BAHASA MELAYU TAHUN 4
TEMA 7 : PERTANIAN DAN PENTERNAKAN
OLEH : PN. NORHIDAWATI BINTI RAMLI
UNIT 19 : KREATIFNYA PETANI KITA
Tajuk : Jurutera Pertanian
Kemahiran (PBD) : Tatabahasa
Aktiviti : Bercerita menggunakan kata kerja yang
diberikan
STANDARD KANDUNGAN
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut
konteks
STANDARD PEMBELAJARAN
5.1.2 (i) Memahami dan menggunakan kata kerja aktif
transitif dan tak transitif mengikut konteks.
Rujuk Buku Teks Muka Surat 135
(Jurutera Pertanian)
Aktiviti : Bercerita menggunakan
kata kerja yang diberikan
KATA KERJA
Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk
menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh
manusia, binatang atau benda.
KATA KERJA
Kata Kerja
Kata kerja Kata kerja
tak transitif transitif
KATA KERJA TAK TRANSITIF
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang
dapat berdiri sendiri dalam ayat tanpa
memerlukan objek.
Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk ;
a) Asal
b) Berimbuhan beR-, meN-, teR-, beR-..-an
dan beR-..-kan
KATA KERJA TAK TRANSITIF
Bentuknya Contoh Kata Ayat Contoh
Bentuk asal 1. Pulang 1. Zara baru pulang dari sekolah.
2. Solat 2. Zara segera menunaikan solat.
3. Makan 3. Selepas itu Zara makan tengah hari
bersama adiknya.
Bentuk 1. Berada 1. Zara berada di dalam biliknya.
berimbuhan 2. Mencipta 2. Zara telah mencipta baja organik.
3. Tersedar 3. Zara tersedar dari lamunannya.
KATA KERJA TRANSITIF
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti
disertai objek yang terdiri daripada frasa nama.
Contoh :
Zara memeriksa tapak semaian
Kata kerja Objek (frasa nama)
transitif
KATA KERJA TRANSITIF
Berimbuhan Contoh Kata Ayat Contoh
meN- 1. Menulis 1. Zara menulis karangan di dalam bukunya.
2. Mencipta 2. Zara telah mencipta baja dan racun
meN-…-i 1. Menemui organik.
2. Mendekati
1. Kami menemuinya di depan pasar raya.
meN-…-kan 1. Menyediakan 2. Zara mendekati rakannya dan
2. Memulakan
bertanyakan khabar.
1. Zara mula menyediakan tapak semaian
untuk kajiannya.
2. Zara memulakan kerjayanya dua tahun
yang lalu.
KATA KERJA TRANSITIF
Berimbuhan Contoh Kata Ayat Contoh
mempeR- 1. Memperalat 1. Jangan suka memperalat orang lain.
2. Memperoleh 2. Zara memperoleh anugerah kerana
ciptaan baja dan racun organiknya.
mempeR-…-i 1. Memperakui 1. Pihak Jabatan Pertanian memperakui
berita itu.
2. Memperingati 2. Majlis itu diadakan untuk memperingati
jasa Zara.
mempeR-…-kan 1. Mempertahankan 1. Pembahas itu tetap mempertahankan
1.
Mempertemukan hujah-hujahnya.
2. Kajian itu telah mempertemukan mereka
bertiga.
Rujuk Buku Teks Muka
Surat 135
Lengkapkan cerita
Jurutera Pertanian
(Zara baru pulang dari
sekolah. Selepas mengurus
diri, dia…)
TUGASAN
Lengkapkan karangan menggunakan kata kerja yang diberi
berdasarkan gambarajah di dalam buku teks.
Tulis di dalam buku PENULISAN B.
TUGASAN
Gambar Kata Kerja Ayat
pulang Zara baru _______ dari sekolah. Dia telah
menghadiri _______ ceramah kerjaya dalam bidang
pertanian.
duduk Selepas mengurus diri, dia _______
berangan- termenung sambil _______ menjadi
seorang jurutera pertanian di pejabat
angan MARDI.
berada Zara akan _______ di pejabatnya seawal
jam 8:00 pagi untuk memulakan rutin
tugasnya.
TUGASAN
Gambar Kata Kerja Ayat
mencipta Sebagai jurutera pertanian, Zara ditugaskan
melakukan _______ dan _______ kajian terhadap
jenis-jenis baja dan racun serangga yang
memeriksa digunakan dalam sektor pertanian.
Zara juga bertanggungjawab _______
jentera-jentera yang digunakan di dalam
sektornya.
menyediakan Selain itu, Zara juga _______ dan
menyelia _______ tapak semaian bagi tujuan
penyelidikannya.
TUGASAN
Gambar Kata Kerja Ayat
mengukur Penyelidikan yang dibuat oleh Zara
meningkat bertujuan untuk _______ tahap
keberkesanan, dari laporan kajian itu dapat
terdengar _______kan mutu baja dan racun organik
memanggil yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian.
tersedar
tersenyum Tiba-tiba Zara _______ ibunya _______
untuk minum petang bersama. Zara
_______ dari lamunannya. Dia _______
sendirian dan berazam akan menggapai
anganannya suatu hari nanti.
Ada persoalan?
Boleh hubungi saya di telegram