SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BATU
26680 PEKAN
PAHANG DARUL MAKMUR
NO TEL. / FAKS : 09-418 1516
PANDUAN TEKNIK
MENULIS KARANGAN
NAMA :
………………………………………………………………………………………
Oleh : Teacher Ida Ramli
Panduan Teknik Menulis Karangan / Rangka
Penulisan Karangan
Panduan Teknik Menulis Karangan / Rangka Penulisan Karangan
1. Teknik Menulis Pengenalan (1 perenggan)
Ayat 1 - Cadangan Penanda Wacana (CPW) + Tema
Ayat 2 - CPW + Huraian Tema
Ayat 3 - CPW + Contoh / Bukti
Ayat 4 - Kesimpulan kecil (CPW + Kehendak soalan)
Ayat 5 - Peribahasa
Perenggan Pendahuluan :
Ayat 1 - Sejak negara kita menikmati arus kemerdekaan …….(tema
karangan)…
Ayat 2 – Dalam hal ini, …… (huraian tema karangan)…
Ayat 3 – Sebagai contohnya, ….(contoh)……
Ayat 4 - Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa,
….(kehendak soalan) ….
2. Teknik Menulis Isi-isi penting
(3@5 isi – 1 isi 1 perenggan)
Ayat 1 - Cadangan Penanda Wacana (CPW) + Kehendak Soalan
Ayat 2 - CPW + Huraian Kehendak Soalan
Ayat 3 - CPW + Contoh / Bukti
Ayat 4 - Kesimpulan kecil (CPW + Rumusan Kehendak Soalan)
Ayat 5 - Peribahasa
Isi-isi penting:
Perenggan Isi pertama :
Ayat 1 - Umum mengetahui bahawa .(kehendak soalan)…….(isi 1)……
Ayat 2 – Hal ini berlaku disebabkan….( huraian isi 1)……
Ayat 3 – Sebagai misalannya,….(contoh)……..
Ayat 4 - Bertitik tolak daripada itulah…… (kesimpulan kecil)…….
Perenggan Isi kedua:
Ayat 1 - Sebagaimana yang kita maklumi…….(isi 2)……
Ayat 2 – Pada hemat saya, …..( huraian isi 2)…….
Ayat 3 – Contoh yang boleh diketengahkan ialah,……(contoh)…..
Ayat 4 - Jelaslah bahawa.…...(kesimpulan kecil) …..
Perenggan Isi ketiga:
Ayat 1 - Selain itu, pada masa ini juga …..(isi 3)…
Ayat 2 – Gejala/perkara ini berlaku kerana..( huraian isi 3)…
Ayat 3 – Tamsilnya,……(contoh)…….
Ayat 4 – Oleh itu,………(kesimpulan kecil)……
Perenggan Isi keempat :
Ayat 1 - Pada zaman pascakemerdekaan in…..(isi 4)….
Ayat 2 – Bukan itu sahaja … ..( huraian isi 4)…….
Ayat 3 – Sebagai contohnya,….(contoh)……
Ayat 4 – Natijahnya,……(kesimpulan kecil)…
Perenggan Isi Kelima :
Ayat 1 - Dasawarsa ini …..(isi 5)….
Ayat 2 –Dalam konteks ini….(huraian isi 5)….
Ayat 3 –Biar kita ambil contoh …(contoh)…
Ayat 4 -Lantaran itu sehingga kini ….. (kesimpulan kecil)….
3. Teknik Menulis Penutup (1 perenggan)
Ayat 1 - CPW + rumusan tema dan kehendak
soalan
Ayat 2 - Ayat Cadangan dan Harapan anda
Ayat 3 - Peribahasa
Perenggan Penutup
Ayat 1 - Akhirulkalam,dengan keizinan Tuhan yang Maha Esa, kita yakin dan
percaya bahawa …(tema karangan) …..
Ayat 2 – Demi merealisasikan visi kudsi wawasan 2020, marilah kita bersama-
sama berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni,
insya-Allah perkara ….(tema karangan)…..
Ayat 3 - Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang
konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar
masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
Ayat 4 - Diharapkan semua pihak, dapat…… dan kerjasama daripada pelbagai
lapisan masyarakat………..
Sumber : http://arizaaki.blogspot.com/2014/06/panduan-teknik-menulis-karangan-
rangka.html
TEKNIK & GRAFIK PENULISAN BAHASA MELAYU
Untuk menguasai teknik penulisan, murid perlu mencari idea sebelum menulis
karangan. Untuk mencari idea, murid boleh menggunakan enam kata kunci iaitu
bila, di mana, siapa, apa, kenapa dan bagaimana.
Murid juga perlu diingatkan supaya menjawab soalan-soalan tersebut dalam bentuk
ayat lengkap. Dengan ini murid dapat menjana idea dengan lebih mudah.
Sumber : http://www.mykssr.com/2016/05/teknik-grafik-penulisan-bm-tahap-2-tips.html