MPU21032
PENGAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
E-FOLIO
TAJUK:
KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN
PENSYARAH: PUAN FARIDAH BINTI HUSSEIN
1
1
AHLI KUMPULAN
(KUMPULAN 3 DPE5-S1)
NAMA NO.PENDAFTARAN PELAJAR
ALLEYSYHA BINTI PATRICK 05DPE19F1002
05DPE19F1005
GLADYS TENING ELLI 05DPE19F1033
NUR HIDAYAH BINTI MUSA 05DPE19F1060
ALYSSHA BINTI ABDULLAH
2
2
SENARAI KANDUNGAN MUKASURAT
4
ISI KANDUNGAN 5
1.0 Objektif 6
2.0 Pengenalan
3.0 Definisi Kebudayaan 7-23
4.0 Kepelbagaian Budaya Masyarakat Malaysia dari segi:
i. Masakan 24-25
ii. Musik 26
iii. Pemakaian 27
iv. Permainan
5.0 Kepentingan Kebudayaan 28-32
6.0 Definisi Perpaduan Masyarakat 33-34
7.0 Kepentingan Perpaduan
8.0 Matlamat Mencapai Perpaduan dalam Kebudayaan 35
9.0 Kebaikan Kebudayaan dan Perpaduan 36-38
10.0 Kesimpulan
Sumber Rujukan
3
3
1.0 OBJEKTIF
a) Mengetahui kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia.
b) Memperoleh pengetahuan tentang pentingnya perpaduan di Malaysia.
c) Mengetahui matlamat perpaduan yang ingin dicapai di Malaysia.
4
4
2.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Rakyatnya terdiri daripada pelbagai
etnik dan berbilang kaum. Antara tiga kaum utama yang telah wujud di negara
harmoni ini ialah Melayu, Cina dan India. Malahan, kepelbagaian ini adalah kekuatan
yang mewarnai corak negara ini. Tidak hairanlah Malaysia menjadi model sebuah
masyarakat majmuk kepada masyarakat di negara lain. Oleh itu, kebudayaan dan
perpaduan adalah satu keperluan bagi menjamin rakyat hidup dalam suasana yang
harmoni.
Melayu Cina India
5
5
3.0 DEFINISI KEBUDAYAAN
Perkataan budaya berasal daripada bahasa Sanskrit, buddhayah iaitu kata jamak yang
berasal daripada perkataan buddhi yang membawa maksud budi dan akal.
Kebudayaan ialah satu cara kehidupan. Kamus Dewan (2005) telah mendefinisikan
budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan
sebagainya. Selain daripada itu, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup
yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosia, sususan organisasi
ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
❖ Antara ciri-ciri kebudayaan masyarakat Malaysia adalah seperti:
i. Merupakan perkongsian suatu masyarakat
ii. Diperolehi melalui proses pembelajaran
iii. Tidak dapat berpisah dengan bahasa
iv. Kewujudan nilai-nilai tertentu
v. Mengikut keadaan bentuk muka bumi
vi. Diwarisi secara turun temurun
❖ Antara jenis-jenis kebudayaan yang terdapat di Malaysia:
• Melayu
• Cina
• India
TAKRIF KONSEP KEBUDAYAAN
Keseluruhan cara hidup manusia, sama ada dalam bentuk fikiran, kepercayaan,
perlakuan ataupun penghasilan dalam sesebuah masyarakat yang diterima oleh
sebahagian besar anggota masyarakat itu, dan diwarisi secara turun temurun.
6
6
4.0 KEPELBAGAIAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA
I. MASAKAN
Masakan Malaysia mencerminkan solekan pelbagai etnik penduduknya,dan
ditakrifkan oleh kepelbagaiannya.Banyak budaya dari Malaysia dan kawasan
sekitarnya telah banyak mempengaruhi masakan Malaysia, dengan pengaruh yang
kuat dari masakan Melayu, Cina, India, Iban dan sebagainya.
➢ Kaum Melayu
a) Nasi Lemak
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia terutamanya
untuk sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan
menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun
pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.
Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus, timun, ikan bilis goreng
dan sambal. Tetapi pada hari ini, pelbagai hidangan disajikan bersama nasi
lemak seperti ayam, daging, sotong dan sebagainya.
b) Ketupat
Ketupat merupakan makanan tradisional masyarakat melayu dan biasanya
dihidangkan pada hari perayaan. Ketupat dibungkus daripada anyaman daun
kelapa yang muda. Penyediaan untuk membuat ketupat sangat ringkas tapi
memerlukan kemahiran tertentu untuk menganyam kelongsong daun ketupat
7
7
tersebut. Kebiasaannya, ketupat dihidangkan bersama kuah kacang atau
sambal lodeh pada hari raya.
