The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Perbezaan Antara Agama Islam Dengan Agama Lain

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aiman Ariff Bin Sukri, 2021-01-07 03:09:39

Perbezaan Antara Agama Islam Dengan Agama Lain

Perbezaan Antara Agama Islam Dengan Agama Lain

Perbezaan Antara Agama
Islam Dengan Agama Lain

Perbezaan Agama Islam dan Agama Lain
(Bukti Agama Islam Benar)

Agama Islam
Allah adalah Esa (tunggal), Allah yang menjadi

tempat bermohon.

"Dia tidak berputera dan tidak diputrakan dan
tidak ada seorang pun yang serupa
denganNya." (QS. Ikhlas:1-4)

" Tiada Tuhan (yang wajib disembah) kecuali dia
yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang " (Q:S
al-Baqarah:163)

Mentauhidkan atau mengesakan Allah SWT
sebagai Tuhan yang satu dan tiada sekutu bagi-
Nya. Kaedah mentauhidkan Allah adalah
dengan cara Tauhid Rububiyyah, Tauhid
Uluhiyyah, Tauhid zat, Tauhid sifat dan Tauhid
af'al. Dalam rukun Iman Islam menuntut
kepada umatnya supaya mentauhidkan Allah
SWT. Beriman kepada Allah iaitu mempercayai
kewujudan dan keesaan Allah, baik dalam
kekuasaNya mahupun dalam hal-hal
menyembah kepadaNya. Kemurnian dan
keikhlasan iman perlu kepada pengakuan dan
persaksian melalui konsep
syahadah iaitu bersaksi bahawa tiada Tuhan
yang wajib disembah melainkan Allah SWT.
Yang Maha Agung, Maha Berkuasa, Maha
Mencipta dan Maha diatas segala sesuatu,
serta mengakui sesungguhnya Nabi
Muhammad s.a.w. adalah pesuruNya. Ini
adalah perkara yang paling utama (dalam rukun
Islam) yang perlu ditunaikan untuk menjadi
seorang muslim yang beriman.

Allah sebagai khalik (pencipta :Fathir:3).
Sedangkan manusia sebagai makhluk
Allah wajiblah tunduk, patuh, taat dan
memperhambakan diri hanya
kepadanya sahaja (An Nisa’:59).
Allah telah memilih agama Islam
sebagai agama yang hak. SyariatNya itu
disampaikan oleh orang-orang yang
terpilih (para nabi dan para rasul). Rasul
yang paling agung iaitu Muhammad
s.a.w. Beliaulah yang telah menerima
wahyu dariNya yang dinamakan al-
Quran (ia bukan ciptaan manusia,
kekal sifatnya, syumul dan
mengandungi kemurnian muthlak).
Oleh itu, agama Islam akhirnya
dinamakan dengan agama wahyu.

Allah Maha Kuasa. Makhluk tiada daya dan
tiada kekuatan sama sekali, kecuali dengan
bantuan pertolongannya. Allah mencipta segala
sesuatu cukup dengan menyebut "KUN" maka
jadilah ia. Ulama tauhid ada yang menafsirkan
bukan bererti setiap menjadikan sesuatu Allah
perlu menyebut "KUN" Namu ia menunjukkan
sesungguhnya hanya Allahlah yang layak
mencipta. Allah bersifat Qadim, sedangkan
alam bersifat baharu. Dalam ilmu mantik,
perkara ini diuraikan dengan panjang lebar iaitu
menghukum secara kulli dengan menyusun
qadhiah-qadhiah yang akhirnya menghasilkan
natijah (kesimpulan) yang lojik dan rasional. "
Alam (manusia, haiwan, bumi, tumbuh-
tumbuhan dll) adalah baharu, setiap yang
baharu adalah berubah-ubah. Jadi natijah pada
qadhiah yang pertama" alam adalah berubah-
ubah". Dan setiap yang berubah-ubah adalah
selain daripada Allah "natijah yang kedua"
kerana Allah bersifat Qadim iaitu tiada
pendahuluan dan tiada pengakhiran (kekal
selamanya).

Agama Kristian

Mereka percaya dan yakin kepada Tritunggal
(trinity) iaitu Tuhan mempunyai 3 oknum yang
terdiri daripada Tuhan Bapa (Allah), Tuhan
Anak (Isa) dan Rohul Kudus. Tuhan Bapa ialah
pencipta alam sejagat dan tinggal di
syurga. Tuhan Anak ialah Isa yang diutus
kedunia untuk disalib sebagai penebus dosa-
dosa orang-orang Kristian. Roh Kudus pula
ialah roh suci dari Allah yang menyerap masuk
kedalam para penulis Injil dan para
pendeta. Filsafat ketuhanan yang demikian
boleh disebut disebut monotheisme, sebab
oknum kedua dan ketiga merupakan
sebahagian daripada Tuhan (Allah)
Bapa. Boleh disimpulkan, Tuhan Bapa, Tuhan
Anak dan Rohul Kudus mempunyai zat, sifat
dan perbuatan yang sama.

Agama Budha

Pada peringkat awal pengikut setia
agama ini tidak mengakui kuasa dan
Kewujudan Tuhan (tiada konsep Tuhan).
Bahkan ada yang berpendapat, agama
Budha sama dengan aliran Ateisme.
Mereka tidak menyembah Budha. Hatta
menganggap Budha sebagai guru dan
orang yang bijaksana kerana ajaran yang
diperkenalkannya boleh diterima oleh
masyarakat pada sesuatu tempat dan
bersesuaian dalam kehidupan mereka.

