MODUL PELAKSANAAN
KAEDAH MELAFAZKAN
PANTUN MELALUI
TEKNIK NYANYIAN
Bahasa Melayu (SK)
Disediakan oleh :
Anis Husna binti Abu Yamin
Pelajar PISMP Ambilan Jun 2018
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
RUJUKAN GURU
PERINGATAN BUAT GURU-GURU YANG
MENGGUNAKAN MODUL INI:
UNTUK KEGUNAAN DI SEKOLAH SAHAJA
Dilarang untuk menyalahgunakan bahan ini untuk tujuan
atau kepentingan peribadi. Kongsikan dari pautan asal.
Tidak dibenarkan untuk memuat naik semula bahan inI ke
aplikasi atau laman lain seperti Blog, Facebook, WhatsApp,
Telegram dan sebagainya. Terima kasih kerana
memanfaatkan bahan ini.
ISI KANDUNGAN
Pendahuluan MUKA SURAT
KAEDAH MELAFAZKAN PANTUN MELALUI 1
TEKNIK NYANYIAN
2
Lagu Kanak-Kanak
Lagu Ikan Kekek
Lagu Rasa Sayang 3
Lagu Can Mali Can 4
Lagu Anak Itik Tokwi 5
6
Lagu Tradisional 7
Lagu Gurindam Jiwa
Lagu Joget Pahang
Lagu Pantun Budi 8
Lagu Lemak Manis 9
Lagu Kalau Ku Tahu 10
11
Lagu Kontemporari 12
Lagu Cindai 13
Lagu 7 Nasihat
Boria Miskin Kaya 14
Seloka Hari Raya 15
16
CADANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI 17
One Stay Three Stray 18
Gallery Walk
Nyanyian Berkumpulan 19
Nyanyian Berpasangan 20
Nyanyian Koir 21
22
24
27
PENDAHULUAN
Berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR), terdapat empat modular utama bagi subjek
Bahasa Melayu, iaitu mendengar dan bertutur,
membaca, menulis, aspek tatabahasa serta seni
bahasa. Terdapat empat Standard Kandungan (SK)
utama dalam modul seni bahasa merangkumi
pembelajaran yang menggunakan pendekatan didik
hibur. Antara kandungan yang terdapat dalam modul
seni bahasa ialah pengajaran puisi. Pantun merupakan
salah satu puisi yang diajarkan dalam peringkat
sekolah rendah. Pengajaran aspek seni pantun boleh
melibatkan pelbagai kaedah dan pendekatan mengikut
kreativiti guru. Perancangan yang dilakukan oleh guru
boleh memberikan kesan kepada pembelajaran murid-
murid. Pengajaran yang menyeronokkan dapat
membantu meningkatkan penglibatan murid dalam
bilik darjah, seterusnya menjadikan pembelajaran
Bahasa Melayu lebih bermakna. Oleh itu, projek inovasi
mengenai kaedah melafazkan pantun melalui teknik
nyanyian telah dilaksanakan bagi menarik minat murid-
murid untuk mempelajari aspek seni pantun. Modul ini
adalah bertujuan untuk rujukan guru Bahasa Melayu
bagi menggunakan teknik nyanyian dalam pengajaran
pantun.
1
KAEDAH MELAFAZKAN PANTUN
MELALUI TEKNIK NYANYIAN
Pantun merupakan sejenis puisi tradisional
masyarakat Melayu yang dicipta sebagai suatu
bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan
perasaan terhadap seseorang atau mengenai sesuatu
perkara, di samping bertujuan untuk menyindir,
berjenaka, memberikan nasihat, sebagai selingan
atau penyedap cakap dalam ucapan atau untuk
bersuka-suka sahaja. Tanpa kita sedari, sebenarnya
pantun telahpun dilagukan mengikut irama lagu
tradisional seperti seni kata dalam lagu Pantun Budi ;
Kalau menebang si pohon jati,
Papan di jawa dibelah belah;
Kalaulah hidup tidak berbudi,
Umpama pokok tidak berbuah.
Pantun juga boleh dilagukan menggunakan irama
pelbagai jenis lagu seperti lagu kanak-kanak, lagu
tradisional dan lagu kontemporari. Dalam modul ini,
disertakan beberapa contoh lagu yang boleh
digunakan untuk melafazkan pantun melalui teknik
nyanyian.
