The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khaidirmusa99, 2022-05-29 11:20:21

EFOLIO SAINS ISLAM

EFOLIO SAINS ISLAM

Keywords: efolio sains islam

MPU23052 SAINS ISLAM

PRINSIP DAN PERANAN ETIKA ISLAM
DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN

AHLI KUMPULAN
3

MUHAMMAD KHAIDIR BIN MUSA
(13DKM21F1057)



WAN NUR IMAN HAIKAL BIN WAN
MOKHTAR

(13DKM21F1049)



MUHAMMAD ZULFADHLI BIN
ZAKARIA

(13DKM21F1085)



MUHAMMAD HAFIZI BIN HAIRUDI
(13DKM21F1113)

1.PENDAHULUAN 4

2.ISI PERBINCANGAN

2.1 PRINSIP ETIKA ISLAM 5

2.2 PRINSIP ETIKA ISLAM DALAM SAINS 6
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

2.3 PERANAN PRINSIP ETIKA ISLAM 7

2.4 AMALAN TERBAIK ETKA ISLAM DALAM 8
SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

2.5 PERLAKSANAAN PRINSIP ETIKA ISLAM 9
DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN

4. KESIMPULAN 14

5. RUJUKAN 15

PENDAHU
LUAN

Etika merupakan satu bidang falsafah yang
membicarakan tentang tingkah laku manusia
dari aspek-aspek lahiriah dan batiniahnya dalam
hubungan dengan sains, etika adalah satu bidang

ilmu yang mengkaji soal kebaikan dan
keburukan dalam sains yang berhubung dengan

tatacara untuk mempraktiskan kebaikan dan
menolak keburukan dalam amalan dan

penggunaan sains dan teknologi.Islam telah
menyediakan panduan yang sempurna untuk
mengatur segala perlakuan manusia dalam apa
jua bidang kerjaya sepanjang zaman. Terdapat
konsep-konsep asas yang mampu membimbing

ahli sains dalam urusan peribadi dan
profesyennya.Etika ini penting sebagai panduan
kepada saintis dan teknorat dalam melakukan

kerja mereka.Sealin itu,meraka dapat
membataskan perkara-perkara yang boleh
dilakukan serta dapat memastikan penggunaan
teknologi secara berhemah.Oleh itu,telah wujud
pelaksanaan prinsip etika Islam dalam sains

teknologi dan kejuruteraan ini.

PRINSIP ETIKA ISLAM 2022

Etika

- Bermaksud tingkahlaku yang baik dan hidup

yng berbahagia

- Satu pakej panduaan mengurus sesuatu

perkara secara terbaik

Moral

- Berasal dari bahasa latin Moralitas

- Bermaksud tingkahlaku yang baik

- Konsep baik dan buruk ditentukan oleh

agama, budaya dan adat sesebuah Negara

Akhlak

- Berasal dari Bahasa Arab Khuluq

- Bermaksud tingkahlaku yang baik dan

menjadi amalan dalam kehidupan

- Konsep baik dan buruk ditentukan oleh

agama yang tetap

PRINSIP ETIKA ISLAM DALAM SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

1.Aqidah : Keyakinan dan keimanan kepada rukun
iman yang mengandungi enam perkara
o Prinsip ini menuntutkan suatu keyakinan yang
bersifat ghaib untuk memantau segala perbuataan
manusia.

2. Syariah : Peraturan dan ketetapan hokum
berdasarkan kepada Al Quran dan As-Sunnah
o Segala kerja yang melibatkan kajian sains,
teknologi dan kejuruteraan hendaklah menuruti
ketetapan yang ditunjukkan dalam Al-Quran dan
As-Sunnah.

3. Akhlak: Panduan tingkahlaku yang mulia
melbatkan manusia dengan Allah, manusia
sesama manusia dan manusia dengan alam
sekitarnya.
o Hubungan yang bersifat segitiga ini merupakan
asas penting bagi mewujudkan keseimbangan
yang terbaik.

