The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sekolah-3971, 2023-09-01 19:56:54

BULETIN SEMAWAR EDISI 7/2023

edisi 7 merge

SMK AGAMA BANDAR PENAWAR EDISI KE-7 SMK AGAMA BANDAR PENAWAR KHAMIS : 17 OGOS 2023 DI DEWAN AL FALAH TEMA:


Pada hari Khamis, 17 Ogos 2023 jam 7.20 pagi telah diadakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan di Dewan Al Falah. Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa, Ucapan Pn Zaharah binti Sulaiman, Guru Bidang Sains Kemasyarakatan, Kuiz Kemerdekaan, Ucapan Perasmian oleh Ustaz Norzaidi bin Ismail dan Persembahan Deklamasi Sajak dan Nyanyian Lagu Patriotik oleh pelajar SEMAWAR. Tema kemerdekaan negara tahun ini ialah Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.


Lawatan penanda aras anjuran Koperasi Berhad SMK Agama Bandar Penawar SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA BANDAR PENAWAR 20-21 Julai 2023- Satu lawatan penanda aras telah diadakan oleh pihak Koperasi Berhad SMK Agama Bandar Penawar ke SMK Puteri Saadong ,Bachok Kelantan Darul Naim. Seramai 10 orang guru dan 23 orang pelajar telah menyertai rombongan ini yang diketuai oleh tuan pengetua,Ustaz Norzaidi bin Ismail. SMK PUTERI SAADONG, BACHOK KELANTAN Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang mempunyai status koperasi sekolah yang terbaik di Negeri Kelantan. Pihak sekolah telah melawat aktiviti koperasi sekolah ini dan sempat bertukar-tukar pandangan untuk mengambil idea dan perkara yang positif bagi memajukan lagi koperasi berhad SMK Agama Bandar Penawar dimasa akan datang Tuan pengetua sekolah SMK Puteri saadong,Puan Hajah Nor Asiah binti Haji Abdul Rahman sangat berbesar hati dengan kedatangan pihak rombongan daripada koperasi SMK Agama Bandar Penawar. Koperasi Cemerlang Penyumbang Pembangunan Negara


lawatan Penanda aras Ustaz Norzaidi bersama Puan Hajah Nor Asiah Lawatan di sekitar sekolah SMK Puteri Saadong Bergambar kenangan bersama Penerangan mengenai dobi pelajar bergambar didalam koperasi sekolah Membuat wau iaitu tradisi Negeri Kelantan Kraf atap singhora Melawat ke pejabat operasi Koperasi


SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Pertandingan Debat Ala Parlimen Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi KarnivalBahasaMelayu Pada hari Isnin dan Selasa, 24 dan 25 Julai 2023 telah diadakan Pertandingan Debat Ala Parlimen bagi Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Daerah Kota Tinggi sempena Karnival Bahasa Melayu. SMK Agama Bandar Penawar telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan ini. Di peringkat akhir pasukan Bahasa Ala Parlimen SMK Agama Bandar Penawar telah dipilih menjadi pembangkang dengan diwakili oleh pelajar iaitu Hakim Irfan bin Ismail, Muhammad Danish bin Jafri, Nur Insyirah binti Bahrin, Nur fatihah Najwa binti Johari dan Muhammad Alif Amsyar bin Erwan. Pasukan Bahas Ala Parlimen berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan ini. Pasukan ini dibimbing oleh Ustaz Mohd Amerul Akmal bin Mohd Yunos dan Ustaz. Muhammad Ammar bin Abd Halim Khafidz. Tahniah dan Syabas diucapkan.


SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Pertandingan Dendangan Syair Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi 2023 KarnivalBahasaMelayu Pada hari Selasa, 25 Julai 2023 telah diadakan Pertandingan Dendangan Syair Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Daerah Kota Tinggi sempena Karnival Bahasa Melayu. Pertandingan ini dilaksanakan di SK LKTP Linggiu, Kota Tinggi, Johor. Pelajar SMK Agama Bandar Penawar iaitu Huriyyatun Nur Binti Mohd Hafizi telah berjaya mendapat Naib Johan dalam dendangan syair kategori Menengah Rendah. Tahniah!