2
KAEDAH
MELAFAZKAN
PANTUN MELALUI
TEKNIK NYANYIAN
Lagu
Kanak-Kanak
3
Lagu Ikan Kekek
Ikan kekek mak iloi iloi
Ikan gelama mak ilai ilai
Nanti adik mak iloi iloi
Pulang sama mak ilai ilai
Ada satu si ikan parang
Badannya panjang berbelang belang
Isinya sedikit banyak tulang
Sedap dimakan ala masak pindang
Ikan kekek mak iloi iloi
Ikan gelama mak ilai ilai
Nanti adik mak iloi iloi
Pulang sama mak ilai ilai
Ada satu si ikan pari Imbas saya !
Badannya bulat penuh isi
Sedap dimakan kalau masak kari
Jangan lupa taruh lebih cili
Ikan kekek mak iloi iloi
Ikan gelama mak ilai ilai
Nanti adik mak iloi iloi
Pulang sama mak ilai ilai
Ikan kekek oi Alif & Mimi - Ikan Kekek
Ikan kekek
Ikan kekek oi
Ikan kekek
*Seni kata yang diwarnakan boleh digunakan untuk melagukan pantun
4
Lagu Rasa Sayang
Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey
Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya murid baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Rasa sayang hey Imbas saya !
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey
Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey
Buah cempedak di luar pagar Alif & Mimi - Rasa Sayang
Ambil galah tolong jolokkan
Saya murid baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
*Seni kata yang diwarnakan boleh digunakan untuk melagukan pantun
5
Lagu Can Mali Can
Dimana dia, anak kambing saya
Anak kambing saya main di tepi sawah
Di mana dia adik-adik saya
Adik-adik saya main di tepi rumah
Can mali can
Can mali can
Can mali can
Ketipung payung
Can mali can
Can mali can
Can mali can
Ketipung payung
Di mana dia, anak kambing saya
Anak kambing saya yang suka makan ciku
Di mana dia adik-adik saya
Adik-adik saya yang suka baca buku I m b a s s a y a !
Can mali can Malaysian Folk Song -
Can mali can Can Mali Can
Can mali can
Ketipung payung
Can mali can
Can mali can
Can mali can
Ketipung payung
*Seni kata yang diwarnakan boleh digunakan untuk melagukan pantun
6
Lagu Anak Itik Tokwi
Anak itik tok wi
Mandi dalam kolam
Sakit ape tok wi
Sakit sendi tulang
Ubat ape tok wi
Ubat limau lelam
Sakit ape tok wi
Sakit sengal tulang
Anak itik tok wi
Mandi dalam kolam
Sakit ape tok wi
Sakit sendi tulang
Ubat ape tok wi Imbas saya !
Ubat limau lelam
Saket ape tok wi
Sakit sengal tulang
Anak itik tok wi
Mandi dalam kolam
Sakit ape tok wi
Sakit sendi tulang
Ubat ape tok wi Alif & Mimi - Anak Itik
Ubat limau lelam Tokwi
Saket ape tok wi
Sakit sengal tulang
*Seni kata yang diwarnakan boleh digunakan untuk melagukan pantun
7
KAEDAH
MELAFAZKAN
PANTUN MELALUI
TEKNIK NYANYIAN
Lagu
Tradisional
8
Lagu Gurindam Jiwa
Tuai padi antara masak Imbas saya !
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
Nordin Ahmad & Latifah
Omar - Gurindam Jiwa
*Seni kata yang diwarnakan boleh digunakan untuk melagukan pantun
9
Lagu Joget Pahang
Melenggang hai melenggang Imbas saya !
Dengan tari lenggang
Kalau baik hati Siti Nurhaliza - Joget Pahang
Nanti orang pun sayang
Melenggang hai melenggang
Dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang
Dari Melaka ke negeri Pahang
Singgah di Johor beli berangan
Dari Melaka ke negeri Pahang
Singgah di Johor beli berangan
Kami ucapkan selamatlah datang
Apa yang kurang dicaci jangan
Kami ucapkan selamatlah datang
Apa yang kurang dicaci jangan
Pukullah gendang hai kulit kerbau
Dalam majelis tari menari
Pukullah gendang hai kulit kerbau
Dalam majelis tari menari
Melenggang hai melenggang
Dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang
*Seni kata yang diwarnakan boleh digunakan untuk melagukan pantun
10
Lagu Pantun Budi
Kalau menebang si pohon jati Imbas saya !
