NOTA RINGKAS JISIM, UKURAN PANJANG DAN ISIPADU CECAIR
KONSEP JISIM
Pengenalan
Jisim ialah jirim yang memenuhi ruang iaitu konsep fundamental dalam fizik
Jisim bagi sesuatu objek adalah malar dan tidak dipengaruhi oleh daya tarikan
graviti.
Jisim juga dahulunya dikenali sebagai ‘Berat’
Jisim diukur menggunakan alat timbang.
Penimbang yang biasa digunakan adalah menggunakan dua unit kilogram dan
gram.
Bagi objek yang jisimnya ringan, unit timbangan yang digunakan biasanya ialah
gram.
Bagi objek yang jisimnya lebih berat, unit timbangan yang digunakan ialah
kilogram.
Unit Piawai
Kilogram (kg)
Gram (g)
1 kg = 1000g
Nota penting :
Jarum penimbang mesti tunjuk angka ‘0’ sebelum memulakan sebarang timbangan.
Kaedah Membaca Alat Penimbang
Untuk memulakan sebarang timbangan sesuatu objek atau barangan, jarum alat
penimbang mestilah bermula daripada ‘0’(sifar).
Bagi penimbang yang menggunakan unit timbangan Kilogram(kg), terdapat empat
jenis penimbang yang biasanya digunakan. Grafik berikut menunjukkan bagaimana
kita boleh membaca unit timbangan berat bagi empat jenis penimbang tersebut.
Contoh Membaca Alat Penimbang
Unit penimbang akan ditunjukkan di tengah-tengah muka penimbang.
Penimbang di atas menunjukkan berat buah mangga ialah 3.6
kilogram atau 3600 gram
Kesalahan lazim murid ialah membaca jisim objek tanpa melihat unit utama
timbangan menyebabkan mereka menulis unit yang salah dalam jawapan.
Contoh: 3.6 gram atau 3600 kilogram
Pertukaran Unit Dalam Timbangan Berat
Penukaran Unit Jisim Dalam Perpuluhan dan Pecahan
Unit jisim boleh dihubungkan seperti berikut:
1 kg = 1 000 g
Penukaran unit jisim kepada unit yang lebih besar atau lebih kecil dengan
menggunakan kaedah yang berikut:
Penukaran jisim dari kg ke g boleh dikira secara congak dengan mengalihkan titik
perpuluhan 3 tempat ke sebelah kanan.
Penukaran jisim dari g ke kg boleh dikira secara congak dengan mengalihkan titik
perpuluhan 3 tempat ke sebelah kiri.
Contoh 1
Tukarkan yang berikut kepada g.
Penyelesaian:
Contoh 2
Tukarkan yang berikut kepada kg.
Penyelesaian:
OPERASI JISIM
TAMBAH JISIM
TOLAK JISIM
DARAB JISIM
BAHAGI JISIM
UKURAN PANJANG
KONSEP UKURAN PANJANG
Jarak antara dua titik di sepanjang satu garis lurus.
Panjang boleh di ukur dalam kilometer (km), meter (m), sentimeter (cm) dan
milimeter (mm).
Perbandingan ukuran panjang sebenarnya boleh diukur dengan menggunakan
alat pengukur seperti pembaris dan pita pengukur.
Mengukur panjang objek
Dalam Ukuran panjang terdapat empat unit metrik iaitu :
1. kilometer (km)
2. meter (m)
3. sentimeter (cm)
4. milimeter (mm)
Bagaimana untuk mengukur sesuatu objek ?? Lihat rajah di bawah :
Ukuran panjang mestilah bermula pada titik 0.
Contoh 1 : Mengukur panjang pensel dalam cm
Berbagai Satuan Ukuran Panjang
Satuan panjang merupakan suatu satuan yang akan digunakan dalam
mendeskripsikan ukuran tinggi, panjang, jarak suatu benda atau objek yang diukur.
Untuk mengukur panjang, hampir seluruh negara menggunakan sistem metrik yang
juga menjadi SI (standar internasional). Namun, ada beberapa negara yang memilih
satuan ukuran panjang yang berbeda, yaitu Amerika dengan sistem imperalnya, lalu
ada juga India dan Antartika.
Satuan Ukuran Panjang SI
Dalam standar internasional, kita akan menggunakan sistem metrik yaitu meter
sebagai satuan ukuran panjang. Kita juga akan menggunakan tangga satuan panjang
dalam pengukuran berbagai macam hal di kehidupan sehari -hari.
Tangga Satuan Panjang
Menggunakan tangga satuan ini akan bisa mempermudah kamu dalam melakukan
konversi satuan panjang. Setiap turun satu anak tangga dikali dengan 10 dan setiap
naik satu anak tangga dibagi dengan 10.
Satuan Ukuran Panjang Imperial
Pada tahun 1845 pemerintah Inggris menetapkan standar yard imperial, dimana jarak
antara dua garis diberi tanda di atas sebatang perunggu. Satuan-satuan yang lebih
kecil seperti kaki dan inci dibuat berdasarkan ukuran yard yang selanjutnya ditetapkan
menjadi sebuah sistem ukuran yang dikenal dengan imperial.