➢ Kaum Cina
a) Kuih Bulan
Kuih bulan (bahasa Cina: 月饼) adalah salah sebuah kuih tradisional cina. Ia
dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu adalah bagi
sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap sebagai satu
makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih bulan adalah ditawar
antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan keluarga sementara meraikan
pesta, satu daripada tiga perayaan Cina yang paling penting.
b) Yee Sang
Yee Sang yang merupakan antara hidangan tradisi dan popular Tahun Baru
mempunyai maksud yang tersendiri berdasarkan bahan yang digunakan,
sejarah dan sebutan nama makanan itu. Dengan campuran hirisan sayur-
sayuran seperti lobak merah dan lobak putih, halia, kepingan ikan mentah
8
8
serta kekacang yang ditumbuk, ditambah pula dengan sos plum dan jus limau,
menjadikannya begitu menyelerakan bagi sesiapa sahaja yang bertuah dapat
menikmatinya. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, terdapat beberapa jenis
makanan tradisional termasuk Yee Sang yang dilihat sebagai simbol kepada
kemewahan, kekayaan, kebahagian dan kemakmuran.
➢ Kaum India
a) Roti Canai
Roti Canai merupakan hidangan kegemaran rakyat Malaysia dan biasa
dinikmati sewaktu sarapan pagi. Roti canai adalah sejenis tempeng yang
dibuat dengan mencampurkan tepung gandum, minyak, ghee atau mentega,
diuli mengjadi bola dan kemudiannya ditebarkan sehingga menjadi leper dan
bulat.
b) Putu Mayam
Putu Mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat
sambutan menggalakkan dari semua bangsa. Kini, ia turut dinikmati oleh
semua kaum di Malaysia, Sri Lanka, dan Singapura sebagai snek yang
9
9
biasanya dimakan ketika sarapan pagi. Putu Mayam yang diperbuat daripada
adunan tepung beras ini enak dihidang bersama kelapa parut dan gula Melaka.
➢ Kaum Iban
a) Manuk Pansuh (Ayam Pansuh)
Hidangan ini sebenarnya merupakan salah satu makanan tradisi orang Iban
dan sememangnya begitu terkenal di negeri Sarawak. Biasanya untuk
menghasilkan hidangan ini, ayam tua akan dijadikan sebagai pansuh dimasak
di dalam buluh bersama bahan-bahan yang begitu istimewa. Ini juga sering
menjadi lauk serta “tabas” semasa meraikan sesuatu perayaan. Untuk memberi
rasa serta aroma yang lebih wangi, daun ubi akan diletakkan pada bahagian
hujung buluh. Wap yang terhasil akan memberi bau yang cukup menyelerakan.
Hidangan ini sering menjadi makanan wajib semasa sambutan perayaan Hari
Gawai setiap tahun.
b) Kuih Sarang Semut/Kuih Jala
Kuih Sarang Semut ini merupakan salah satu kuih tradisional kaum Iban di
Sarawak. Kuih Sarang Semut atau Kuih Jala ini mempunyai nama yang
berbeza kerana mengikut tempat di Sarawak. Sebagai contoh, nama kuih ini
10
10
dipanggil Penganan di bahagian daerah tertentu. Sarang Semut ini semestinya
ada pada perayaan Hari Gawai. Kuih tersebut juga ada sewaktu perayaan
Krismas mengikut daerah masyarakat Iban.
II. MUZIK
Variasi muzik tradisi di Malaysia adalah hasil campuran pelbagai etnisiti di negara
ini.Istimewanya, pelbagai etnik termasuk kaum majoriti Malaysia iaitu Melayu,
Cina dan India serta Bumiputra Sabah dan Sarawak bergabung menghasilkan
alunan muzik nusantara yang unik yang tidak terdapat di negara lain. Muzik
tradisional secara amnya digunakan sebagai lambang budaya sesuatu bangsa
selain daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara-upacara adat tertentu.
Pelbagai muzik tradisional yang terdapat di Semenanjung Malaysia bahkan Sabah
dan Sarawak.
ALAT MUZIK DAN TARIAN TRADISIONAL
➢ Kaum Melayu
a) Gendang (Alat Muzik Tradisional)
Gendang memainkan peranan yang besar dalam seni dan budaya masyarakat
Melayu. Gendang ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang
seperti kerbau,kambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik
dalam keluarga genderang. Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India
mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati
11
11
dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk
persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari menari dan
ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.
b) Tarian Mak Yong (Tarian tradisional)
Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Drama tari
Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang
menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan,
muzik vokal, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja.
Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan
Thailand, tarian ini juga menggabungkan drama romantis, tarian dan
nyayian dengan gaya menawan yang mengisahkan zaman kegemilangan
kesultanan melayu. Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang kampung
selesai menuai padi dibendang.
