Teori Perkembangan
Kognitif Dan Bahasa
Dalam
Pembelajaran
& Aplikasi
KUMPULAN 3 -
PGA 101
Teori Perkembangan
Kognitif Dan Bahasa Dalam
Pembelajaran & Aplikasi
Siti Nor Husna Binti Mat Rani
(150507)
Nur Athirah Binti Malek (152287)
Syahzarul Ridzwan Bin Alsidin
(150545)
Nur Ilya Afifah Binti Kamarzzam
(151210)
1. Pengenalan
2. Definisi Kognitif Dan Bahasa
3. Tokoh Perkembangan Kognitif
4. Teori Perkembangan Kognitif Bruner
5. Tokoh Perkembangan Bahasa
6. Ciri-Ciri Pembelajaran KognitifDan Bahasa
7. Aplikasi Teori KognitifDan Bahasa
8. PerananMurid Dan Guru Semasa Dalam Kelas
9. Aktiviti Melibatkan Kognitif Dan Bahasa
10.Implikasi Teori Kognitif DanBahasa
Melalui kursus Pelajar dan Keperluan Pembelajaran (PGA 101),
teori perkembangan kognitif dan bahasa dalam pembelajaran dan
aplikasi merupakan tajuk kumpulan kami bagi produk E-Book. Tajuk
yang telah dipilih untuk mengenal pasti perkembangan yang berlaku
dalam diri manusia terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja
dalam aspek kognitif dan bahasa. Melalui kajian yang telah dilakukan
oleh kami, kami dapat mengetahui definifi kognitif dan bahasa dengan
lebih mendalam. Terdapat pelbagai teori yang telah dikemukakan
untuk menyokong teori ini. Antara para ilmuan yang telah memberi
definisi mengenai perkembangan kognitif adalah Jean Piaget, Vgotsky
dan Burner. Para ilmuan ini telah memberi pandangan atau pendapat
mereka yang tersendiri mengenai teori perkembangan kognitif terhadap
golongan kanak-kanak dan remaja. Namun, Noam Chomsky
merupakan salah satu tokoh yang telah memberi pandangan beliau
mengenai perkembangan bahasa. Dalam pandangan beliau
dibahagikan kepada beberapa teori kecil iaitu teori tingkah laku,
mentali dan semulajadi.
Selain itu, E-Book kami mengandungi pelbagai aspek yang
berkaitan dengan teori perkembangan kognitif dan bahasa seperti ciri-
ciri, matlamat, kelebihan atau faedah, langkah, cabaran dan implikasi.
Melalui cara ini, kami dapat meningkatkan perkembangan kognitif dan
bahasa dalam kalangan remaja melalui konsep pembelajaran alaf ke-
21. Pelbagai aktiviti yang dapat dilaksanakan untuk membina tahap
pemikiran yang lebih tinggi dan kritis. Kami juga telah
mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran kami
di dalam kelas. Perkara ini untuk mengkaji tahap keberkesanan teori ini
dalam diri remaja.
E-Book ini diwujudkan bagi membantu atau memberi kefahaman
yang lebih lanjut kepada para guru untuk membentuk tahap pemikiran
yang kritis dalam diri anak murid mereka. Pelbagai info yang terdapat
dalam E-Book ini supaya dapat melahirkan murid selaras dengan
pendidikan negara maju.
Definisi kognitif
Perkembangan merupakan satu perubahan kualitatif dalam diri
seseorang itu yang tidak dapat diukur secara kuantitaif namun
perkembangan ini berlaku apabila sifat baharu terbentuk serta
mempunyai kelainan dengan sifat yang sedia ada. Menurut Santrock
(2008) mendefinisikan perkembangan ini sebagai satu perubahan dalam
pelbagai corak iaitu biologi, kognitif dan sosioemosi seseorang itu sejak
dari lahir sehingga penghujung hayat mereka. Perkembangan kognitif
merupakan satu proses peningkatan seseorang itu mempunyai tahap
keupayaan pemikiran, pengetahuan dan intelektual. Kemampuan yang
dialami oleh seseorang itu telah menjana akal budi dalam melaksanakan
pelbagai aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah, memahami
sesuatu perkara dan menganalisa satu data dengan tepat tanpa ada
sebarang keraguan. Perkembangan kognitif ini dapat membentuk satu
proses pemahaman dalam diri seseorang itu melalui pengalaman dan
masalah yang telah mereka lalui. Melalui pengalaman yang telah dilalui,
mereka dapat membentuk satu pengetahuan yang baharu mengenai
proses telah dilaksanakan. Perkara ini adalah satu proses pembesaran
yang dilalui oleh individu sejak dari kecil sehingga dewasa.
