The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SULTAN ABU BAKAR; BAPA PEMODENAN JOHOR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-68367813, 2021-04-20 19:05:28

JEA 1049- NURHIDAYAH BINTI HAKIM

SULTAN ABU BAKAR; BAPA PEMODENAN JOHOR

SULTAN ABU BAKAR:
BAPA PEMODENAN
JOHOR

DISEDIAKAN OLEH:
NUR HIDAYAH BINTI HAKIM ( 4 SAINS)
SMK TAMAN UNIVERSITI, JOHOR BAHRU

NAMA : NURHIDAYAH BINTI HAKIM
TINGKATAN : 4 SAINS
EMEL : [email protected]
SEKOLAH : SMK TAMAN UNIVERSITI,
JALAN PENDIDIKAN, TAMAN UNIVERSITI,
SKUDAI 81300, JOHOR BAHRU, JOHOR D.T

BIODATA SULTAN ABU BAKAR (1833-1895)

 Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim dilahirkan pada tahun 3 Februari 1833 di Teluk Belanga,
Singapura dan mangkat pada 4 Jun 1895 di London, England.

 Sultan Abu Bakar merupakan keturunan Temenggong dan dimahkotakan sebagai Sultan Johor semasa berkhidmat sebagai Temenggong
Johor setelah Temenggong Ibrahim meninggal dunia.

 Sultan Abu Bakar sebagai Temenggong Johor pada 1862 telah mengubah landskap kepimpinan Johor yang sebelum ini adalah daripada
keturunan sultan.

 Sultan Abu Bakar merupakan Sultan Johor yang ke-21, Sultan Pertama Moden Johor dan merupakan Maharaja pertama Johor pada tahun
1862 hingga 1895.

 Pada tahun 1868 gelaran Dato’ Temenggung Seri Maharaja Johor dipendekkan kepada gelaran Maharaja sesuai dengan pengiktirafan yang
diterima baginda di tahap antarabangsa

PENDIDIKAN MAHARAJA DAENG ABU BAKAR

• Baginda menghabiskan masa kecilnya di kampung ayahnya di Teluk Belanga. Baginda diajar oleh guru tempatan mengenai Islam dan adat
(Undang-undang Tradisional Melayu).

• Latar belakang pendidikan Sultan Abu Bakar bermula daripada sekolah Melayu Teluk Belanga, Academy Keasberry, Singapura.
• Sultan Abu Bakar telah menunjukkan sikap yang baik dan menonjol daripada awal usia lagi, bilamana guru mubaligh, memberikan tumpuan

kepada beliau dengan menggilap bakat dan mengembangkan potensi beliau dengan tingkah laku seorang lelaki Inggeris, dan
kemampuan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris selain daripada Bahasa Melayu.
• Mendapat pendedahan Pendidikan barat menjadi antara faktor pencetus minat baginda terhadap pentadbiran dan pemerintahan barat.

KERJAYA SULTAN ABU BAKAR

 Dibawah perjanjian British 1824 dan 1855, Johor telah ditadbir oleh Temenggong sebagai usaha British dalam
usaha mengambil alih Singapura pada tahun 1819. Temenggong Abu Bakar (1862) merupakan pemerintah
ketiga berdasarkan perjanjian tersebut.

 Gelaran Maharaja diberikan kepada Baginda pada 1868 oleh Kerajaan British.
 Perjanjian Anglo-Johor yang ditandatangani pada tahun 1885 dengan British mengukuhkan kedudukan

Maharaja Abu Bakar dan masa depan Baginda sebagai pemegang takhta Johor dan diiktiraf sebagai Sultan
Johor.
 Baginda merupakan pemimpin yang berpengaruh pada masa tersebut disamping Baginda Berjaya
mengekalkan kemerdekaan Johor dengan merangsang dan membangunkan ekonomi dengan baik meskipun
negara sekitar Asia Tenggara dijajah Empayar Eropah.

KERJAYA SULTAN ABU BAKAR

 Dengan kerjasama Menteri Besar Johor yang pertama, Dato’ Jaafar Muhammad. Pelbagai agensi telah ditubuhkan untuk
menambahbaik sistem pentadbiran negeri pada ketika itu. Antara agensi tersebut ialah Perbendaharaan, Pasukan Polis, Jabatan
Tanah dan Ukur, Kerja Raya, Jabatan Maritim, Johor Arsenal, Jabatan Perubatan, Jabatan Pos dan Pendidikan.

 Maharaja Abu Bakar, sultan yang berdaya saing dan berketrampilan. Baginda merupakan seorang yang bijak dan banyak
mempromosikan perdagangan, pelaburan, dan pertanian di negeri pemerintahannya, Johor.