PERANAN PRINSIP ETIKA ISLAM

1.Sebagai rujukan kepada saintis, teknokrat dalam
melakukan penyelidikan dan penghasilan perkara-

perkara yang baharu.



2.Membatas dan memantau perkara-perkara yang
boleh dilakukan oleh saintis, teknokrat dan jurutera
dalam penyelidikan masing-masing. Apa jua kerja yang
dilakukan hendakah selaras dengan roh dan maksud

syariat dan etika Islam.



3.Sains juga tidak terlepas dari syariat dan ketetapan
hukum yang isasi bagi memastikan kerja-kerja yang

dilakukan menepati kehendak syariat.



4.Menjaga kepentingan umum dari ketamakan dan
kerakusan para saintis, teknokrat dan jurutera yang

mengancam keselamatan manusia. Tiada istilah
matlamat menghalalkan cara.



5.Untuk melahirkan saintis, teknokrat dan jurutera
yang berdisiplin tinggi, berabad dan mengerti peranan

manusia sebagai khalifah di bumi.



6.Untuk menentukan dasar dalam aktiviti sains,
teknologi dan kejuruteraan agar benar pada matlamat,

operasi dan metodologi pelaksanaannya.

AMALAN TERBAIK ETKA ISLAM DALAM

SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN




Ø Menyakinkan bahawa rezeki datangnya daripada
Allah S.W.T. kita berussha ke tahap yang sepatutnya,

namun rezeki dan hasilnya datang daripada Allah
swt.

Ø Ikhlas dan niat yang baik untuk memberikan yang
terbaik kepada kepentingan manusia.

Ø Bersifat Ihsan. Keihsanan di sini merujuk kepada
keyakinan bahawa Allah swt akan memantau kerja
manusia. Bukan bos melihat kerja kita tetapi Allah

swt yang melihatnya.
Ø Itqan (ketekunan dan kompetensi) dalam
melakukan sesuatu hendaklah berasaskan kerja yang
berkualiti itu sebagai satu ibadat. Berikan yang

terbaik dan pasti terbaiklah pulangannya.
Ø Bermusyawarah dan bermuafakat dalam
menentukan yang paling terbaik untuk kepentingan
manusia. Tiada kepentingan individu dan bertujuan

naik pangkat.
Ø Mengekalkan keseimbangan, kesederhana dan

konsistensi dalam melaksanakan tugasan
Ø Membangunkan teknologi dan segala penemuan

yang canggih dan terkini yang memberi manfaat
kepada alam dan manusia.

Ø Menjauhi mafsadah atau kerosakkan dan
kehancuran kepada urusan manusia dan alam.

PERLAKSANAAN PRINSIP ETIKA ISLAM DALAM
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Menghasilkan penemuan sains, teknologi dan
kejuruteraan yang memberi manfaat kepada

keselesaan.



- Segala rekaan dan alat yang dihasilkan
hendaklah mengelakkan berlakunya kerosakan

akhlak manusia.
- Hasil rekaan yang dicetuskan bukan menjadi
sebab umat menjadi alpa daripada tugas sebagai

hamba.
- Ciptaan yang dibangunkan mampu
mengelakkan manusia daripada merosakkan alam.
- Keselesaan bukan tiket untuk para saintis,
teknokrat dan jurutera melakukan penyelidikan

sehingga menafikan maksud syariah

Menggunakan sains, teknologi dan
kejuruteraan yang memberikan nilai tambah

kepada peningkatan kualiti.



- Segala ciptaan dan rekaan bukan
semata-mata bertujuan komersil atau profit.

- Nilai-nilai kemanusiaan yang
mengutamakan matlamat hidup, kemampuan
manusia, mencari jalan yang dipermudahkan

dan mampu melonjak prestasi manusia
sebagai hamba Allah swt.

- Meningkatkan kualiti melalui
penggunaan nuclear bagi mengantikan tenaga

bahan api, pengawetan makanan dan
menghapuskan bakteria.

- Sebaliknya penghasilan ciptaan, rekaan
dan inovasi bukan untuk kepentingan peribadi

dan merosakan dunia.

