The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

G1.4 NURUL FAQIHAH BINTI ROSLI PENULISAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faqihah07-1023, 2021-08-16 13:38:19

G1.4 NURUL FAQIHAH BINTI ROSLI PENULISAN

G1.4 NURUL FAQIHAH BINTI ROSLI PENULISAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS
56000 KUALA LUMPUR

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
TUGASAN KERJA KURSUS: PENULISAN (INDIVIDU)

TAHUN : PISMP AMBILAN JUN 2021

SEMESTER : 1

KOD KURSUS ELMK3023

KURSUS TEORI ETIKA MORAL

Nama Pelajar NURUL FAQIHAH BINTI ROSLI

Angka Giliran 2021172340194

No Kad 020217-10-0386

Pengenalan

Kumpulan/ Unit G1.4

Nama Pensyarah ENCIK UTHAYAKUMARAN A/L KARUPPIAH

Tarikh Hantar 13 OGOS 2021

Pengesahan Pelajar:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh
pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda Tangan Pelajar: Tarikh:
Markah:



PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya dapat
menyiapkan tugasan ELMK3023: Teori Etika Moral ini dengan jayanya. Terlebih dahulu, saya
ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan jutaan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing, Encik Uthayakumaran A/L Karuppiah di atas usaha beliau membantu
saya serta segala nasihat dan panduan yang telah diberikan dalam usaha menjayakan
tugasan ini.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibubapa saya
yang tidak putus-putus memberikan sokongan. Tidak lupa juga kepada sahabat- sahabat
seperjuangan yang banyak memberi sokongan serta berkongsi pendapat untuk menyiapkan
tugasan ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada yang sudi membantu bagi
melancarkan urusan tugasan projek ini. Akhir sekali, saya ingin merakamkan penghargaan
buat semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan tugasan ini sama ada secara langsung
atau tidak langsung. Oleh itu, saya berharap dengan adanya tugasan ini akan dapat
meningkatkan lagi prestasi dan menjadikan saya lebih bersedia untuk mendidik anak bangsa
di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

PENGENALAN
Tokoh merupakan individu terkenal yang banyak berjasa dan memberi sumbangan
yang besar kepada masyarakat dan negara. Keperibadian tokoh dihormati dan disegani oleh
masyarakat. Ini bertepatan dengan Kamus Dewan Edisi Keempat (2017) yang mendefinisikan
tokoh sebagai orang kenamaan dan orang terkemuka serta mempunyai sifat peribadi yang
dikagumi dan dicontohi. Albert Einstein merupakan salah satu tokoh antarabangsa yang
terkenal dengan ilmuwan fizik dan dinobatkan sebagai tokoh pada abad ke-20. Beliau
dilahirkan pada 14 Mac 1879 di Jerman berketurunan yahudi dan meninggal dunia pada 18
April 1955 ketika berumur 76 tahun disebabkan kegagalan jantung dan pendarahan dalam
perut. Albert Einstein menerima kompas daripada bapanya ketika berusia 5 tahun.
Pergerakan jarum kompas yang bergerak-gerak tersebut telah membuatkan dirinya untuk
meminati dunia sains dan ingin menyiasat dengan lebih mendalam. Selain itu, beliau sangat
dikenali dengan kepandaian dan genius dalam Matematik dan Fizik. Beliau suka menganalisis
kejadian alam berdasarkan fungsi fizik dan matematik. Semasa hidupnya, beliau banyak
memberi sumbangan dan berjasa kepada masyarakat, negara dan dunia.

SUMBANGAN
Sumbangan Albert Einstein kepada masyarakat ialah beliau mencetuskan teori fizik,
matematik dan merevolusikan dunia sains. Teori kerelatifan merupakan salah satu teori fizik
yang dihasilkan oleh Albert Einstein. Pembentukan unsur teori kerelatifan ini merangkumi
pemahaman sifat-sifat am proses semula jadi dan model-model matematik. Kepandaiannya
dalam subjek Fizik dan Matematik telah berjaya mencipta teori kerelatifan dan memberi
banyak manfaat kepada masyarakat. Ini dijelaskan oleh Roslan Abd Shukor (2014) bahawa
kecanggihan teknologi telefon pintar yang digunakan pada masa kini menggunakan teori
kerelatifan Albert Einstein untuk berfungsi. Teori kerelatifan itu juga digunakan untuk Sistem
Kedudukan Sejagat (GPS) dan sistem navigasi pengangkutan.

