PERANG KEDAH SIAM 1821-1842 DI KOTA KUALA KEDAH By Kumpulan 1 PERISTIWA BERSEJARAH SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA (E)
NUR WANI KAMILIA BINTI MD SAAD 294203 DISEDIAKAN UNTUK : DR. SALMAH BINTI OMAR DISEDIAKAN OLEH : KUMPULAN 1 RAUDHAH BINTI MUHAMAD 293119 NURUL ATHIRAH FARHANA 293039 KHAIRUN NUR DINI BINTI KHAIRUL ANUAR 293951
1.0 ISI KANDUNGAN 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 Pengenalan Objektif Dan Dapatan Kajian Sejarah Peristiwa Perang Kedah Siam Sejarah Kota Kuala Kedah Kesan Peristiwa Bersejarah terhadap Kota Kuala Kedah Tokoh Yang Terlibat Perkembangan Tempat Bersejarah Nilai Moral, Jati Diri dan Kesukarelaan 9.0 10.0 Rumusan Rujukan
1771 - 1780 1 .0 PEN G ENALAN Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang terletak di tebing utara muara sungai Kedah. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar. Sejarah Ringkas Kota yang dibina dalam tahun 1771 semasa zaman pemerintahan sultan Muhammad Jiwa ini siap pembinaanya dalam tahun 1780. Reka bentuk kota ini telah dilukis oleh Hafiz Sab yang ketika itu menjawat jawatan Dato' Maharaja Kadhi. Manakala tukangtukang mahirnya dibawa darpada India. Sebuah pintu gerbang telah dibina di bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka dikenali dengan nama "Pintu Gerbang Kadapuri". Kota ini juga pernah diserang oleh Bugis, Acheh dan Siam. 1909 & 1945 Dalam tahun 1909 apabila Kedah dengan rasminya diletak di bawah penguasaan British beberapa buah pejabat kerajaan telah dibina di dalam kawasan kota ini, termasuklah rumah api. Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yng wujud hingga ke hari ini. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Kota ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah kekalahan mereka kepada British dalam tahun 1945. Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) sebagai "Tapak Tanah Bersejarah" mengikut peruntukan "Akta Benda Purba 1976" di bawah akta 165. Dalam bulan November 2000 Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) telah melaksanakan kerja-kerja konservasi tembok timur dan selatan, termasuk membina semula pintu Gerbang Kacapuri yang telah runtuh dalam tahun 1970. 1978 & 2000
2.0 DAPATAN KAJIAN Mengkaji faktor dan kesan tragedi peristiwa bersejarah perang kedah-siam 1821-1842 Mencari, mengumpul, menganalisis, mentafsir serta mensintesis serta merumus maklumat dan fakta sejarah Mengenali tokoh-tokoh dan alur peperangan yang berkaitan dengan peristiwa bersejarah Penyelidik mendapat maklumat dengan menggunakan sumber primer dan sekunder. Sumber primer mendapatkan maklumat asas yang diperolehi sendiri oleh penyelidik melalui temu bual yang telah dijalankan. Penyelidik juga melawat tempat kajian yang telah dipilih. Seterusnya, penyelidik menggunakan sumber sekunder iaitu menggunakan seumber internet untuk mendapatkan maklumat tambahan. Penyelidik membentangkan dapatan kajian dengan merumuskan data yang diperolehi. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN
1771 1771 3 .0 SEJA R A H PE R ISTIWA PE R AN G K EDA H SIA M Mengikut sumber Melayu, wilayah Kedah berada pada zaman puncaknya semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainul Azilin Muazzam Syah II 1710-1778/1122-1192H. Dikatakan wilayah kekuasaannya meliputi di sebelah utara dari Pulau Ujong Salang dan Mergui hingga di sebelah selatan melimpasi Lembah Kerian. Membayangkan keadaan ini sahaja menunjukkan Kesultanan Kedah begitu gah dan terkenal. Faktor ekonomi perdagangan yang melibatkan pihak luar menjana pendapatan negeri Kedah yang dianggap strategik dan mendapat perhatian pelbagai kuasa perdagangan. Justeru antara pihak yang turut datang berdagang ke Kedah adalah pihak Inggeris. Dikatakan perhubungan perdagangan di antara Inggeris dengan Kedah telah bermula sejak abad ke-16 lagi. Walau bagaimanapun kedudukan Kedah adalah paling dekat malah bersempadan dengan Kerajaan Siam yang jauh lebih besar dan kuat. Seterusnya terdapat suatu lagi kuasa yang gagah di utara Kedah iaitu Burma yang sangat bermusuhan dengan Siam. Pertelingkahan di antara dua kuasa yang besar itu menyebabkan Kedah tersepit di tengah-tengah. Dalam keadaan yang sukar ini, Kedah terpaksa menyesuaikan diri dengan kedua-dua pihak yang bertelagah dan keadaan menjadi lebih sukar dengan munculnya kuasa ketiga dalam percaturan ini iaitu pihak British melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris. Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazam Shah II mula menawarkan kawasan di perairan Kuala Kedah hingga ke Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris pada November 1771. Tawaran yang sangat menarik ini pastinya tidak akan dipersiakan oleh pihak Inggeris yang amat memerlukan tapak untuk terus berkembang sebagai kuasa perdagangan yang unggul mengatasi saingan kuasa Eropah yang lain. Penyerahan Pulau Pinang kepada British pada dasarnya bukanlah penyerahan yang tidak ada timbal-baliknya. Segalanya bermula dengan kemelut dalaman di Istana Kedah. Sultan yang memerintah pada masa itu, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazam Shah II telah bertambah tua, timbullah beberapa puak dalam Negeri Kedah menentang pemerintahan baginda terutama kerana baginda telah memilih dan melantik Tunku Abdullah sebagai bakal pengganti baginda menjadi Sultan Kedah. Penentangan yang sangat keras ini turut melibatkan pihak luar terutama orang-orang Bugis yang diminta bantuan oleh penentang-penentang Sultan. Pada bulan Mac 1771, angkatan perang orang-orang Bugis telah bergabung dengan orang-orang Kedah yang memusuhi Kerajaan Kedah lalu menyerang dan menawan kota di Kuala Kedah. Seterusnya apabila Alor Setar jatuh ke tangan penentang, Sultan dibawa ke Kangar. Dalam menghadapi penentangan ini, Sultan Muhammad Jiwa telah mengirim surat kepada Gabenor Jeneral Kompeni Inggeris di Madras meminta Kompeni Inggeris menolong mengembalikan baginda semula ke atas takhta Kerajaan Kedah. Utusan juga turut dihantar ke Aceh meminta bantuan kepada saudagar-saudagar Inggeris yang ada di Aceh. Utusan yang dihantar ke Aceh telah kembali bersama-sama dengan Kapten Francis Light. Kesempatan atas perundingan dengan Sultan Muhammad Jiwa ini untuk kepentingan diri Francis Light.
Pada 31 Ogos 1785 Kapten Light datang ke negeri Kedah berjumpa Sultan Abdullah meminta baginda memberikan Pulau Pinang yang dalam perintah Kerajaan Kedah kepada Kompeni Inggeris. Kelicikan Light sangat terserlah dalam hal ini kerana mengambil sikap berlengah-lengah terhadap permintaan Sultan Abdullah untuk melindungi Kedah. Manakala bagi pihak Kedah pula tekanan semakin memuncak dari pihak Burma dan Siam 1778 Sultan Abdullah menaiki takhta menggantikan Sultan Muhammad Jiwa yang mangkat pada tahun 1778, Kerajaan Kedah semakin ditekan oleh pihak Siam tentang pertuanannya. Dalam masa yang sama pengaruh Burma juga masih perlu ditangani. 1785 1786 Maka tanpa menghiraukan syarat-syarat yang telah dikemukakan oleh Sultan Abdullah, Francis Light bagi pihak Syarikat Kompeni Hindia Timur Inggeris menduduki Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786 dan bermulalah segala permasalahan kerana Pulau Pinang kini merupakan satu daripada koloni Inggeris. Kemelut Kedah semakin memuncak apabila Siam yang telah berjaya dalam peperangannya dengan Burma mula melihat kembali daerah-daerah kekuasannya iaitu Kedah yang sebelum ini terabai dengan tumpuan yang lebih kepada peperangan dengan Burma. Dalam hal ini status ketuanan Siam ke atas Kedah sebenarnya telah menjadi perdebatan dikalangan sejarawan.
Selepas melihat rentetan daripada penyerahan Seberang Perai kepada pihak British, terdapat satu pihak yang sangat berkepentingan dengan takhta Kesultanan Kedah. Tunku Ahmad Tajuddin (Tunku Pangeran) melihat bapa saudaranya Sultan Dhiauddin semakin cuba mengukuh kedudukannya pada takhta diraja Kedah. Baginda lalu berangkat ke Siam untuk mendapatkan bantuan. Baginda pun pergi berjumpa dengan Gabenor Singgora di antara tahun 1801-1802. Tindakan ini ialah sebagai saluran untuk menarik perhatian Kerajaan Bangkok. Rentetan daripada peristiwa ini akhirnya Tunku Ahmad Tajuddin (Tunku Pangeran) ditabalkan menjadi Sultan Kedah yang kedua puluh dua, bergelar Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1803-1845). Setelah Sultan Ahmad Tajuddin ditabalkan menjadi Sultan Kedah dan askar-askar Siam yang ramai datang ke Kedah itu pun bertolak balik meninggalkan negeri Kedah. Kemelut lama istana Kedah kembali berulang. Saudara-saudara Sultan Ahmad Tajuddin bangkit bertelingkah sesama sendiri. 1801-1845 semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II. Baginda benar-benar teruji dengan permasalahan luaran dan dalaman. Raja Siam mengarahkan baginda menyerang Perak. Namun baginda mencuba sedaya upaya untuk mengelakkannya. Tujuan baginda berbuat demikian adalah untuk mengelakkan angkatan Siam melalui Kedah untuk menyerang Perak. Namun sehingga ke saat akhir Sultan Abdul Malik Mansur Shah, Raja Perak enggan menerima cadangan Kedah mengakui pertuanan Siam dan menghantar bunga mas dan perak ke Bangkok. Keadaan ini menyebabkan Kedah melancarkan serangan ke atas Perak dan berjaya menewaskannya. Kejayaan ini dan pertolongan baginda membantu Chao Phraya Ligor (Nakorn Si Tamarat) menentang Burma di Talang (Phuket) mendapat penghargaan dari Bangkok di mana Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II telah dianugerahkan pangkat Chao Phraya Zaiburi
