The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IDA RAMLI, 2021-01-21 06:55:25

BM THN 4

TOPIK 1

Keywords: Bahasa Melayu

Hari Keluarga Taman Impian

Baca petikan dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Encik Husin membawa keluarganya ke taman rekreasi. Di taman tersebut
berlangsungnya sambutan Hari Keluarga Taman Impian.

“Wah, ramainya jiran kita yang hadir! Mesti seronok apabila kita menyertai acara
seperti ini,” kata Hadif.

“Betul, Hadif. Sambutan hari keluarga ini memang menyeronokkan. Selain itu,
sambutan ini dapat mengeratkan hubungan sesama jiran. Semangat kemasyarakatan
juga dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat,” kata Encik Husin kepada anggota
keluarganya.

“Ibu, mengapakah kita perlu hadir ke majlis seperti ini?” tanya Aina.

“Aina, Hadif dan Hajar, kita perlu hadir ke majlis seperti ini supaya dapat mengenali
jiran kita. Apabila kita saling mengenali, semangat perpaduan akan dapat dipupuk.
Seterusnya, kita dapat hidup dengan aman dan makmur. Keharmonian negara kita
akan terus terpelihara,” jelas Puan Nurul.

“Selepas mendaftar, kami hendak ke khemah di sana untuk bersarapan. Kemudian,
kami ingin menyertai pertandingan melukis, mencari harta karun dan tulisan
berangkai. Bolehkah, ayah?” tanya Hadif.

“Boleh. Nanti kita ke sana bersama-sama,” jawab Encik Husin.

Aktiviti 1 :
Lengkapkan Peta Alir berdasarkan aktiviti yang dilakukan oleh Hadif dan
keluarganya.

________________ ________________ ________________
________________ ________________ ________________
________________ ________________ ________________

________________ ________________ ________________
________________ ________________ ________________
________________ ________________ ________________

Aktiviti 2 :
Jawab soalan berdasarkan petikan.

1. Ke manakah Encik Husin bawa keluarganya?
Encik Husin membawa keluarganya ke _______________________________

2. Apakah aktiviti yang diadakan di taman rekreasi tersebut?
Aktiviti yang diadakan di taman rekreasi tersebut adalah __________________
______________________________________________________________

3. Apakah pertandingan yang ingin disertai oleh Hadif dan Aina?
Pertandingan yang ingin disertai oleh Hadif dan Aina adalah _______________
______________________________________________________________

4. Senaraikan nilai-nilai murni yang dapat kamu kenal pasti dalam petikan
tersebut.
i- ________________________________________________________
ii- ________________________________________________________
iii- ________________________________________________________
iv- ________________________________________________________

Aktiviti 3 :
Tulis semula ayat di bawah dalam bentuk tulisan berangkai.

Terima kasih, warga Taman Impian.
Hari Keluarga Taman Impian dapat

mengeratkan hubungan sesama kita.
Aktiviti seperti ini dapat memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan penduduk taman.

Terima kasih, warga Taman Impian.

Nota Tatabahasa : Peribahasa

Peribahasa merupakan rangkuman simpulan bahasa, perumpamaan,
pepatah,bidalan dan perbilangan. Setiap satunya mempunyai sifat dan tujuan yang
tertentu.

1. Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang telah mantap dan mempunyai maksud
yang khusus. Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan
yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu.
Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi, bukan daripada
yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada
perkataan yang digunakan.

Ia mempunyai maksud yang berbeza daripada makna harfiah kata-kata dalam
ungkapan.

Ciri-ciri Simpulan Bahasa:
Terbentuk daripada penggunaan kata nama am – (anak buah, anak emas,
buah tangan, lipas kudung).
Terbentuk daripada penggunaan kata kerja – (ajak-ajak ayam, buat bodoh,
pasang telinga,cakar ayam).
Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif – (besar kepala, bodoh
sepat,kecil hati, berat hati).
Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas – (Abu Jahal,Mat Jenin,Pak
Kaduk).
Terbentuk daripada nilai kepercayaan – (air pinang, batu buyung, makan
bulan).

Simpulan Bahasa Maksud
Panjang tangan Suka mencuri
Periuk nasi Punca pencarian
Buruk siku sudah diberi, diambil balik
Ikat perut Berjimat makan dan minum
Kaki bangku Tidak tahu bermain misalnya bola.

Namun, Menurut Za'aba, terhasilnya simpulan bahasa adalah dengan berdasarkan
empat perkara iaitu:

Daripada perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur.
Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang dan sebagainya.

Daripada benda atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya
Contoh: mandi kerbau, mata duitan, kutu embun dan sebagainya.

Daripada kepercayaan orang ramai
Contoh: harimau berantai, buruk siku, dimakan bulan dan sebagainya.

Daripada kebiasaan atau resaman bahasa.
Contoh: ada hati, gila bahasa, beri muka dan sebagainya.

2. Perumpamaan

Perumpaan tergolong dalam peribahasa berlapis, iaitu mengandungi makna
tersurat dan tersirat.

Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu:
a) yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan
b) dan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan.

Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-teranan didahului
dengan kata-kata perbandingan seperti, umpama, bagai, laksana, ibarat dan baik;
manakala perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingan tidak didahului kata-
kata perbandingan tersebut.

