The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOTA SAINS TAHUN 4 - KEMAHIRAN PROSES SAINS (TOPIK 1).pptx

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norhidawatiramli, 2021-12-27 22:37:31

NOTA SAINS TAHUN 4 - KEMAHIRAN PROSES SAINS (TOPIK 1).pptx

NOTA SAINS TAHUN 4 - KEMAHIRAN PROSES SAINS (TOPIK 1).pptx

Modul Sains
Tahun 4
Unit 1 : KEMAHIRAN SAINTIFIK

Disediakan oleh :
Pn. Norhidawati binti Ramli

1.0 Kemahiran Proses Sains

• Kemahiran Proses Sains membolehkan kamu mempersoalkan tentang
sesuatu perkara dan mencari jawapan secara sistematik.

• Terdapat 12 kemahiran Proses Sains, iaitu 7 kemahiran asas dan 5
kemahiran bersepadu.

• Kemahiran proses sains membantu kita memahami objek dan persekitaran
secara saintifik.

• Kemahiran proses sains yang telah dipelajari sebelum ini termasuklah:
• Memerhati – "Sudah lama saya perhatikan sampah sarap di sini.”
• Mengasing – “Kita kena asingkan sampah-sarap ini dahulu mengikut
jenisnya.”
• Berkomunikasi – “Mereka berbincang tentang cara untuk melupuskan
sampah tersebut.”
• Mengukur dan Menggunakan nombor – “Kita timbang tin aluminium ini
dahulu sebelum dijual.”
• Meramal – “Saya ramalkan kita akan memperoleh RM8.00 hasil jualan tin
aluminium sahaja.”
• Memberi inferens – “Kita perlu tanam semula sisa makanan ini supaya
sisa makanan ini dapat mereput di dalam tanah dan baunya pun akan
hilang selepas ditanam.”

2

1.1.1 Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

• Menggunakan perhubungan ruang dan masa ialah kemahiran memerihalkan
perubahan sesuatu kejadian atau fenomena berdasarkan parameter seperti
lokasi, arah, bentuk, saiz, isi padu dan berat mengikut masa.

• Contoh, selepas 20 minit, ais krim sudah berubah bentuk, saiznya juga
mengecil. Perubahan bentuk dan saiz aiskrim dinamakan perubahan
parameter.

• Apabila masa bertambah, bentuk aiskrim menjadi tidak sekata dan saiznya
semakin mengecil. Jadi, perhubungan ruang dan masa dalam situasi di atas
adalah, apabila masa bertambah, bentuk aiskrim menjadi tidak sekata dan
saiznya mengecil.

1.1.2 Mentafsir Data

• Mentafsir data ialah kemahiran memberikan penerangan yang rasional
tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.

• Penerangan yang diberikan daripada bacaan sesuatu jadual, carta pai, carta
palang atau carta pengelasan ialah contoh mentafsir data.

3

1.1.3 Mendefinisi Secara Operasi

• Mendefinisi secara operasi ialah kemahiran memberikan definisi tentang
sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dapat dilakukan dan
diperhatikan.

• Sebagai contoh,
• Definisi secara operasi keupayaan bahan menyerap air ialah isi padu air
yang tinggal di dalam bikar.
• Definisi secara operasi keupayaan bahan menyerap air paling tinggi
ialah isi padu air yang tinggal paling sedikit di dalam bikar.
• Definisi secara operasi pertumbuhan pokok kacang hijau ialah bilangan
daun dan ketinggian pokok kacang hijau selepas seminggu.
• Definisi secara operasi had kekenyalan gelang getah ialah Panjang
maksimum gelang getah yang dapat ditarik sebelum putus.

1.1.4 Mengawal Pemboleh Ubah

• Pemboleh ubah ialah sesuatu yang boleh berubah dalam sesebuah
penyiasatan.

• Pemboleh ubah yang diubah dalam sesuatu penyiasatan dinamakan
pemboleh ubah dimanipulasi.