Gabenor Nakorn Si Tamarat mengambil kesempatan yang ditunggutunggu ini untuk menghadap Rama II di Bangkok untuk memaklum berkenaan maklumat dari Tunku Embun dan tindakan-tindakan seterusnya yang memberi faedah kepada Siam maka hujahan dan cadangan Gabenor Nakorn Si Tamarat mendapat perkenan Rama II. Apa yang pasti Gabenor Nakorn Si Tamarat mempunyai dendam dan iri hati terhadap Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II yang turut dianugerahkan gelaran Chao Phraya . Maka persediaan untuk menyerang Kedah mula diatur dengan persediaan yang rapi 1820 Namun kedudukan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ini tidak kekal lama dengan permasalahan dalaman takhta kerajaan Kedah yang semakin memuncak. Perebutan untuk menduduki takhta pemerintahan bermula dari Raja Muda iaitu Tunku Yaakub, yang berhubungan dengan Gabenor Nakorn Si Tamarat berpakat untuk menggulingkan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II dengan tuduhan baginda gagal menyatukan rakyat, mengabaikan pemerintahan Kedah dengan berpindah ke Sungai Merbok, mengingkari perjumpaan dengan Nakorn Si Tamarat dan tuduhan yang lebih berat, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II berpakat dengan Burma menentang kerajaan Siam. Permasalahan semakin rumit dengan tindakan Raja Muda seterusnya iaitu Tunku Embun yang juga mengadap Gabenor Nakorn Si Tamarat pada tahun 1820 memohon untuk menghadap Rama II di Bangkok bagi memaklumkan tindakan Sultan Ahmad Tajuddin memindahkan pusat pemerintahan ke Pulau Tiga sebagai tindakan mengingkari perintah kerajaan Siam.
Atas kesempatan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II yang berjaya melarikan diri ke Pulau Pinang di bawah British telah menggagalkan tujuan utama Siam untuk menawan baginda. Kekalahan Kedah menyebabkan tentera Siam membunuh ramai orang lelaki; menangkap wanita dan kanak-kanak sebagai tawanan. Buat pertama kalinya dalam sejarah Kedah, sultannya terpaksa tinggal di luar negeri selama hampir 18 tahun. Dalam konteks politiknya Sultan Ahmad Tajuddin, Sultan Kedah terpaksa berkelana dan mengemis di bumi sendiri. J. M. Gullick turut mengulas tentang hal ini dan menyatakan tentang Inggeris dan Siam seolah-olah bekerjasama menutup ruang-ruang bagi pemulihan kuasa Sultan. Seorang Sultan yang terpaksa hidup dalam pembuangan sedangkan takhta sendiri telah dirampas. Bukan sahaja takhta , malah sebahagian negeri menjadi hak milik orang lain Tragedi politik sebenar ke atas Kedah bermula apabila angkatan Siam seramai 7,000 orang tentera di bawah arahan Raja Ligor berlepas menuju ke Trang seterusnya ke Sungai Kedah dengan alasan untuk mendapatkan bekalan makanan bagi melancarkan serangan terhadap Burma. Setibanya angkatan tersebut di Kota Kuala Kedah pada 12 November 1821, serangan secara tiba-tiba dilancarkan menyebabkan pertahanan Kedah yang tidak bersedia dengan mudah dikalahkan. Dato’ Bendahara dan Dato’ Laksamana yang cuba untuk mengatur langkah melawan tetap gagal. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II yang berada di Kuala Muda dapat mengundurkan diri apabila menerima perkhabaran serangan Siam ke Seberang Perai, di kediaman saudaranya Tunku Sulaiman dan seterusnya mendapatkan suaka politik di Pulau Pinang. Dato’ Syahbandar, Dato’ Temenggung dan Dato’ Laksamana terkorban dalam peperangan itu. Dato’ Bendahara, Tunku Yaakob dan Tunku Jam Jam berjaya ditawan oleh Siam. Dato’ Bendahara dipercayai diracun ketika dalam perjalanan ke Senggora. Peperangan Kedah-Siam 1821-1842
Pada Ogos 1824, Robert Fullerton dilantik sebagai Gabenor dan dikatakan terkenal dengan sifat anti-Siam. Rancangan Ligor untuk menyerang Perak dan Selangor telah diketahuinya menyebabkan amaran diberikan kepada pihak Siam bahawa serangan yang dilancarkan juga membawa makna serangan ke atas British. Ini menyebabkan Siam menarik balik tenteranya. Namun terdapat sedikit usaha dari pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk membantu sultan mengembalikan takhtanya.47 Utusan British yang diketuai John Crawford telah dihantar ke Bangkok. Walaupun usaha Crawford gagal meyakinkan pihak Siam, tetapi sesuatu yang sangat bermakna bagi pihak British adalah bersama utusan ini juga berhasil mengintip kekuatan yang dimiliki oleh pihak Siam. Crawford melaporkan tentang kelebihan yang sebenarnya dimiliki oleh pihak British berbanding Siam yang bukanlah suatu kuasa yang kuat sehingga boleh menggugat British. Peperangan Kedah-Siam 1821-1842 1824 Tetapi tragedi yang lebih buruk menanti Kedah adalah dengan termeterainya Perjanjian Burney pada tahun 1826. Kapten Henry Burney telah diutuskan ke Bangkok pada tahun 1825 menyambung usaha British mengembalikan kuasa Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II di atas takhta kerajaan Kedah. Kedah menjadi mangsa dalam kedudukannya yang sangat lemah berhadapan dua kuasa yang memiliki kelebihan. Tidak ada seorang pun yang mewakili Kerajaan Kedah, sebaliknya perjanjian ini hanya melibatkan Henry Burney mewakili Syarikat Hindia Timur Inggeris dan pihak Siam. Walaupun pada peringkat awalnya terdapat halangan atas misi ini tetapi Henry Burney berjaya menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Siam pada 20 Jun 1826 untuk membolehkan pihak Inggeris mengekalkan persahabatan dan perdagangan dengan Siam termasuk bekalan makanan yang diperolehi dari Kedah sebelum 1821. Bagi pihak Siam yang pada ketika ini di bawah pemerintahan Rama III juga sangat mengambil kira manfaat yang akan diperolehi oleh pihak Siam dari perjanjian ini. 1825-1826