Selain itu, teori kerelatifan Albert Einstein banyak menyumbang dan mengubah ilmu
pengetahuan dunia melalui konsep-konsep yang direvolusinya. Albert Einstein mampu dan
berupaya menggunakan konsep ilmu pengetahuan yang kompleks melalui imaginasi pada
dunia nyata. Penemuan terbesar ialah teori kerelatifan yang disalahgunakan oleh manusia
untuk pengembangan senjata nuklear. Beliau bersedih kerana karya teori kerelatifannya
digunakan untuk bom kota Hiroshima dan Nagasaki Jepun. Setelah teori kerelatifam umum
dirumuskan, Albert Einstein menjadi terkenal di seluruh dunia. Pencapaian yang luar biasa
bagi ilmuwan meninggalkan karya besarnya berupa teori kerelatifan umum dan khusus dan
rumus terkenalnya E=MC2. Albert Einstein membuat persamaan rumus E=mc2 dalam
hubungan antara tenaga dan jirim. Menurut Wan Qashishah Akmal Wan Razali et al., (2021)

bahawa formula tersebut merujuk kepada 3 perkara, E merujuk Energy iaitu tenaga, m pula
merujuk kepada mass iaitu jisim seesuatu objek dan c2 merujuk kepada pemalar kelajuan
cahaya kuasa dua (speed of light squared). Formula itu membawa maksud bahawa semakin
cepat sesuatu benda bergerak, semakin banyak tenaga yang dilepaskan. Formula tersebut
digunakan dalam pembangunan tenaga atom yang membawa kepada penciptaan senjata
bagi menamatkan Perang Dunia Kedua. Tenaga atom tersebut membawa kepada teknologi
baharu sekaligus penggunaannya sebagai sumber tenaga.

Seterusnya, sumbangan Albert Einstein ialah mencipta peti sejuk yang tidak
menggunakan elektrik. Peti sejuk tersebut hanya bertindak dengan sumber haba seperti
pembakar gas. Peti sejuk tersebut tidak mempunyai bahagian yang bergerak. Penciptaan peti
sejuk tersebut dapat memberi kemudahan kepada masyarakat untuk menyimpan makanan
dalam meneruskan kelangsungan hidup. Albert Einstein mula merancang untuk mencipta peti
sejuk kerana beliau mengetahui bahawa terdapat sebuah keluarga diracuni oleh peti sejuk
pemancar sulfur dioksida.

Di samping itu, menurut Shaharir Mohamad Zain (2014), Albert Einstein memberi
sumbangan perkembangan teori kuantum dan menerima anugerah penghargaan Nobel
dalam bidang Fizik pada tahun 1921 untuk penjelasannya berkaitan kesan fotoelektrik serta
khidmatnya dalam teori fizik. Anugerah penghargaan Nobel merupakan hadiah sebagai
perngiktirafan terhadap pencapaiannya untuk membantu menjadikan negara lebih baik dari
sehari ke sahari. Albert Einstein juga memenangi pelbagai anugerah termasuk Copley Medal
pada tahun 1925, Pegawai Masa Tahun pada tahun 1999 dan Pingat Emas Persatuan
Astronomi Diraja pada tahun 1926. Muzium Sejarah Bern telah dinamakan sebagai Einstein
Muzium. Akhir sekali, sumbangan Albert Einstein melalui karya yang mempunyai manfaat
yang banyak dalam dunia pendidikan.

KETOKOHAN ALBERT EINSTEIN DARI PELBAGAI PERSPEKTIF
Albert Einstein menghadapi banyak cabaran semasa memulakan kerjayanya. Namun,
sifatnya yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha untuk memberi
sumbangan kepada masyarakat dan negara telah melayakkan dirinya menjadi tokoh (Ruzaini
Daud, 2017). Cabarannya kerjayanya bermula apabila beliau menamatkan pengajian dan
beliau tidak mahu menyusahkan keluarganya. Beliau mohon bekerja sebagai guru di
beberapa sekolah tetapi tidak berjaya ditawarkan menjadi tenaga pengajar kerana sikapnya
yang nakal dan bermasalah semasa di sekolah dan kolej. Albert Einstein memerlukan kerja
yang memberi pendapatan tetap. Oleh itu, beliau bekerja sebagai kerani paten di pejabat
Swiss. Beliau menilai penyerahan paten dan menguasai dengan cepat untuk merumuskan

