The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mrjeff0824, 2022-10-17 03:06:00

info peribahasa

info peribahasa

Sesi Perkongsian Ilmu Cikgu Tan & Cikgu Rohaiza (Peribahasa)
—————————————————————————————

JENIS PERIBAHASA
1. Simpulan Bahasa
2. Perumpamaan (bagai, seperti)
3. Bidalan ( 没有 seperti 的谚语–sediakan payung sebelum hujan)

4. Kata Hikmat
5. Pepatah ( 有逗号的 – di mana ada kemahuan, di situ ada jalan)

6. Slogan

PEMBINAAN AYAT DENGAN PERIBAHASA
FORMULA A
Siapa + buat apa + peribahasa
contoh: Murid-murid kelas 5A bekerjasama membersihkan kelas bagai aur
dengan tebing.

FORMULA B
Oleh sebab + peribahasa + siapa + buat apa
Contoh: Oleh sebab di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, Ali telah berusaha
dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai keputusan SPM
yang cemerlang.

FORMULA C
Siapa + berpegang pada prinsip + peribahasa + telah + buat apa
Contoh: Fauzi yang berpegang pada prinsip biar putih tulang, jangan putih mata
telah menyertai pasukan tentera demi mempertahankan kedaulatan negara.

FORMULA D
Kita mestilah + buat apa + kerana + peribahasa
Contoh: Kita mestilah makan makanan yang seimbang untuk mengelakkan
penyakit berbahaya kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

Sesi Perkongsian Ilmu Cikgu Tan & Cikgu Rohaiza (Peribahasa)
—————————————————————————————

ANTARA PERIBAHASA YANG BELUM KELUAR.
1. Biar mati anak jangan mati adat
2. Memerah otak
3. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
4. Bahasa jiwa bangsa
5. Duduk sama rendah berdiri sama tinggi
6. Melentur beluh biar dari rebungnya
7. Lintah darat
8. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
9. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
10. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
11. Tinggi gunung tinggilah harapan kita
12. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian bersakit-sakit dahulu

bersenang-senang kemudian
13. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang

TEMA POPULAR (PERIBAHASA)
Warisan/ Tradisional
Bahasa

TEMA POPULAR (TAK KATAKAN BAHAGIAN) – OBESITI

FORMAT POPULAR
1. Bina ayat
2. Petikan
3. Maksud
4. Isi tempat kosong


Click to View FlipBook Version