The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IDA RAMLI, 2021-07-05 23:27:17

NOTA KATA MAJMUK

NOTA KATA MAJMUK

SK TANJUNG BATU, NENASI
26680 PEKAN
PAHANG DARUL MAKMUR

BAHASA MELAYU
Unit 15 : Aku Anak Watan

DISEDIAKAN OLEH : PN. NORHIDAWATI BINTI RAMLI

Standard Kandungan / Standard Pembelajaran

5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks.
5.2.2 (i)(ii) Memahami dan menggunakan kata majmuk
bebas dan kata majmuk mantap mengikut konteks;

Nota Tatabahasa : Kata Majmuk

a) Penghasilan KATA MAJMUK merupakan proses merangkaikan dua kata
dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu. Terdapat tiga
bentuk kata majmuk, seperti:

b) Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas
c) Kata Majmuk berbentuk istilah khusus
d) Kata Majmuk berbentuk kiasan (peribahasa)

Nota Tatabahasa : Kata Majmuk

Kata Majmuk (Rangkai Kata Bebas)
Berikut merupakan Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas:

gambar rajah kuning langsat
biru laut jalan raya
luar biasa
merah muda
tengah hari jam tangan
kapal terbang nasi minyak
bandar raya bom tangan
meja tulis
alat tulis kipas angin
terima kasih

Nota Tatabahasa : Kata Majmuk

Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas ini juga
termasuklan gelaran, seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Raja
Muda, Duta Besar, Naib Canselor, Profesor Madya, Penolong Pendaftar,
Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Negara.

garis pusat kertas kerja
pita suara darah panas
model linear mata pelajaran
segi tiga batu kapur
atur cara kemas kini
kanta lekap reka bentuk

Nota Tatabahasa : Kata Majmuk

Kata Majmuk (Kiasan)
Kata Majmuk berbentuk kiasan ini terdiri daripada peribahasa (simpulan
bahasa). Contohdapat dilihat melalui senarai berikut:-

kaki ayam pilih kasih
duit kopi anak emas
kaki bangku buah hati
buah tangan manis mulut
makan angin berat tangan

Nota Tatabahasa : Kata Majmuk

Kata Majmuk Mantap

Terdapat kata majmuk berbentuk ejaan yang telah mantap. Kata
majmuk ini dieja sebagai satu perkataan.

antarabangsa kerjasama

beritahu olahraga

bumiputera matahari

jawatankuasa setiausaha

kakitangan sukarela

pesuruhjaya tanggungjawab

tandatangan warganegara

suruhanjaya pilihanraya

Nota Tatabahasa : Kata Majmuk

Terdapat juga golongan kata tertentu yang telah lazim dieja bercantum.
Contohnya:

Kata nama peribadi, peribahasa, perikemanusiaan, dinihari,
hulubalang
Kata adjektif
Kata sendi nama sukacita, dukacita

Kata hubung kepada, daripada

Kata tanya apabila, barangkali, manakala, darihal, apakala,
padahal, walhal, kadangkala

bagaimana

Nota Tatabahasa : Kata Majmuk

Penggandaan Kata Majmuk

Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama
sesuatu kata sahaja. Contohnya:

Tunggal Jamak

alat tulis alat-alat tulis

gambar rajah gambar-gambar rajah

balai raya balai-balai raya

kapal terbang kapal-kapal terbang

Menteri Besar Menteri-menteri besar

suku kata suku-suku kata

garis pusat garis-garis pusat

Nota Tatabahasa : Kata Majmuk

Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap;
penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya:

Tunggal Jamak
pesuruhjaya pesuruhjaya-pesuruhjaya
warganegara warganegara-warganegara
tandatangan tandatangan-tandatangan
jawatankuasa jawatankuasa-jawatankuasa
setiausaha
setiausaha-setiausaha

Nota Tatabahasa : Kata Majmuk

Pengimbuhan Kata Majmuk

Kata Majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja,
ejaannya tetap terpisah. Contohnya:
campur aduk   -          bercampur aduk
ambil alih        -          mengambil alih
daya serap       -          daya serapan
ulang kaji         -          mengulang kaji

Nota Tatabahasa : Kata Majmuk

Pengimbuhan Kata Majmuk

Kata majmuk yang menerima imbuhan apitan, ejaannya dieja secara
bercantum. Contohnya:
campur aduk   -          mencampuradukkan
ambil alih        -          pengambilalihan
daya serap       -          kedayaserapan
ulang kaji         -          pengulangkajian

BAHASA MELAYU TAHUN 4

UNIT 15 : AKU ANAK WATAN


Click to View FlipBook Version