1
PENDAHULUAN
Buku skrap ini dibuat bertujuan untuk mengetahui dan mengenali tokoh terbilang
Kerajaan Melayu Melaka. Tokoh terbilang ini pernah wujud suatu masa dahulu dan bukanlah
hanya dongengan atau mitos semata.
Maksud tokoh terbilang
Tokoh terbilang merupakan individu yang dihormati dan disanjungi oleh masyarakat.
Tokoh yang mempunyai keistimewaan dan memberikan sumbangan kepada
kegemilangan sesebuah negara dan bangsa. Sumbangannya dikenang sepanjang
zaman.
Sepanjang menyiapkan buku skrap ini, saya banyak dibantu oleh keluarga. Bermula dari
memahami kehendak buku skrap sehinggalah siap buku skrap ini. Segala dorongan dan
bimbingan daripada semua pihak amat saya senangi dan hargai. Tidak dilupakan juga terima
kasih kepada Cikgu Azmin bin Atan kerana bersemangat dalam mengajar mata pelajaran
Sejarah.
Harapan saya adalah dengan terhasilnya buku skrap ini dapat membantu para pembaca
lebih mengetahui mengenai tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka. Saya juga berharap,
para pembaca akan lebih meminati mata pelajaran Sejarah.
2
PARAMESWARA
Nama : Parameswara (Sultan Iskandar Shah)
Nama Bapa : Paduka Seri Rana Wira Kerma
Lahir : 1344
Meninggal : 1414
LATAR BELAKANG
Keturunan Raden Wijaya,raja pertama (1293-1309).
Pengasas Kerajaan Majapahit menikahi Sri Gayati Rajapathi, puteri dari Sri Kertanegara.
Memiliki Puteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326-1350) Kerajaan
Majapahit.
Beliau menikahi Kertawadana dan memiliki Puteri Iswari.
Beliau kemudian menikahi Singawardana dan memiliki Putri Sarawardani.
Kemudian, beliau menikahi Ranamenggala dan memiliki anak yang lahir di tahun 1344
pada saat neneknya, Ratu Tribuana Tunggadewi memerintah Majapahit.
Sebelumnya,Parameswara beragama Hindu dan kemudian memeluk agama Islam di
tahun 1414.
Beliau bukan asli dari Sriwijaya atau Palembang,kerana umumnya mereka memeluk
agama Buddha.
Menurut “Suma Oriental”, Parameswara ialah seorang raja Palembang yang
menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi.
Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya
sebagai Mjeura (orang yang berani).
Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura.
3
KEISTIMEWAAN
Bermuafakat
Sentiasa bermuafakat dengan para pembesar sebelum mengambil keputusan.
Berpandangan jauh
Mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam dan China.
Gigih
Gigih membangunkan Melaka melalui aktiviti perdagangan.
4
SUMBANGAN
Mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka.
Sistem pemerintahan teratur
Melantik pembesar mengurus hal ehwal balairong seri.
40 orang bentara menjalankan perintah raja.
Biduanda kecil membawa alat kebesaran diraja.
Kemudahan pelabuhan
Memajukan Melaka daripada sebuah perkampungan nelayan sehinggalah menjadi pusat
perdagangan dari segi:
menyediakan bekalan air dan makanan.
menyediakan tenaga kerja.
membaiki kapal.
menyediakan tempat penginapan pedagang.
Hubungan diplomatik
Menjaga keselamatan dan mengiktiraf kedaulatan Melaka.
Menjalin hubungan diplomatik dengan China sejak tahun 1404.
Bantuan orang laut
Menjaga keselamatan perairan.
Ikatan konsep daulat
Hubungan raja dan rakyat umpama akar dan pohon.
5
BENDAHARA TUN PERAK
Nama : Tun Perak
Nama Bapa : Bendahara Seri Wak Raja Tun Perpatih Putih Sedang
Adik-beradik : Tun Kudu (kakak)
: Tun Perpatih Sedang (adik)
Jawatan : Penghulu Kelang (1445)
: Penghulu Bendahari Melaka
: Bendahara Melaka (1456)
Gelaran : Bendahara Paduka Raja
Meninggal : 1498
LATAR BELAKANG
Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak Bin Tun Pepatih Sedang ialah Bendahara Melaka
yang ke-5.
Bendahara yang termasyhur antara semua Bendahara Melaka.
Pangkat ini yang membawa gelaran “Bendahara Paduka Raja”dalam Kesultanan Melayu
Melaka adalah setanding dengan Perdana Menteri moden.
Tun Perak bersama-sama dengan Aria Gajah Mada dari Majapahit,dan Raja Kenayan dari
Pasai,telah dianggap sebagai tiga orang pentabdir yang teragung di alam Melayu pada
abad ke-15.
