SEKOLAH KEBANGSAAN RUGADING PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TUARAN PETI SURAT 370, 89208 TUARAN, SABAH Email: [email protected] Web : www.skrugading.edu.my
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading KALENDAR 2024
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading MISI DAN VISI KPM FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Visi Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. Misi Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. MISI DAN VISI SEKOLAH Visi Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. Misi Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading PIAGAM PELANGGAN “Sederap Transformasi Aspirasi Rugading” SLOGAN SEKOLAH MATLAMAT DAN OBJEKTIF SEKOLAH Menjelang Tahun 2020: • Semua guru Sekolah Kebangsaan Rugading yang mengajar mata pelajaran adalah guru terlatih dan berpengalaman serta mengikut opsyen. • Semua murid diberi peluang untuk menyertai aktiviti / mengambil bahagian • Prasarana utama sekolah dan kemudahan kokurikulum telah lengkap dan dapat diaplikasikan kepada semua murid. • Pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran guru telah menggunakan kemudahan ICT sepenuhnya. Bahawa kami warga Sekolah Kebangsaan Rugading Tuaran beriltizam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti yang berikut; 1. Memastikan agar murid menerima pendidikan yang berkualti dan melahirkan murid yang seimbang dan menyeluruh berdasrkan Falsafah Pendidikan Negara. 2. Mempastikan setiap murid dapat layanan yang mesra, adil dan saksama. 3. Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat dan kondusif untuk keemerlangan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. 4. Menanamkan nilai-nilai murni dan penyayang untuk melahirkan generasi pelajar yang harmoni, bersatu padu dan taat setia kepada agama, bangsa dan negara. 5. Memberikan perkhidmatan yang cekap dan mesra kepada pelanggan yang berurusan dengan pihak sekolah. 6. Bersikap positif terhadap teguran membina demi mempertingkatkan prestasi pelajar dan pentadbiran sekolah. 7. Memastikan setiap arahan yang dikeluarkan oleh KPM, JPN dan PPD dipatuhi sepenuhnya.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading SEJARAH SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Rugading, Tuaran ditubuhkan pada tahun 25 Ogos 1978, Pada masa itu, ianya hanyalah sebuah sekolah cawangan kepada SK. Pekan Telipok, Tuaran. SK. Rugading ditubuhkan atas daya usaha penduduk kampung Rugading Tuaran yang diketuai oleh Encik Manan Abdul Rahman selaku Ketua Kampung Rugading pada waktu itu, tanpa mempunyai bangunannya sendiri. Sekolah ini hanya menumpang di Balai Raya Kampung Rugading, Tuaran. Guru Besar yang pertama ditugaskan untuk mentadbir di sekolah ini adalah Encik Bahoi Bin Ladat dengan bilangan murid yang berdaftar pada masa itu seramai 60 orang. Encik Bahoi Bin Ladat telah mentadbir sekolah ini selama 1 tahun 4 bulan sahaja (1978 - 1979). Sekolah ini telah menjadi cawangan SK. Pekan Telipok, Tuaran sejak tahun 1978 shinggalah 1983. Oleh sebab bilangan murid telah meningkat maka, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini telah memohon kepada pihak yang berkenaan agar SK. Rugading, Tuaran dipisahkan daripada menjadi sekolah cawangan SK. Pekan Telipok, Tuaran. Encik Arjikal bin Mohammed selaku Guru Besar SK. Pekan Telipok, Tuaran pada masa itu bersama dengn pengerusi PIBG SK. Rugading, Tuaran telah memohon kepada Jabatan Pelajaran Sabah untuk menangani masalah tersebut. Pada penghujung bulan Disember 1984, Jabatan Pendidikan Sabah telah membina sebuah bangunan sekolah dengan 3 bilik darjah dan seunit rumah kembar untuk guru. Bangunan Sekolah dibina di atas tapak tanah seluas 1.18 ekar. Tanah ini telah didermakan oleh Allahyarham Datuk Haji Abdul Momin Bin Datuk Haji Kalakhan kepada Jabatan Pendidikan Sabah untuk tujuan pembinaan bangunan sekolah seperti yang telah ada sekarang. Guru Besar yang pertama sekali mentadbir di SK. Rugading Tuaran menggunakan bangunan sendiri ialah Encik Mohamed Bin Bodrah. Pada 16 April 1985, bangunan sekolah SK. Rugading Tuaran telah dibuka dengan rasminya oleh Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Haris Mohd Salleh. Dengan peristiwa perasmian yang bersejarah itu, Pengarah Pendidikan Sabah, Dr. Haji Isa Ramli telah mengumumkan bahawa SK. Rugading Tuaran akan diberi lagi sebuah bangunan sekolah yang mangandungi 3 buah bilik darjah dan seunit rumah kembar untuk guru. Pada tahun 1986, SK. Rugading Tuaran telah mempunyai 2 buah bangunan sekolah yang mengandungi 6 buah bilik darjah, sebuah bilik guru besar dan stor. Pada tahun 1988, sekolah ini mempunyai kakitangan yang terdiri daripada 7 orang guru, 1 orang pembantu kerani dan 1 orang tukang kebun. Pada awal tahun 2013, pembinaan bangunan baharu SK Rugading telah bermula. Bangunan tiga tingkat baharu ini dilengkapi 15 bilik darjah, 2 makmal sains, 1 bilik seni dan bilik-bilik khas yang lain. Tarikh 21 Ogos 2017 merupakan hari bersejarah buat seluruh warga SK. Rugading kerana sesi Pengajaran dan Pembelajran (PdP) telah berpindah ke bangunan Baharu sepenuhnya. Pada tahun 2022, SK Rugading mempunyai 16 guru lelaki dan 49 guru perempuan dengan enrolmen seramai 1169 orang murid. Berikut adalah guru-guru besar yang telah berkhidmat di sekolah ini sejak tahun 1978 hingga kini. NAMA GURU BESAR TAHUN BERKHIDMAT BAHOI LADAT 1978 – 1979 MOHAMMAD BODRAH 1979 – 2007 HAJAH NORAINI @ IME SANGKAR @ HAJI MUHAMMAD 2008 – 2009 BANGKAACK @ MOREEN GADUR 2009 – 2013 KADIR BIN HAJI JUNIT 2013 – 2019 EKE ANDREAS JUNIOR 2019 – 2021 AMINAH BINTI PILIE 2021 – sehingga kini
