KANDUNGAN 1. Cara-cara Membalas Jasa Ibu Bapa 2. Kebaikan Aktiviti Bersama-sama Keluarga 3. Kebaikan Aktiviti Gotong-royong Bersama-sama Keluarga 4. Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri 5. Kebaikan Amalan Gaya Hidup Yang Sihat 6. Kebaikan Aktiviti Senaman Berjalan Kaki 7. Kepentingan Semangat Kejiranan 8. Adab-adab Melayan Tetamu 9. Faedah Aktiviti Gotong-royong 10. Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri di Rumah 11. Langkah-langkah Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya 12. Kebaikan Mengikuti Langkah-langkah Melintas Jalan Raya 13. Cara-cara Mengeratkan Hubungan dengan Jiran 14. Kebaikan Aktiviti Perpaduan 15. Kebaikan Aktiviti Gotong-royong 16. Kepentingan Alat Muzik Tradisional 17. Cara-cara Mempopularkan Permainan Tradisional 18. Faedah Bermain Galah Panjang
19. Cara-cara Menyemarakkan Bulan Kemerdekaan 20. Kepentingan Sambutan Bulan Kemerdekaan di Sekolah 21. Faedah Lawatan sambil Belajar ke Tugu Negara 22. Kepentingan Teknologi dalam Kehidupan 23. Kebaikan Penggunaan Kod QR 24. Kebaikan Internet kepada Murid-murid 25. Kebaikan Aktiviti Kitar Semula 26. Kesan-kesan Penggunaan Beg Plastik 27. Punca-punca Pencemaran Alam Sekitar 28. Kebaikan Penggunaan Dron dalam Bidang Pertanian 29. Kegunaan Haiwan kepada Manusia 30. Faedah Aktiviti Berkebun Sayur 31. Cara-cara untuk Berjimat Cermat 32. Ciri-ciri Usahawan yang Berjaya 33. Faedah Menyimpan Wang di Bank 34. Cara-cara Menjadi Murid yang Cemerlang 35. Ciri-ciri Murid yang Cemerlang 36. Kebaikan Mengunjungi Perpustakaan Awam
Grafik di bawah menunjukkan beberapa cara menunjukkan kasih sayang terhadap ibu bapa. Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara membalas jasa ibu bapa. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara cara membalas jasa ibu bapa adalah dengan belajar bersungguh-sungguh supaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Selain itu, kita perlu menghormati ibu bapa seperti bersalam dengan mereka sebelum ke sekolah. Di samping itu, kita harus menolong ibu bapa untuk melakukan kerja-kerja di rumah. Seterusnya, kita hendaklah menjaga ibu bapa jika mereka sakit. • Penulisan Perenggan • CONTOH 1 1
Grafik di bawah menunjukkan beberapa aktiviti yang dilakukan bersama-sama keluarga. Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara kebaikan daripada aktiviti yang dilakukan bersama-sama keluarga ialah dapat mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga. Selain itu, aktiviti-aktiviti tersebut dapat mengisi masa lapang secara berfaedah. Di samping itu, aktiviti-aktiviti tersebut juga dapat menyihatkan badan kita kerana kita akan berpeluh apabila beriadah. 2 • Penulisan Perenggan • CONTOH 2
Grafik di bawah menunjukkan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan rumah bersama-sama keluarga. Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan daripada aktiviti yang dijalankan. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara kebaikan daripada aktiviti yang dijalankan ialah dapat merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Selain itu, aktiviti tersebut dapat memupuk sikap tolong-menolong dan bertanggungjawab dalam diri kita. Di samping itu, aktiviti tersebut juga dapat menyihatkan badan kita kerana badan kita akan berpeluh semasa melakukan aktiviti tersebut. • Penulisan Perenggan • CONTOH 3 3
Grafik di bawah menunjukkan beberapa amalan gaya hidup sihat. Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara menjaga kesihatan diri. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara cara menjaga kesihatan diri adalah dengan bersenam pada setiap hari untuk mengeluarkan peluh. Selain itu, kita harus melakukan pemeriksaan kesihatan pada setiap enam bulan. Di samping itu, kita perlu menjaga pemakanan kita serta makan makanan yang berkhasiat untuk mencegah obesiti. • Penulisan Perenggan • CONTOH 4 4
Grafik di bawah menunjukkan beberapa amalan gaya hidup sihat. Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan daripada amalan gaya hidup yang sihat. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara kebaikan daripada amalan gaya hidup yang sihat ialah badan kita tidak mudah dijangkiti penyakit seperti diabetes, serangan jantung dan darah tinggi. Selain itu, amalan tersebut dapat menjadikan kita lebih proaktif semasa menjalankan tugas harian. Di samping itu, aktiviti-aktiviti tersebut juga dapat menyihatkan badan kita dan mengurangkan risiko dijangkiti penyakit. • Penulisan Perenggan • CONTOH 5 5