Istilah cognitive bermaksud knowing yang berasa dari perkataan
cognition, bererti mengetahui. Kogniti ini juga dapat ditafsirkan sebagai
satu kemampuan yang perlu ada dalam diri seseorang dari segei belajar
dan berfikir. Melalui kemampuan ini, seseorang itu akan dapat membina
satu konsep baharu, kemampuan untuk mentasfir dan memahami
keadaan persekitaran mereka, mempunyai daya ingatan yang tinggi dan
mampu menyelesaikan masalah yang sederhana dengan mudah.
Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2008), seseorang itu
memerlukan kemahiran kognitif dalam diri kerana kemahiran
merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat,
memahami, mengingati perkara yang berlaku di sekeliling mereka.
Perkara ini melibatkan pelbagai aktiviti berkaitan dengan mental seperti
mengkategori, merancang, menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu
yang baharu, berimaginasi dan sebagainya. Kemahiran ini sangat
penting untuk meneruskan kehidupan seseorang pada masa akan datang.
Perkembangan kognitif juga mempunyai kaitan dengan kognisi iaitu
melakukan aktiviti yang memperoleh ilmu pengetahuan secara
pemikiran dengan melalui deria masing-masing. (Mok Soon
Sang,2011). Selain itu juga, Yusuf (2005) menyatakan bahawa
kemampuan kognitif adalah satu kemampuan yang diperlukan oleh
individu itu agar mempunyai tahap pemikiran yang lebih kompleks dan
berlaku perubahan agar memudahkan seseorang individu itu
mempunyai pengetahuan umum secara lebih luas dan mendalam.
Definisi Bahasa
Bahasa ini merupakan satu komunikasi atau pertuturan yang
berlaku secara verbal atau non-verbal. Bahasa ini digunakan
semasa berkomunikasi dengan orang ramai iaitu menggunakan
perkataan yang tertentu mengikutkesesuaian keadaan.
Bahasa ini didefinisikan satu system lambang bunyi suara yang
diguna pakai sebagai alat perhubungan. Alat perhubungan ini
digunakan untuk berkomunikasi antara satu individu dengan
individu yang lain dan dalam kumpulan manusia. (Kamus Dewan
Edisi Ketiga pada tahun 1996:87). Selain itu, Arbak (1983:40)
berpendapat bahawa satu bahan yang digunakan secara langsung
oleh seseorang individu tersebut. Beliau juga telah melakukan
kajian iaitu fungsi yang digunakan bagi berhubung dengan manusia
yang lain. Dalam pada itu, terdapat ahli-ahli yang lain memberi
pandangan mereka sebelum pendapat daripada Arbak ini.
.
Menurut Asmah Omar (1983:376), beliau memberi definisi
bahasa merupakan bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang
terdapat dalam rongga mulut dan tekak seseorang itu. Melalui
kaedah ini, ianya mempunyai pelbagai maksud yang tersembunyi
atau tersirat. Oleh itu, beliau menekankan bahawa bunyi dan makna
ini adalah saling berkait antara satu sama lain. Hal ini adalah
kerana, perkara ini berkemungkinan digunakan untuk mencipta
konsep dan bukannya komunikasisemata-mata.
Seterusnya, Wilhelm Von Humboldt (1982:2-3) yang
merupakan seorang sarjana Jerman pada abad ke-19 memberi
maksud bahasa sebagai sintesis bunyi. Menurut beliau, bahasa ini
adalah aktiviti yang dihuraikan mengikut prinsip yang mempunyai
jumlah yang terbatas dengan jumlah tidak terbatas. Jumlah ini akan
diterbitkan menjadi satu konsep atau perkataan.
Selain itu, Bloch dan Trager juga berpendapat bahawa bahasa merupakan
satu lambang pertuturan yang digunakan oleh masyarakat untuk
berkomunikasi. Hal ini adalah kerana, seseorang individu itu memerlukan
bahasa dalam diri mereka bagi memudahkan untuk bertutur dengan orang lain.
Sapir juga mendefinisikan bahasa adalah sebagai satu naluri yang digunakan
oleh manusia untuk menyampaikan idea mereka, emosi yang berlaku dalam diri
mereka dan menyampaikan keinginan dalam bentuk simbol secara sedar atau
tidak sedar. Pendapat yang terakhir adalah daripada Crystal (1995). Beliau
berpendapat bahawa satu bunyi yang digunakan secara sistematik dan
konvensional. Hal ini bertujuan untuk berkomunikasi dan luahkan perasaan
atau emosi yang dialami oleh beliau terhadap orang lain.