➢ Kaum Cina
a) Pipa (Alat Muzik Tradisional)
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu;
dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar.
12
12
Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret.
Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas
melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir. Pipa digunakan dalam
orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi
nyanyian.
b) Tarian Singa (Tarian Tradisional)
Tarian Singa merupakan sejenis tarian tradisional dalam adat warisan
masyarakat Cina. Tarian ini digerakkan oleh dua orang penari iaitu pada
bahagian kepala dan badan singa. Tarian ini berbentuk akrobatik dan
memungut ”angpau” atau ”keuntungan”. Kedua-dua tarian ini diiringi dengan
paluan gendang yang kuat. Dikatakan bahawa tuan rumah atau pusat
perniagaan yang mempersembahkan tarian tersebut akan mendapat
keuntungan yang banyak pada tahun tersebut.
13
13
➢ Kaum India
a) Tabla (Alat Muzik Tradisional)
Tabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang sangat terkenal dalam
masyarakat kaum India. Alat ini dikatakan berasal dari gendang
Mridangam.Tabla mempunyai sepasang gendang iaitu Sidda (gendang kecil)
dan Dagga (gendang besar) yang ada satu muka masing-masing. Badannya
dibuat daripada kayu jati, rosewood dan jackwood. Kulit kambing ditampal
pada permukaan tabla untuk menghasilkan bunyi irama yang indah. Tabla
dimainkan secara solo atau mengiringi upacara keagamaan, persembahan,
barathanatyan, perkahwinan dan sebagainya.
b) Bharata Natyam (Tarian Tradisional)
Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India dan
tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu
mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan,
kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian
warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India.
Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang
penari wanita.Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi
enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam,
Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta
atau tarian tulen dan Nritya (Tarian Ekspressi).
14
14
➢ Kaum Iban
a) Engkromomg (Alat Muzik Tradisional)
Gong kecil diperbuat daripada perenggu berbentuk periok. Berbusut di tengah
permukaannya. Lapan buah gong bagi satu set diatur berbaris di atas para yang
panjang. Semua alat-alat muzik ini dimainkan oleh kaum lelaki.
b) Tarian Ngajat (Tarian Tradisional)
Tarian Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari
Gawai. Tarian ini ditarikan dengan berdiri diatas bulatan langsaran ke atas dan
ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu dimana setiap rentak
yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Satu lagi tarian ini
ialah penari akan memegang perisai kayu ditangan kiri dan pedang di tangan
kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan
tangannya ke kiri dan ke kanan. Alat-alat yang digunakan dalam tarian ini
adalah seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong
dan Sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.
15
15
III. PEMAKAIAN
Pakaian tradisional adalah istilah untuk gambarkan baju dan seluar yang dipakai
semasa perayaan dalam Malaysia mengikut kaum-kaum tertentu. Malaysia adalah
negara berbilang budaya; Melayu, cina, India dan ratusan kumpulan peribumi lain
di Semenanjung Tanah melayu dan Borneo, masing-masing mempunyai tradisi
dan agama tersendiri serta gaya pemakaian yang khusus. Selalunya pada majlis-
majlis khas hanya warganegara yang memakai pakaian tradisional Malaysia.
Semua pakaian tradisional Malaysia yang pelbagai etnik berwarna-warni,
mengikut budaya mereka dan berseri-seri.
➢ Kaum Melayu
a) Lelaki: Baju Melayu
Pakaian tradisional lelaki Melayu dipanggil baju melayu, yang merupakan
jubah longgar yang dipasangkan dengan seluar dan sarung; sampin. Lelaki
juga memakai songkok atau kopiah dengannya.
b) Wanita: Baju Kurung dan Baju Kebaya
Pakaian tradisional kuno wanita Melayu adalah kemban, termasuk sarung
yang diikat di atas dada. Sekarang, baju kurung adalah pakaian tradisional,
yang terdiri daripada blaus lengan panjang (paras lutut) dan rok Panjang yang
disebut kain. Biasanya dipakai bersama dengan selendang/tudung di kepala.
Versi separa formal adalah kebaya, diperbuat utamanya daripada kain kasa
dipasangkan dengan sarung, batik atau pakaian tradisional lain seumpamanya
seperti songket dengan motif pelbagai corak dan warna.
16
16
➢ Kaum Cina
a) Lelaki: Samfoo
Samfoo bermaksud baju dan seluar dalam bahasa dialek Kantonis. Samfoo
dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang
longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar
longgar. Pakaian tradisional kaum Cina. Ia diperkenalkan sewaktu Dinasti
Ching dan pakaian tradisional kepada Orang Manchu.
b) Wanita: Cheongsam
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada
upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru
Cina. Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke
paras lutut. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.