salah satu syarat yang ditandatangani yang terkandung dalam artikel 13 ialah : "The Siamese engage to the English, that the Siamese shall remain in Quedah, and take proper care of that country and of its people; the inhabitants of Prince of Wales Island and of Quedah shall have trade and intercourse as heretofore; the Siamese shall levy no duty upon stock and provisions, such as cattle, buffaloes, poultry, fish, paddy, and rice, which the inhabitants of Prince of Wales Island, or ships, there,' may have occasion to purchase in Quedah, and the Siamese shall not farm the mouths of rives, or any streams in Quedah, but shall levy fair and proper import and export duties, The Siamese further engage, that when Chow Phya, of I,igor, returns from Bangkok, he shall release the slaves, personal servants, family and kindred, belonging to the former Governor of Quedah, and permit them to go and live wherever they please. The English engage to the Siamese that the English do not desire to take possesion of Quedah,'that they will not attack, or-disturb it, nor permit the foi'mer Governor of Quedah,.or any of his followers to attack, disturb, or injure in any manner, the territory of Quedah, or any other territory subject to Siam. The English engage that they will make arrangements for the former Governor of Quedah, to go and live in some other country, and not Prince.of Wales, England, or Prye, or in Perak, Selangore or any Burmese country. If the English do not let the former Governor of Quedah go and live in some other country as here engaged, the Siamese may continue to levy and export duty upon paddy and rice in Quedah. The English will not prevent any Siamese, Chinese, or other Asiatics at Prince of Wales Island, from.going to reside in Quedah if they desire it." syarat dalam artikel 13
Sangat jelas di sini syarat di atas sangat merugi dan mengecewakan Kedah. Intipati dari Artikel 13 ini menyebabkan Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin terpaksa menjadi pelarian dengan pengkhianatan British ini. Namun semangat juang Kedah tidak pernah luntur. Sultan Ahmad Tajuddin meskipun berada di dalam pembuangan tetapi kesatuan daripada kerabat menyebabkan pihak Siam tidak berada dalam keadaan selesai. Penentangan demi penentangan dilakukan bermula sebaik tewasnya Kedah pada November 1821 kepada Siam. Pada tahun 1823 dengan ketiadaan Wizurai Siam di Kota Kuala Kedah, Tunku Abdullah (anakanda Sultan) dan Tunku Kudin (adik Sultan) bersama 3000 orang berjaya merampas Kota Kuala Kedah. Namun hanya dapat bertahan selama tiga bulan. Seterusnya pada tahun 1825, sekali lagi Tunku Kudin bersama Muhammad Jaafar (anak saudara Sultan) berpakat dengan pihak orang asing yang berada di Pulau Pinang untuk menyerang Siam tetapi sekali lagi gagal kerana pihak British telah memintas dengan menangkapnya ketua pemberontak. Pihak British dan Siam sepakat mengisytiharkan orang-orang Melayu ini sebagai perompak, lanun dan pengganas Kemuncak penentangan Kedah terhadap Siam tercetus pada 1838. Dengan diketuai oleh Tunku Mohammad Saad seorang kerabat Sultan yang berkekuatan 10 000 orang askar dan 50 perahu perang berjaya menghalau Siam hingga ke Alur Ganu. Kejayaan yang gemilang ini dibantu oleh pembesar-pembesar dan ulama yang hebat. Menghadapi detik ini pihak Siam telah mengumpul semula kekuatan. Bantuan dari Bangkok dan kekutan yang lebih kembali menggempur pihak Kedah. Bagi pihak Tunku Mohammad Saad kekuatan semakin menurun dan bantuan yang tidak kesampaian. Siam menggunakan segala kekuatan untuk menyerang di arah daratan. Pada ketika ini British menunjukkan lagi dasar yang menghimpit Kedah. Dengan kekuatan yang pada British melalui angkatan lautnya telah memberi pukulan yang hebat kepada Kedah yang tersepit. Dengan perjanjian yang ditandatangani pada 1826 (Perjanjian Burney), pihak British menghantar HMS Hyacinth dibantu kapal-kapal perang yang lebih kecil seperti HMS Emerald, HMS Pearl dan HMS Diamond untuk bertindak dari arah laut dengan membuat kepungan terhadap pihak Kedah. Akhirnya pihak Kedah tewas sepenuhnya dan Siam kembali berkuasa.