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading LENCANA SEKOLAH LAGU SEKOLAH . Berdiri megah sekolahku SK Rugading yang tercinta Selaras dengan prinsip rukun negara Disiplin dipatuhi Engkaulah gedung keilmuan Pewaris kepimpinan negara Semaikan diri dengan ilmu di dada Bersama menjayakan Bersatu berpadu setiap cita Tanpa mengira bangsa agama Biarpun rintangan halangan tiba Akan tetap maju ke depan Korus Dengan tekad semangat Azam Untuk Berjaya Kami capai harapan setinggi mana Dan tanpa berputus asa Kamilah pelajar Rugading (Lagu dan lirik oleh Zulkarnaen Nawawi)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading PANDUAN STAF SEKOLAH 1. ARAHAN AM a. Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan b. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan. c. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata. d. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan danmenghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang. e. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara. f. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. g. Bertanggunjawab menjaga dan menjamin keselamatan muriddanharta benda sekolah ketika berada di sekolah. h. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamikserta cekap menjalankan tugas. 2. KEDATANGAN a. Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah. b. Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar dan menandatangani Buku Kehadiran SEMASA sampai dan sewaktu balik sekolah. c. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin supaya jadual waktu ganti dapat disediakan. d. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. e. Guru diwajibkan datang untuk menjayakan aktiviti kokurikulum, bengkel, mesyuarat dan pelbagai program akademik di luar masa yang ditetapkan.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading PANDUAN STAF SEKOLAH 3. KELUAR WAKTU MENGAJAR a. Guru tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah atau bilik darjah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan Jabatan Pelajaran Negeri/Gabungan/Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar/Penolong Kanan. b. Guru dikehendaki mengisi dan menulis di dalam Buku Rekod Pergerakan Guru. Dapatkan kebenaran Guru Besar/Penolong Kanan sebelum keluar. c. Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Penolong Kanan. 4. CUTI a. Cuti Rehat / Cuti Penggal – mengikut surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP) 0046.SJ/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. TETAPI guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar. - Gurumendapat persetujuan permohonan CRK daripada Guru Besar sekurang - kurangnya dua (2) harisebelum permohonan Online (HRMIS) dibuat. b. Cuti Sakit – Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh PegawaiPerubatan Kerajaan. c. Cuti Tanpa Gaji – boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan dan tidak melebihi 180 hari. d. Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahundiluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. e. Cuti Rehat Khas – cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebabsebab kecemasan dan upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun. ** Setiap cuti yang diambil haruslah memaklumkan kepada guru besar dan Penolong Kanan Pentadbiran melalui telefon/Whatsapp rasmi sekolahsekurang - kurangnya sehari seblum cuti dipohon. Guru bertugas mencatat butiran sebab - sebab ketidakhadiran (tujuan, tarikh dan tempat). ** Guru yang memohon cuti haruslah menyedia dan menyerahkan RPH dan set Lembaran Kerja kepada Guru Penolong Kanan pentadbiran untuk proses GuruGanti.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading PANDUAN STAF SEKOLAH 5. TUGAS – TUGAS a. Semua guru yang mengajar akan diberikan dan disediakan Senarai Tugas sebagai panduan untuk mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran murid. Seterusnya menyediakan khidmat Bantu secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan Negaratercapai. b. Guru yang diberi tugas berkaitan kurikulum hendaklah melaksanakan tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab c. Semua aktiviti luar dari bilik darjah hendaklah dirancang dengan teliti dan mesti mendapat kelulusan dari Guru Besar sebelum dilaksanaka. d. Semua pembelian mesti mendapat kelulusan dari Guru Besar. e. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugasan / arahan misalnya menghadiri mesyuarat, guru terbabit mesti mematuhinya dan tidak boleh mengarahkan orang lain untuk menggantikannyatanpa pengetahuan Guru Besar. 6. KELUAR WAKTU MENGAJAR a. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali ianya suatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Kementerian Pendidikan, Jabatan PelajaranNegeri atau Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran dari pihak pentadbir. b. Semua Guru dikehendaki mencatat atau mengisi buku rekod keluarsetelah mendapat kebenaran dari pihak pentadbir c. Guru bertanggungjawab menyediakan kerja bertulis atau tugasan kepada pelajar sebelum meninggalkan sekolah (kursus, mesyuarat dan sebagainya) melalui guru relief atau Guru PenolongKanan. 7. PERHIMPUNAN SEKOLAH a. Guru Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan rasmi sekolahtepat pada masanya. b. Guru hendaklah memakai pakaian yang lengkap serta memakai tanda nama. c. Guru bertugas dikehendaki memastikan pelajar bersedia tepat pada masanya dan tentatif perhimpunan berjalan lancar. d. Semua guru diminta menunjukkan perlakuan yang baik kerana pada waktu itu tumpuan pelajar adalah pada guru yang dianggap sebagai role model.