17
17
➢ Kaum India
a) Lelaki: Dhoti
Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada
kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari
perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan
pakaian tersebut.
b) Wanita: Sari
Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian
seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada
lembaran kain yang berukuran semeter hingga 2 meterlebar dan panjangnya
pula antara 5-15 meter mengikut saiz pemakai.
18
18
➢ Kaum Iban
a) Lelaki: Baju Burung
Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan
Dandong. Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas
kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya di pinggang dan celah
kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan
belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula
merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban.Dandong lebih lebar
daripada bedong. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara
ikat.
b) Wanita: Ngepan Iban
Pakaian tradisonal wanita Iban terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang,
Kalambi dan Bedong. Bidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan
panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula
ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban
juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini
dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat
halus.
19
19
IV. PERMAINAN
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan
yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang
menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah
keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka
membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini
yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk
nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak
sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut,
sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain.
➢ Kaum Melayu
a) Gasing
Sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang
pada satu titik. Gasing juga merupakan permainan tradisional orang-orang
Melayu sejak dulu lagi. Ia biasanya dimainkan selepas musim menuai.
Permainan gasing dipertandingkan antara kampung.
20
20
b) Wau
Permainan wau atau lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih
popular di kawasan pedalaman iaitu di kawasan pantai dan kawasan lapang
seperti di padang, sawah padi dan sebagai. Kini permainan tersebut telah
mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang
menetap di kawasan bandar.
➢ Kaum Cina
a) Mahjong
Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk 4 orang yang berasal dari
China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi dan pengiraan, termasuk
juga satu tahap nasib. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan
sebagai permainan komputer.
b) Xiang Qi
Merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang
pemain. Xiang Qi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiang Qi
bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina.
21
21
Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi
di China.
➢ Kaum India
a) Kho-Kho
'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan
kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya
dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India
mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu
permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar
serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan
fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta
lain.
b) Chaturanga
Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang
berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah
memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbedaan buah catur dengan
kekuataan yang berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah terakhir, atau
22
22
dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno,
papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih.
➢ Kaum Iban
a) Gendang Pampat
Gendang Pampat merupakan permainan tradisional kaum Iban sejak dahulu.
Permainan ini terdiri diantara 4 orang pemain atau 11 orang sekiranya
dimainkan 11 biji gendang. Didahului dengan upacara mantera dan menabur
beras kunyit lalu pemain dijamu dengan seteguk ‘tuak’. Pemain hendaklah
memakai pakaian tradisi Iban (ngepan Iban dan baju burung) yang lengkap.
23
23
5.0 KEPENTINGAN KEBUDAYAAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum,
bahasa, agama, seni, budaya dan sebagainya. Negara kita juga dikenali sebagai sebuah
negara yang multikultural (multi-culture) di mana sifat-sifat kemajmukannya dalam
konteks kemasyarakatan yang luas juga. Konsep kemajmukannya yang merujuk
kepada pelbagai masyarakat campuran kumpulan manusia yang mengamalkan cara
hidup yang berlainan, mereka turut membentuk suatu entiti berasaskan kaum sendiri
dalam lingkungan komuniti yang luas. Keadaan ini bukan sahaja menjadikan
masayarakat itu menjadi kompleks sebaliknya melahirkan pelbagai aktiviti sosial dan
membentuk kehidupan sosial yang dikongsi bersama berdasarkan prosedur mantap
bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Tahap-tahap masyarakat ini terus
bekembang daripada entiti keluarga, komuniti, negara dan global (Zaid Ahmad, et al.,
2013).
❖ Melambangkan Budi Pekerti Masyarakat Malaysia
Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran
menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang
dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.
❖ Memupuk Perpaduan Negara
Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya,
kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran.
Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut
merayakan bersama-sama.
❖ Menarik Minat Pelancong Luar
Salah satu tarikan pelancongan ialah keunikan budaya tradisional kita,
misalnya persembahan teater tradisional seperti bangsawan dan makyung dan
tarian seperti kuda kepang dan gawai. Banyak pelancong mengunjungi
Malaysia kerana ingin mendekati corak hidup dan kebudayaan kita.
24
24
❖ Mengekalkan Kesinambungan Tamadun
Melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita
tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup
nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar.
25
25
6.0 DEFINISI PERPADUAN RAKYAT
Perpaduan membawa maksud hubungan erat atau bersifat toleransi yang
diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk
mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain, perpaduan
adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Malaysia
merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni.
Antara kaum utama di Malaysia Melayu, Cina, India Kadazandusun dan Iban.
Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi
batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia.