• Pemboleh ubah yang dikekalkan dalam sesuatu penyiasatan dikenali sebagai
pemboleh ubah malar.

4

• Pemboleh ubah yang diperhatikan dalam sesuatu penyiasatan dikenali
sebagai pemboleh ubah bergerak balas.

1.1.5 Membuat Hipotesis

• Membuat hipotesis ialah kemahiran membuat pernyataan umum yang boleh
diuji tentang hubungan antara pemboleh ubah dalam sesuatu penyiasatan.

• Sebagai contoh, “Semakin bertambah bilangan adukan, semakin berkurang
masa untuk gula melarut sempurna”.
• Mereka berjaya membuat hipotesis dengan mengaitkan dengan
mengaitkan hubungan antara pemboleh ubah yang dimanipulasi iaitu
bilangan adukan dengan pemboleh ubah yang bergerak balas, iaitu masa
untuk gula melarut sempurna.

• Hipotesis yang dibuat boleh diuji dengan menjalankan eksperimen.

1.1.6 Mengeksperimen

• Mengeksperimen ialah kemahiran merancang dan menjalankan penyiasatan
untuk meguji sesuatu hipotesis dengan mengumpul dan mentafsir data bagi
membuat kesimpulan daripada penyiasatan tersebut.

• Langkah-langkah mengeksperimen:
• Merancang eksperimen
• Mengenal pasti masalah dan membuat pernyataan masalah
• Membuat hipotesis
• Mengamal pemboleh ubah

5 • Menyenaraikan alat dan bahan
• Merancang langkah-langkah

• Menguji hipotesis
• Mengumpul dan mentafsir data
• Membuat kesimpulan

• Menulis laporan
• Tujuan
• Pernyataan masalah
• Hipotesis
• Menentukan pemboleh ubah
• Alat dan bahan
• Langkah-langkah
• Dapatan/ Data
• Mentafsir data
• Kesimpulan

Video QR Code 2. Membina bot air
1. Membina model roket serbuk penaik

Buku Teks ms 20: Buku Teks ms
Membina model roket 21: Membina
serbuk penaik bot air

6

7

Latihan

Unit 1 – Kemahiran Saintifik
1.1 Kemahiran Proses Sains (Memerhati)

Tahap Penguasaan Standard Prestasi
1 Mengingat Kembali Kemahiran Proses Sains
2 Memerhatikan Kemahiran Proses Sains

A Lengkapkan peta buih yang berikut dengan lima deria yang terlibat untuk membuat
sesuatu pemerhatian

1 __________

5 __________ Deria 2 __________

4 __________ 3 __________

B Jawab soalan berdasarkan pernyataan di bawah.

Nadya sedang makan buah durian.

Apakah deria yang terlibat dalam pemerhatian di atas?

8

_______________________________________________________________________

Latihan

Unit 1 – Kemahiran Saintifik
1.1 Kemahiran Proses Sains (Mengelas)

Tahap Penguasaan Standard Prestasi

2 Memerhatikan kemahiran proses sains

A Kelaskan haiwan-haiwan di bawah mengikut ciri-ciri sepunya yang diberikan

Habitat

Di air Di darat

_______________ _______________

_______________ _______________
_______________ _______________

_______________ _______________

(a) Berkaki (b) Tidak berkaki (a) Berkaki (b) Tidak berkaki
_______________ _______________ _______________ _______________
_______________ _______________ _______________ _______________

9

Latihan

Unit 1 – Kemahiran Saintifik
1.1 Kemahiran Proses Sains (Mengukur menggunakan nombor)

Tahap Penguasaan Standard Prestasi

1 Mengingat kembali kemahiran proses sains
2 Memerhatikan kemahiran proses sains

A Tandakan(/) bagi alat yang boleh digunakan untuk mengukur
panjang sebuah meja.

B Jawab soalan-soalan berdasarkan rajah.
Rajah di bawah menunjukkan suatu pemerhatian terhadap sehelai daun.

(a) Pada rajah di atas, tandakan (/) pada kedudukan mata yang betul semasa
mengambil bacaan panjang daun itu.

