ASB ini mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan menyemarakkan ukhwah diantara warga asrama SEMAWAR.


ANUGERAH SERIBU BINTANG 2023 TOKOH GURU Pn Noriah binti Ilias TOKOH SUKAN MUHAMMAD HAMIZAN BIN MOHD JAINI NUR SYAZWANI FILZAH BINTI SUMERI TOKOH KOKURIKULUM HAKIM IRFAN BIN ISMAIL NUR INTISAR KHALIDAH BINTI KASMADI TOKOH AKADEMIK STPM MUHAMMAD HILMAN BIN MOHAMMAD ZAINURI SYAHIRAH BINTI IZAMRI TOKOH ASRAMA MUHAMMAD SAFWAN SHAH BIN HASMAT FARAHIN SAHIRA HAZIQAH BINTI MOHD FAIZAL TOKOH AKADEMIK SPM MUHAMMAD ZAL HASMI BIN MAT ZAIDI NUR IZZATUL HUDA BINTI MAZLAN TOKOH KEPIMPINAN MUHAMMAD AL-HUSAINI BIN MD ZULKIFLI NIK NURHANIM NAFISA BINTI SALMAN TOKOH SAHSIAH LUQMAN AL HAKIM BIN MASKAZA UNGGUL TOKOH TOKOH SAHSIAH NURZALIFAH BINTI IBRAHIM UNGGUL


Jamuan Akhir Tahun PPS 2023 Pada 12 Disember 2023 telah diadakan Jamuan Akhir Tahun Pengawas Pusat Sumber 2023 di Restoren Nurtahara Bandar Penawar. Bersama program ini juga telah diadakan acara boling untuk mengeratkan lagi ukhuwah antara pengawas pusat sumber. Jamuan ini juga bertujuan untuk meraikan pengawas tingkatan 5 yang akan menamatkan tugas mereka pada tahun ini. Terima kasih kepada Puan hajah Mariah dan Puan hajah Rohaida yang turut serta dalam majlis ini. Semoga jamuan ini dapat memberi semangat kepada pengawas untuk menjalankan tugas dengan lebih baik.


STPM SEMURNI SENTUHAN SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Semester 1 2024 Pada hari Selasa, 12 Disember 2023 jam 10.30 pagi telah diadakan Program Semurni Sentuhan STPM untuk pelajar Semester 1 STPM 2024 di bilik Mesyuarat. Program ini membincangkan post moterm dan prestasi pencapaian anak-anak pelajar dalam Peperiksaan Percubaan yang lalu. Turut dibincangkan masalah dan strategi yang boleh membantu pelajar meningkatkan nilai gred purata masing-masing. Seramai 25 orang pelajar terlibat dalam program ini. PRA UNIVERSITI SEMAWAR MERCU KE MENARA GADING


SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Semester 3 2023 SEMURNI SENTUHAN SEMURNI SENTUHAN STPM PRA UNIVERSITI SEMAWAR MERCU KE MENARA GADING Pada hari Selasa, 12 Disember 2023 jam 2.30 petang telah diadakan Program Semurni Sentuhan STPM untuk pelajar Semester 3 STPM 2023 di bilik Mesyuarat. Program ini membincangkan post moterm dan prestasi pencapaian anak-anak pelajar dalam Peperiksaan Percubaan yang lalu. Turut dibincangkan masalah dan strategi yang boleh membantu pelajar meningkatkan nilai gred purata masing-masing. Seramai 25 orang pelajar terlibat dalam program ini.


Hari Diskusi Akademik STPM diadakan pada Khamis 14 Disember 2023 bertujuan mengadakan pertemuan dari hati ke hati antara ibubapa dan guru bagi membincangkan keputusan Peperiksaan Percubaan, perkembangan pembelajaran dan sahsiah para pelajar tingkatan 6 SEMAWAR. Program ini melibat semua Guru Tingkatan, Kaunselor, Ibubapa dan pelajar Tingkatan 6 Atas dan Bawah. TRIM & C LEA N UP $20 HARI DISKUSI AKADEMIK D E W A N A L F A L A H K H A M I S 1 4 D I S 2 3 9 P A G I P R A U S E M A W A R M E R C U K E M E N A R A G A D I N G P R A U S E M A W A R M E R C U K E M E N A R A G A D I N G S T P M 2 0 2 3 SMK AGAMA BANDAR PENAWAR


BENGKEL PSV TINGKATAN 1 & 2 25NOVEMBER2023 & 2DISEMBER2023 BENGKEL PSV TINGKATAN 1 & 2 25NOVEMBER2023 & 2DISEMBER2023 T E R I M A K A S I H S E M A N G A T U S A H A I N S P I R A S I P E R J U A N G A N E N J O Y T A H N I A H T A H N I A H T A H N I A H


TTiippssmmeenngghhaaddaappiippeeppeerriikkssaaaann Barangsiapa bersungguh-sungguh,dia pasti berhasil


Tadabbur Al-Quran Sinopsis Juzuk 9 ☺ Surah Al-A’raf Ayat 88-206 ☺ Surah Al-Anfal Ayat 1-40 ☺ Surah Madaniyyah yang terpanjang dalam Al-Quran dan pertama sekali disusunmengikut tertib susunan Al-Quran ☺ Sarat dengan cerita mengenai ujian yang diterima oleh para nabi terdahulu (Ditentang oleh kaum masing-masing) untuk memberi semangat dan kekuatan kepada baginda bagi meneruskan dakwah ☺ Juzuk yang kesembilan dimulakan dengan sambungan kisah Kaum Nabi Syuaib yang dimusnahkan oleh Allah SWT ☺ Surah yang paling panjang mengisahkan peristiwa yang berlaku Nabi Musa AS sejak kecil telah diberikan ujian ☺ Menceritakan tentang Al-Anfal (harta rampasan perang) ☺ Surah Makiyyah yang diturunkan di Madinah setelah peristiwa BADAR ☺ Menceritakan dengan terperinci tentang peperangan BADAR ☺Allah SWT mengingatkan niat perang adalah kerana Allah SWT dan rasulnya bukan kerana harta rampasan perang atau habuan dunia


Team Buletin EDITOR PN SITI FATIMAH BINTI SALLEH EDITOR 1 PN HASNILAH BINTI ERPAN PN MAZURA BINTI SAAT "JIKA KATA TAK MAMPU DIUTARAKAN, BIARKAN BULETIN MENJADI MEDIA PELIPUR LARAMU" KETUA EDITOR EN NORZAIDI BIN ISMAIL Pengetua SMK Agama Bandar Penawar EDITOR 2 EDITOR 3 EDITOR JEMPUTAN MOHD ASFARIZAN BIN PUNGUT


Click to View FlipBook Version