26
26
7.0 KEPENTINGAN PERPADUAN
Perpaduan masyarakat dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan isu
perkauman ataupun 'Racism' dapat dikurangkan. Selain itu, masyarakat harmoni
dapat membantu kerajaan untuk mencapai aspirasi seperti Transformasi Nasional.
❖ Transformasi Nasional 2050 (TN50)
Satu inisiatif pembangunan negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050.
Ini merupakan satu inisiatif pembangunan negara jangka panjang. Sebagai
sebahagian daripada persediaan dan tahap pembangunan TN50, Perdana
Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak telah memberi mandat kepada
Kementerian Belia dan Sukan untuk memulakan proses dengan menerajui
‘Perbincangan TN50’, siri penglibatan dan aktiviti-aktiviti wacana yang
bertujuan untuk mencetuskan aspirasi rakyat serta menentukan bidang untuk
transformasi termasuk ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan dan alam
sekitar.
❖ Mengamankan Negara Dan Dapat Mengelakkan Peristiwa 13 Mei
Berlaku
mengelakkan pergaduhan ataupun perbalahan seperti peristiwa huru-hara yang
berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia pada 13 Mei.
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan
kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa
serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya
Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara
Malaysia.
❖ Meningkatkan Potensi Indutri Perlancongan
Penduduk Malaysia yang hidup dengan aman dan harmoni serta berbudi
bahasa dapat menarik pelancong asing dari luar negara untuk datang
melancong dan mengenali pelbagai adat resam kaum-kaum yang ada di
Malaysia. Ini dapat menjayakan Program Kerajaan Malaysia seperti Visit
Malaysia yang telah diadakan pada tahun 2014.
27
27
8.0 MATLAMAT MENCAPAI PERPADUAN DALAM
KEBUDAYAAN
❖ DETIK PERPADUAN
Detik perpaduan adalah saat yang boleh dilihat berlaku dalam kehidupan seharian
masyarakat. Antara suasana yang sering dilihat menunjukkan muncul perpaduan
adalah detik-detik ketika pergaulan di pasar, mengadakan majlis perkahwinan,
tempat makan, sokongan dalam sukan, memberi bantuan ketika bencana,
mengunjungi tempat percutian, menikmati cuti umum pelbagai perayaan, hadir
menonton filem di pawagam dan sebagainya.
➢ Sukan Bola Sepak
• Perlawanan bola sepak adalah antara satu daripada saat dan detik
perpaduan yang jelas dapat dilihat dikalangan rakyat Malaysia apabila
semua bangsa tanpa mengira kaum dan keturunan sama-sama
memenuhi stadium bagi menyokong pasukan masing-masing.Mereka
menyokong pasukan masing-masing tanpa melihat pasukan mereka
terdiri daripada kaum atau bangsa berlainan atau tidak.Budaya ini
harus diteruskan dan diterapkan dalam setiap generasi rakyat Malaysia
agar ia menjadi alat perpaduan utuh ribuan penyokong Harimau
Malaya tetap 'mengaum' di Stadium Nasional.
➢ Perkahwinan:"Street Wedding"
• Sering kita menghadiri majlis perkahwinan saudara mara atau kenalan
yang diadakan di taman-taman perumahan selain diadakan di dewan-
dewan besar.Jika majlis perkahwinan yang diadakan di dewan
besar,ianya tidak menimbulkan masalah kepada masyarakat
memandangkan terdapat ruang yang khas berserta tempat letak kereta
yang cukup.
• Namun lain pula suasananya apabila majlis perkahwinan dilakukan di
taman-taman perumahan.Ianya menimbulkan suasana yang sesak dan
kawasan meletak kenderaan para tetamu sangat terhad dengan
kehadiran ramai jemputan.Jika dilihat kepada peruntukan undang-
undang dalam negara, ianya merupakan satu kesalahan mendiri dan
28
28
menyelenggara sesuatu halangan di tempat awam. Tetapi pernahkah
anda terdengar keluarga pasangan pengantin didakwa di mahkamah
kerana menganjurkan majlis perkahwinan di kawasan taman
perumahan?
• Inilah detik perpaduan yang wujud di kalangan rakyat Malaysia iaitu
bertolak ansur dalam perkara tersebut kerana sikap saling memahami
antara satu sama lain tanpa mengira agama dan budaya. Namun
demikian, sebagai penaganjur,eloklah memohon kebenaran daripada
pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu supaya tidak timbul perkara-
perkara yang menyusahkan di masa hadapan.
➢ Kesihatan
• Jika anda sakit,sudah tentu klinik atau hospital yang akan menjadi
tempat kunjungan untuk memeriksa masalah kesihatan dan
mendapatkan ubat.Tidak kira apa bangsa klinik dan hospital akan
menjadi tempat rujukan setiap rakyat dalam mendapatkan rawatan
terhadap sebarang masalah kesihatan yang dihadapi.Begitu juga
dengan pegawai yang bertugas sama ada doktor,jururawat,pembantu
hospital dan semua kakitangan hospital akan memastikan peaskit yang
datang akan diberikan rawatan.