Sistem ini dulunya digunakan oleh Inggris, Amerika dan negara-negara koloninya.
Namun Inggris lebih memilih untuk menggunakan standar internasional sebagai
satuan ukuran mereka, dan tinggal Amerika yang masih menggunakan satuan ukur ini.
Inilah satuan ukur panjang sistem imperial:
Mil/Mile
Satu mil sama dengan 1,760 yard atau 1609.34 meter. Ini merupakan jarak yang
cukup jauh.
Yard
Satu yard sama dengan 3 kaki/feet atau 0.9144 meter. Satu kaki sama dengan 12 inci
dan kira-kira sama dengan jarak antara bahu dengan siku orang pada umumnya.
Inci
Satu inci bisa dirinci lagi menjadi beberapa pecahan seperti 1/2, 1/4, 1/8, 1/16, 1/32,
1/64 dan 1/1000. Satu inci kira-kira sepanjang jari kaki terkecil orang pada umumnya,
atau 25.4 mm.
Berikut ini adalah perbandingan antara sistem metrik dan imperial:
1 feet = 30,48 cm
1 inchi = 2,54 cm
1 feet = 12 inchi
1 mile = 1,609 km
1 meter = 3,281 feet
1 meter = 39,37 inch
1 cm = 0,3937 inchi
1 km = 0,621 mile
Dahulu juga orang menggunakan alat ukur seperti jengkal. Kaki, hasta dan depa.
Penukaran Unit Panjang Dalam Perpuluhan
Kebiasaannya, panjang (length) diukur dalam unit meter, m.
Walau bagaimanapun unit meter tersebut boleh ditukarkan dari unit besar ke unit
kecil ATAU dari unit kecil ke unit besar.
Untuk menukarkan unit besar kepada unit kecil, kita perlu mendarabkannya (×),
manakala untuk menukarkan unit kecil ke unit besar kita perlu membahagikannya (÷).
Secara ringkasnya, hubung-kait untuk menukarkan antara unit-unit panjang dapat
disimpulkan seperti dalam rajah di bawah.
Menukarkan unit panjang milimeter (mm) dan sentimeter (cm)
Contoh
Tukarkan unit-unit berikut.
a) 5.7 cm = _______ mm
Penyelesaian:
5.7 cm = (5.7 × 10)
5.7 cm = 57 mm
b) 8 mm = _______ cm
Penyelesaian:
8 mm = (8 ÷ 10) cm
8 mm = 0.8 cm
Menukarkan unit panjang sentimeter (cm) dan meter (m)
Contoh
Tukarkan yang berikut:
a) 0.75 m = _______ cm
Penyelesaian:
0.75 m = (0.75 × 100) cm
0.75 m = 75 cm
b) 870 cm = _______ m
Penyelesaian:
870 cm = (870 ÷ 100) m
870 cm = 8.7 m
Menukarkan unit panjang meter (m) dan kilometer (km)
Contoh
Tukarkan yang berikut:
a) 0.475 km = _______ m
Penyelesaian:
0.475 km = (0.475 × 1 000) m
0.475 km = 475 m
b) 925 m = _______ km
Penyelesaian:
925 m = (925 ÷ 1 000) km
925 m = 0.925 km
OPERASI UKURAN PANJANG
TAMBAH UKURAN PANJANG
TOLAK UKURAN PANJANG
DARAB UKURAN PANJANG
BAHAGI UKURAN PANJANG
ISIPADU CECAIR
KONSEP ISIPADU CECAIR
Isipadu cecair adalah kandungan cecair yang terdapat dalam sesuatu bekas.
Ia disukat dengan menggunakan alat penyukat cecair.
Alat penyukat mempunyai 2 jenis iaitu alat penyukat yang menggunakan alat
yang digunakan dalam bentuk alat unit piawai dan alat bukan unit piawai.
Menyukat dalam unit piawai ialah menggunakan alat penyukat yang mempunyai
sukatan iaitu seperti bikar, tabung uji, picagari dan selinder penyukat.
Manakala menyukat dengan menggunakan unit bukan piawai ialah dengan
menggunakan bahan yang tiada penyukat yang tetap iaitu seperti cawan,
mangkuk, jug air, botol, baldi dan gelas.
Dalam pengukuran, alat bukan piawai sebenar biasanya diukur dengan membuat
perbandingan iaitu seperti kurang, lebih atau sama.
Alat bukan piawai
Alat piawai
PERBANDINGAN NILAI SUATU KUANTITI UNIT PIAWAI
CARA MEMBACA UKURAN ISIPADU CECAIR
Menukar unit isipadu cecair (mililiter dan liter) dalam perpuluhan dan pecahan.
Hubungan antara unit isipadu cecair adalah seperti berikut:
Untuk menukar unit, kaedah berikut adalah boleh digunakan.
Contoh 1
a) Tukarkan 700 ml kepada perpuluhan liter.
b) Tukar 5 400 kepada pecahan liter.
Penyelesaian:
Contoh 2
Penyelesaian:
OPERASI ISIPADU CECAIR
TAMBAH DAN TOLAK ISIPADU CECAIR
DARAB DAN BAHAGI ISIPADU CECAIR
Disediakan oleh : francomorrow©2021