(b) Apakah nama alat pengukur yang digunakan dalam rajah di atas?
__________________________________________________________________

(c1)0 Nyatakan unit piawai yang sesuai digunakan untuk mengukur panjang daun itu.
__________________________________________________________________

Latihan

Unit 1 – Kemahiran Saintifik
1.1 Kemahiran Proses Sains (Membuat inferens)

Tahap Penguasaan Standard Prestasi

1 Mengingat kembali kemahiran proses sains
2 Memerhatikan kemahiran proses sains

Jawab soalan-soalan yang berikut.

1 Nyatakan maksud membuat inferens.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

2 Rajah di bawah menunjukkan suatu situasi.

(a) Nyatakan satu inferens berdasarkan situasi dalam rajah di atas.
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

(b) Beri satu justifikasi bagi inferens kamu.
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

11

Latihan

Unit 1 – Kemahiran Saintifik
1.1 Kemahiran Proses Sains (Membuat inferens)

Tahap Penguasaan Standard Prestasi
3 Mengaplikasi kemahiran proses sains.

Jawab soalan-soalan yang berikut.

Sebuah papan tanda seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah diletakkan di
hadapan sebuah tandas.

(a) Ramalkan apa yang akan berlaku jika seorang kanak-kanak berlari masuk ke dalam
tandas itu.
___________________________________________________________________

(b) Apakah yang boleh dilakukan pada papan tanda itu untuk menarik perhatian yang
lebih daripada orang ramai?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(c) Lakarkan idea kamu di (b) pada ruang di bawah.

12

Latihan

Unit 1 – Kemahiran Saintifik
1.1 Kemahiran Proses Sains (Membuat inferens)

Tahap Penguasaan Standard Prestasi
4
Menganalisis kemahiran proses sains untuk menyelesaikan
masalah atau melaksanakan tugasan

Jawab soalan-soalan yang berikut.
Jadual di bawah menunjukkan keputusan bagi suatu penyiasatan.

Masa pemanasan 5 10 15 20
(minit) 80

Suhu air ( °c ) 20 40 60

(a) Nyatakan satu parameter yang berubah mengikut masa berdasarkan jadual di atas.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(b) Nyatakan perbezaan suhu air dari minit ke – 5 hingga minit ke – 20.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(c) Jika tempoh penyiasatan ini dilanjutkan kepada 25 minit, ramalkan suhu air yang
mungkin.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(d) Apakah pola perubahan suhu air sepanjang penyiasatan ini?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(e) Apakah hubungan antara masa pemanasan dengan suhu air dalam penyiasatan ini?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

13

Latihan

Unit 1 – Kemahiran Saintifik
1.1 Kemahiran Proses Sains (Membuat hipotesis)

Tahap Penguasaan Standard Prestasi
6
Mereka bentuk eksperimen bagi menyelesaikan masalah
secara saintifik serta bertanggungjawab ke atas diri rakan dan
alam sekitar.

Jawab soalan-soalan yang berikut.

Rajah dibawah menunjukkan dua ekor tikus yang sama saiz dan umur diletakkan di
dalam sangkar yang berlainan, X dan Y. Keadaan tikus-tikus selepas seminggu
diperhatikan.

Sangkar

Keadaan tikus selepas Hidup Mati
seminggu

(a) Bina satu pernyataan umum yang boleh dikaji berdasarkan penyiasatan di atas.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(c) Nyatakan satu hipotesis bagi penyiasatan ini.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

14

Rujukan
Badan Pembangunan Kurikulum. (April 2018). Kurikulum Standard
Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun
4. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohd Ramadhan bin Anwar, Mohammad Fazli bin Othman, Siti Roha binti Abd.
Karim & Ahmad Pua'ad bin Ibrahim. (2019). Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (Semakan 2017): Sains Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

15

Terima Kasih

16


Click to View FlipBook Version
Previous Book
โลกน่าอยู่
Next Book
kalender 2022 sheila