The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SK : 3.3 Menghasilkan penulisan.
SP : 3.3.1 Menulis draf dan menghasilkan penulisan imaginatif.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IDA RAMLI, 2021-09-22 02:56:55

AKU SEBATANG POKOK KELAPA SAWIT

SK : 3.3 Menghasilkan penulisan.
SP : 3.3.1 Menulis draf dan menghasilkan penulisan imaginatif.

Keywords: MENJANAKAN EKONOMI

BAHASA MELAYU
TAHUN 4

TEMA 8 : EKONOMI,
KEUSAHAWANAN DAN
PENGURUSAN KEWANGAN

OLEH : PN. NORHIDAWATI BINTI RAMLI

By : Teacher Ida 1

UNIT 22:
MENJANAKAN

EKONOMI

Tajuk : Aku Sebatang Pokok Kelapa Sawit
Kemahiran : Menulis

Aktiviti : Menghasilkan draf dan memulis
karangan berpandukan kerangka dan
gambar.

By : Teacher Ida 2

STANDARD KANDUNGAN
3.3 Menghasilkan penulisan.

STANDARD PEMBELAJARAN
3.3.1 Menulis draf dan menghasilkan
penulisan imaginatif.

By : Teacher Ida 3

BUKU TEKS

Rujuk buku teks muka surat 154 – 155.

By : Teacher Ida 4

TUGASAN

1. Teliti dan baca teks di dalam buku teks
Bahasa Melayu muka surat 154 – 155,
fahamkan isi-isi penting yang diberikan.

2. Salin semula karangan ke dalam buku
Penulisan B.

3. Hantar ke Telegram PdPR Bahasa Melayu &
Sains.

By : Teacher Ida 5

Khamis 23 September 2021

AKU SEBATANG POKOK KELAPA

Aku sebatang pokok kelapa sawit. Aku hidup subur
bersama-sama dengan rakanku di sebuah ladang
yang luas. Aku banyak berbakti kepada peladang.
Aku memberikan peluang pekerjaan kepada ramai
rakyat di negara ini.

Aku mengeluarkan buah kelapa sawit. Aku berbuah
lebat. Aku dikait oleh peladang. Aku dikumpulkan
di tepi jalan.

Aku dinaikkan ke atas lori. Aku dihantar ke
kilang memproses kelapa sawit. Aku dan rakan-
rakan aku dikumpulkan di kawasan kilang
memproses. Aku dimasukkan ke dalam kilang untuk
diproses.

Produk utama yang dihasilkan daripada aku
ialah minyak masak. Setelah siap diproses, aku
dibotolkan dan dijual di pasar raya. Aku telah dibeli
oleh seorang wanita. Aku digunakan untuk
menggoreng makanan.

Aku juga diproses menjadi pelbagai produk
yang lain. Aku menjadi banyak kegunaan untuk
manusia. Aku boleh diproses menjadi minyak masak
dan marjerin. Aku juga boleh diproses menjadi
sabun dan lilin.

Aku berasa bangga kerana dapat membantu
kehidupan manusia. Selain menghasilkan pelbagai
barangan kegunaan harian, aku juga mampu
memberikan peluang pekerjaan kepada manusia.
Ekonomi negara juga akan meningkat.

By : Teacher Ida 6

By : Teacher Ida 7


Click to View FlipBook Version