Grafik di bawah menunjukkan aktiviti senaman berjalan kaki. Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan aktiviti tersebut kepada kita. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara kebaikan senaman berjalan kaki ialah kita dapat menurunkan berat badan kita supaya kita kelihatan lebih kurus dan langsing. Selain itu, aktiviti tersebut dapat meningkatkan kesihatan jantung jika dilakukan secara konsisten. Di samping itu, aktiviti tersebut juga dapat menjadikan kita lebih proaktif semasa menjalankan tugas harian kita. • Penulisan Perenggan • CONTOH 6 6
Grafik di bawah menunjukkan beberapa cara untuk mengukuhkan semangat kejiranan. Tuliskan pendapat kamu tentang kepentingan semangat kejiranan. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara kepentingan semangat kejiranan ialah kita dapat mengeratkan hubungan sesama jiran agar kita dapat hidup dalam suasana harmoni. Selain itu, jiran kita dapat membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan. Di samping itu, semangat kejiranan juga akan memudahkan kita mengadakan program seperti gotong-royong, hari keluarga dan sebagainya. • Penulisan Perenggan • CONTOH 7 7
Grafik di bawah menunjukkan beberapa adab melayan tetamu. Tuliskan pendapat kamu tentang adab-adab melayan tetamu. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara adab melayan tetamu ialah menyambut kedatangan tetamu dengan senyuman dan menjemput mereka masuk ke dalam rumah. Seterusnya, kita hendaklah menyediakan makanan untuk tetamu mengikut kemampuan kita. Selain itu, kita hendaklah menghantar tetamu yang hendak pulang sambil mengucapkan terima kasih atas kunjungan mereka. • Penulisan Perenggan • CONTOH 8 8
Grafik di bawah menunjukkan aktiviti gotong-royong di sebuah balai raya. Tuliskan pendapat kamu tentang faedah daripada aktiviti yang dijalankan. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara faedah aktiviti gotong-royong ialah dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Selain itu, aktiviti tersebut dapat menjimatkan masa kerana kerja-kerja dilakukan secara bekerjasama. Di samping itu, aktiviti tersebut juga dapat memupuk sikap cinta akan kebersihan dalam diri kita. Oleh itu, kita hendaklah melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong. • Penulisan Perenggan • CONTOH 9 9
Grafik di bawah menunjukkan beberapa cara untuk menjaga keselamatan diri di rumah. Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara tersebut. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara cara untuk menjaga keselamatan diri di rumah adalah dengan menyimpan peralatan yang tajam di dalam laci seperti pisau dan gunting. Selain itu, kita perlu menutup suis barangan elektrik jika tidak digunakan. Di samping itu, kita juga harus memastikan kawasan luar rumah bersih supaya tiada haiwan seperti ular atau tikus membiak. • Penulisan Perenggan • CONTOH 10 10
Grafik di bawah menunjukkan beberapa cara untuk menjaga keselamatan di jalan raya. Tuliskan pendapat kamu tentang langkah-langkah untuk mengelak kemalangan jalan raya. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara langkah untuk mengelak kemalangan jalan raya adalah dengan mematuhi arahan lampu isyarat pada setiap masa. Selain itu, kita perlu mematuhi had laju yang telah ditetapkan di jalan raya. Di samping itu, penunggang motosikal pula harus sentiasa memakai topi keledar serta memakai baju yang berwarna cerah apabila menunggang motosikal pada waktu malam. • Penulisan Perenggan • CONTOH 11 11
Grafik di bawah menunjukkan langkah-langkah untuk melintas jalan raya. Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan daripada mengikuti langkah-langkah tersebut. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara kebaikan daripada mengikuti langkah-langkah melintas jalan raya ialah dapat mengelakkan berlakunya kemalangan apabila kita hendak melintas jalan raya. Selain itu, kita dapat melatih diri kita berdisiplin dengan mematuhi peraturan di jalan raya. Di samping itu, kita juga boleh menjadi contoh kepada pengguna jalan raya yang lain. • Penulisan Perenggan • CONTOH 12 12
Grafik di bawah menunjukkan beberapa cara untuk mengeratkan hubungan sesama jiran. Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara mengeratkan hubungan dengan jiran. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara cara untuk mengeratkan hubungan dengan jiran adalah dengan saling bertegur sapa dan bertanya khabar apabila berjumpa. Selain itu, kita harus menziarahi jiran kita terutamanya semasa mereka sakit. Di samping itu, kita juga boleh bertukartukar makanan dengan jiran terutamanya pada bulan puasa. • Penulisan Perenggan • CONTOH 13 13