Menyedari bahawa pemberontakan yang berlaku sebenarnya merugikan banyak pihak, perubahan pendekatan terjadi. Pihak British melalui Gabenor Bonham memberikan sokongan kepada Sultan Ahmad Tajuddin untuk kembali bertakhta melalui surat sokongan yang diberikan kepada Tunku Daei yang diarahkan ke Bangkok sebagai utusan damai dari pihak Kedah. Dengan ketegasan British yang tidak akan lagi membantu Siam jika berlaku lagi pemberontakan, maka pihak Siam memperkenankan Sultan Ahmad Tajuddin untuk menduduki kembali takhtanya. Sewajarnya diakui setiap peperangan yang berlaku menyebabkan tragedi kepada pihak yang tewas. Dalam hal ini keadaan politik Kedah menjadi mangsa kepada kedudukannya yang tewas dalam setiap peperangan. Terutama dengan tewas buat kali ketiga pada perang yang berlangsung pada tahun 1838-1839, kedudukan negeri Kedah menjadi terpisah dan dibahagikan mengikut kehendak Siam yang berkuasa. Kedah dibahagikan kepada empat: Kedah, Kubang Pasu, Perlis dan Setul-Lingu. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II berkuasa di Kedah; Tunku Anum Paduka Raja Jambangan diserahkan Kubang Pasu; Syed Hussain Jamalullail, Perlis dan Tunku Bisnu di Setul-Lingu. Pihak Siam menetapkan Setul-Lingu dibawah tanggungjawab Raja Senggora manakala Kedah, Kubang Pasu dan Perlis diletakkan di bawah Raja Nakhorn Sri Thamamarat.58 Pemisahan daerahdaerah pemerintahan ini menjadikan sejarah Kedah yang pernah gemilang dengan kekuasan dari Trang hingga ke sempadan Perak menjadi catatan sejarah. Namun pada tahun 1864, Kubang Pasu kembali bercantum dengan Kedah apabila diserahkan oleh Raja Kubang Pasu, Tunku Ishak, cucunda Tunku Anum Paduka Raja Jambangan. Bagi wilayah Setul pula apabila pemerintahan telah berpindah kepada Ku Din bin Ku Meh yang lebih cenderung dan memberi perhatian kepada Bangkok, kedaulatan Kedah berakhir apabila pengganti Ku Din bin Ku Meh adalah keturunan Siam menyandang jawatan Gabenor Setul (kini dikenali sebagai Satun).59 Pertuanan Siam ke atas Kedah berterusan sehinggalah Perjanjian Bangkok 1909 yang kemudiannya British pula mengambil alih kuasa pentadbiran walaupun takhta Kesultanan Kedah kekal bersambungan sehingga kini.
4.0 SEJARAHKOTA KUALAKEDAH Kota pada mulanya ini dibina menggunakan tanah liat, kayu bakau dan buluh. Pada tahun 1611, kota ini telah diserang dan dimusnahkan Portugis di bawah pimpinan Diedago de Medoca Furtado, seorang pedagang atas arahan Raja Siam, kerana iri hati terhadap hubungan persahabatan yang terjalin di antara Kedah dengan King Ava Burma (Myanmar). Namun demikian, kota ini diperbaiki semula pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Shah II (1602-1619). Kota ini juga pernah dimusnahkan oleh armada Acheh pada tahun 1619 dan Portugis diusir keluar dari sini. Setelah diperbaiki, kota ini sekali lagi dimusnahkan oleh armada Bugis (1770) Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang ini dibina di tepi tebing muara Sungai Kedah sebagai benteng pertahanan selain dari ibu negerinya di Kota Setar yang didirikan oleh pemerintahan Kedah pada kurun ke- 17/18 masihi. Kota ini merupakan benteng pertahanan Melayu yang tertua sekali di Utara ini dan berfungsi sebagai pusat kawalan negeri Kedah dan pusat perdagangan yang terpenting di rantau ini. Kota ini didirikan semula oleh Sultan muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II, Sultan Kedah ke 19 (1710-1778). Reka bentuk ini dihasilkan oleh Datuk Maharaja Kadi (Hafiz Sab) dan pembinaannya dilakukan oleh Maula Ibrahim Sab iaitu anak saudra Hafiz Sab bersama-sama buruh dari India. Pembinaan kota ini siap pada tahun 1780. Kota Kuala Kedah telah diwartakan sebagai monumen lama dan Tapaktanah Bersejarah di bawah akta Bendapurba bilangan 168/1976 padda 31 Ogos 1978. Sultan kedah ke-20 (1778-1797) iaitu Sultan Mukarram Shah, baginda mengarahkan Hafiz Sab mengetuai semula pembinaan kota ini dengan menggunakan