 Perladangan gambir dan lada mendapat perhatian khusus baginda sebagai sumber memajukan ekonomi dengan membawa
masuk petani Cina dan buruh Jawa ke negeri Johor.

 Sepanjang kerjaya Sultan Abu bakar, Baginda menjalin hubungan diplomatik bersama pelbagai negara Barat mahupun
Timur sebagai usaha memajukan ekonomi dan juga pentadbiran baginda.

 Namun begitu, dalam aspek pemerintahan. Sultan Johor lebih memandang kepada Barat sebagai usaha memodenkan
pentadbiran negeri Johor.

SUMBANGAN SULTAN ABU BAKAR DALAM PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN
JOHOR

 Menukar nama Iskandar Puteri kepada Johor Bahru
 Sultan pertama mendapat gelaran Maharaja daripada Pemerintah British atas ketokohan dan kepimpinan dalam mentadbir negeri.

 Mereka semula bendera negeri Johor dan Royal Standard 1870;
 Penubuhan Angkatan Tentera Johor (Johor Military Force); tentera pertama di Tanah Melayu yangmempunyai pakaian seragam sendiri,

mendapat Latihan ketenteraan sebenar dan menggunakan senjata api.

 Pengisytiharan Perlembagaan Negeri Johor, menjadikan Johor negeri Melayu pertama mempunyai satu set undang-undang yang formal
dan bertulis pada tahun 1895.

 Pada tahun 1883, Jabatan Pendidikan ditubuhkan untuk mengembangkan pendidikan anak-anak Melayu di Johor.

 Beliau juga merupakan yang pertama di negara ini memperkenalkan darjah kebesaran negeri seperti Darjah Kerabat (Darjah Kerabat
Diraja Johor) dan Darjah Mahkota Johor (Darjah Mahkota Johor).

SUMBANGAN SULTAN ABU BAKAR DALAM PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN
JOHOR

• Baginda memperluas sistem kangchu yang dipelopori oleh Daeng Ibrahim.
• Baginda dan kapitan Cina di Johor berusaha mengasimilasikan pengusaha cina yang bukan berasal Teochew akibat persaingan kepentingan

komersial pada tahun 1860 an

• Baginda membuat semakan terhadap Kod Islam Johor pada tahun 1863.

• Menubuhkan undang- undang tubuh kerajaan Johor yang mengandungi 64 fasal. Perkara ini menjadikan Johor ialah negeri Melayu pertama
yang mengamalkan sistem raja berpelembagaan dan mempunyai unsur demokratik. Antara kandungan undang-undang tubuh kerajaan Johor
ialah kerajaan Johor tidak boleh diserahkan kepada mana-mana kuasa asing oleh sultan, menteri-menteri dan jemaah pangkuan kerajaan.
Selain itu, jemaah menteri mestilah berbangsa melayu, rakyat johor dan beragama islam. Di samping itu, ahli majlis mesyuarat hendaklah
terdiri daripada rakyat johor. Selanjutnya, agama Islam sebagai agama rasmi Johor. Akhir sekali, kerajaan Johor hendaklah mengekalkan
hubungan baik dengan kerajaan lain, terutamanya British.

SUMBANGAN SULTAN ABU BAKAR DALAM PEMERINTAHAN &
PENTADBIRAN JOHOR

 Dalam konteks adat dan budaya, Baju Kurung Telok Belanga diangkat sebagai pakaian kebangsaan negeri Johor.
 Pemakaian mahkota juga diperkenalkan oleh Baginda sebagai pakaian pertabalan menggantikan tengkolok dan tanjak

sebagai pakaian pertabalan yang diamalkan oleh Raja-raja Melayu terdahulu.

NILAI-NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG

 Antara nilai kepimpinan yang boleh dicontohi oleh generasi sekarang ialah kebijaksanaan dalam mengatur strategi. Hal ini
dikatakan demikian kerana Sultan Abu Bakar bijak dalam mengatur langkah dan strategi supaya pentadbiran dan keadaan negeri
sentiasa tersusun dan aman. Penubuhan Undang-undang tubuh negeri Johor sebagai contoh ditubuhkan bagi mengekang
kemasukan kuasa asing dalam urusan pentadbiran negeri Johor.

 Hubungan baik dan kerjasama erat dengan pelbagai pihak dan negara merupakan antara faktor kejayaan dalam mentadbir sebuah
kerajaan . Sebagai contoh, Sultan Abu Bakar menjalinkan hubungan baik dengan Ratu Victoria. Ikatan persahabatan yan erat ini
memainkan peranan yang penting dalan membina hubungan antara Johor dan Britain. Di samping menjamin agar negeri Johor
tidak dijajah oleh British.