Contoh perumpaan yang disebut perbandingan
a. seperti katak di bawah tempurung
b. umpama kaca dengan permata
c. Bagai pungguk rindukan bulan
d. Ibarat air di daun keladi
e. laksana katak diharung ular.

Contoh perumpamaan yang tidak disebut perbandingan
a. Genggam bara api biar sampai jadi arang
b. Diberi betis hendak peha
c. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

3. Bidalan

Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat. Ia mempunyai maksud dua
lapis.

Bagaimanapun bdalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana
dan umpama.

Perbezaan antara bidalan dengan pepatah ialah bidalan lebih kerap digunakan,
mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran> Sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan
tidak mempunyai pengajaran.

Contoh bidalan:

Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri, baik juga negeri
sendiri.
Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.

4. Pepatah atau Perbilangan

Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama dengan pepatah
dan bidalan. Namun, perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi.

Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi
satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau perkataan.

Ia berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.

Contoh:

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
Hati manusia sama dicecah, hati gajah sama dilapah.
Cubit paha iri, paha kanan sakit juga.
Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Perbilangan adat merupakan susunan adat dalam bentuk puisi yang
mencerita dan menerangkan sesuatu dan berasal daripada masyarakat
Melayu Minangkabau (adat/peraturan). Perbilangan adat ini berasal dan
berkembang di daerah Minangkaba dan Palembang yang dikenali sebagai
'Adat Minangkabau'.

Di Malaysia, perbilangan adat ini banyak diamalkan oleh masyarakat di
Negeri Sembilan, iaitu digunakan dalam Adat Pepatih. Perbilangan adat ini
diperturunkan dari mulut ke mulut, dari satu generasi ke satu
generasi.Perbilangan adat ini mengalami perubahan dan kesesuaian
mengikut keadaan dan zaman, seperti pada kedatangan Islam, perbilangan
adat mengalami penyesuaian dengan ajaran Islam seperti yang dibuktikan
oleh perbilangan ini :

Adat bersendi hukum
Hukum bersendi Kitabullah
Kuat adat, tak gaduhkan hukum
Kuat hukum, tak gaduhkan adat
Ikut hukum, muafakat
Ikut adat muafakat

Aktiviti 4 :
Bina ayat menggunakan peribahasa yang diberikan.

1. ambil berat
______________________________________________________________
______________________________________________________________

2. berganding bahu
______________________________________________________________
______________________________________________________________

3. besar hati
______________________________________________________________
______________________________________________________________

4. mandi peluh
______________________________________________________________
______________________________________________________________

5. sekangkang kera
______________________________________________________________
______________________________________________________________

6. menambat hati
______________________________________________________________
______________________________________________________________

Nota Tatabahasa : Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang
bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-
tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.

Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am
atau umum.

Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll
benda pasir, kayak, radio, rumah, motorkar, pen, buku, dll
tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada
awal ayat.
Contoh:

Dia sedang menjinakkan Pada akhir ayat
seekor gajah. Pada awal ayat
Gajah itu berbadan besar.

Ada juga kata nama am yang diberi imbuhan iaitu awalan, akhiran atau
apitan.
Kata nama am yang diberi imbuhan ini dikenali sebagai kata nama terbitan.

Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi.

Hadif dan adiknya, Aina, berbasikal untuk pulang ke rumah. Mereka dari Kebun
Komuniti.

Situasi 1

Pulang dari Kebun Komuniti, mereka ternampak jiran mereka, iaitu Pak Cik Ismail dan
Mak Cik Minah, berjalan sambil membawa tiga bungkusan besar. Bungkusan besar
itu mengandungi sayur, ikan, ayam, dan telur.

Hadif dan Aina menyapa lalu bersalam dengan Pak Cik Ismail dan Mak Cik Minah.
Hadif dan Aina menolong membawa bungkusan milik warga emas tersebut sambil
menuntun basikal. Hadif dan Aina menghantar barangan tersebut ke rumah mereka.
Sambil berjalan, mereka berbual-bual dan bertanya khabar.

Situasi 2

Hadif dan Aina berehat sekejap di ruang tamu rumah warga emas tersebut. Mak Cik
Minah menghidangkan minuman untuk mereka. Mak Cik Minah memuji tindakan Hadif
dan Aina yang sudi menolong mereka.

Pak Cik Ismail memberikan bekalan makanan kepada Hadif dan Aina sebelum
pulang. Pak Cik Ismail menasihati mereka agar berhati-hati semasa berbasikal. Hadif
dan Aina bersalam dengan warga emas tersebut. Mak Cik Minah memeluk Aina
dengan penuh kasih sayang.

Aktiviti 5 :
Senaraikan kata nama am (perkataan yang digelapkan) berdasarkan teks.
Kemudian, bina ayat menggunakan kata nama am.

1. ……………………………………..
______________________________________________________________
______________________________________________________________

2. ……………………………………..
______________________________________________________________
______________________________________________________________

3. ……………………………………..
______________________________________________________________
______________________________________________________________

4. ……………………………………..
______________________________________________________________
______________________________________________________________

5. ……………………………………..
______________________________________________________________
______________________________________________________________

Rujukan

Badan Pembangunan Kurikulum. (2019). Kurikulum Standard Sekolah Rendah:
Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Bahasa Melayu Tahun 4. Kuala
Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.


Click to View FlipBook Version