buruh-buruh dari India agar kota ini dibina semula (1780-1782) seperti dalam pelan atau kedudukannya yang ada sekarang. Kota ini dikelilingi dengan meriam yang dibeli dari Belanda dan British. Sebuah istana telah didirkan di dalamnya. Di samping menjadi pusat pertahanan, kota ini juga menjadi pusat pentadbiran semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajudin Halim Shah 2, Sultan Kedah ke 22 (1804-1845). Semasa pemerintahan baginda, kota ini telah diserang dan dimusnahkan armada Siam pada 12 November 1821. Kota ini kemudiannya diduduki oleh tentera Jepun semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
5 .0 K ESAN - K ESAN PE R ISTIWA 5.1 PERTANIAN & INDUSTRI Kedah dikenali sebagai negeri yang subur dan berpotensi dalam pertanian dan industri. Dalam konteks pertanian, peristiwa sejarah yang paling penting dalam sejarah Kedah ialah penubuhan kerajaan melayu Kedah yang mempunyai tanah yang subur dan sumber air yang banyak. Iklim yang baik dan tanah yang subur di kawasan ini membolehkan pertumbuhan tanaman melimpah, terutama padi. Di Kedah, padi adalah tanaman utama dan sumber kehidupan utama penduduk setempat. Hingga saat ini, Kedah masih merupakan salah satu penghasil padi terbesar di Malaysia. Kedah bukan sahaja negeri pertanian semata-mata malah Kedah juga muncul sebagai negeri industri di utara semenanjung. Semasa penjajahan British, Kedah berkembang menjadi negara industri. Pada awal tahun 1900- an, Kedah berkembang menjadi pusat industri perkebunan yang termasuk perkebunan karet, tembakau, dan gula. Pada masa itu, penanaman karet menjadi sektor ekonomi yang sangat penting di Kedah dan menghasilkan keuntungan besar.
Pembangunan ekonomi Kedah banyak dipengaruhi oleh peristiwa sejarahnya, seperti penjajahan dan modernisasi. Peluang investasi untuk syarikat asing dibuka oleh sistem ekonomi yang lebih struktur yang dibawa oleh Britain semasa era kolonial. Hal ini menggalakkan pertumbuhan dalam perdagangan, perkebunan, dan perniagaan Kedah. Kerajaan Kedah telah berjaya menggalakkan pertumbuhan ekonomi melalui pelaksanaan kebijakan dan program pengembangan. Mereka telah menyokong pertumbuhan sektor penting seperti industri, pertanian, dan perikanan, serta menyediakan insentif kepada investor dan membina infrastruktur yang mendukung. Ini semua telah meningkatkan ekonomi Kedah, meningkatkan pendapatan, dan menambah pekerjaan. Sektor pelancongan telah berkembang dengan pesat. Contohnya seperti, Pulau Langkawi yang telah lama menjadi tempat percutian terkenal yang merupakan pelancongan antarabangsa. Langkawi menawarkan pilihan penginapan untuk pelbagai kategori yang mempunyai barangan seperti Telaga, Underwater World, Pulau Payar Marine Park dan Kereta Kabel Langkawi, Harbour Park, padang golf dan pusat membeli-belah terkemuka.
6.0 T O K O H -T O K O H YAN G TE R L IBAT TUNKU SYED KUDIN Nama sebenar beliau adalah Syed Zainal Abidin bin Syed Muhammad Zahir dilahirkan pada tahun 1790. Beliau merupakan anak saudara Sultan Ahmad Tajudin. Beliau mempunyai keturunan Arab dan keturunan AsSyihab. Sebelum berpindah ke Kedah, dia berasal dari Palembang. Orang Thai yang menguasai Kota Kuala Muda sedar tentang sifat kepimpinan Tunku Kudin telah mengupah beberapa orang jahat untuk membunuh beliau. Penduduk-penduduk yang tinggal berdekatan dengan rumahnya berjaya mengusir orang-orang upahan Thai ini dan telah menyelamatkan Tunku Kudin. 1821: Anak Raja Ligor Phya Buri Sakmuton yang merupakan panglima Siam telah menyerang Kuala Kedah. Lebih 1000 orang Kedah telah dibawa ke Siam untuk menjadi hamba. 1826: Tunku Kudin bersama Tunku Long Putih dan Tunku Sulaiman mengetuai semula serangan Kedah ke atas Siam, tetapi ia tidak berjaya. 1829: Mereka melakukan percubaan kedua tetapi masih gagal mengalahkan Siam. 1831: Dengan ketumbukan 2,000 parajurit Tunku Kudin berjaya menawan kembali Kota Kuala Kedah.