Melakukan eksperimen dengan bijaksana
tanpa niat jahat.



- Eksperimen yang dilaksanakan
hendaklah berasakan kebijaksanaan yang
mengutamakan keprihatinan kepada nilai

manusia, flora dan fauna.
- Tiada istilah mengorbankan nilai
keinsanan dan kedamaian alam demi untuk
profit, kemahsyuran dan kepentingan diri.

- Kajian yang dbuat hendaklah
memikirkan implikasi yang bakal mengesani

kehidupan ekosistem manusia, flora dan
fauna.

- Pembedahan plastik untuk tujuan
manafikan ciptaan Allah swt dan mengubah

identiti adalah dilarang

Keperluaan mempertahankan dan memelihara agama,
bangsa dan Negara.



- Keperluan memelihara agama, bangsa dan Negara
sememangnya satu keutamaan. Namun nafsu

keperluan manusia tidak pernah cukup. Tidak dinafikan
perlunya kajian, ciptaan dan rekaan untuk

mempertahankan agama, bangsa dan Negara.
- Justeru itu, ukan sewenang-wenangnya tindakan
bersifat sains teknologi boeh menghalalkan sebarang

ciptaan, rekaan dan teknologi.
- Persenjataan dan kelengkapan ketenteraan amat

perlu suntikan inovasi dan teknologi. Namun buka
menjadi lesen untuk melakuan kerosakan.

Menghubungkan semua kegiatan dengan
alam metafizika.



- Para saintis, teknokrat dan jurutera
hendaklah menghubungkan segala kegiatan

mereka dengan alam metafizika. Elemen
ketuhanan dan mecari kebenaran merupakan

asas etika perlaksanaan mereka.
- Setiap aktivti penyelidikan dan
penemuan hendaklah berasaskan galakan
untuk meneroka khazanah alam bermaksud
berdasarkan etika Islam serta memburu

kebenaran wujudnya pencipta
- Dorongan ketuhanan dan mencari
hakikat serta kebenaran menjadi asas bagi
kegiatan penyelidikan para saintis, teknokrat

dan jurutera.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, etika Islam dalam Sains Teknologi dan
Kejuruteraan amat penting kepada setiap negara yang
semakin membangun ini kerana faktor pencerobohan
haram terhadap alam sekitar tidak akan kerap berlaku.
Jika seseorang individu itu tidak mempunyai etika Islam
misalnya saintis. Mereka akan berterusan membuat uji kaji
tanpa memikir akibat terhadap mangsa uji kaji mereka.
Selain itu, hal ini boleh dikatakan untuk seseorang individu
itu tidak bersikap taksub kerana setiap rezeki yang datang
itu daripada ALLAH SWT dan kita sebagai hambaNya
perlulah bersabar dan teruskan berdoa. Kerana apabila
sudah berusaha, pasti akan dapat ganjarannya.
Seterusnya, kita perlulah melakukan eksperimen dengan
bijaksana tanpa niat jahat. Penghasilan penemuan sains
teknologi dan kejuruteraan haruslah memberi manfaat
kepada keselesaan orang ramai. Segala rekaan dan alat
yang dihasilkan haruslah tidak berkonsep kearah
kerosakan akhlak individu lain. Disamping itu, janganlah
kita sebagai pereka, mereka peralatan yang melalaikan
sehingga membuat individu lain tidak menunaikan
kewajiban yang sedia ada. Rekaan yang dihasilkan perlulah
menunjukkan kesan positif untuk individu lain serta
kemajuan negara. Oleh itu, etika Islam dalam Sains
Teknologi dan Kejuruteraan perlu dititikberatkan agar
negara kita tak musnah alam flora dan fauna disebabkan
kerakusan para saintis.

RUJUKAN

http://dua2012dns2a.blogspot.com/

http://ustazadnandua2012.blogspot.
com/2016/03/etika-islam-dalam-
sains-teknologi-dan.html


Click to View FlipBook Version