The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IDA RAMLI, 2020-04-26 23:07:03

NOTA SAINS TAHUN 4 - TUMBUH-TUMBUHAN

NOTA SAINS TAHUN 4 - TUMBUH-TUMBUHAN

Sains Tahun 4

Unit 4 : Tumbuh-tumbuhan

Disediakan oleh :
Pn. Norhidawati binti Ramli

4.1.1 Gerak Balas Tumbuh-
Tumbuhan

• Seperti manusia dan haiwan, tumbuh-tumbuhan juga
bergerak balas terhadap rangsangan, iaitu air, gravitI,
cahaya dan sentuhan.
1. Akar: Bahagian tumbuh-tumbuhan yang bergerak
balas dan tumbuh ke arah air dan tarikan graviti.
2. Daun: Bahagian pada sesetengah tumbuh-tumbuhan
yang bergerak balas terhadap sentuhan.
3. Pucuk: Bahagian tumbuh-tumbuhan yang bergerak
balas dan tumbuh ke arah cahaya.
4. Daun sesetengah tumbuh-tumbuhan seperti pokok
semalu dan pokok perangkap lalat Venus akan
tertutup atau menguncup apabila disentuh.



4.2.1 Fotosintesis

1. Tumbuh-tumbuhan, manusia dan haiwan memerlukan
makanan untuk terus hidup dan membesar.

2. Manusia dan haiwan boleh bergerak untuk mendapatkan
makanan tetapi tidak bagi tumbuh-tumbuhan.

3. Tumbuhan boleh membuat makanan sendiri melalui
proses fotosintesis.

4. Fotosintesis ialah proses tumbuh-tumbuhan membuat
makanan dengan sendiri.

5. Tumbuh-tumbuhan yang bukan berwarna hijau juga
boleh melakukan fotosintesis sekiranya mempunyai
klorofil.

4.2.2 Keperluan Proses
Fotosintesis

• Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya
matahari, klorofil, karbon dioksida, dan air
untuk melakukan proses fotosintesis.

1. Cahaya Matahari: Sumber utama tenaga.

2. Karbon dioksida: Gas dalam udara yang
masuk melalui daun.

3. Klorofil: Bahan berwarna hijau pada
tumbuh-tumbuhan.

4. Air: Diserap masuk melalui akar.



4.2.3 Hasil Proses Fotosintesis

• Semasa proses fotosintesis, kloforil menyerap cahaya
matahari dan menukarkan air serta karbon dioksida
kepada glukosa dan oksigen.

1. Glukosa yang tersimpan dalam bentuk kanji: Bahan yang
terhasil sebagai makanan. Glukosa yang terhasil,
kemudiannya saling bergabung untuk membentuk kanji
yang tersimpan pada bahagian tumbuh-tumbuhan
seperti daun, batang, akar, biji benih, bunga dan buah.

2. Oksigen: Gas yang dibebaskan melalui daun ke udara.

• Gerak balas terhadap rangsangan membantu
tumbuh-tumbuhan mendapatkan keperluan untuk
menjalankan proses fotosintesis.

• Proses fotosintesis melibatkan:



4.2.4 Kepentingan Fotosintesis
kepada Hidupan

• Tumbuh-tumbuhan sentiasa melalkukan proses
fotosintesis untuk membolehkannya
menghasilkan makanan sendiri.

• Hasil fotosintesis juga dapat memberikan
manfaat kepada hidupan lain dan alam sekitar.

• Kepentingan fotosintesis:

1. membekalkan sumber makanan
2. memberikan sumber oksigen kepada pernafasan
3. mengekalkan keseimbangan udara di alam ini



4.2.4 Kepentingan Fotosintesis
kepada Hidupan

• Tumbuh-tumbuhan sentiasa melalkukan proses
fotosintesis untuk membolehkannya
menghasilkan makanan sendiri.

• Hasil fotosintesis juga dapat memberikan
manfaat kepada hidupan lain dan alam sekitar.

• Kepentingan fotosintesis:

1. membekalkan sumber makanan
2. memberikan sumber oksigen kepada pernafasan
3. mengekalkan keseimbangan udara di alam ini

Selamat
Mengulangkaji

Terima Kasih


Click to View FlipBook Version