Ku Baharuddin bin Ku Meh merupakan nama sebenar beliau. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab menyalin semula teks undang - undang Kedah pada tahun 1894. Pada zaman Sultan Abdul Hamid Shah, beliau merupakan Ketua Penjara Kedah. Tambahan pula, beilau telah dilantik menjadi Persuruhjaya Kedah di Setul pada tahun 1897 disebabkan kemangkatan Raja Setul Tunku Abdul Rahman ibni al-Marhum Tunku Ismail tidak mempunyai pengganti. Ku Din mula menguruskan kerajaannya sendiri selepas menjadi wakil sultan selama empat tahun. Semua laporan dihantar secara langsung kepada Siam tanpa melalui kerajaan Kedah. 1901 - kuasa Setol sultan dikurangkan. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan Kedah bukan lagi "Chao Phya" kerana ia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan kerajaan Setol. 1916 - Ku Din menjadi pemimpin yang diiktiraf oleh Siam dan telah bersara.
Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) sebagai "Tapak Tanah Bersejarah" mengikut peruntukan "Akta Benda Purba 1976" di bawah akta 165. Dalam bulan November 2000 Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) telah melaksanakan kerja-kerja konservasi tembok timur dan selatan, termasuk membina semula pintu Gerbang Kacapuri yang telah runtuh dalam tahun 1970. 8.0 PE R K E M BAN G AN TE M PAT BE R SEJA R A H
Meriam British ini asalnya adalah kubu pertahanan Kuala Kedah yang telah dirampas oleh tentera Ligor semasa peperangan di antara Kedah dan Siam pada tahu 1831 . Meriam ini dipercayai seangkatan dengan Meriam Katak Puru , Meriam Badak Berendam dan Meriam Harung Darah . Ia dianggarakan berusia 300 tahun. 8.0 PE R K E M BAN G AN TE M PAT BE R SEJA R A H
Tembok ni memula dibina dengan tanah liat, kayu bakau dan buluh, semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Shah ( 1602 - 1620 ). Kemudian takdir menentukan segalanya, tembok ni rosak akibat diserang musuh dan dibina semula menggunakan batu bata pada tahun 1771 semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa. Pada 12 November 1821 kota ni diserang pula oleh Armada Siam. Selepas itu , apabila Jepun menduduki tanah Melayu, kota ini dijadikan tempat askar jepun . Jadi, tempat ni menjadi antara saksi utama jatuh bangunnya tanah Melayu. 8.0 PE R K E M BAN G AN TE M PAT BE R SEJA R A H
Sebuah rumah api telah dibina di dalam Kota Kuala Kedah pada tahun 1891 yang ketika itu dikenali sebagai 'rumah pelita'. Kos pembiayaannya dibiayai oleh Kerajaan Thailand pada zaman pemerintahan Raja Chulalongkorn (1868-1910). 8.0 PE R K E M BAN G AN TE M PAT BE R SEJA R A H
Kota Kuala Kedah telah berusia beratus-ratus tahun. Sepanjang sejarahnya, selain dari menjadi benteng pertahanan, ia juga pernah berfungsi menjadi pusat pentadbiran dan pendidikan. Beberapa bangunan pejabat kerajaan, sekolah, mahkamah serta kuarters Syahbandar pernah dibina di dalam kota ini. Akibat perubahan dan peredaran masa, bangunan-bangunan ini runtuh dan musnah. Hanya tinggal sebahagian sahaja tapak bangunan yang kelihatan sehingga kini. 8.0 PE R K E M BAN G AN TE M PAT BE R SEJA R A H
Pintu gerbang ini mengambil bentuk Pintu Malim iaitu salah sebuah pintu gerbang Kota Kuala Kedah yang terletak di muara Sungai Kedah. Kota Kuala Kedah merupakan satusatunya Kota Melayu yang diperbuat daripada batu-bata yang masih kekal dan boleh dilihat hingga hari ini. 8.0 PE R K E M BAN G AN TE M PAT BE R SEJA R A H
Salah sebuah meriam yang terkenal ialah Meriam Badak Berendam. Pada masa dahulu, ia dianggap berpuaka di mana kadangkala ia kelihatan seperti jelmaan manusia dan ada kalanya ia kembali ke bentuk asal. Meriam ini dinamakan sebagai Badak Berendam kerana ia tidak tenggelam dan kelihatan seperti sedang berendam di dalam air seperti seekor badak walaupun setelah jatuh ke dalam laut akibat hakisan tembok kota. 8.0 PE R K E M BAN G AN TE M PAT BE R SEJA R A H
Ada empat buah meriam buatan British yang masih dapat dilihat di Kota Kuala Kedah. Ini sajalah yang masih tinggal. Mengikut rekod, pernah di satu ketika dulu terdapat berpuluhpuluh meriam buatan British di sini. Dua daripadanya yang diberi nama Melayu, Lela dan Rentaka diletakkan di bahagian hadapan kubu. 8.0 PE R K E M BAN G AN TE M PAT BE R SEJA R A H
8.0 NI LAI M O R AL , JATI DI R I DAN K ESU K A R ELAAN Nilai moral yang diperolehi daripada peristiwa bersejarah ini ialah sikap tidak mementingkan diri dan sanggup berkorban dalam apa jua keadaan. Contohnya, Dato' Syahbandar, Dato; Temenggung dan Dato' Laksamana cuba mengatur langkah melawan tetapi gagal dan terkorban dalam peperangan KedahSiam. Mereka sanggup berkorban nyawa walaupun mendapat serangan dalam keadaan mengejut. Selain itu, moral yang diperoleh daripada peristiwa ini ialah keberanian dan semangat juang Kedah tidak pernah luntur. Walaupun Sultan Ahmad Tajuddin dibuang tetapi kesatuan daripada kerabat baginda telah menyebabkan pihak Siam berasa takut dan tidak selesa. Jati diri yang boleh dipelajari daripada peristiwa bersejarah ini ialah patriotisme dan integriti. Patriotisme ialah sikap positif mempertahankan tanah air. Antara contoh jati diri berdasarkan peristiwa ini ialah semasa kemuncak penentangan Kedah terhadap Siam tercetus pada 1838. Dengan diketuai oleh Tunku Mohammad Saad seorang kerabat Sultan yang berkekuatan 10 000 orang askar dan 50 perahu perang berjaya menghalau Siam hingga ke Alur Ganu. Kejayaan yang gemilang ini dibantu oleh pembesar-pembesar dan ulama yang hebat demi mempertahankan Kedah. Akhirnya, nilai kesukarelaan bermaksud melakukan sesuatu perkara dengan rela hati tanpa paksaan. Berdasarkan peristiwa itu, rakyat Kedah sanggup berkorban nyawa untuk berperang dengan Siam demi mempertahankan Kedah.
