The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 SK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Badrin, 2022-01-01 19:33:28

Bahasa Melayu Tahun 4 SK

Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 SK

Penilaian

Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang berikutnya.

Izhan seorang pekerja yang rajin. Dia bekerja di sebuah kedai barangan
pertanian. Setiap hari, dia akan datang awal untuk membuka kedai. Dia
akan menyusun barang di dalam kedai dengan cermatnya. Keadaan kedai
yang bersih dan selesa menjadikan kedai itu menarik banyak pelanggan.
Keadaan tersebut menyebabkan majikan Izhan suka kepadanya.

Kedai itu telah berkembang menjadi syarikat yang besar. Jumlah
kakitangan syarikat itu makin bertambah. Izhan telah dinaikkan pangkat
menjadi pengurus besar. Tanggungjawabnya semakin bertambah.

Kini, syarikat itu telah mengeksport produk-produk tempatan ke luar
negara. Kerjasama pada peringkat antarabangsa diwujudkan bagi
mengimport pelbagai peralatan pertanian berteknologi tinggi untuk kegunaan
petani tempatan. Antaranya, dron penyembur baja. Izhan amat bangga
dengan syarikat itu.

1. Di manakah Izhan bekerja?
2. Mengapakah pelanggan suka datang ke kedai tempat Izhan bekerja?
3. Siapakah yang dapat memanfaatkan peralatan pertanian berteknologi tinggi?
4. Nyatakan pengajaran yang diperoleh daripada cerita ini.
5. Pada pendapat kamu, apakah kebaikan apabila produk tempatan

dieksport ke luar negara?

Kenal pasti kata adjektif dalam teks dan tulis pada ruangan yang disediakan.

________ ________ ________ ________

________ ________ ________ ________

Gunakan kata majmuk dalam petikan untuk melengkapkan ayat. 193

1. Negara kita memerlukan ____ yang mahir dalam bidang pertanian.
2. Petani tempatan telah menjalinkan ____ dengan pelbagai pihak

dalam pertanian.
3. Sikap prihatin ____ syarikat itu terhadap pekerjanya wajar dipuji.
4. Banyak produk tempatan terkenal pada peringkat ____.
5. Setiap pekerja perlu melaksanakan ____ dengan baiknya.

2.3.2
3.2.2
5.1.3
5.2.2

Bacaan Luas

Sepasukan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah
hadir ke sekolah Zara untuk menjalankan program Wira Anti Rasuah (WAR).

Program Wira Anti Rasuah (WAR) merupakan Tujuan Program WAR
usaha awal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) untuk mendidik masyarakat Pendedahan awal tentang
tentang rasuah. Program WAR disasarkan kepada bahaya dan kesan rasuah
murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah. terhadap diri dan komuniti

Pihak SPRM akan hadir ke sekolah-sekolah Membudayakan nilai
terpilih bersama-sama dengan watak adiwira, antirasuah dan integriti
Kapten MACC. Watak ini akan pergi ke sekolah-sekolah
untuk menjalankan pelbagai aktiviti. Antaranya, Menggalakkan murid
ceramah, kuiz interaktif, soal jawab, melukis poster membuat keputusan
dan ikrar antirasuah.
yang betul
Sekolah yang berminat boleh mengundang pihak
SPRM untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut.
Pihak SPRM juga berbesar hati menerima kunjungan
pihak sekolah ke ibu pejabat SPRM.

Apakah maksud rasuah?
Apakah jenis-jenis rasuah?

KaMpAtCeCn

194




Click to View FlipBook Version