Papan di jawa dibelah-belah
Kalaulah hidup tidak berbudi
Umpama pokok tidak berbuah
Bunga selasih si bunga padi
Kembanglah mekar di dalam taman
Pertama kasih kedua budi
Yang mana satu nak didulukan
Datuk laksamana ke bangka hulu
Berlayar kapal membawa dagang
Bagailah mana kapal nak lalu
Kuala sudah dilengkong karam
Bungalah padi bunga kiambang
Buat hiasan di taman bunga
Buahlah hati kekasih orang
Hamba menumpang gembira sahaja
SM Salim - Pantun Budi
*Seni kata yang diwarnakan boleh digunakan untuk melagukan pantun
11
Lagu Lemak Manis
Sopan-santun Anak melayu Imbas saya !
Senyum terukir, senyum terukir
bila disapa
Dalam pantun, ku kirim rindu
Rindu mengalir, rindu mengalir di
dalam kata
Lemak manis (Alah amboi-amboi)
Santan kelapa (Alah amboi-amboi)
Ku pandanglah manis (Alah amboi-
amboi)
Anak siapa
Lemak manis (Alah amboi-amboi)
Santan kelapa (Alah amboi-amboi)
Ku pandanglah manis (Alah amboi-
amboi)
Anak siapa
Pohon sena, Pohon meranti
Di tengah-tengah, Di tengah-
tengah buluh perindu
Adik di sana, Abang di sini
Di tengah-tengah, Di tengah-
tengah rindu menderu
Roslan Madun - Lemak Manis
*Seni kata yang diwarnakan boleh digunakan untuk melagukan pantun
12
Lagu Kalau Ku Tahu
Kalau ku tahu hujan tak jadi Imbas saya !
Tidaklah aku turun ke bendang
Kalau ku tahu hujan tak jadi
Tidaklah aku turun ke bendang
Kalau ku tahu orang tak sudi
Tidaklah aku datang meminang
Kalau ku tahu orang tak sudi
Tidaklah aku datang meminang
Dah nasib orang tak sudi
Kalau ku tahu pohon cempaka
Daunnya lebat pohonnya tinggi
Kalau ku tahu pohon cempaka
Daunnya lebat pohonnya tinggi
Kalau ku tahu orang tak suka
Tidaklah aku mengikat janji
Kalau ku tahu orang tak suka
Tidaklah aku mengikat janji
Dah nasib orang tak sudi
Roslan Madun - Kalau Ku
Tahu
*Seni kata yang diwarnakan boleh digunakan untuk melagukan pantun
13
KAEDAH
MELAFAZKAN
PANTUN MELALUI
TEKNIK NYANYIAN
Lagu
Kontemporari
14
Lagu Cindai
Cindailah mana tidak berkias
Jalinnya lalu rentah beribu
Bagailah mana hendak berhias
Cerminku retak seribu
Mendendam unggas liar di hutan
Jalan yang tinggal jangan berliku
Tilamku emas cadarnya intan
Berbantal lengan tidurku
Hias cempaka kenanga tepian
Mekarnya kuntum nak idam kumbang
Puas ku jaga si bunga impian
Gugurnya sebelum berkembang
Hendaklah hendak hendak ku rasa
Imbas saya !
(rasa sayang)
Puncaknya gunung hendak ditawan
Tidaklah tidak tidak ku daya
Tingginya tidak terlawan
Janganlah jangan jangan ku hiba
(rasa sayang)
Derita hati jangan dikenang
Bukanlah bukan bukan ku pinta
(rasa sayang)
Merajuk bukan berpanjangan
Siti Nurhaliza - Cindai
*Seni kata yang diwarnakan boleh digunakan untuk melagukan pantun
15
Lagu 7 Nasihat
Anak pipit jangan tak dihirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau
Dulu tunggu diturut balik (dulu tunggu
turut balik)
Dulu diam sekarang celik (dulu diam
sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik (dulu tahu
waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik (dulu diam
sekarang cerdik)
Nak dilenturnya buluh Imbas saya !