SMK AGAMA BANDAR PENAWAR KarnivalBahasaMelayu Pertandingan Deklamasi Sajak Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi 2023 Pada hari Khamis, 27 Julai 2023 telah diadakan Pertandingan Deklamasi Sajak Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Daerah Kota Tinggi sempena Karnival Bahasa Melayu. Pertandingan ini dilaksanakan di Dewan Seri Warisan Kota Tinggi, Johor. Pelajar SMK Agama Bandar Penawar iaitu Muhammad Ameer Ifran, kelas 2 Sina telah berjaya mendapat Naib Johan dalam deklamasi sajak kategori Menengah Rendah. Pelajar ini dibimbing oleh Ustaz Alif bin Kalid. Semoga bakat ini dapat diwarisi oleh semua anak didik SEMAWAR. Tahniah!


SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Bengkel Fardhu Kifayah Skuad Muda Volunteers Daerah Kota Tinggi Pada hari Khamis, 27 Julai 2023 telah diadakan Bengkel Fardhu Kifayah, Skuad Muda Southern Volunteers Daerah Kota Tinggi. Bengkel ini telah bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang di Muzium Kota Tinggi. SMK Agama Bandar Penawar telah menghantar 4 orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan Tingkatan 6 bawah untuk menyertai bengkel ini. Melalui bengkel ini peserta diajar untuk menguruskan jenazah. Ilmu ini penting untuk sukarelawan Skuad Muda Southern Volunteer bergerak sebagai pemudahcara di komuniti masing-masing apabila khidmat mereka diperlukan pada masa akan datang.


Pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP KPS) Peringkat Negeri Johor (AFTER USE, PLEASE PUT IT BACK IN ITS PROPER PLACE) Johan 25 Julai 2023 (Selasa) -Satu Pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP KPS) Peringkat Negeri Johor telah diadakan di Toppen. Sekolah kita telah menghantar wakil ke pertandingan tersebut dan berjaya mendapat johan. Guru pengiring bagi pertandingan ini ialah Cik Nor Husna bt Roslin. Pertandingan ini disertai oleh ahli Kelab Pengguna iaitu Muhammad Bazli Haziq bin Jamaluddin, Muhammad Farish Hanif bin Hamlie, Nur Syafiah bt Zulkiflee dan Nurul Jannah bt Mohd Kamaruddin. Hadiah yang diperoleh ialah medal,wang tunai RM 1000, hamper dan sijil pemenang. Tim SMK Agama Bandar Penawar akan mewakili Negeri Johor ke peringkat kebangsaan di Miri Sarawak pada 20-22 Ogos 2023. Semoga berjaya mendapat johan di peringkat seterusnya.


Melahirkan pelajar yang mengaplikasikan teknologi hijau dalam kehidupan seharian Mewujudkan sifat cinta akan alam sekitar dalam kalangan warga semawar Mengurangkan pembuangan sampah Objektif program : JOM SELAMATKAN BUMI KEMPEN JOM BUNGKUS SELAMATKAN BUMI KITA TEKNOLOGI HIJAU 31 Julai 2023 (isnin)- Satu kempen pengunaan bekas makanan sewaktu membeli dikantin sekolah telah dianjurkan oleh kelas 5 Aflah bagi Mata Pelajaran Biologi. Kempen ini diadakan bagi menyambut usaha kerajaan dalam menggalakan pengunaan teknologi hijau bagi menyelamatkan bumi. Kempen ini menyeru kepada pelajar supaya tidak menggunakan plastik sewaktu membungkus makananan sebaliknya mengunakan bekas makanan sendiri yang mana ia boleh dipakai semula setelah ia dibasuh. Ini dapat menjimatkan kos,malah dapat mengurangan pembuangan sampah di sekolah. Semoga usaha ini dapat memberi kesedaran kepada semua warga semawar untuk menyelamatkan bumi dimasa akan datang. Bersama Ustaz Norzaidi .Pengetua SMKABP yang turut serta menyokong kempen ini Bersama Puan Mariah dan Puan Siti Fatimah semasa pelancaran program di kantin sekolah. Anjuran Panitia Biologi SMK Agama Bandar Penawar


TARIKH 31 Julai - 2 Ogos 2023 Percubaan Semester 2 STPM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA BANDAR PENAWAR PEPERIKSAAN Tempat : Dewan Al Falah Calon :26 orang pelajar 6 Atas 2023


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA BANDAR PENAWAR 1- 10 OGOS 2023 20-22 OGOS 2023 1- 10 OGOS 2023 20-22 OGOS 2023 Pertengahan Tahun 2023 Pertengahan Tahun 2023 PEPERIKSAAN


