The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IDA RAMLI, 2020-04-26 23:01:57

NOTA SAINS TAHUN 3 - MANUSIA

NOTA SAINS TAHUN 3 - MANUSIA

Sains Tahun 3

Unit 3 : Manusia

(A) Jenis dan Struktur Gigi

• Manusia mempunyai tiga jenis gigi:

1. Gigi kacip: Memotong makanan.

2. Gigi taring: Mengoyakkan makanan.

3. Gigi geraham: Melumatkan makanan.

• Sekiranya sebatang gigi dibuat keratan rentas, struktur
gigi dari luar ke dalam ialah:
(i) enamel,
(ii) dentin,
(iii) gusi,
(iv) saraf dan
​(v) salur darah.

(A) Jenis dan Struktur Gigi

• Terdapat dua set gigi, iaitu gigi susu dan gigi kekal.
1. Kedua-dua set gigi mempunyai jenis gigi yang
sama, iaitu gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham.
2. Perbezaan antara set gigi susu dan set gigi kekal:



(A) Jenis dan Struktur Gigi

• Cara penjagaan kesihatan gigi:
• Berkumur dapat mengeluarkan sisa makanan yang terlekat pada celah
gigi.
• Gigi diberus menggunakan ubat gigi yang digosokkan di setiap
permukaan gigi. Beruslah gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
• Untuk menggunakan flos, selitkan tali flos di celah gigi dan
gerakkannya untuk mengeluarkan sisa makanan.
• Kita juga perlu membuat pemeriksaan gigi di klinik setiap enam bulan.

• Terdapat pelbagai teknologi rawatan pergigian seperti:
• Tampalan
• Pendakap gigi
• Gigi palsu
• Rawatan akar

(B) Kelas Makanan

• Makanan boleh dikelaskan kepada tujuh kumpulan yang mempunyai
kepentingan kepada tubuh badan agar kita sentiasa kekal sihat.

• Protein seperti daging, ayam, ikan, udang dan susu membantu dalam
tumbesaran badan.

• Karbohidrat seperti nasi, kentang, bijirin dan roti memberi tenaga kepada
badan kita.

• Vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran menjaga kesihatan
badan kita.

• Mineral seperti sayur-sayuran, makanan laut, garam dan keju menjaga
kesihatan badan kita.

• Lemak seperti mentega dan minyak memanaskan badan kita.

• Air seperti mineral dan jus mengawal suhu badan kita.

• Pelawas seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mencegah sembelit.

(C) Proses Pencernaan

• Pencernaan ialah proses menghancurkan makanan
menjadi cebisan yang lebih kecil sipaya nutrient
daripadanya boleh diserap semasa melalui urutan aliran
makanan di dalam badan.

• Makanan yang dimakan akan melalui beberapa
bahagian badan, bermula dari mulut, esofagus, perut,
usus dan berakhir di dubur.

• Makanan dihancurkan oleh gigi, lidah dan air liur
menjadi cebisan yang lebih kecil supaya lembut dan
mudah ditelan.

• Makanan akan melalui esofagus dan menjadi makin
kecil di perut.

(C) Proses Pencernaan

• Nutrien makanan akan diserap ke dalam usus.

• Apabila sampai ke dubur, makanan menjadi tinja atau
tahi yang tidak diperlukan lagi.

• Perbuatan yang mengganggu pencernaan seperti
berlari selepas makan, makan gelojah dan bercakap
semasa makan boleh memberi kesan seperti tersedak,
muntah, tercekik dan sakit perut.

Selamat
Mengulangkaji

Terima Kasih


Click to View FlipBook Version