Secara kesimpulannya, perkembangan kognitif dan bahasa ini amat penting
kepada seseorang individu itu terutamanya ketika kanak-kanak. Individu itu
akan melalui pelbagai pengalaman dan perkembangan sejak kecil sehinggalah
meningkat dewasa. Oleh itu, sekiranya perkembangan kognitif dan bahasa
mempunyai masalah, mereka tidak boleh mampu menjadi seorang individu
yang normal. Mereka memerlukan rawatan untuk merawat agar dapat
meneruskan kehidupan seperti individu normal yang lain.
TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF
A) Jean Piaget
Jean Piaget terdiri daripada salah seorang yang
merumuskan teori kepada beberapa fasa atau peringkat
perkembangan kognitif. Teori ini dibuat berdasarkan sudut
pandangan yang dikenali sebagai sudut pandang aliran
structural (structuralism) dan aliran konstructive
(constructivism). Menurut Piaget (1964), berpendapat
bahawa manusia secara genetiknya semua sama serta
mempunyai pengalaman yang hampir sama. Oleh itu,
tumbesaran kanak-kanak berkembang melalui empat tahap
atau peringkat perkembangan kognitif yang akan berlaku
sehingga seseorang kanak mencapai usia remaja iaitu sensori
atau deria motor (0-2 tahun), peringkat ketiga ialah
praoperasi (2-7 tahun), peringkat seterusnya peringkat
operasi konkrit (7-12 tahun) dan peringkat akhir sekali adalah
peringkat operasi formal (12 tahun ke atas).
Peringkat pertama ialah sensorimotor atau deria motor,
pada peringkat ini dari lahir hingga dua tahun, bayi
menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk
mempelajari tentang persekitaranya.
Dengan pengalaman deria ini membolehkan mereka
memperolehi kemahiran dan membentuk skema, sebagai
contohnya bayi ini akan menggunakan mulut untuk merasa
objek, mengkoordinasi mata dan tangan untuk mencapai
objek. Perkara ini, akan mendatangkan kepuasan yang akan
menyebabkan mereka mengulangi perbuatan tersebut.
Peringkat kedua ialah praoperasi ketika berusia dua
sehingga tujuh tahun, pada peringkat ini kanak-kanak mula
menggunakan minda untuk membentuk skema baru iaitu
perkembangan bahasa dan pemikiran simbolik awal. Kanak-
kanak pada peringkat ini, mempunyai sikap egosentrik yang
mana mereka gagal melihat daripada persepektif orang
lain.Contohnya kanak-kanak tidak faham perasaan orang lain
asalkan mereka dapat apa yang dikehendaki. Seterusnya,
pemikiran yang ajaib iaitu tidak dapat membezakan fantasi
daripada yang realiti.
Peringkat seterusnya ialah, operasi konkrit dari usia
tujuh hingga sebelas tahun. Kanak-kanak pada
peringkat ini mempunyai kebolehan untuk berfikir
secara logik, dapat menguasai konsep pengekalan.
Kanak-kanak juga dapat mentafsir keadaan berdasarkan
maksud sebenar perkataan.
Peringkat keempat adalah operasi formal, kanak-
kanak pada peringkat ini dapat membuat andaian
berdasarkan fakta seperti mereka mampu berfikir secara
abstrak, tetapi mereka susah untuk menerima perspektif
dan pendapatorang lain.
B) Vygotsky
Lev Semanovich Vygotsky, merupakan seorang ahli
psikologi Rusia telah merumuskan bahawa
perkembangan intelek seseorang adalah berdasarkan
kepada interaksi sosial antara murid dan guru atau
dengan rakan sebaya. Bukan itu sahaja Vygiotsky
berpendapat bahawa perkembangan kognitif terhasil
daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan ibu bapa,
guru, ahli keluarga, masyarakat serta rakan sebaya.
Bukan itu sahaja beliau juga berpendapat bahawa
perkembangan konsep logistik dan rasionalkanak-
kanak berhubung kait dengan keberhasilan pergaulan
dengan orang yang lebih pakar atau lebi tua berbanding
mereka.
Terdapat beberapa konsep perkembangan bahasa
yang dikemukakan oleh Vygotsky :-
A) Zon Perkembangan Proksimal(ZPD)
Zon Perkembangan Proksimal merupakan istilah
Vygostsky untuk merangkai tugas yang terlalu sulit
untuk kanak-kanak kuasai namun ia dapat dipelajari
dengan bantuan atau bimbingan orang dewasa atau
anak-anak yang terlatih. Bukan itu sahaja konsep ini
menjelaskan bahawa kanak-kanak mampu melakukan
sesuatu tanpa bantuan orang dewasa atau kerjasama
daripada rakanseusianya.
