Sains Tahun 4
Unit 9 : Bumi
Disediakan oleh :
Pn. Norhidawati binti Ramli
9.1.1 Graviti Bumi
• Setiap objek yang dilambung ke atas akan jatuh
semula ke bawah.
• Semua objek di sekeliling kita ditarik ke arah
pusat bumi oleh suatu daya yang dinamakan
daya tarikan graviti bumi.
• Graviti atau gravitas dalam bahasa Latin
bermaksud berat. Daya tarikan graviti ada pada
semua objek.
• Tanpa graviti, angkasa akan terapung di udara.
Oleh sebab itu, angkasawan perlu memakai
pakaian khas dan menggunakan peralatan khas
untuk urusan harian supaya objek di
sekelilingnya tidak terapung.
9.1.2 Daya Tarikan Graviti Bumi
• Graviti bumi ialah daya yang menarik
objek ke arah pusat bumi.
• Tanpa daya tarikan graviti bumi, semua
objek akan terapung di udara.
• Semua objek di Bumi dapat berada
pada kedudukannya kerana adanya
daya tarikan graviti bumi.
9.1.3 Kepentingan Daya Tarikan
Graviti Bumi
• Daya tarikan graviti bumi
penting untuk mengekalkan
objek pada kedudukannya.
• Daya tarikan graviti bumi
menyebabkan objek tidak
terapung di udara dan kekal
berada pada kedudukannya.
9.2.1 Putaran dan Peredaran
Bumi
• Bumi dan semua planet lain beredar
mengelilingi Matahari mengikut
orbit masing-masing.
• Bumi berputar pada paksinya dan
pada masa yang sama beredar
mengikut orbitnya mengelilingi
Matahari.
• Paksi ialah garis bayangan yang
menghubungkan Kutub Utara dan
Kutub Selatan.
9.2.2 Arah dan Tempoh Semasa
Putaran dan Peredaran Bumi
• Bumi berputar pada paksinya dari arah
Barat ke Timur.
• Satu putaran lengkap mengambil masa
24 jam atau 1 hari.
• Bumi beredar mengelilingi Matahari
pada orbitnya mengikut arah lawan
jam.
• Satu peredaran lengkap mengambil
masa 1 tahun atau 365 ¼ hari.
9.2.3 Kesan Putaran Bumi pada
Paksinya
• Putaran bumi pada paksinya
menyebabkan berlakunya beberapa
kejadian:Kejadian siang dan malam
• Bahagian bumi yang menghadap
Matahari akan mengalami siang.
• Bahagian bumi yang terlindung
daripada cahaya Matahari akan
mengalami malam.
• Kedudukan matahari kelihatan
seperti berubah-ubah terbit dari
Timur dan benam ke Barat
• Perubahan panjang dan arah
bayang-bayang
9.2.3 Kesan Putaran Bumi pada
Paksinya
Refleksi Minda
Terima Kasih