Pada hari Khamis, 3 Ogos 2023, telah diadakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi STPM 2022 di Dewan Al Falah. Majlis telah bermula pada jam 10.30 pagi dan dirasmikan oleh En Rosdi bin Amir, YDP PIBG, SMK Agama Bandar Penawar. Seramai 37 Orang pelajar STPM 2022 telah menerima sijil graduasi ini. Dalam peperiksaan STPM yang lalu, SEMAWAR telah mendapat PNGK 3.39. Lebih membanggakan lagi apabila SMK Agama Bandar Penawar tersenarai kedudukan Tempat Ketiga SMKA Peringkat Kebangsaan, Tempat Kedua Peringkat Negeri Johor dan Tempat Pertama Peringkat Daerah Kota Tinggi. Stpm 2022 Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi SMK AGAMA BANDAR PENAWAR


Anugerah Khas Pengetua SEMAWAR SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Muhamad Syafiq bin Mohd Salleh merupakan pelajar STPM yang menerima Anugerah Khas Pengetua dalam Majlis Graduasi ini kerana memperoleh 5A dalam semua mata pelajaran yang diambil dan nilai purata 4.00 dalam peperiksaan STPM 2022 yang lalu. Beliau juga merupakan pelajar terbaik matapelajaran MUET. Beliau telah menerima hadiah berupa sijil, pluge, sejambak bunga bouquet graduasi, hadiah wang tunai mata pelajaran (RM50), hadiah wang tunai RM100 sumbangan koperasi dan RM400 dari pihak PIBG sekolah. Muhamad Syafiq merupakan pelajar pertama mendapat nilai purata 4.00 dan 5A semenjak 20 tahun STPM dibuka di SEMAWAR. MuhamadSyafiq binMohdSalleh Anugerah paling berprestij iaitu Anugerah Seri Jauhar SEMAWAR juga diterima oleh Muhamad Syafiq bin Mohd Salleh. Anugerah ini merupakan anugerah untuk pelajar terbaik keseluruhan Hari Graduasi STPM 2022. Beliau menerima sijil, pluge dan seutas Jam Tangan Jenama G-Shock. Semoga dengan kejayaan beliau dapat menyuntik semangat kepada semua pelajar untuk mengekalkan kecemerlangan dan seterusnya mengharumkan nama SMK Agama Bandar Penawar.


Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Stpm 2022


Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Stpm 2022


SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Potensi Diri "RichSoul toStpm Pada hari Isnin, 7 Ogos 2023 telah diadakan Program Motivasi Potensi Diri "Rich Soul to STPM di Surau Al-Muttaqin Taman Desaru Utama. Program ini merupakan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama ALUMNI STPM 2021. Seramai 28 orang pelajar 6 bawah telah terlibat dalam program ini. Antara pengisian program adalah motivasi dan cara belajar di Tingkatan 6 dan pendedahan tentang program yang ditawarkan di Universiti. Program Motivasi Memacu


SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Kejohanan Catur MSSJ Pada Hari Selasa hingga Khamis, 8 hingga 10 Ogos 2023 telah diadakan Kejohanan Catur MSSJ di SMK Anjung Batu, Mersing. 3 orang pelajar SMK Agama Bandar Penawar layak menyertai Kejohanan Catur Peringkat Negeri Johor. Seorang pelajar iaitu Syazwin Amani mendapat tempat ke9 kategori P15 dan melayakkan diri ke peringkat pemilihan MSSM (Kebangsaan). Tahniah!


SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Kejohanan Golf MSSJ Tahun 2023 Pada Hari Selasa hingga Khamis, 8 hingga 10 Ogos 2023 telah diadakan Kejohanan Golf MSSJ tahun 2023 di IOI Palm Villa Golf & Country Resort Kulai, Johor. Bagi kategori P15, pelajar SMK Agama Bandar Penawar iaitu Nur Aina Fatihah binti Mohd Fauzi telah memperoleh tempat ke-5 Peringkat MSSJ. Bagi kategori P18, Nur Adawiyah Farha binti Shahidin memperoleh tempat ke-5 di peringkat MSSJ. Tahniah!


SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Pada hari Selasa hingga Khamis, 8 hingga 10 Ogos telah diadakan Kursus Kepimpinan: Ikon Sahsiah Pelajar (ISP) bagi Wilayah KEJORA tahun 2023 di Bayu Balau Beach Resort. ISP ini merupakan sebuah program bimbingan menyokong usaha KPM dalam menarapkan konsep ABC (Anak Yang Baik Lagi Cerdik). Objektif utama program ini adalah untuk membentuk keperibadian pelajar berdisiplin, berkeyakinan diri dan bermotivasi tinggi. Para pelajar juga boleh mempelajari cara mengurus ahli, membina pasukan dan menyelesaikan konflik serta menjadi teladan yang baik kepada pelajar lain di sekolah. Program ini melibatkan 26 buah sekolah menengah di bawah wilayah KEJORA dengan peserta seramai 104 orang pelajar. SEMAWAR telah menghantar 4 orang pelajar Tingkatan 3 dan 4 untuk program ini dengan diuruskan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SEMAWAR. Ikon Pelajar Terpuji, Pembimbing rakan sebaya disegani. Kursus Kepimpinan : Ikon Sahsiah Pelajar Wilayah Kejora Tahun 2023


I hope you always happy and all your dream will come true. SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Doa Selamat Kwaf 2023 Pada hari Khamis, 10 Ogos 2023 Kelab Warga Al Falah (KWAF) telah melaksanakan Jamuan Potluck dan doa selamat buat Cik Norsalena bt Mohd Iham@Sham yang akan menunaikan ibadah Umrah, serta Sambutan Ulang Tahun Kelahiran guru dan staf bagi bulan Julai, Ogos dan September. Jamuan ini diadakan di Bilik Guru pada jam 9.00 hingga 1.00 petang. Sanah Helwah! Jamuan Potluck, Sambutan Ulang Tahun Kelahiran, dan


Selamat Hari Lahir


SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Program Gotong-Royong Madani KementerianPendidikanMalaysia 2023 Pada hari Sabtu 12 Ogos 2023, telah diadakan Program Gotong Royong Madani, Kementerian Pendidikan Malaysia 2023. Program ini bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari. Program gotong-royong ini bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga pendidikan di SMK Agama Bandar Penawar serta mengaktifkan peranan ibubapa, masyarakat, komuniti, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan NGO. Selain itu ia bertujuan meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan sekolah. Selain guru, staf dan pelajar SEMAWAR, Ibubapa, Jabatan Bomba dan KEJORA turut membantu gotong-royong di sekolah. Semoga program ini dapat memupuk nilai-nilai murni dikalangan semua Warga SEMAWAR.


SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Program Gotong-Royong Madani KementerianPendidikanMalaysia 2023


Pertandingan yang diadakan ialah seperti : Johor Robik ,Seni tekat ,Berzanji,Rekaan Wau,Ukiran Buah ,Nyanyian Melayu Asli,Busana Melayu. . KEPUTUSAN PERTANDINGAN PESTA KESENIAN ISLAM 1. Johor Robik - Ketiga 2.Seni Tekat - Ketiga 3.Berzanji - Ketiga 4.Rekaan Wau - Naib Johan 5.Ukiran Buah - Naib Johan 6.Nyanyian Melayu Asli- Ke-Empat 7.Busana Melayu -Naib Johan Pesta Kesenian Islam Ppim Daerah Kota Tinggi Pada 12 Ogos 2023 bersamaan hari Sabtu telah diadakan satu Pesta Kesenian Islam anjuran Pergerakan Puteri Islam Malaysia Daerah Kota Tinggi. Beberapa pertandingan telah diadakan sepanjang pesta tersebut. Pihak PPIM SMK Agama Bandar Penawar telah menghantar seramai 14 orang peserta ke Pertandingan tesebut. GURU GURU PENASIHAT PPIM SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Fatimah, Adawiah, Halimah, Radiah, Nilam, Ruzimah


Johor Robik Busana Melayu Ukir buah Seni Tekad Nyanyian Melayu Asli Wau bulan Berzanji Hasil kerja ukiran buah Gambar


PERTANDINGANVIRTUALASIAINNOVATIONSHOW (VAIS2023) Johan Pada 14 Ogos 2023 telah diumumkan keputusan Pertandingan Virtual Asia Innovation Show (VAIS 2023). Pasukan STEM yang di ketuai oleh Encik Kamaruzaman bin Abd Samat telah muncul johan dengan produk nya iaitu Smart Virtue Sense (SVS).Produk ini merupakan satu aplikasi yang dapat mengesan kepekatan karbon monoksida didalam kereta seterusnya memberi amaran dalam bentuk pengera ketika berada didalam kereta terutama ketika sedang tidur.Alat ini juga berupaya memantau pergerakan kanak kanak yang ditinggalkan didalam kereta dengan memberi notifikasi melalui telegram. Disamping medal dan sijil,peserta juga telah mendapat wang tunai sebanyak RM 2000.Syabas dan tahniah diucapkan kepada tim ini. Sijil Penghargaan


SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Pada hari Isnin 21 Ogos 2023 telah diadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 Daerah Kota Tinggi di Dewan SJKC Mawai. Majlis dimulakan pada jam 2 petang dengan dirasmikan oleh Tn Hj Mohamad Fadil Bin Ishak, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi. Seramai 6 orang guru dan staf SEMAWAR telah menerima anugerah ini. Tahniah kepada semua penerima APC 2022. Budaya Kerja Cemerlang Pemangkin Kesejahteraan SEMAWAR. Daerah Kota Tinggi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 Pn Hjh Mariah Bt Manap Pn Sa'diah Bt Saleh En Hasrin Hakim Bin Sulong En Muhd Rony Suhairin Bin Basiron En Muhammad Hafiz Bin Abd Kadir En Nik Mohamad Syafiq Bin Musa


SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Pada hari Isnin 21 Ogos 2023 telah diadakan Majlis Penyerahan Sijil SPM 2022 daerah Kota Tinggi. Majlis berlangsung di PPD Kota Tinggi pada jam 11 pagi. Majlis diadakan untuk memberi penghargaan kepada semua sekolah menengah daerah Kota Tinggi yang cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2022. Turut diberi penghargaan bagi Anugerah Kehadiran Terbaik kepada pihak Sekolah. SEMAWAR telah dianugerahkan empat sijil Kepada Tuan Pengetua. Tahniah! Majlis Penyerahan Sijil SPM 2022 ANUGERAH KEHADIRAN MELEBIHI 90% PENINGKATAN GPS SEKOLAH PENGEKALAN PERATUS LAYAK MENDAPAT SIJIL 3 TAHUN BERTURUT-TURUT PENINGKATAN GPS 3 TAHUN BERTURUT-TURUT


PERTANDINGANINNOVATIVERESEARCH INVENTIONANDAPPLICATIONEXHIBITION (IRIA2023) Pada 22 Ogos 2023 telah diumumkan keputusan Pertandingan IRIA 2023. Pertandingan ini dijalankan secara atas talian dan merupakan anjuran Universiti Utara Malaysia .Pihak tim STEM SEMAWAR telah menghantar 2 kumpulan dan telah memenangi beberapa kategori .Kumpulan 1 yang dibimbing oleh Encik Mohd Amerul Akmal telah memenangi 3 anugerah iaitu Anugerah Emas, Anugerah Khas dan Anugerah Khas Projek terbaik kategori sekolah. Kumpulan 2 yang dibimbing oleh Encik Kamaruzaman pula telah memenangi 2 Anugerah iaitu Anugerah Emas dan anugerah Khas (Future Innovator).Setinggi tahniah kami ucapkan kepada kumpulan STEM ini kerana telah berjaya mengharumkan nama SEMAWAR di peringkat Kebangsaan. Semoga terus berjaya dimasa akan datang. Peringkat Kebangsaan anjuran UUM


Karnival KadetBomba dan PenyelamatSekolah Menengah Daerah Kota Tinggi Pada 22 Ogos 2023 bersamaan hari selasa telah diadakan satu majlis penutup bagi Karnival Kadet Bomba dan Penyelamat sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi. Majlis ini diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar. Ustaz Norzaidi bin Ismail, Pengetua SMK Agama Bandar Penawar telah merasmikan majlis penutupan program tersebut. SMK Agama Bandar Penawar selaku JKD Bomba Daerah Kota Tinggi mengucapkan ssekalung terima kasih kepada pihak Bomba Bandar Penawar yang banyak membantu dalam penganjuran karnival ini. Majlis Penutup Karnival Kadet Bomba dan Penyelamat MENARIK DALAM KARNIVAL Dalam karnival itu juga telah berlangsung ujian kenaikan pangkat koperal dan Sarjan Kadet Bomba dan Penyelamat Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi dan beberapa pertandingan telah berlangsung sepanjang karnival itu. Diantara ujian yang telah dijalankan ialah pertandingan ikatan dan simpulan, pertandingan Kawad Kaki dan ujian kelayakan. Pihak sekolah telah menghantar seramai 6 orang peserta ke dalam ujian kelayakan tersebut. Peserta yang terlibat ialah Muhammad Faris Safwan MuhammadHisham, Amirulhaziq b Zainal Fitri, Nurul Arissa Ariana bt Wahid, Farah Najwa Ahmad Farid, Nur Syahirah bt Mohd Azaman dan Muhammad Ezra Akmal bin Ierwan. Kesemua peserta telah berjaya dalam ujian tersebut . Ustaz Norzaidi memberi ucapan perasmian dalam Majlis Penutup Karnival Bomba & Penyelamat sekolah menengah Daerah Kota Tinggi Para peserta bersama guru penasihat dan pentadbir sekolah