• Suasana ini berlaku di semua klinik dan hospital di Malaysia dan ianya
sesuatu yang menjadi detik perpaduan dikalangan rakyat yang mesti
diteruskan malah dibanggakan.Sebagai doktor ataupin jururawat,
mereka tetap akan merawat pesakit yang datang walaupun berlainan
bangsa dan agama kerana itulah tugas mulia yang harus semua rakyat
berbangga khususnya ketika sesuatu wabak penyakit berjangkit
melanda negara.
➢ Makanan
• Di Malaysia terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman, antaranya
nasi lemak,teh tarik,roti canai,soto,bakso, dan sebagainya.Semua jenis
makanan ini dimakan oleh setiap bangsa di Malaysia tanpa mengira
rupa dan warna kulit. Hal ini amat baik untuk penyatuan semua bangsa
29
29
di Malaysia kerana perbezaan yang pelbagai ini dimanfaatkan untuk
penyatuan bangsa-bangsa di Malaysia tanpa melihat ianya sebagai
batasan atau halangan.
• Nasi lemak dinikmati oleh semua bangsa walaupun ianya makanan
kaum Melayu.Begitu juga dengan makanan kaum Cina contohnya
masakan char koay teow dinikmati oleh semua bangsa termasuk
Melayu dan India.Maruku yang terkenal dikalangan bangsa India pula
menjadi makanan semua bangsa.Inilah yang perlu rakyat Malaysia
berbangga kerana makanan boleh menjadi alat perpaduan kita semua.
➢ Sukan
• Kenalkah anda dengan nama Datuk Lee Chong Wei?Sudah pasti
hampir semua rakyat Malaysia mengenali nama tersebut iaitu pemain
badminton nombor satu Malaysia.Walaupun Datuk Lee Chong Wei
adalah berbangsa Cina,namun semua rakyat Malaysia tanpa mengira
bangsa menyokong dan meminati setiap perlawanan beliau di setiap
pertandingan badminton.
• Begitu juga dengan sukan-sukan yang lain. Tidak kira apa bangsa dan
agama,ianya tidak menjadi halangan untuk peminat dan menonton
menyaksi dan menyokong setiap aksi yang dipersembahkan kerana
pemain sukan bukan bermain untuk diri mereka, malah bermain untuk
negara.Begitu juga dengan penyokong, mereka tidak menyokong
individu sebagai ahli sukan, tetapi menyokong ahli sukan tersebut
sebagai pemain yang mewakili negara.
❖ DETIK PERBEZAAN
Apakah perkara yang membezakan antara anda dengan orang di sekeliling
anda? Adakah perbezaan-perbezaan ini menyukarkan kehidupan anda setiap
hari? Kita tidak boleh lari daripada pemezaan khasnya berkaitan dengan dan
budaya bangsa Malaysia.Perbezaan ini perlu dilihat daripada aspek positif
untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan hubungan antara kaum.
30
30
➢ Sambutan Perayaan
• Detik perbezaan dalam sambutan perayaan di Malaysia jelas kelihatan
kerana sambutan perayaan selalunya mempunyai kaitan dengan
kebudayaan agama setiap agama yang pelbagai.Namun hal ini tidak
boleh dilihat sebagai perbezaan yang akan menggugat perpaduan
bangsa kerana setiap budaya dan agama mempunyai ciri-ciri yang
tertentu.
• Setiap warga perlu berjiwa besar dan berlapang dada dalam
menghadapi isi sambutan perayaan sebagai satu sambutan tahunan
semua bangsa di Malaysia.Malah aktiviti kunjung mengunjung yang
tidak berkaitan dengan hal-hal keagamaan perlu diteriskan agar
perpaduan yang ada semakin utuh.
➢ Jenayah
• Apabila berlaku sesuatu jenayah, pastinya kita akan melihat apakah
jenis jenayah yang dilakukan. Apabila telah pasti sesuatu jenayah
tersebut, maka akan terlintas dalam minda siapa yang terlibat dalam
jenayah tersebut. Hal ini adalah satu sikap yang salah kerana semua
jenayah tidak ada kaitan dengan sesuatu bangsa.
• Setiap bangsa dan agama terdedah dengan apa jua jenayah. Jika
seseorang tidak mempunyai jati diri yang kuat dan pegangan agama
yang kukuh, maka apabila berdepan dengan sesuatu perkara, maka
akan berlaku perlanggaran had yang telah ditetapkan oleh undang-
undang. Sebagai warganegara, kita haruslah patuh kepada setiap
peraturan dan undang-undang negara kerana hukuman tidak melihat
bangsa untuk dijatuhkan.