teori yang mengubah dunia. Dalam tempoh setahun, beliau boleh menghasilkan karya
berkaitan penemuan yang saintifik yang agung dan pembuktian kewujudan molekul, teori
kerelatifan, kesaksamaan tenaga dan jisim serta teori kuantum. Karya beliau mendapat
perhatian oleh Max Planck dan ramai orang. Mulai saat itu, beliau semakin dikenali dalam
kalangan saintis. Albert Einstein menerima pelbagai tawaran seperti jawatan professor di
University of Berlin, mengajar di University of Prague dengan gaji lebih tinggi dan banyak lagi.
Di antara banyak tawaran tersebut, Albert Einstein menerima tawaran oleh Max Planck untuk
menjadi profesor di University of Berlin. Melalui perjalanan kehidupan ketokohan Albert
Einstein, ini dapat dikenal pasti bahawa beliau menggunakan teori Deontologi dalam kategori
eksistensialisme. Eksistensialisme bermaksud bahawa orang lain tidak mempengaruhinya
dalam membuat keputusan dan individu hendaklah bertanggungjawab terhadap diri sendiri
dan mempunyai kebebasan dalam menentukan matlamat tanpa merujuk orang lain. Beliau
tidak memerlukan pendapat autoriti luar untuk beliau membuat keputusan dalam memilih
kerjaya. Beliau juga memiliki kebebasan dalam menentukan masa depannya. Cabaran yang
dihadapinya tidak menyalahkan orang lain kerana beliau bertanggungjawab terhadap diri
sendiri.

Melalui teori perkembangan moral dalam kategori teori kognitif Lawrence Kolhberg
bahawa perilaku dan tindakan moral berkait dengan perkembangan kognitif meskipun tahap
kognitif seseorang tidak menjamin kepada peningkatan dalam tahap penaakulan moral
seseorang. Contohnya, Albert Einstein merupakan kanak-kanak yang dianggap autism
semasa kecil. Akan tetapi, perkembangan kognitif tersebut tidak mempengaruhi tindakan
moralnya sehingga dewasa. Beliau merupakan individu yang genius dan berfikiran jauh.
Model insan menyeluruh boleh ditafsirkan sebagai individu yang berjasa dan bermanfaat
kepada orang lain dan sesuai dijadikan tokoh dan idola. Menurut Abdul Rahman Md. Aroff.
(2008) bahawa teori etika mesti diberi perhatian dan dimiliki dalam setiap insan bermoral bagi
menghasilkan insan yang berkualiti. Individu yang membawa kejayaan dan bermoral dapat
membentuk peribadi yang baik perlu dijadikan contoh kepada masyarakat. Albert Einstein
menjadi model insan menyeluruh melalui kehebatannya dalam membuat teori dan
perkembangan kognitifnya yang hebat dalam Matematik dan Fizik.

KESIMPULAN
Kesimpulanya, Albert Einstein merupakan salah seorang tokoh ilmuwan fizik yang
banyak berjasa dan membantu dalam membentuk dunia moden melalui peranan dan
sumbangannya. Kehidupan dan kejayaan Albert Einstein sewajarnya dijadikan sebagai
inspirasi dan teladan kepada seluruh masyarakat.

RUJUKAN

Abdul Rahman Md. Aroff. (2008). Teori etika dan amalan moral. Penerbit Universiti Putra
Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2017). Definisi tokoh. Dewan bahasa dan Pustaka.
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=tokoh

Roslan Abd Shukor. (2014, 9 November). Albert Einstein di kota Melaka dan Pulau Pinang.
Mingguan Malaysia, ms. 33

Ruzaini Daud. (2017, 6 Mei). Genius singkap kisah kejayaan tookoh sains dunia. Media
Permata. https://mediapermata.com.bn/genius-singkap-kisah-kejayaan-tokoh-sains-
dunia/

Wan Qashishah Akmal Wan Razali, Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, Shahidan
Radiman & Abdul Latif Samian (2021). Satu Analisis ‘Kosmologi Cahaya’dalam
Perspektif Sufi dan Sains Moden (An Analysis on ‘Light Cosmology’in the Sufi and
Modern Science Perspectives). Akademika, 91(1), 55-56.

Shaharir Mohamad Zain (2014). Sains Matematik dalam acuan bahasa Melayu dan Islam.
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.


Click to View FlipBook Version