B) Scaffolding
Scaffolding merupakan suatu bimbingan dan tunjuk ajar
orang dewasa berikan kepada anak-anak semasa proses
pembelajaran atau semasa mereka menyelesaikan masalah
diluar pengetahuannya. Vygotsky berpendapat bahawa
scaffoding ini sangat penting dalam membantu kanak-
kanak untuk mengaitkan sesuatu konsep secara sistematik,
logik dan rasional
C) Jerome Bruner
Seymour Jerome Bruner merupakan bapa kepada teori
psikologi kognitif. Beliau menyatakan bahawa struktur
intelek terbahagi kepada tiga jenis iaitu enaktif, ikonk dan
simbolik.
⚫ Enaktif
Proses pembelajaran secara tindakan manipulatif (learning by
doing) dan tidak melibatkan bahasa. Pada peringkat bayi, terdapat
aktiviti fizikal yang dilakukan ileh bayi. Pada peringkat ini (0-2
Tahun) kanak-kanak akan bergerak kepada sesuatu yang menarik
perhatian mereka sahaja. Oleh itu, umumnya kanak-kanak akan
menyelesaiakn masalah dengan menggunakan anggota badannya
kerana mereka masih belum menguasai bahasa dan komunikasi
⚫ Ikonik
Proses pembelajaran dengan menggunakan imej mental dalam
bentuk visual, auditori, dihidu, dirasa dan disentuh. Pada usia (2-4
tahun) ini, kanak-kanak boleh menggambarkan sesuatu dalam
fikirannya. Mereka berupaya menyebit objek yang tiada di depan
matanya iaitu membentuk imej mental. Sebagai contoh kanak-
kanak dapat menyatakan bentuk dan rasa ayam goreng yang pernah
dimakannya.
⚫ Simbolik
Proses pembelaaran melalui bahasa dan simbol seperti nombor.
Para peringkat usia (4-7 tahun ) kanak-kanak ini boleh
menggunakan simbol untuk menceritakan pengalamannya.
Terdapat pelbagai teori perkembangan bahasa mengikut
faktor khusus yang berkait rapat dengan perkembangan
insan.
Teori Behaviorisme
Menurut teori ini kanak-kanak mempelajarai bahasa melalui
peniruan (imitation). kanak-kanak akan mendenar sebutan
orang dewasa dan cuba meniru apa-apa yang didengar
olehnya. Kanak-kanak merupakan penerima pasif.mereka
mudah terpengaruh dengan pengaruh luaran seperti daripada
ibu bapa, adik beradik ataupun orang lain. Melalui teori ini
kanak-kanak dilahirkan tanpa bahasa. Oleh itu, semsa
pembesaran, mereka mula meniru atau memodelkan bunyi
yang didengar olehnya. Lama kelamaan mereka akan
berjaya menyebut sebutan orang dewasa dengan lebih jelas
dan betul.
Menurut Noam Chomsky (1968) dan rakan-rakannya
terhadap sedikit kekurangan dalam teori behaviorisme yang
telah diberikan. Tokoh- tokoh yang mengkaji mengenai
perkara ini telah menyatakan bahasa manusia ini unik dan
dipelajari oleh semua lapisan masyarakat sama ada masih
bayi ataupun tidak. Beliau juga berpendapat terhadap
pemerhatiannya, kanak-kanak juga bukan menghafal
beberapa input bahasa namun mereka juga telah diajar
mengenai peraturan-peratun dalam bahasa. Oleh itu, beliau
telah membuat andaian yang tersendiri iaitu manusia
mempunyai kemahiran semula jadi dalam diri seseorang
individu tersebut. Dalam pada itu, bayi juga mempunyai satu
mekanisme yang telah dikenalkan iaitu the Language
Acquisition Device (LAD). LAD ini terdiri daripada
beberapa kategori tatabahasa yang dikongsi oleh semua
bahasa.
Teori Semantik-Kognitif
Bloom (1970) merupakan pengasas teori
semantik-kognitif. Meurut teori ini kanak-kanak
biasanya menggunakan perkataan yang sama.
Sebagai contoh ‘mak susu’ dimana sama ada kanak-
kanak itu ingin memberitahu dia memberitahu
ibunya bahawa dia hendak minum susu atau
menunjukkan bahawa terdapat susu kepada ibuna.
