KOKURIKULUMUNI T BERUNI FORM Disediakan Oleh : Natallie Livan Joseph Kumpulan : Pismp Bmmb1 Ambilan Jun 2021/Mei 2026 Pensyarah Kursus : Encik Davis Mitchel Ak Francis Ganda MPU3431a
ASAS PERTOLONGAN CEMAS
Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum. Walaupun pengakap bukanlah orang yang pakar dalam pertolongan cemas atau ilmu perubatan, namun mereka harus tahu sedikit sebanyak bantuan rawatan sementara ini. Ini tidak dapat dielakkan kerana pengakap yang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti, sering juga berhadapan dengan kemalangan dan kecederaan. Oleh itu, mereka harus tahu cara-cara merawat segera. PENGENALAN :
Untuk menyelamatkan nyawa: - Jika mangsa pengsan, pastikan laluan udara selesa dan pastikan mangsa bernafas. Sekiranya berlaku pendarahan, hentikan pendarahan secepat mungkin. Rawat kecederaan dengan betul dan kenali latar belakang mangsa (sejarah kesihatan seperti diabetes dan lain lagi) yang perlu perhatian istimewa. Untuk mencegah luka menjadi lebih teruk: -Alih mangsa dari tempat bahaya dan jangan buat mangsa banyak bergerak. Selesakan dan beri keyakinan pada mangsa serta beri perlindungan dari ketidak selesaan seperti kesejukan atau kepanasan atau keadaan yang basah. OBJEKTIF :
Mendapat bantuan perubatan: -Arah atau pinta rakan-rakan mengambil peti keselamatan berhampiran dan memanggil ambulans atau perawat bertauliah dengan sesegera mungkin. Pastikan menunggu bersama mangsa sehingga bantuan sampai. Balutan: - Adalah wajib untuk membalut luka, yang mudah dibuka oleh perawat bertauliah seperti doktor, supaya menghentikan pendarahan dan memastikan luka itu bersih dan terlindung dari luka menjadi bertambah rosak. Pembalut mestilah di antikumankan, di simpan dalam bekas yang ketatdari udara. Ia sewajarnya dibuat dari kain putih, suci dari kekotoran(Tangan harus dibasuh dan dibersihkan sebelum menyentuh luka)Gunakan balutan yang dapat melindungi luka sepenuhnya. Tangani balutan hanya dari sisinya. Tambah pelapik tambahan dan letak ditempatnya dengan pembalut. OBJEKTIF :
1) Triangle bandage (kain anduh) Untuk mengampu bahagian keceederaan/patah,membalut luka /pendarahan yang didapati ada patah tulang. 2) Sterile eye pad Melindung mata yang tercedera/terkena bendasing. 3) Gauze (kain kasa) Membuat balutan/memberi tekanan pada pendarahan dan menstabilkan kepatahan. 4) Bandage Untuk membalut luka dan kecedaraan ringan. 5) Glove Melindungi diri dari sebarang cecair badan/sumber jangkitan. PETI PERTOLONGAN CEMAS (FIRST AID KIT)
6) Scissor (gunting) Memotong bandange/kain 7) Adhesive tape Melekatkan balutan/pembebat 8) Alcohol prep pads Mencuci sebarang bendasing/kotoran pada luka sebelum dibalut 9) Cotton buds (kapas) Mencuci luka pada kawasan yang tercedera. 10) Acriflavine (ubat kuning) Untuk antispetic. 11) Dettol (boleh diganti dengan normal saline solution 0.9%) Antiseptik dan digunakan untuk mencuci luka luaran. 12) LMS solution (minyak kuda) Melegakan kesakitan otot. PETI PERTOLONGAN CEMAS (FIRST AID KIT)
1) Luka Luka ialah terkoyak daging pada tubuh yang menyebabkan darah keluar dibahagian luar atau dalam dan membolehkan kuman-kuman masuk. Jika kumankuman itu masuk pada luka, ini akan menyebabkan luka itu bernanah(jangkitan) TINDAKAN KECEMASAN DAN PUNCA-PUNCA MENYEBABKAN KEPERLUANPERTOLONGAN KECEMASAN Jenis-jenis luka: 1. luka terhiris (incised wound) 2. luka terkoyak (lacerated wound) 3. luka tembus atau tertikam (punctured or stab wound) 4. lebam (contused wound) 5. tembakan senapang di mana lukanya kecil ketika peluru masuk, tetapi besar ketka peluru keluar (gunshot wound) Rawatan: 1.balut luka dengan kain yang bersih dan kering 2.tahan darah jika keluar 3.gunakan anduh (jika perlu) dan hantar ke hospital
2)Terbakar & Melecur Terbakar disebabkan oleh benda-benda panas yang kering seperti api,arus elektrik atau ubat-ubat yang keras lagi tajam seperti air api, asid dan alkali. Melecur pula disebabkan oleh benda-benda panas yang berair seperti wap air yang mendidih atau minyak panas TINDAKAN KECEMASAN DAN PUNCA-PUNCA MENYEBABKAN KEPERLUANPERTOLONGAN KECEMASAN Rawatan: 1.baringkan pesakit dan rawat ia daripada terkejut. Jangan tanggalkan pakaiannya kecuali jika basah disebabkan oleh minyak petrol atau air atau api alau alkali kerana pakaian melindungkan orang itu daripada udara yang sejuk dan memberi kepanasan kepadanya. 2.lindung tempat yang terbakar atau melecur daripada udara dengan menutupnya dengan kain pembalut yang bersih atau kain kering dan panggil doktor 3.berikan pesakit banyak minuman panas(jka ia sedar dalam kebakaran atau melecur tidak teruk) 5.jika pakainnya disambar api,selimutkannya dengan kain atau baju dan pastikan mangsa tidak bergerak kerana pergerakan akan menyebabkan api makin besar.