➢ Pengebumian
➢ Pengebumian mempunyai kaitan dengan anutan agama seseorang.
Walau bagaimanapun, agama tidak menghalang untuk seseorang
penganut bersedih dan menghormati atas kehilangan salah seorang ahli
keluarga yang berlainan bangsa dan agama. Ziarah menziarahi juga
digalakkan sebagai memberi sokongan kepada ahli keluarga yang
31
31
kematian orang yang disayangi. Lebih bermakna lagi apabila bantuan
dihulurkan kepada waris yang kehilangan tempat bergantung dan dapat
membantu mereka yang memerlukan.
32
32
9.0 KEBAIKAN KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN
Perpaduan merupakan aset negara yang amat penting dan merupakan tulang belakang
kepada kemajuan negara. Perpaduan tidak akan dapat dikecapi tanpa usaha
danlangkah yang diambil. Sehubungan dengan itu, semua pihak seharusnya mengorak
langkah atau mencari jalan untuk mewujudkan perpaduan. Hal ini dikatakan demikian
kerana perpaduan banyak kepentingannya kepada negara.
❖ Memelihara Keharmonian Masyarakat
Oleh sebab negara kita terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, kerajaan
sentiasa berusaha untuk mewujudkan perpaduan. Sebagai contohnya, negara
kita sentiasa berada dalam keadaan aman dan harmoni kerana masyarakat
pelbagai kaum di negara kita saling membantu dalam pelbagai perkara ibarat
ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni.
❖ Mengukuhkan Jati Diri Masyarakat
Kita mampu menghadapi ancaman dari luar pada bila-bila masa. Dalam hal ini,
jika semua rakyat negara kita bersatu, kita akan dapat mempertahankan negara
kita daripada diancam oleh musuh bak kata pepatah, “bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh”. Sebagai contohnya, negara asing tidak akan dapat
menggugat keamanan negara kita, jika semua rakyat yang berbilang kaum di
negara kita bersatu padu.
❖ Pembangunan Negara Berkembang Pesat
Sejak negara kita mencapai kemerdekaan, negara kita telah berkembang pesat.
Kepesatan dalam pembangunan ini disebabkan rakyat negara kita yang
berbilang kaum hidup bersatu padu dan tolong-menolong bagai aur dengan
tebing. Perpaduan dalam kalangan masyarakat telah meningkatkan ekonomi
negara melalui aktiviti perniagaan dan sebagainya. Sebagai contohnya, rakyat
negara kita dapat menjalankan aktiviti perniagaan dan ekonomi tanpa sebarang
diskriminasi dari segi agama, keturunan atau kaum.
33
33
❖ Kemasukan Pelancong Asing Bertambah
Perpaduan yang terhasil dapat mewujudkan sebuah negara yang aman,
sejahtera dan bebas daripada huru-hara. Sebagai contohnya, pelancong datang
ke negara ini kerana mereka tertarik akan keharmonian yang terjalin antara
kaum di negara kita, di samping keadaan negara kita yang aman dan tenteram.
Pelancong asing akan berasa lebih selamat makan angin di negara kita
berbanding dengan negara yang sedang bergolak.
34
34
10.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, kebudayaan amatlah penting dalam kehidupan kita untuk
menvapai keharmonian dan perpaduan ni negara kita. Perpaduan dapat memberikan
pelbagai kebaikan atau manfaat kepada negara dan juga masyarakat. Oleh itu, adanya
kebudayaan di negara kita, tidak kita berlainan kaum, bangsa atau agama, kita
hendaklah memupuk dan pelihara budaya tardisi kita bagi memperoleh perpaduan
antara satu sama lain. Selain itu, dapat menjadi inspirasi kepada negara-negara yang
lain. Oleh itu, kerajaan seharusnya mepertingkatkan pelbagai langkah yang proaktif
untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di negara kita. Semua pihak perlu
menyedari kepentingan elemen perpaduankerana perpaduan merupakan tunjang
kejayaan dan kemajuan negara.
35
35
SUMBER RUJUKAN
• Siti Zulaikha (2021). E-folio- kebudayaan dan perpaduan. AnyFlip. Muat
turun dari https://online.anyflip.com/rzjaq/gxcc/mobile/index.html pada 8
November 2021.
• Nur Sarahusna (2020). Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat Malaysia.
Blogspot. Muat turun dari https://infobybadgeniusgirls.blogspot.com/ pada 8
November 2021.
• Wikipedia. Kuih Bulan. Wikipedia. Muat turun dari
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuih_bulan pada 9 November 2021.