Tun Perak ialah anak Bendahara Seri Wak Raja.
Beliau telah menjadi Penghulu Kelang dari tahun 1445 ketika berlangsungnya
permusuhan antara Kerajaan Siam dan Melaka.
6
Keistimewaan
Bijaksana
Mengatur strategi bagi memperdayakan tentera Siam sekaligus mematahkan serangan
Siam.
Taat setia
Tidak membalas dendam di atas kematian anaknya, Tun Besar yang dibunuh oleh Raja
Muhammad sebaliknya tetap setia kepada Sultan Melaka.
Berpandangan jauh
Meminta sultan supaya tidak bermusuhan dengan negara-negara musuh sebaliknya
menjalinkan hubungan baik demi kepentingan bersama.
Bekerjasama
Mewujudkan kerjasama yang erat antara sultan dengan pembesar dalam pentadbiran bagi
meluaskan empayar Melaka meliputi Tanah Melayu, Pantai timur Sumetera dan Kepulauan
Riau-Lingga.
7
SUMBANGAN
Mempertahankan Melaka daripada serangan musuh sebanyak 2 kali.
Berpindah ke Melaka dengan membawa semua ahli keluarga untuk meningkatkan semangat
kepahlawanan. (1445)
Menggunakan perahu kecil dan mengikat jamung di setiap pokok bakau agar kelihatan ramai.
(1456)
Memperluaskan Empayar Melaka.
Menakluki negeri-negeri di pantai Selat Melaka seperti Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri di
pulau Sumatera serta Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak. (jajahan takluk Melaka)
Menaungi Kedah (negeri naungan Melaka)
Menjadi penasihat sultan.
Penasihat kanan sultan bidang pentadbiran.
Membantu sultan menggubal dasar kerajaan.
Menjalankan tugas pentadbiran atas arahan sultan.
Mentadbir Melaka ketika Sultan Mansur Shah ke Majapahit.
Membangun dan mengukuhkan Melaka sebagai pusat perdagangan.
Menyediakan kemudahan gudang dan rumah tumpangan bagi menarik minat pedagang
singgah di Melaka.
Menyediakan petempatan kepada pedagang asing .
Melantik kapitan bagi pedagang asing.
Menjalinkan hubungan antarabangsa.
Hubungan dengan China dan Siam dijalin bagi menjamin kedaulatan Kesultanan Melayu
Melaka.
8
Mencadangkan penganti sultan.
Sultan Alauddin Riayat Shah dan Sultan Mahmud Shah dicadangkan untuk dilantik sebagai
Sultan Melaka.
Membantu mengembangkan agama Islam
Menggalakkan kehadiran ulama’ ke Melaka.
Menasihati Sultan supaya memerintah negara mengikut ajaran Islam.
9
LAKSAMANA HANG TUAH
Nama : Daeng Merupawah @ Daeng Mempawah
Nama Bapa : Hang Mahmud (bekas hulubalang istana)
Nama Ibu : Dang Merdu Wati (keturunan dayang istana)
Tempat Lahir : Kampung Sungai Duyung (1444)
LATAR BELAKANG
Daeng Merupawah @ Daeng Mempawah atau Laksamana Hang Tuah ialah seorang
pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melayu
Melaka pada abad ke-15.
Hang tuah terkenal sebagai Laksamana yang kuat dan hebat dalam ilmu pencak silat.
Hang Tuah bersama Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu
bergurukan Adiputra di Gunung Ledang.
Hang Tuah dan 4 rakannya telah menyelamatkan Tun Perak daripada kejadian amukkan
lalu ditawarkan menyertai tentera kerajaan.
10
KEISTIMEWAAN
Bijaksana
Menguasai 12 bahasa untuk memudahkannya menjalankan tugas rasmi.
Berjaya mengagalkan percubaan membunuh Sultan di Majapahit.
Mempersiapkan pertahanan Melaka daripada serangan musuh.
Berjaya menjinakkan kuda liar yang tidak dapat ditunggang orang lain.
Berjaya membeli 10 ekor gajah daripada Negara Siam untuk dipersembahkan kepada Sultan.
Melihat wajah Maharaja China dengan helah makan sayur kangkung yang tidak dipotong.
Berani
Menyelamatkan Bendahara Tun Perak daripada orang mengamuk.
Menewaskan 70 orang mengamuk yang diupah oleh Patih Gajah Mada.
Hang Tuah dan para sahabat menewaskan 1000 orang upahan Majapahit.
Menewaskan samurai Jepun.
Melawan pendekar India.
Bertanggungjawab
Menjaga keselamatan perairan Melaka supaya menjadi pusat perdagangan yang terkenal di
dunia.
Menjaga nama baik Melaka semasa menjadi utusan ke China, India dan Turki.
Jujur dan Amanah
Menjalankan tugas yang diamanahkan dengan jujur demi kesejahteraan Melaka.