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading PANDUAN STAF SEKOLAH 8. BILIK GURU a. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggunjawab SEMUA guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru. b. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkaraperkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. c. Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggunjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak. 9. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN a. Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar. b. Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru Panitia, Penolong Kanan, atau Guru Besar. 10. JADUAL WAKTU a. Guru Kelas hendaklah menyediakan SATU salinan jadualwaktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri. b. Guru TIDAK dibenarkan mengubah atau meminda jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran Guru Besar dan Penolong Kanan. 11. PAKAIAN a. Semua Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai denganprofession keguruan b. Pakaian menjolok mata dan ketat tidak dibenarkan c. diarahkanuntuk melaksanakan sesuatu tugas atau arahan, misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke pejabat pelajaran atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. d. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. 12. KEGIATAN KOKURIKULUM a. Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur seperti yang telah dirancangkan.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading MAKLUMAT ASAS SEKOLAH JUMLAH GURU BIL. GURU LELAKI 20 BIL. GURU PEREMPUAN 49 JUMLAH 69 Nama sekolah Sekolah Kebangsaan Rugading Kod sekolah XBA4382 Gred sekolah B Sesi Pagi dan Petang Lokasi sekolah Luar Bandar Keluasan sekolah 6.72 Ekar (3.72 hektar) No. Geran Sekolah (PTP) CL045314547 Alamat sekolah Peti Surat 370, 89208 Tuaran No Telefon / Faks 088-499787 / 088-489787 Emel [email protected] Laman sesawang www.skrugading.edu.my Mod Perhubungan Sekolah ke PPD Jalan Raya (11 km) Sumber Air Jabatan Air Sabah JUMLAH AKP BIL. AKP LELAKI 3 BIL. AKP PEREMPUAN 4 JUMLAH 7 JUMLAH MURID BIL. MURID LELAKI 645 BIL. MURID PEREMPUAN 604 JUMLAH 1299 JUMLAH MURID PRA SEKOLAH BIL. MURID LELAKI 24 BIL. MURID PEREMPUAN 26 JUMLAH 50 JUMLAH MURID MENGIKUT KELAS KELAS MURID LELAKI MURID PEREMPUAN JUMLAH PPKI 17 11 28 PRA SEKOLAH 24 26 50 TAHUN 1 113 109 222 TAHUN 2 112 109 211 TAHUN 3 105 104 219 TAHUN 4 103 102 205 TAHUN 5 107 99 206 TAHUN 6 104 104 208 JUMLAH 1377 DATA PADA: 2023/2024
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading PELAN SEKOLAH
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JAWATANKUASA PENGURUSAN INDUK 2024
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID (HEM)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID (HEM)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID (HEM)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID (HEM)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID (HEM)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID (HEM)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID (HEM)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID (HEM)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID (HEM)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID (HEM)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID (HEM)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID (HEM)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID (HEM)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID (HEM)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID (HEM)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID (HEM)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JAWATANKUASA KELAB DAN PERSATUAN
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JAWATANKUASA UNIT BERUNIFORM
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JAWATANKUASA SUKAN DAN PERMAINAN
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JAWATANKUASA RUMAH SUKAN
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading CARTA ORGANISASI PENGURUSAN PETANG
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JAWATANKUASA PROJEK PLaN
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JAWATANKUASA PROJEK PLaN
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JADUAL BERTUGAS MINGGUAN (PAGI)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JADUAL BERTUGAS MINGGUAN (PAGI)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JADUAL BERTUGAS MINGGUAN (PAGI)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JADUAL BERTUGAS MINGGUAN (PAGI)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JADUAL BERTUGAS MINGGUAN (PETANG)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JADUAL BERTUGAS MINGGUAN (PETANG)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JADUAL BERTUGAS MINGGUAN (PETANG)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JADUAL BERTUGAS MINGGUAN (PETANG)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JADUAL BERTUGAS MINGGUAN (PETANG)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JADUAL BERTUGAS MINGGUAN (PETANG)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JADUAL BERTUGAS MINGGUAN (PETANG)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 SK Rugading Pengurusan Sekolah SK Rugading JADUAL BERTUGAS MINGGUAN (PETANG)