• Soon Li Wei (2020). ‘Tuah’ Yee Sang pada tahun baru Cina. MalaysiaKini.
Muat turun dari https://www.malaysiakini.com/news/507849 pada 9
November 2021.
• Durgadevi (2016). Makanan Tradisional Kaum India. Blogspot. Muat turun
dari http://kebudayaankaumindia.blogspot.com/p/makanan-tradisional-kaum-
india-tosai.html pada 9 November.
• Yaya Azura (2021). 6 Makanan India di Malaysia yang patut cuba.
YayaAzura.com. Muat turun dari https://www.yayaazura.com/2021/07/6-
makanan-india-di-malaysia-yang-patut.html pada 9 November 2021.
• JomSinggah. Makanan dan Minuman Masyarakat Iban di Sarawak. Weebly.
Muat turun dari https://nyamaiamat.weebly.com/cakes.html pada 9 November
2021.
• Nur Munirah Mohd Mansor. Perpaduan dalam Kaum. Scribd. Muat turun dari
https://www.scribd.com/doc/59614970/Full-Assignment pada 9 November
2021.
36
36
• Nadiah Binti Abdullah (2010). Muzik Tradisional Malaysia. Blogspot.
http://alunanmustika.blogspot.com/ pada 9 November 2021.
• Namri Sidek (2019). 5 Jenis Alat Muzik Tradisional Orang Melayu. Iluminasi.
Muat turun dari https://iluminasi.com/bm/5-jenis-alat-muzik-tradisional-
orang-melayu.html pada 9 November 2021.
• Cheah Wei Chuen (2018). Alat-alat Muzik Tradisional. Blogspot. Muat turun
pada http://janecheahblogger.blogspot.com/p/alat-alat-muzik-tradisional.html
pada 9 November 2021.
• Wordpress. Muzik Tradisional Cina. Wordpress. Muat turun dari
https://sivikrujukan.wordpress.com/koleksi-video-4/muzik-tradisional/muzik-
tradisional-cina/ pada 11 November 2021.
• Nur Aqilah (2010). Jenis-jenis Tarian Masyarakat di Malaysia. Blogspot.
Muat turun dari http://tarianmalaysia29.blogspot.com/ pada 11 November
2021.
• Cikgu Izza (2012). Masyarakat India. Blogspot. Muat turun dari http://cikgu-
enn.blogspot.com/p/masyarakat-india_10.html pada 11 November 2021.
• Wordpress. Tarian Tradisional India. Wordpress. Muat turun dari
https://sivikrujukan.wordpress.com/koleksi-video-4/tarian-tradisional-2/tarian-
india/ pada 11 November 2021.
• Rina Suraya (2021). Pakaian Tradisional Mengikut kaun Utama di Malaysia.
CeriaSihat. Muat turun dari https://www.ceriasihat.com/pakaian-tradisional-
mengikut-kaum-utama-di-malaysia/ pada 13 November 2021.
• Rimbunan Ranting Sarawak. Pakaian Tradisioanal Iban. Muat turun dari
https://rimbunanrantingsarawak.weebly.com/mengenai-kami.html pada 13
November 2021.
37
37
• Nur Fadhilah (2009). Permainan Tradisioanal Kaum-Kaum di Malaysia.
Blogspot. Muat turun dari http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/
pada 15 November 2021.
• Sivik. Tanggungjawab Mengekalkan Kepelbagaian Warisan Budaya Malaysia.
Site. Muat turun dari
https://sites.google.com/site/sivikkenalibudayamalaysia/tanggungjawab-
mengekalkan-kepelbagaian-warisan-budaya-malaysia/kepentingan-
mengekalkan-kepelbagaian-budaya-malaysia pada 15 November 2021.
• Sepating Bungai (2014). Kepentingan Seni dan Kebudayaan Kepada
Masyarakat. Blogspot. Muat turun dari
http://kemayangambai.blogspot.com/2014/11/kepentingan-seni-dan-
kebudayaan-kepada.html pada 16 November 2021.
• Unknown (2018). Perpaduan Teras Kejayaan. Blogspot. Muat turun dari
http://1malaysiaunited.blogspot.com/2018/03/maksud-dan-kepentingan-
perpaduan.html pada 16 november 2021.
• Hariyaran Bhaskar. Kepentingan Perpaduan dalam Kalangan Masyarakat.
Scribd. Muat turun dari https://www.scribd.com/doc/155325714/Kepentingan-
Perpaduan-Dalam-Kalangan-Masyarakat pada 17 November 2021.
• Unknown (2020). Perpaduan di Malaysia. Blogspot. Muat turun dari
https://www.scribd.com/doc/155325714/Kepentingan-Perpaduan-Dalam-
Kalangan-Masyarakat pada 17 November 2021.
38
38
TERIMA
KASIH
39