Biar dari rebungnya
Kelak pasti mereka
'Kan terjaga akhlaknya
Nak dibentukkan tubuh
Bukan dari bengkungnya
Susun atur mereka
Sebelum kenal dunia
Habis main di tanah Kmy Kmo, Luca Sickta &
Sebelum senja ke rumah Siti Nurhaliza - 7 Nasihat
Takut nanti tersalah
Bawa pulang masalah
*Seni kata yang diwarnakan boleh digunakan untuk melagukan pantun
16
Lagu Boria Miskin Kaya
Assalamualaikum kami ucapkan
Kepada semua rakan-rakan dan taulan
Boria miskin kaya kami persembahkan
Mari dengar jangan malu jangan segan
Hari-hari aku goreng nasi ikan bilis
Sebulan sekali makan daging masak kari
Hari-hari aku makan piza dan spagheti
Sampai tengok nasi pun dah tak lalu lagi
Miskin atau kaya sementara saja
Harta bukan boleh beli tiket masuk syurga
Miskin atau kaya ahai sama sahaja
Lebih besar periuk hai lebih banyak keraknya
Negara kita takda yang papa kedana Imbas saya !
tapi ramai yang pura-pura miskin hina
Itu muslihat untuk menipu yang kaya
Bila mati silakan masuk neraka
Senario - Boria Miskin
Kaya
*Seni kata yang diwarnakan boleh digunakan untuk melagukan pantun
17
Lagu Seloka Hari Raya
Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersuka ria
Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersuka ria
Adikku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama
Adikku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama
Usahlah abang membuang waktu Imbas saya !
Mari menuju ke rumah bonda
Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda
Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemu mesra
Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemu mesra
Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda
Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda
Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahagia
Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahagia
Uji Rashid & Hail Amir -
Seloka Hari Raya
*Seni kata yang diwarnakan boleh digunakan untuk melagukan pantun
18
CADANGAN PELAKSANAAN
AKTIVITI
Bagi pelaksanaan kaedah melafazkan pantun melalui
teknik nyanyian, terdapat beberapa cadangan aktiviti
yang boleh dijalankan di dalam bilik darjah oleh guru
Bahasa Melayu. Cadangan aktiviti- ini boleh dipilih
mengikut kesesuaian bilik darjah dan diubah suai
mengikut keperluan semasa murid. Dalam modul ini,
terdapat lima aktiviti yang dicadangkan, iaitu One Stay
Three Stray, Gallery Walk, nyanyian berkumpulan,
nyanyian berpasangan dan nyanyian koir.
19
One Stay Three Stray
1 Murid-murid dibahagikan kepada lima kumpulan dan ketua bagi
setiap kumpulan dilantik oleh guru.
2 Guru mengedarkan skrip pantun yang sama kepada setiap kumpulan.
3 Guru menetapkan lagu bagi setiap kumpulan sebagai irama untuk
melafazkan pantun.
Contoh : Kumpulan 1 : Lagu Anak Itik Tokwi
Kumpulan 2 : Lagu Joget Pahang
Kumpulan 3 : Lagu Cindai
Kumpulan 4 : Lagu Seloka Hari Raya
Kumpulan 5 : Lagu Kalau Ku Tahu
4 Setiap kumpulan diberikan tempoh selama 15 minit untuk berlatih
melagukan pantun mengikut irama lagu yang ditetapkan.
5 Selesai tempoh 15 minit, guru menetapkan checkpoint bagi setiap
kumpulan dan ketua kumpulan mesti berada di checkpoint masing-
masing.
6 Murid-murid menjalankan aktiviti 'One Stay Three Stray' mengikut
arah putaran jam. Guru memantau aktiviti murid dan membuat
pembetulan jika terdapat kesalahan dibuat.
20
Gallery Walk
1 Murid-murid dibahagikan kepada lima kumpulan dan ketua bagi
setiap kumpulan dilantik oleh guru.
2 Guru mengedarkan sekeping kertas sebak kepada setiap kumpulan.
3 Setiap kumpulan diberikan tempoh selama 20 minit untuk membina
satu rangkap pantun empat kerat mengikut tema yang telah
ditetapkan oleh guru. Pantun yang dibina ditulis pada kertas sebak.
Cadangan Tema : Keselamatan, Alam Sekitar, Kasih Sayang,
Kemasyarakatan, Patriotisme dan Nasihat.
4 Seterusnya, guru mencadangkan beberapa irama lagu supaya
pantun yang dibina dapat dilafazkan melalui teknik nyanyian. Murid
berlatih untuk melafazkan pantun mengikut irama lagu yang dipilih.
Cadangan Lagu: Pantun Budi, 7 Nasihat, Can Mali Can, Boria Miskin
Kaya dan Lemak Manis
5 Selesai tempoh 15 minit, guru menetapkan checkpoint bagi setiap
kumpulan dan kertas sebak ditampal di checkpoint masing-masing.