Grafik di bawah menunjukkan beberapa aktiviti yang dilakukan penduduk Taman Cempaka. Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan daripada aktiviti yang dijalankan. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara kebaikan aktiviti perpaduan ialah dapat mengeratkan hubungan sesama jiran kerana kita melakukan aktiviti-aktiviti tersebut bersamasama. Selain itu, kita dapat hidup dalam suasana yang selesa apabila kawasan tempat tinggal kita bersih. Di samping itu, kita juga boleh mengenali adat dan budaya kaum lain apabila menghadiri majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh jiran kita. • Penulisan Perenggan • CONTOH 14 14
Grafik di bawah menunjukkan poster aktiviti gotongroyong. Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan daripada aktiviti yang dijalankan. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara kebaikan daripada aktiviti gotong-royong ialah aktiviti tersebut dapat mengeratkan hubungan antara penduduk di kawasan perumahan. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan penduduk. Di samping itu, kita dapat menjimatkan perbelanjaan untuk membaik pulih kemudahan awam yang rosak. • Penulisan Perenggan • CONTOH 15 15
Grafik di bawah menunjukkan beberapa kepentingan alat muzik tradisional. Tuliskan pendapat kamu tentang kepentingan alat muzik tardisional. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara kepentingan alat muzik tradisional ialah dapat menggambarkan kebudayaan sesuatu kaum kerana setiap kaum mempunyai alat muzik yang berbeza. Selain itu, kita dapat menjadikan alat muzik tersebut sebagai sumber pendapatan sama ada secara tetap ataupun sampingan. Di samping itu, alat muzik tradisional digunakan dalam majlis-majlis istiadat seperti semasa pertabalan sultan atau majlis konvokesyen. • Penulisan Perenggan • CONTOH 16 16
Grafik di bawah menunjukkan beberapa permainan tradisional. Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara mempopularkan permainan tradisional. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara cara mempopularkan permainan tradisional adalah dengan mempromosikan permainan tersebut melalui media massa. Selain itu, kita boleh menganjurkan karnival permainan tradisional pada setiap tahun. Di samping itu, pihak sekolah boleh menubuhkan kelab permainan tradisional di sekolah masing-masing. • Penulisan Perenggan • CONTOH 17 17
Grafik di bawah menunjukkan beberapa orang kanakkanak sedang bermain galah panjang. Tuliskan pendapat kamu tentang faedah daripada permainan tersebut. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara faedah bermain galah panjang ialah aktiviti tersebut dapat mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan yang bermain bersama-sama. Selain itu, kita dapat mengenali permainan tradisional masyarakat zaman silam. Di samping itu, aktiviti tersebut juga dapat menyihatkan badan kita kerana badan kita akan berpeluh semasa bermain. • Penulisan Perenggan • CONTOH 18 18
Grafik di bawah menunjukkan beberapa aktiviti yang diadakan pada bulan kemerdekaan. Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara menyemarakkan bulan kemerdekaan. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara cara menyemarakkan bulan kemerdekaan adalah dengan memasang Jalur Gemilang pada kenderaan atau sekitar kawasan sekolah. Selain itu, kita boleh mengadakan perhimpunan khas untuk memperingati hari kemerdekaan. Di samping itu, kita juga boleh mengadakan pertandingan mendeklamasi sajak yang bertemakan semangat patriotik. • Penulisan Perenggan • CONTOH 19 19
Poster di bawah menunjukkan aktiviti sambutan bulan kemerdekaan di sebuah sekolah. Tuliskan pendapat kamu tentang kepentingan sambutan bulan kemerdekaan di sekolah. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara kebaikan sambutan bulan kemerdekaan di sekolah ialah kita dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid. Selain itu, aktiviti tersebut dapat mengukuhkan perpaduan antara guru-guru dan murid-murid yang berbilang bangsa. Di samping itu, murid-murid juga dapat menghargai jasa dan pengorbanan tokoh terdahulu untuk mencapai kemerdekaan. • Penulisan Perenggan • CONTOH 20 20