9.0 R U M USAN Kesimpulannya, pengkhianatan Inggeris kepada Kedah yang telah menyebabkan berlakunya krisis dan kemelut ini meninggalkan implikasi yang amat ketara terutamanya kepada Kedah, namun sesuatu yang istimewa dari keadaan ini adalah Kesultanan Kedah kekal berdaulat hingga kini. Faktor geo-strategik menyebabkan Siam merupakan antara kuasa yang telah meninggalkan kesan dalam perkembangan politik, ekonomi dan sosial Kedah. Ini kerana kedudukan Kedah yang bersempadan dengan Siam menyebabkan Kedah sering menjadi tumpuan kuasa tersebut. e-Magazine ini memberikan tumpuan kepada sejarah peperangan yang berlaku di antara Kedah dan Siam iaitu dari tahun 1821 hingga 1842. Walaupun e-Magazine ini memulakan perbincangan pada tahun 1821, namun, tempoh sebelum tu turut dibincangkan dengan mengambilkira beberapa peristiwa penting yang menjadi penyebab kepada meletusnya perang Kedah-Siam pada tahun 1821.Selain itu, penceritaan ini juga turut ditumpukan kepada peranan British yang turut terlibat dalam konflik Kedah-Siam yang akhirnya membawa kepada campurtangan mereka dalam politik Kedah selepas itu.
10.0 R UJU K AN MyJurnal - Malaysian Citation Centre. (2019). Mohe.gov.my. https://myjurnal.mohe.gov.my/public/article-view.php? id=143311 Dr. MohamadMuzammil MohamadNoor. (2020). HUBUNGAN KESULTANAN KEDAH DENGAN SIAM. Academia.edu. https://www.academia.edu/4327400/HUBUNGAN_KESULTANAN _KEDAH_DENGAN_SIAM Abbas, M. (2019, August 30). Tunku Kudin – Perjuangan Mempertahankan Kemerdekaan Kedah Dari Siam. The Patriots; The Patriots. https://www.thepatriots.asia/tunku-kudinperjuangan-mempertahankan-kemerdekaan-kedah-dari-siam/ (2023). Astroawani.com. https://www.astroawani.com/beritamalaysia/kesahihan-perjanjian-british-siam-1909-apa-yangrakyat-malaysia-perlu-tahu-113672 Global Portal for Diplomat. (2016). ChileCulturalEtiquette. Retrieved from http://www.ediplomat.com/np/cultural_etiquette/ce_cl.htm Syed. (2020, October 7). ALOR SETAR - KOTA KUALA KEDAH - MUZIUM KOTA KUALA KEDAH. Retrieved from http://agarakutidaklupa.blogspot.com/2020/09/alor-setar-kotakuala-kedah-muzium-kota.html
10.0 R UJU K AN Menteri Besar Kedah Incorporated (2022) KEDAH MENUJU NEGERI INDUSTRI SELAIN NEGERI PERTANIAN. Retrieved from https://mbikedah.com.my/kedah-menuju-negeri-industri-selainnegeri-pertanian/ Jabil Mapjabil, Nooriah Yusof & Ahmad Tharmizzie Mat Jusoh (2010) TRANSFORMASI PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI KEDAH: PERSPEKTIF HISTORIKAL. Retrieved from https://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemV/PERKEM2010- 2-18.pdf Hulubalang Bani Jawi. Retrieved from http://hulubalangbanijawi.blogspot.com/2010/09/tunkukudin.html Info Alor Setar – Portal PBT Kedah. (n.d.). Portal PBT Kedah. Retrieved July 20, 2023, from https://pbt.kedah.gov.my/index.php/info-alor-setar-mbas/ Muzium Kota Kuala Kedah. (n.d.). Jabatan Muzium Malaysia. Retrieved July 20, 2023, from http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-kota-kuala-kedah Khairul Hazman. (2009). Kota kuala Kedah. https://khairulhazman77.blogspot.com/2007/10/kota-kualakedah.html