Taat setia
Akur menerima titah sultan walaupun terpaksa menggadai nyawa.
Membunuh Hang Jebat walaupun sahabat karib sendiri.
Mengagalkan percubaan membunuh sultan.
11
Berkemahiran dalam Ilmu Persilatan
Berguru dengan:
Sang Aria Putera di Bukit Panalusa.
Sang Persata Nala di Gunung Wirana Pura.
SUMBANGAN
Ketua angkatan laut
Menjaga keselamatan pedagang di Selat Melaka
Melaksanakan perintah sultan
Pengawal peribadi sultan
Mengetuai utusan
12
(C) (i) Cara-Cara menghargai keistimewaan tokoh terbilang Kesultanan
Melayu Melaka.
Mengenang dan menghargai keistimewaan tokoh terbilang.
Menghasilkan buku-buku tentang keistimewaan tokoh terbilang.
Melukis gambar tokoh terbilang pada bangunan-bangunan.
Menamakan jalan @ bangunan menggunakan nama tokoh terbilang.
Antara cara-cara menghargai keistimewaan tokoh terbilang Kesultanan Melayu
Melaka ialah dengan mengenang dan menghargai keistimewaan tokoh terbilang pada
hari - hari istimewa negara. Segala yang generasi kini kecapi adalah hasil daripada
tindakan tokoh terbilang. Walaupun tokoh terbilang sudah tiada, namun keistimewaan
mereka haruslah terus subur dalam ingatan.
Selain itu, menghasilkan buku-buku tentang keistimewaan tokoh terbilang.
Buku-buku tersebut wajarlah diterbitkan agar menjadi satu bukti bertulis bukan secara
lisan. Buku-buku tersebut dapat digunakan buat rujukan dari generasi ke generasi.
Seterusnya, melukis gambar tokoh terbilang pada bangunan-bangunan. Gambar
tokoh terbilang yang dipotretkan pada bangunan pastinya akan lebih kerap dipandang
daripada potret yang tersemat dalam buku-buku. Hal ini pastinya menimbulkan
perasaan ingin tahu yang mendalam mengenai pemilik wajah yang tersegam itu.
Di samping itu, menamakan jalan atau bangunan menggunakan nama tokoh
terbilang. Nama tokoh terbilang yang tersemat pada jalan ataupun bangunan akan
menjadi sebutan orang ramai. Secara tidak langsung, nama tokoh terbilang pastinya
sentiasa meniti dibibir generasi ke generasi.
13
(ii) Kepentingan mencontohi nilai murni tokoh terbilang tersebut
Bijaksana
Tanggungjawab
Jujur dan amanah
Berani
Antara kepentingan mencontohi nilai murni tokoh terbilang ialah dapat menyelesaikan
masalah dengan cara yang rasional. Apabila rasional digunakan, maka keputusan yang
diperolehi adalah lebih baik.
Selain itu, dapat menggalas sesuatu tugasan dengan penuh tanggungjawab. Apabila
sikap bertanggungjawab diamalkan, maka segala tugasan dapat berjalan dengan lancar.
Seterusnya, dapat menanam rasa kepercayaan yang tinggi . Apabila sikap jujur dan
amanah disematkan, maka sesuatu perkara dapat dibincangkan tanpa perasaan prejudis.
Di samping itu, dapat menguatkan keyakinan diri . Apabila sikap berani dipratikkan,
maka segala cabaran dan rintangan dapat di tempuhi tanpa perasaan gentar.
14
(iii) Kepentingan menghargai sumbangan tokoh terbilang tersebut
Mewujudkan keharmonian dalam negara.
Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.
Menyemai rasa kesyukuran.
Mendidik masyarakat mempunyai perasaan rela berkorban demi negara.
Antara kepentingan menghargai sumbangan tokoh terbilang ialah mewujudkan
keharmonian dalam negara. Kita haruslah hormat-menghomati sesama ahli masyarakat lebih-
lebih lagi dalam negara yang mempunyai pelbagai kaum. Amalan ini dapat menjamin
perpaduan yang utuh.
Selain itu, memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Kita hendaklah
memahami dan menghayati warisan pemerintahan negara terdahulu. Semangat ini harus terus
bersemadi dalam diri.
Seterusnya, menyemai rasa kesyukuran terhadap segala nikmat yang dikecapi. Kita
mestilah mempertahankan apa yang diwarisi. Segala yang tersedia datangnya daripada
sumbangan tokoh terbilang yang berkorban tenaga.
Di samping itu, mendidik masyarakat mempunyai perasaan rela berkorban demi negara.
Kita perlulah mengutamakan kepentingan negara melebihi kepentingan individu. Siapa lagi
yang akan mempertahankan negara, jika bukan kita.
15