Budha mengenepikan pembicaraan
mengenai Tuhan. Dia mengelakkan
segala apa yang berhubung dengan
perbahasan-perbahasan ketuhanan dan
metafizik atau tentang perkara-perkara
halus mengenai alam, kerana dia
berpendapat bahawa pelepasan
manusia adalah bergantung kepada
dirinya sendiri, bukan kepada Tuhan.

Seruannya adalah cerita tentang
pengalamannya dan tentang jalan yang
diikutinya. Dia berkata bahawa
kebenaran (hak) itu tiada dapat
diketahui dengan pendapat-pendapat
(teori-teori) tetapi ia dengan melalui
jalan yang menuju kepadanya.

Agama Hindu

Tuhan itu tidak tunggal (Trimurti).
Mengakui kepada kuasa Tuhan dan
setiap Tuhan mempunyai kuasa yang
berlainan.

Trimurti adalah mempercayai wujudnya
tiga Tuhan yang terpenting. Ia adalah
Brahma iaitu Tuhan pencipta. Manakala
Vishnu adalah Tuhan Memelihara dan
Shiva adalah Tuhan Pemusnah.

Kesimpulan

Daripada uraian diatas, jelas nampak
sekali perbezaan tentang konsep
ketuhanan menurut Islam dengan
agama lain. Islam hanya ada satu Tuhan
yang wajib disembah, tidak beranak,
tidak serupa dengan selainnya dan
agamanya bersifat wahyu iaitu
bersumberkan al-Quran (kalamNya) dan
al-Hadis (Wahyu dariNya melalui
seorang Rasul s.a.w.) erti kata lain,
semuanya bukan ciptaan manusia.

Sedangkan Agama lain tentang konsep Tuhan sumbernya
tidak jelas, lebih bersifat mitos, berbentun mimpi, banyak
yang direka-reka dan kesemuanya hasil ciptaan manusia
yang tidak pasti kebenaran dan kemurnian fakta dan
datanya. Misalan agama Kristian mendakwa kononnya Isa
a.s. adalah anak Tuhan. namun dalam Injil yang asli dan
perjanjian lama, Isa a.s. tidak pernah mengaku dirinya
adalah Tuhan. Sedangkan dalam agama Hindu pula,
Penganutnya menyembah Tuhan Shivah kerana mereka
takut kepadanya bukan kerana yakin, percaya dan taat,
tapi kerana menurut kepercayaan mereka Tuhan Shiva
adalah Tuhan Pemusnah. Dan yang peliknya konsep Tuhan
"Trimurti" dalam agama Hindu dan konsep Tuhan
"Trimurti" dalam agama Kristian tidak dapat difahami
dengan jelas maksudnya dan tidak boleh dibuktikan
kebenarannya sekalipun oleh Rahib-rahib dan Pendeta-
pendeta mereka itu sendiri. Untuk yang tidak
mempercayai tuhan kerana tidak melihat, ini jawapannya.
Bukan semuanya kita boleh lihat dengan mata. Lihatlah
langit dan bumi terjadi dengan ciptaan Allah, tidak
mungkin langit dan bumi jadi dengan sendiri. Bagaimana
kita tahu langit dan bumi terjadi dengan sendirinya
sedangkan kita belum wujud lagi ketika ada langit dan
bumi diciptkan oleh Allah. Jika kita mengkaji al-Quran pasti
kita akan nampak bukti-bukti kewujudan Allah Pencipta
Sekelian Alam.

Contohnya, kita tahu ada udara tetapi adakah kita
melihat udara? Kita tidak dapat melihatnya,
bagaimana kita hendak melihat Allah dengan mata
yang dicipta oleh-Nya. Satu contoh yang lain, ada
satu guru atisme (tidak percaya tuhan) bertanya
kepada murid didalam kelas, adakah murid-murid
]melihat kapur ini?Jawab murid-murid
melihat..Guru tadi menjawab kapur wujud,
kemudian guru bertanya lagi, adakah murid-murid
melihat papan tulis ini?Jawab murid-murid
melihat..Guru tadi menjawab papan tulis wujud,
kemudian guru bertanya lagi, adakah murid-murid
melihat Allah?Jawab murid-murid tidak
melihat..Guru tadi menjawab Allah tidak wujud
tetapi seorang murid bangun bertanya adakah kita
melihat akal guru? Murid-murid menjawab tidak,
murid tadi berkata guru tidak mempunyai
akal. Kesimpulannya kita tidak dapat melihat Allah
dengan mata kita. Akal itu, ciptaan Allah yang tidak
dapat dilihat dengan mata kita, bagaimana kita
hendak melihat Allah, Pencipta sekelian alam. Oleh
itu, cuma agama Islam agama yang benar, pengkaji
barat pun mencari kota lama dengan al-Quran,
mengapa tidak menggunakan cara lain sebagai
sumber rujukan? Al-Quran tidak pernah menipu
kita kerana ia daripada Allah.

Oleh itu saudaraku, marilah kita sayangi
agama Islam dan kita mengamalkan
ajaran Islam dengan sebenarnya kerana
kita sudah berada dijalan yang benar.


Click to View FlipBook Version