Farah Najwa Johan Ikatan dan simpulan Faris Safwan tempat keempat dalam Ikatan dan simpulan Arissa Kadet perempuan terbaik & Naib Johan Kawad Kaki Amirul Haziq tempat ketiga dalam Ikatan dan Simpulan Ujian Kenaikan Pangkat Koperal dan Sarjan Pertandingan Ikatan dan simpulan FOTO KEJAYAAN DAN AKTIVITI Bomba sedia menyelamat, cepat dan mesra


KARNIVALSTEM & KEMAHIRANDIGITAL Peringkat Negeri Johor 2023 K e t i g a P o s t e r S a i n t i f i k Pada 24 Ogos 2023 (Khamis) telah diadakan Karnival Stem dan Kemahiran Digital Peringkat Negeri Johor. Karnival ini diadakan di Kompleks Sukan Educity,Iskandar Puteri. Pihak semawar telah menghantar beberapa pasukan dalam pertandingan yang diadakan dalam karnival tersebut. Pertandingan yang disertai ialah STEM Talent Show, Young Innovator Fair, Young STEMist Conference dan Poster Saintifik . Alhamdulillah pihak tim STEM telah berjaya membawa pulang kejayaan dan seterusnya mewakili Negeri Johor ke peringkat Kebangsaan. Keputusan pertandingan ialah Johan Stem Talent Show, Naib Johan Young Innovator dan Young Stemist conference serta tempat ketiga poster saintifik. Tahniah diucapkan kepada guru-guru pembimbing STEM. seluruh warga SEMAWAR bangga diatas kejayaan ini. TTiimm SSTTEEMM sseemmaawwaarr J o h a n S T E M T a l e n t S h o w N a i b J o h a n S T E M I S T C o n f e r e n c e N a i b J o h a n Y o u n g I n n o v a t o r STEM SEMAWAR Mengganas!! Fabulous Semawar


Motivation Sticker SAYA SAYANG DIRI SAYA SAYA SAYANG DIRI SAYA Buletin SEMAWAR Edisi 7 /2023 SAYA SAYANG KERJAYA SAYA SAYA SAYANG KERJAYA SAYA SAYA SAYANG KELUARGA SAYA SAYA SAYANG KELUARGA SAYA SAYA SELALU ISTIQOMAH BERZIKIR SAYA SELALU ISTIQOMAH BERZIKIR SEMOGA BAHAGIA MILIK KITA SEMOGA BAHAGIA MILIK KITA SAYA MAHU SENTIASA SIHAT SAYA MAHU SENTIASA SIHAT SAYA MAKAN MAKANAN SEIMBANG SAYA MAKAN MAKANAN SEIMBANG SEMOGA KITA BERTEMU DI SYURGA SEMOGA KITA BERTEMU DI SYURGA


Tadabbur Al-Quran سورة المائدة 1 - 82 آية Sinopsis Juzuk 6 • KISAH TAULADAN • Kisah Nabi Musa AS dan Kaumnya • Kisah Habil dan Qabil • CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK • Memungkiri janji • Mengkhianati Amanah • Menipu apabila berbicara Surah Al-Maidah Ayat 1-82 Hukum Hakam Berkaitan Wudhuk Keringanan Bertayammum Ketika Kesulitan Hukum Hakam Berkaitan Makanan Kewajipan Memenuhi Janji Dan Tidak Menjadi Munafik Kepercayaan Kepada Kitab Adanya Ayat Pada Menyempurnakan Syariat


Team Buletin EDITOR PN SITI FATIMAH BINTI SALLEH EDITOR 1 PN HASNILAH BINTI ERPAN PN MAZURA BINTI SAAT "JIKA KATA TAK MAMPU DIUTARAKAN, BIARKAN BULETIN MENJADI MEDIA PELIPUR LARAMU" KETUA EDITOR EN NORZAIDI BIN ISMAIL Pengetua SMK Agama Bandar Penawar EDITOR 2 EDITOR 3 EDITOR JEMPUTAN MOHD ASFARIZAN BIN PUNGUT


Click to View FlipBook Version