Kedua-dua situasi ini menggunaka istilah yang sama
(mak susu) tetapi mempunyai dua fungsi semantik
yang berbeza. Oleh itu Bloom berpendapat bahawa
semantik mendahului sintaksis dalam perolehan
bahasa dalamkalangan kanak-kanak.
Teori pragmatik-interaksionalisme ini memberi
penekanan kepada pemerhati bahawa kanak-kanak
memnguasai bahasa dengan komunikasi. Dengan kata lain
teori ini memberi fikus kepada fungsi komunikasi dalam
perkembangan bahasa kanak-kanak.. berdasarkan kajian
yang dilakukan oleh ahli-ahli linguistik seperti Searle(1965),
Dore(1974), dan Halliday (1975) telah mengenal pastu dan
mengklasifikasikan fungsi-fungsi pramatik. Kelebihan teori
ini mengatakan bahawa kanak-kanak kecil yang dapat
berkomunikasi berdasarkan keperluan sebelum mereka
memperolehi bahasa. Akan tetapi sekiranya kanak-kanak
yang mempunyai kurang peluang untuk berinteraksi dengan
orang dewasa mungkin kanak-kanak ini akan mengalami
kesukaran untuk memperoleh bahasa berbanding kanak-
kanak yang kerap berkomunikasi dengan orang dewasa.
4.1 Persekitaran Pembelajaran Yang Kondusif
Salah satu ciri pembelajaran yang berkesan yang boleh
mengembangkan kognitif dan bahasa ialah persekitaran
pembelajran yang kondusif. Hal ini demikian kerana suasana
yang kondusif dapat menarik perhatian para pelajar untuk
belajar. Sebagai contoh, persekitaran kelas hendaklah bersih
dan ceria agar proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dapat dilakukan dengan teratur. Kepakaran guru dalam kelas
seperti sering bergurau senda dapat menghilangkan sifat
bosan para pelajar dalam belajar. Hal ini demikian kerana
pembelajaran dapat dilakukan sekiranya para pelajar
berminat dan sering bertanyakan soalan berbanding
sebaliknya.
4.2 PENGGUNAAN SOAL JAWAB DALAM
PENGAJARAN
Satu lagi cara yang mudah dan jelas untuk menggalakkan
pembelajaran aktif di dalam kelas adalah bertanya soalan
kepada pelajar dan menggalakkan mereka untuk
bertanyakan soalankembali kepada guru. Namun secara
purata, kurang masa ditumpukan untuk bertanya dan
menjawab soalan yang berkaitan.
Corak ini adalah mungkin disebabkan oleh hakikat
bahawaguru-guru hanya memberi tumpuan kepada bahan
pelajaran dalam setiap sesi kelas, yang mewujudkan
kecenderungan untuk tidak mengganggu pengajaran mereka
dengan bertanya soalan kepada pelajar.
Lebih-lebih lagi secara lisan atau tidak, tingkah laku
guru juga dapat menghantar mesej bahawa mereka tidak
mempunyai masa untuk berhenti demi menjawab soalan
yang diajukan oleh pelajar. Malah orang-orang yang
menimbulkan soalan dan yang menyuruh pelajar untuk
bertanya soalan, biasanya masalah ini terletak pada
bagaimana mereka menyoal pelajar-pelajar mereka dan
bagaimana mereka bertindak balas apabila pelajar menyoal
mereka. Terdapat beberapa cara di mana anda boleh
mengendalikan kedua-dua proses ini dengan cara yang boleh
memeriahka suasana bilik darjah dan membantu pelajar
untuk belajar.
4.2.1 Menjawab Pertanyaan Pelajar
Cara guru mengendalikan soalan pelajar boleh menyebabkan
dua perkara iaitu guru boleh mengukuhkan atau melemahkan
hubungan dengan pelajar. Jika guru menjawab soalan pelajar
dengan tidak ada rasa kesabaran atau acuh tak acuh, pelajar akan
mendapat mesej bahawa guru tidak peduli tentang pembelajaran
mereka dan mereka merasakan tidak perlu bertanya lagi 218
Prosiding Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam
(SEAPPI2012) soalan pada guru.
Oleh itu, dicadangkan agar guru membiarkan pelajar-pelajar
mengetahui bahawa pada hari pertama kelas atau permulaan
penggal lagi, bahawa guru akan menjawab soalan-soalan mereka
dengan senang hati. Kemudian, apabila ada pelajar mengangkat
tangan untuk bertanya soalan, kenali orang itu (memanggil pelajar
dengan nama, jika boleh) dan mendengar dengan teliti kepada
seluruh soalan untuk pastikan guru benar-benar memahami.