6 Murid-murid menjalankan aktiviti 'Gallery Walk' mengikut arah
putaran jam. Guru memantau aktiviti murid dan membuat
pembetulan jika terdapat kesalahan dibuat.
21
Nyanyian Berkumpulan
1 Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan besar dan setiap
kumpulan diedarkan skrip pantun yang berbeza.
2 Guru membimbing kedua-dua kumpulan untuk melafazkan pantun
secara bergilir-gilir mengikut irama lagu Rasa Sayang.
Cadangan : Rasa sayang hey rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh rasa sayang sayang hey
Rasa sayang hey rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh rasa sayang sayang hey
Buah delima manis terasa,
Di dalam peti di tepi pintu;
Kita tak sama budaya bangsa,
Mengapakah mesti hidup bersatu?
Rasa sayang hey rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh rasa sayang sayang hey
Rasa sayang hey rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh rasa sayang sayang hey
Ke kota lama di hujung desa,
Bersama teman menjelang Sabtu;
Walau tak sama budaya bangsa,
Demi keamanan mesti bersatu.
Petunjuk : Kumpulan A dan B
Kumpulan A
Kumpulan B
22
Cadangan Skrip Pantun
Nyanyian Berkumpulan
KUMPULAN A
Pantun Hidup Harmoni
Buah delima manis terasa,
Di dalam peti di tepi pintu;
Kita tak sama budaya bangsa,
Mengapakah mesti hidup bersatu?
Pakai terendak meskipun redup,
Ditutup tingkap hendak berjalan;
Jika hendak muhibah hidup,
Apakah sikap menjadi amalan?
Anak dara menangkap kelisa,
Di Tasik Bera dengan joran;
Dalam negara berbilang bangsa,
Bagaimanakah cara hidup berjiran?
23
Cadangan Skrip Pantun
Nyanyian Berkumpulan
KUMPULAN B
Pantun Hidup Harmoni
Ke kota lama di hujung desa,
Bersama teman menjelang Sabtu;
Walau tak sama budaya bangsa,
Demi keamanan mesti bersatu.
Mengelek buyung ke tepi terusan,
Setelah lama penat terasa;
Bergotong-royong segala urusan,
Bekerjasama sepanjang masa.
Nasi lemuni beli di kota,
Makan berempat elok berpakat;
Kekal harmoni sesama kita,
Jiran sepakat membawa berkat.
24
Nyanyian Berpasangan
1 Guru memilih dua orang murid untuk menjalankan aktiviti melafazkan
pantun melalui nyanyian berpasangan.
2 Guru mengedarkan skrip pantun yang sama kepada kedua-dua
orang murid yang dipilih.
3 Guru membimbing murid untuk melafazkan pantun secara bergilir-
gilir mengikut irama lagu yang dipilih.
Cadangan Lagu : Seloka Hari Raya, Anak Itik Tokwi, Pantun Budi,
Rasa Sayang, Lemak Manis dan Ikan Kekek
4 Dua orang murid yang dipilih mempersembahkan persembahan
pantun melalui nyanyian berpasangan di hadapan bilik darjah.
25
Cadangan Skrip Pantun
Nyanyian Berpasangan
Pantun Nasihat
Angin teluk menyisir pantai,
Hanyut rumpai di bawah titi;
Biarlah buruk kain dipakai,
Asal pandai mengambil hati.
Pergi mendaki Gunung Daik,
Hendak menjerat kancil dan rusa;
Bergotong-royong amalan yang baik,
Elok diamalkan setiap masa.
Air melurut ke tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk;
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Daun sirih ulam Cik Da,
Makan sekapur lalu mati;
Walaupun banyak ilmu di dada,
Biar merunduk resmi padi.
Petunjuk : Murid A
Murid B
26
Nyanyian Koir
1 Guru mengedarkan skrip pantun yang sama kepada murid-murid.
2 Guru melantik seorang murid sebagai konduktor koir.
3 Guru menetapkan satu irama lagu supaya skrip pantun yang
diedarkan dapat dilafazkan melalui teknik nyanyian koir.
Cadangan Lagu : Anak Itik Tokwi, Pantun Budi, Lemak Manis,
Kalau Ku Tahu, Joget Pahang , Gurindam Jiwa
dan Ikan Kekek
4 Murid-murid mempersembahkan persembahan pantun melalui
nyanyian koir di hadapan bilik darjah.
27