Tujuan dan fungsi pembalut : melindungi luka dari dijangkiti kuman memberi keselesaan dan menutup luka serta menahan pendarahan mengurangkan kesakitan mencegah kotoran BALUTAN & ANDUH Jenis-jenis pembalut & dressing : pembalut berubat (dressing) -fabric dan waterproof plaster -sterile cup pads pembalut roller elastic pembalut gauze pembalut segi tiga
Anduh (sling) : untuk menahan darah menutup dan membalut luka sebagi anduh (sling) menahan balutan luka boleh diubahsuai kepada pelbagai bentuk Kegunaan pembalut segi tiga : mengampu dan merehatkan anggota cedera boleh diubahsuai kepada pelbagai bentuk mengurangkan/mengawal pergerakan bahagian tercedera Jenis-jenis balutan anduh : Pembalut cincin Pembalut segi tiga Anduh pergelangan tangan Anduh lengan BALUTAN & ANDUH
2)Anduh pergelangan tangan : Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan. Silangkan kedua-dua bujung hujung kain anduh di atas dan di bawah. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan. 1)Pembalut Cincin (Anduh kepala) : Digunakan apabila cedera terkena atau tertusuk benda tajam Diperbuat daripada pembalut tirus Digunakan untuk menutup luka BALUTAN & ANDUH
3)Anduh lengan : Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera. Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipin atau dilipat bahagian dalam supaya nampak lebih kemas. . BALUTAN & ANDUH 4)Anduh lutut : Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya di atas lutut yang tercedera. Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikat buku sila pada atas bahagian lutut. Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas. .
5)Anduh menaik : Kedua hujung yang baru dibuat dililitkan secara longgar ke leher lalu diikat ke belakang. Dasar segi tiga ditarik sehingga bahagian bahu yang cedera tertutup. Lalu kedua hujung dasar segi tiga dililitkan ke lengan dan diikat. . BALUTAN & ANDUH
CPR - Pemulihan Kardiopulmonari Satu teknik yang boleh menyelamatkan nyawa tanpa menggunakan alat-alat yang canggih dan kepakaran yang boleh diperolehi di hospital. Tujuan CPR diberi : Menyelamatkan nyawa sehingga mangsa mendapat rawatan pakar di hospital. Bila CPR boleh dilakukan : Apabla seseorang itu telah : -Tidak sedarkan diri. -Tidak bernafas. -Tiada denyutan nadi di carotid. RAWATAN CPR
Cara-cara melakukan CPR : Pastikan kawasan selamat. Panggil mangsa (Hello, Hello) Jika tiada tindakbalas, minta bantuan orang ramai untuk menghubungi ambulans. Betulkan kedudukan mangsa. Buka saluran pernafasan. Lakukan Dengar-Rasa-Lihat untuk 20 saat. Jika mangsa tidak bernafas, beri 2 hembusan perlahan-lahan. Cari tempat tekanan (pertengahan tulang sternum) Beri tekanan jantung 30 kali dengan 2 kali hembusan. Teruskan tekanan sehingga 5 kali pusingan. Lihat jika ada tanda-tanda mangsa masih bernyawa (batuk/bernafas/bergerak). Tunggu ambulans sampai. RAWATAN CPR
Prinsip CPR : Hubungi pihak ambulans atau minta tolong daripada orang ramai. Lakukan CPR pada mangsa yang tak bernafas dan tiada nadi. Mulakan dengan bantuan pernafasan. ECC diberi berselang-seli dengan pernafasan. Lakukan sehingga pulih atau doktor tiba. Setelah mangsa pulih atau kembali sedar, letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan. Situasi yang memerlukan CPR : Lemas Renjatan elektrik Panahan petir Strok Sakit jantung Rebah tanpa sebab RAWATAN CPR
LAMPIRAN perjumpaan pengakap
TERIMA KASIH