Grafik di bawah menunjukkan aktiviti lawatan sambil belajar ke Tugu Negara. Tuliskan pendapat kamu tentang faedah daripada aktiviti yang dijalankan. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara faedah aktiviti lawatan sambil belajar ke Tugu Negara ialah dapat menambah pengetahuan tentang sejarah negara. Selain itu, aktiviti tersebut dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid. Di samping itu, murid-murid juga akan menghargai jasa pejuang negara yang sanggup berkorban demi mempertahan negara. • Penulisan Perenggan • CONTOH 21 21
Grafik di bawah menunjukkan beberapa kepentingan teknologi dalam kehidupan manusia. Tuliskan pendapat kamu tentang kepentingan teknologi dalam kehidupan. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara kepentingan teknologi dalam kehidupan ialah teknologi akan memudahkan kerja seharian supaya dapat disiapkan dengan lebih cepat. Selain itu, teknologi juga akan memudahkan kita berkomunikasi dengan orang yang jauh. Di samping itu, kita juga dapat bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan lebih pantas dan selesa. • Penulisan Perenggan • CONTOH 22 22
Grafik di bawah menunjukkan penggunaan Kod QR dalam kehidupan. Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan penggunaan Kod QR. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara kebaikan penggunaan Kod QR ialah kita dapat memperoleh maklumat dengan pantas apabila kod tersebut diimbas menggunakan telefon pintar. Selain itu, kita juga dapat membaca atau menonton maklumat di laman sesawang dengan mudah. Di samping itu, penggunaan Kod QR juga boleh memudahkan transaksi jual beli tanpa menggunakan wang tunai atau kad debit. • Penulisan Perenggan • CONTOH 23 23
Grafik di bawah menunjukkan penggunaan Internet oleh murid-murid. Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan Internet kepada murid-murid. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara kebaikan Internet kepada murid-murid ialah murid-murid dapat mencari maklumat tambahan untuk menyiapkan kerja sekolah. Selain itu, murid-murid dapat berhubung dengan rakan-rakan mereka untuk berbincang tentang pelajaran. Di samping itu, murid-murid juga dapat mengetahui isu semasa yang berlaku di dalam atau di luar negara. • Penulisan Perenggan • CONTOH 24 24
Grafik di bawah menunjukkan sebuah poster berkenaan kitar semula. Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan aktiviti kitar semula. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara kebaikan aktiviti kitar semula ialah kita dapat mewujudkan persekitaran yang bersih agar kita boleh hidup dengan selesa. Selain itu, aktiviti kitar semula dapat mengurangkan kuantiti sampah. Oleh itu, alam sekitar kita juga tidak berbau busuk. Di samping itu, aktiviti ini dapat mendidik masyarakat untuk menjaga kebersihan. • Penulisan Perenggan • CONTOH 25 25
Grafik di bawah menunjukkan pengunaan beg plastik dalam kehidupan kita. Tuliskan pendapat kamu tentang kesan-kesan penggunaan beg plastik. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara kesan penggunaan beg plastik ialah beg plastik boleh menyebabkan pencemaran akibat sikap individu yang membuang beg plastik di merata-rata tempat. Selain itu, beg plastik juga sukar dilupuskan serta mengambil masa yang lama untuk hancur. Di samping itu, beg plastik yang dibakar akan membebaskan gas beracun yang berbahaya kepada alam sekitar dan hidupan. • Penulisan Perenggan • CONTOH 26 26
Grafik di bawah menunjukkan beberapa punca pencemaran alam sekitar. Tuliskan pendapat kamu tentang punca-punca pencemaran alam sekitar. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara punca pencemaran alam sekitar ialah pembuangan sisa industri ke dalam sungai menyebabkan sungai menjadi kotor dan hidupan di dalam sungai mati. Selain itu, asap yang dikeluarkan oleh kilang dan kenderaan juga telah menyebabkan pencemaran udara. Di samping itu, sikap individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di meratarata tempat juga menyebabkan pencemaran alam sekitar. • Penulisan Perenggan • CONTOH 27 27
Grafik di bawah menunjukkan penggunaan dron dalam bidang pertanian. Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan penggunaan dron dalam bidang pertanian. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara kebaikan penggunaan dron dalam bidang pertanian ialah dapat melakukan kerja dengan lebih cepat. Oleh itu, petani akan lebih cepat mendapat hasil. Selain itu, petani dapat menjimatkan kos kerana mereka tidak memerlukan ramai pekerja. Di samping itu, penggunaan dron juga dapat mengurangkan risiko bersentuhan dengan bahan kimia terutamanya ketika meracun tanaman. • Penulisan Perenggan • CONTOH 28 28