Jangan mengganggu dengan jawapan yang guru andaikan sahaja
kerana guru tahu apa pelajar maksudkan; guru mungkin akan
menjawab soalan yang salah!. Berikan pengukuhan dan
penekanan secara lisan dan bukan lisan seperti dari tingkah laku,
ekspresi dan bahasa badan. Membuat hubungan mata (eye
contact), menganggukkan kepala seolah-olah guru faham akan
soalan yang ditanya, kalau boleh dekati pelajar tersebut supaya
soalan itu dapat didengar dengan jelas.
Bila guru diajukan soalan, jangan melihat nota- nota atau
bermain dengan komputer atau melihat keluar tingkap.
Buatkan pelajar dan seluruh kelas tahu bahawa guru
mengambil berat soalan yang diajukan. Kemudian, ulang
balik soalan yang telah diberikan. Langkah ini amat penting
untuk memastikan anda faham dengan soalan yang
diutarakan terutamanya dalam kelas yang besar. Pelajar akan
hilang tumpuan dalam tempoh guru memberikan jawapan
jika guru menjawab soalan atau memberi komen dan mereka
tidak dapat mendengar suara guru. Jika soalan itu sesuatu
yang menarik atau suatu yang biasa, biarkan pelajar tahu
yang guru berasa senang hati ditanya soalan itu. Jika guru
mampu untuk menjawab soalan tersebut, maka jawablah.
Apabila guru sudah selesai menjawab, tanya kembali kepada
pelajar adakah jawapan tersebut jelas dan beri pelajar
peluang untuk bertanya soalan yang lain. Guru perlu
mempersiapkan diri untuk soalan yang tidak boleh dijawab.
4.2.2 Bertanya Soalan Kepada Pelajar
Bertanya Soalan Kepada Pelajar Bagaimana jika guru
tidak mendapat maklum balas apabila bertanyakan soalan
kepada pelajar? Oleh itu, guru boleh kecilkan bentuk soalan
atau permasalahan dengan mengaju kembali soalan
dengan jelas dan berhati-hati, kemudian berikan pelajar
masa yang mencukupi untuk menjawab soalan dan
usahakan mereka atau galakkanmereka untuk mengangkat
tangan.
Menunggu terlalu lama akan membuat suasana janggal
serta sunyi menyelubungi kelas. Jika guru memberi pelajar
5 saat untuk memikirkan jawapan, mungkin 6 atau 7 saat
terutamanya bagi soalan yang susah dan kompleks, mereka
akan cenderung untuk melihat soalan guru sebagai retorik
dan mereka lebih suka mengeluarkan jawapan yang baik
saja. Ketika guru menunggu masa tamat, biarkan pelajar
tahu yang guru mahukan jawapan dari mereka. Imbas
seluruh kelas dengan muka yang penuh harapan dan buat
eye contact dengan seluruh kelas. Jika tidak ada yang
mengangkat tangan, bersedia untuk memanggil mana-
mana pelajar yang dirasakan mampu menjawab soalan.
Jika guru lebih berhati-hati ketika mengajukan soalan pada
mereka dan bersabar dalam menunggu untuk
mendapatkan jawapan, maka pelajar akan lebih cepat
memberi tindak balas kepada guru.
4.3KHIDMAT MASYARAKAT SEBAGAI SATU PROSES
PENGAJARAN
Perkhidmatan-pembelajaran merupakan satu pendekatan
pengajaran yang mengintegrasikan khidmat masyarakat
dengan kajian akademik untuk memperkayakan pembelajaran,
mengajartanggungjawab sivik, dan mengukuhkan komuniti.
Antara kelebihannya ialah membolehkan pelajar belajar dengan
menggabungkan teori dengan pengalaman dan pemikiran
dengan tindakan untuk melihat kaitan mata pelajaran akademik
dalam dunia sebenar untuk melakukan kerja yang penting dan
perlu di samping meningkatkan penglibatan sivik; untuk
menghadapi konteks pembelajaran-termasuk pengalaman
merentas budaya dan persediaan untuk kerjaya. Tanpa sedari
juga, kaedah pengajaran tersebut dapat meningkatkan
komunikasi pelajar dengan orang lain sekaligus kognitif mereka
agar dapat saling berinterkasi tanpa gangguan yang lain.
Melalui proses pengajaran ini, perkembangan dari segi kognitif
dan bahasa lebih mudah berlaku kerana proses pengajaran
memerlukan orang lain untuk saling berinterksi.