 Nilai kepimpinan seterusnya ialah berpandangan jauh. Sebagai contoh, Sultan Abu Bakar menjalin kerjasama erat dan
menandatangani perjanjian Anglo – Johor 1885, untuk mengukuhkan kuasa beliau sebagai sultan bagi negeri Johor.

NILAI-NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG

 Pemimpin yang berkebolehan merupakan pemimpin yang sanggu dan berani mengambil risiko. Sultan Abu Bakar menunjukkan ciri
tersebut dengan menubuhkan pelbagai agensi dibawah pemerintahan kerajaan negeri untuk melancarkan pemerintahan pada masa tersebut.
Selain itu, baginda juga membuka peluang untuk pendatang asing masuk ke Johor untuk memajukan ekonomi Johor meskipun risiko
kewujudan kongsi gelap dan sebagainya.

 Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap adil dan bersikap terbuka. Sebagai contoh, Sultan Abu Bakar memberikan peluang kepada
orang cina untuk melibatkan diri dalam pentadbiran dan kegiatan pertanian. Hal ini memberi ruang kepelbagaian dalam merancakkan
perkembangan ekonomi pada masa tersebut.

PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA

 The Prince of Gold Medal (1876);
 Grand Kommander of The Orders of Kalakaua Hawaii I (1881);
 Franz Joseph of Austria (1893);
 The Order of The Crown of Prussia 1st Class (1880);
 The Imperial Orders of Osmans (Nishan I-osmanieh) Special Class In Brilliants of Turkey (1893);
 The Imperial Order of Double Dragon 1st Class of China (1894);
 Commander of The Order Of The Crown of Italy (1891); Dan
 The Ducal Saxe-ernestine House Order

PENUTUP / KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, Sultan Abu Bakar merupakan salah seorang pemimpin yang berwibawa. Perkara ini dapat dibuktikan melalui sumbangannya
terhadap negeri Johor. Pelbagai sumbangan Sultan Abu Bakar merangkumi aspek pentadbiran, ketenteraan, ekonomi, pendidikan dan juga
budaya. Sumbangan Sultan Abu Bakar yang telah mencorak pentadbiran negeri Johor pada hari ini. Bermula dari negeri Johor yang setaraf
dengan negeri Tanah Melayu yang lain, Sultan Abu Bakar telah berjaya mengubah landskap negeri Johor kepada antara negeri yang di kenali
di peringkat antarabangsa. Sumbangan Sultan johor juga tidak hanya dinikmati oleh rakyat negeri Johor semata-mata, tetapi juga negeri-negeri
Tanah Melayu yang lain. Sebagai kesimpulannya, generasi muda harus meneladani nilai-nilai kepimpinan baginda. Agar kita juga berjaya
melakar negeri Johor yang lebih maju dan terkehadapan pada masa akan datang

LAMPIRAN

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor Masjid Sultan Abu Bakar, dibina pada 1900 sebagai Istana Abu Bakar diinspirasikan daripada Istana
titah perintah Sultan Abu Bakar untuk menubuhkan Windsor sebagai hubungan rapat baginda bersama

masjid tersebut pada 1892 Ratu Victoria

LAMPIRAN

Baju kurung telok belanga Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johor Military Landasan kereta api kayu pertama negeri Johor (1869-1874)
dinobatkan sebagai pakaian Force) ditubuhkan pada 1886.

kebangsaan negeri Johor

LAMPIRAN

Pemakaian mahkota sempena hari kemahkotaan Sistem Kangchu untuk Muzium Abu Bakar yang dinaiktaraf daripada Istana Abu
Sultan Ibrahim, sebagaimana yang diperkenalkan meningkatkan sector Bakar menjadi tumpuan pelancong ke Johor Bahru
perladangan lada dan
oleh Sultan Abu Bakar
gambir

SUMBER RUJUKAN

 Abu Bakar: Sultan of Johore; https//www.Britannica.com/biography/Abu Bakar
 Al-Marhum Sultan Abu Bakar, Bapa Johor Moden; https//www. Putera Lapis Mahang: Malaysia Tanah Air Ku: M 022 Sultan Johor 1:

Almarhum Sultan Abu Bakar Bapa Johor Modern.
 History of Johor Sultanate; https//History of the Johor Sultanate | Laman Web Rasmi Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor.
 Johor dalam pelbagai perspektif. http://eprints.utm.my/id/eprint/sejarahjohordalampelbagai perspektif.


Click to View FlipBook Version