Grafik di bawah menunjukkan pelbagai jenis haiwan ternakan dan peliharaan. Tuliskan pendapat kamu tentang kegunaan haiwan kepada manusia. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara kegunaan haiwan kepada manusia ialah membekalkan makanan seperti daging dan susu. Selain itu, haiwan juga boleh membekalkan bahan mentah seperti kulit untuk dijadikan pelbagai peralatan dan aksesori. Di samping itu, haiwan juga boleh membantu manusia melakukan pekerjaan seperti membawa barang, membajak sawah atau menjaga rumah. • Penulisan Perenggan • CONTOH 29 29
Grafik di bawah menunjukkan sebuah keluarga yang sedang berkebun. Tuliskan pendapat kamu tentang faedah daripada aktiviti berkebun. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara faedah aktiviti berkebun ialah kita dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga daripada membeli sayur-sayuran. Selain itu, aktiviti ini dapat menyihatkan tubuh badan kerana berkebun dapat mengeluarkan peluh. Di samping itu, kita juga dapat mengisi masa lapang dengan melakukan satu aktiviti yang berfaedah. • Penulisan Perenggan • CONTOH 30 30
Grafik di bawah menunjukkan beberapa cara untuk berjimat cermat. Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara tersebut. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara cara untuk berjimat cermat adalah dengan membawa bekalan makanan apabila pergi ke sekolah atau ke tempat kerja. Selain itu, kita perlu merancang pembelian dengan menyenaraikan barangan yang hendak dibeli sebelum pergi membelibelah. Di samping itu, kita hendaklah menutup suis barangan elektrik atau paip air yang tidak digunakan. • Penulisan Perenggan • CONTOH 31 31
Grafik di bawah menunjukkan beberapa ciri usahawan yang berjaya. Tuliskan pendapat kamu tentang ciri-ciri tersebut. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara ciri usahawan yang berjaya ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan diri dan perniagaannya. Selain itu, usahawan yang berjaya tidak mudah berputus asa apabila menemui masalah atau kegagalan. Di samping itu, mereka juga harus jujur semasa berurus niaga supaya dipercayai oleh pelanggan dan rakan niaga. • Penulisan Perenggan • CONTOH 32 32
Grafik di bawah menunjukkan suasana di sebuah bank. Tuliskan pendapat kamu tentang faedah menyimpan wang di bank. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara faedah menyimpan wang di bank ialah wang kita lebih selamat daripada kecurian dan kehilangan. Selain itu, kita juga dapat mengawal perbelanjaan kita kerana kita perlu mengeluarkan wang dari bank untuk berbelanja. Di samping itu, kita dapat melatih diri kita menabung dan berbelanja mengikut keperluan. • Penulisan Perenggan • CONTOH 33 33
Grafik di bawah menunjukkan beberapa aktiviti murid yang cemerlang Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara untuk menjadi murid yang cemerlang. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara cara untuk menjadi murid yang cemerlang adalah dengan membuat jadual belajar untuk memudahkan kita mengulang kaji pelajaran. Selain itu, kita harus rajin mengulang kaji pelajaran dan belajar secara berkumpulan untuk memahami apa-apa yang telah diajar oleh guru. Di samping itu, kita perlu rajin bertanya kepada guru sekiranya tidak faham sesuatu perkara dalam pelajaran. • Penulisan Perenggan • CONTOH 34 34
Grafik di bawah menunjukkan beberapa ciri murid yang cemerlang. Tuliskan pendapat kamu tentang ciri-ciri murid yang cemerlang. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, seorang murid yang cemerlang akan memberikan tumpuan semasa guru mengajar supaya berjaya dalam pelajaran. Selain itu, murid cemerlang akan aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk membentuk disiplin dirinya. Di samping itu, murid yang cemerlang akan menunjukkan sikap yang baik seperti membantu guru yang memerlukan bantuan. • Penulisan Perenggan • CONTOH 35 35
Grafik di bawah menunjukkan suasan di sebuah perpustakaan awam. Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan mengunjungi perpustakaan awam. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Pada pendapat saya, antara kebaikan mengunjungi perpustakaan awam ialah dapat menambah ilmu pengetahuan tentang pelbagai perkara dan maklumat. Selain itu, aktiviti tersebut dapat mengisi masa lapang secara berfaedah. Di samping itu, kita juga dapat menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli buku yang mahal jika mahu membaca buku tersebut. 36 • Penulisan Perenggan • CONTOH 36