4.4MENGGALAKKAN PEMIKIRAN KRITIS
Pemikiran kritis merujuk kepada situasi yang memerlukan
pelajar untuk membuat keputusan berpandukan analisa serta
penilaiannya pada masalah yang dihadapinya (Mok Soon Sang,
2011). Hampir semuanya menggunakan kuliah, perbincangan
kelas, demonstrasi, kajian kes, pembentangan pelajar, dan
pengalaman perkhidmatan-pembelajaran untuk
menggalakkan pelajar anda untuk berfikir secara kritis tentang
Islam, dan tentang kehidupan secara umum. Pemikiran kritikal
merupakan proses menilai tuntutan dan membuat
pertimbangan berdasarkan bukti yang disokong. Diluaskan lagi
takrif itu, pemikiran kritikal adalah penggunaan kemahiran
kognitif atau strategi yang boleh meningkatkan kemungkinan
hasil yang diingini. Dengan menggalkan pemikiran kritis,
perkembangan kongnitif pelajar akan lebih cepat dan
menyebabkan mereka lebih cerdas dari sebelumnya. Tanpa
kita sedari, perkembangan kognitif juga boleh menyebabkan
perkembangan bahasa kerana penggunaan bahasa yang
mantap melambangkan tahap kognitif pelajar.
Peranan Murid Dan
Guru Ketika Di
Kelas Dalam Proses
Pengajaran
Peranan Murid
Salah satu peranan murid ketika di dalam kelas ialah
betanyakan soalan apabila tidak faham. Hal ini bertanyakan
soalan dapat meningkatkan kefahaman para pelajar.
Sekiranya pelajar tidak bertanya soalan, guru tersebut tidak
akan mengetahui bahawa pelajar faham atau pun tidak.
Bertanyakan soalan juga buka semata-mata tidak faham
akan tetapi untuk mengembangkan kefahaman dan
mengolah idea yang lebih bagi memastikan kefahaman yang
didapati tidak bertentangan dengan apa yang guru ajar.
Selain itu, paranan murid ketika didalam kelas adalah
memberi maklum balas ketika guru mengajar. Perkara ini
sangat penting untuk mengetahui bilangan pelajar yang
faham dan tidak faham akan pelajaran yang diajarkan
tersebut. Maklum balas yang positif dari pelajar dapat
meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
dilakukn oleh guru tersebut. Hal ini demikian kerana, guru
akan mencari cara pengajaran dan pembelajaran yang baru
apabila mejoriti para pelajar tidak memahami kaedah
pengajaran yang dilakukan oleh guru tersebut. Dengan
adanya maklum balas dari pelajar, proses pengajaran dan
pembelajran didalam kelas dapat berlangsung dengan baik
dan teratur.
Peranan Guru
Salah satu peranan guru ketika di dalam kelas ialah
menyediakan nota kuliah kepada pelajar. Nota tersebut
adalah ringkasan daripada kuliah yang akan diajar oleh
guru tersebut. Dengan adanya nota kuliah, murid akan
lebih mudah faham berbanding tanpa nota yang diberikan.
Sekiranya murid kurang faham dengan penerangan guru,
murid boleh merujuk nota kuliah yang diberikan untuk
lebih memahami apa yang diajarkan oleh guru tersebut.
Oleh itu, dengan adanya nota dari guru tersebut, pelajar
akan lebih terbantu dalam lebih memahami pelajaran yang
akan diajarkan.
Selain itu, peranan guru ketika di dalam kelas ialah
sentiasa menarik minat pelajar ketika mengajar. Guru
hendaklah memberi penjelasan yang jelas berkaitan
pelajaran yang diajarkan. Guru juga sepatutnya
menunjukkan minat terhadap belajar agar murid
terinspirasi dengan semangat yang guru tunjukkan. Sifat
guru yang sering bergurau juga dapat memeriahkan proses
pengajaran dan pembelajaran ketika di dalam kelas. Bukan
itu sahaja, sifat guru yang sering bergurau senda dapat
menghilangkan bosan pelajar dalam belajar dan dapat
menarik perhatian mereka untuk lebih belajar.
Dalam meningkatkan perkembangan kognitif dan bahasa, kami
akan mengunakan kaedah pembelajaran abad ke-21 yang mudah
difahami pelajar . salah satunya ialah ‘Role Play’. Melalui aktiviti
ini, murid akan diberikan satu tanggungjawab untuk memainkan
peranan atau watak yang diberikan. Murid akan diberikan masa
untuk membuat persedian untuk memainkan peranan yang
diberikan sebelum masa persembahan berlaku. Tanpa kia sedari,
melalui aktiviti ini murid akan berfikir untuk melakukan peranan
watak yang dia dapat untuk dipersembahkan kemudian nanti.
