The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

RUJUKAN MURID-MURID SEKOLAH RENDAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by francomorrow189, 2021-10-27 19:36:36

NOTA KEBOLEHJADIAN

RUJUKAN MURID-MURID SEKOLAH RENDAH

NOTA RINGKAS KEBOLEHJADIAN
KONSEP
 Kebolehjadian ialah kebarangkalian atau kemungkinan suatu peristiwa berlaku.

Sesuatu peristiwa terdiri daripada yang mungkin berlaku dan tidak mungkin berlaku.
 Terdapat lima kebolehjadian sesuatu peristiwa iaitu:

 Mustahil
 Kecil kemungkinan
 Sama kemungkinan
 Besar kemungkinan
 Pasti
Mustahil ialah perkara yang tidak mungkin berlaku.
Kecil kemungkinan ialah kemungkinan sesuatu perkara berlaku itu kecil.
Sama kemungkinan ialah sesuatu perkara itu mungkin berlaku atau mungkin tidak berlaku.
Kemungkinannya adalah sama. Hanya terdapat dua pilihan sahaja.
Besar kemungkinan ialah kemungkinan sesuatu perkara itu berlaku adalah lebih besar.
Pasti ialah sesuatu perkara itu akan terjadi.

Disediakan : francomorrow©2021

Contoh Peristiwa
Sama Kemungkinan : Ahmad melambung duit syiling 50 sen. Dapat ekor.

(Kerana duit syiling mempunyai 1 ekor dan 1 kepala)
Diddy melambung dadu dan mendapat nombor genap.
(peluang mendapat nombor genap - 2, 4, 6 dan
Nombor ganjil - 1,2,5 adalah 50 : 50.)
Besar kemungkinan : Hujan akan turun apabila kedengaran guruh.
Paras sungai akan meningkat apabila musim tengkujuh.
Malaysia akan menjadi negara maju.
Kecil kemungkinan : Pelangi akan terbentuk sebelum hujan.

Gempa bumi boleh berlaku di Malaysia.
(Malaysia berada di luar kawasan gempa)

Pasti : Nombor bulat selepas 7 adalah 8.
(Turutan nombor bulat)
Hari kemerdekaan disambut pada 31 Ogos
(31 Ogos adalah hari kemerdekaan)

Mustahil : Ada 10 hari dalam seminggu.
(Seminggu ada 7 hari)
Heksagon mempunyai 7 sisi
(heksagon ada enam sisi)

Disediakan : francomorrow©2021


Click to View FlipBook Version