SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BATU
26680 PEKAN
PAHANG DARUL MAKMUR
NO TEL. / FAKS : 09-418 1516
NOTA TATABAHASA
KATA MAJMUK
NAMA :
………………………………………………………………………………………
Oleh : Pn. Norhidawati binti Ramli
1
NOTA KATA MAJMUK
Penghasilan KATA MAJMUK merupakan proses merangkaikan dua kata dasar
atau lebih yang membawa makna yang tertentu. Terdapat tiga bentuk kata
majmuk, seperti:
1. Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas
2. Kata Majmuk berbentuk istilah khusus
3. Kata Majmuk berbentuk kiasan (peribahasa)
Kata Majmuk (Rangkai Kata Bebas)
Berikut merupakan Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas:
gambar rajah kuning langsat
biru laut jalan raya
luar biasa merah muda
tengah hari jam tangan
kapal terbang nasi minyak
bandar raya bom tangan
alat tulis meja tulis
terima kasih kipas angin
Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas ini juga termasuklah
gelaran, seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Raja Muda, Duta Besar, Naib
Canselor, Profesor Madya, Penolong Pendaftar, Setiausaha Politik, Ketua
Setiausaha Negara.
2
Kata Majmuk (Istilah Khusus)
Kata Majmuk berbentuk istilah khusus adalah seperti contoh berikut:-
garis pusat kertas kerja
pita suara darah panas
model linear mata pelajaran
segi tiga batu kapur
atur cara kemas kini
kanta lekap reka bentuk
Kata Majmuk (Kiasan)
Kata Majmuk berbentuk kiasan ini terdiri daripada peribahasa (simpulan
bahasa). Contoh dapat dilihat melalui senarai berikut:-
kaki ayam pilih kasih
duit kopi anak emas
kaki bangku buah hati
buah tangan manis mulut
makan angin berat tangan
3
Kata Majmuk Mantap
Terdapat kata majmuk berbentuk ejaan yang telah mantap. Kata majmuk ini
dieja sebagai satu perkataan.
antarabangsa kerjasama
beritahu olahraga
bumiputera matahari
jawatankuasa setiausaha
kakitangan sukarela
pesuruhjaya tanggungjawab
tandatangan warganegara
suruhanjaya pilihanraya
Terdapat juga golongan kata tertentu yang telah lazim dieja bercantum.
Contohnya:
Kata nama peribadi, peribahasa, perikemanusiaan, dinihari,
hulubalang
Kata adjektif sukacita, dukacita
Kata sendi nama kepada, daripada
Kata hubung apabila, barangkali, manakala, darihal, apakala,
padahal, walhal, kadangkala
Kata tanya bagaimana
4
Penggandaan Kata Majmuk
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sesuatu
kata sahaja. Contohnya:
Tunggal Jamak
alat tulis alat-alat tulis
gambar rajah gambar-gambar rajah
balai raya balai-balai raya
kapal terbang kapal-kapal terbang
Menteri Besar Menteri-menteri besar
suku kata suku-suku kata
garis pusat garis-garis pusat
Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap; penggandaannya
melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya:
Tunggal Jamak
pesuruhjaya pesuruhjaya-pesuruhjaya
warganegara warganegara-warganegara
tandatangan tandatangan-tandatangan
jawatankuasa jawatankuasa-jawatankuasa
setiausaha setiausaha-setiausaha
5
Pengimbuhan Kata Majmuk
Kata Majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya
tetap terpisah. Contohnya:
1. campur aduk - bercampur aduk
2. ambil alih - mengambil alih
3. daya serap - daya serapan
4. ulang kaji - mengulang kaji
Kata majmuk yang menerima imbuhan apitan, ejaannya dieja secara
bercantum. Contohnya:
1. campur aduk - mencampuradukkan
2. ambil alih - pengambilalihan
3. daya serap - kedayaserapan
4. ulang kaji - pengulangkajian
Sumber rujukan :
https://gengsekolah.com/nota-tatabahasa-kata-majmuk/
6