Sebagai contoh, murid yang mendapat watak hakim akan
berusaha untuk berkelakuan hakim. Tanpa kita sedari bahasa
dapat ditingkatkan kerana aktiviti ini memerlukan komunikasi
dengan orang lain. Kesannya perkembangan kognitif dan bahasa
dapat dilakukan dalam aktiviti tersebut.
Selain itu, aktiviti yang boleh meningkatkan
perkembangan kognitif dan bahasa ialah aktiviti ‘Match
Mine’. Aktiviti ini memerlukan 4 orang individu di mana
individu akan diberikan pasangan masing-masing. Setiap
pasangan di berikan peranan masing-masing dimana pelajar
pertama akan mengarahkan seorang melukis apa yang
dikatakan dan pelajar kedua akan melukis atau meneka apa
yang diarahkan oleh pelajar satu. Hasil lukisan yang
dihasilkan oleh pelajar kedua bergantung cara penyampaian
pelajar satu. Melalui aktiviti ini, pelajar dapat meningkatkat
perkembangan perkembangan kognitif dan bahasa dimana
pelajar akan mengasah idea untuk melakukan hasil yang
sempurna. Hal ini kerana pelajar tersebut akan diberikan
peluang untuk meningkatkan kerana dalam aktiviti ini
komunikasi amat penting agar pelajar lain dapat memahami
mesej yang akan disampaikan. Tanpa kita sedari,
perkembangan kognitif dan bahasa dapat dapat dilakukan.
Akhir sekali, aktiviti yang boleh meningkatkan perkembangan
kognitif dan bahasa ialah ‘Study Group’. Melalui aktiviti ini
pelajar akan belajar secara berkumpulan dalam jumlah3 hingga
5 orang. Pelajar akan belajar secara berkumpulan untuk
menyelesaikan pelajaran dan berkongsi idea. Hal ini akan
meningkatkan perkembangan kognitif dan bahasa kerana pelajar
akan berbincang antara satu sama lain dan melontarkan pelbagai
pandangan . kepelbagaian pandangan dapat membuka minda
mereka untuk memperluaskan lagi idea tersebut. Komunikasi
yang teratur dan baik dapat memberikan penjelasan yang baik
kepada orang lain kerana mesej tersebut mudah di fahami oleh
rakan lain berbanding sebaliknya. Hal ini kerana aktiviti ini
melibatkan komunikasi pelbagai hala. Aktiviti ini akan
mengalakkan pelajar-pelajarmemberipandangan masing-masing
dan melontarkan dengan komunikasi yang baik. Oleh itu aktiviti
ini dapat meningkatkan perkembangan kognitifdan bahasa.
RUJUKAN
Aniqiyah. (2012, Disember 26 Rabu). Early Childhood Education.
Retrieved from http://aniqiyah09luluk.blogspot.com/2012/12/teori-
perkembangan-vygotsky.html
Dr Faridah Nazir, Norhiza Mohd Salleh. & Zairinah Mohd SHUKUR.
(2015). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor Darul Ehsan, Malaysia:
Sasbadi Sdn.Bhd
Perkembangan Kanak-Kanak Edisi Ketiga. (Puchong, Selangor ). In P. M.
Sdn.Bhd., Perkembangan Kanak-Kanak Edisi Ketiga. CIPTA priating
& Publishing (M) Sdn Bhd.
Indra, L. (2020). kompasiana beyond blogger. Retrieved from
https://www.kompasiana.com/lilik23268/5e613a27097f364aa728c673/t
eori-jerome-s-bruner-tentang-perkembangan-kognitif
Mansor, N. A. (n.d.). Word Press. Retrieved from
https://nurulatiqahmansor.wordpress.com/pengenalan-3/
Mu'min, S. A. (2010). Teori Perkembangan Kognitif . Perkembangan
Kognitif . Retrieved from
https://media.neliti.com/media/publications/235758-teori-
perkembangan-kognitif-jean-piaget-48cba26e.pdf
Perkembangan Kanak-Kanak Edisi Ketiga. (Puchong, Selangor ). In P. M.
Sdn.Bhd., Perkembangan Kanak-Kanak Edisi Ketiga. CIPTA priating
& Publishing (M) Sdn Bhd.
Rina. (2013, October 10 Thursday). Just The Way You. Retrieved from
http://rtkasensei90.blogspot.com/2012/06/perkembangan-bahasa-
esaimen-pkk.html