2023 PROFAIL SYARIKAT [FIA CONCEPT EMPIRES] ( 202303204143 ) INSTITUT KEMAHIRAN MARA ALOR SETAR LRG TRUS , OFF JLN KOTA TANAH 05050 ALOR SETAR KEDAH 018-4734657/013-5130797 Fiakitchen797 @gmail.com https://www.facebook.com/Fiaconcept
FIA CONCEPT EMPIRES Muka Surat : 1/11
FIA CONCEPT EMPIRES Muka Surat : 2/11 PENDAHULUAN Kerjaya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan sememangnya penuh cabaran tetapi menjanjikan pulangan yang lumayan bagi mereka yang bersabar dan bekerja keras. Namun begitu, peluang perniagaan tidak mudah dikenal pasti dan hanya individu yang mempunyai sifat dan ciri-ciri keusahawanan sebenar dapat menghidu peluang tersebut. Pada masa yang sama mereka berupaya memberi penumpuan dan menjana daya pemikiran berterusan dalam bidang yang diceburi. Mereka sentiasa mengkaji senario dan masalah-masalah semasa, kehendak pengguna, kemahiran individu dan kumpulan, produk atau servis dari pesaing, keperluan pasaran dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, mereka akan bertambah yakin , lebih kompetitif, bersemangat dan merangka strategi yang sesuai untuk merebut peluang-peluang yang ditawarkan. Bidang perabot adalah satu bidang yang sangat mencabar. Hal ini kerana, setiap orang mempunyai pandangan dan keinginan yang berbeza terhadap reka bentuk perabot dan sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Namun begitu, cabaran-cabaran inilah menjadikan sektor perabot ini lebih menarik. Perniagaan dalam bidang perabot menjadi pilihan kerana peluang dalam bidang ini sangat luas. Hal ini kerana, sektor pembangunan seperti perumahan kini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Ini menyebabkan sektor perabot menjadi sibuk kerana permintaan semakin meningkat. Menceburi bidang keusahawanan di usia muda bukan lah satu perkara yang mudah. Kerana saingan adalah dari mereka yang berpengalaman dalam bidang keusahawanan ini. Tapi itu bukanlah satu alasan untuk anak muda menceburi bidang ini. Kesabaran dan kerja keras adalah penentu sama ada mampu atau tidak untuk menceburi bidang ini.
FIA CONCEPT EMPIRES Muka Surat : 3/11 PENGENALAN FIA CONCEPT EMPIRES telah ditubuhkan pada 09 OGOS 2023 dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera dengan milikan tunggal. Beralamat di Institut Kemahiran Mara Lrg Terus, Off Jalan Kota Tanah , 05050 Alor Setar . Syarikat ini ditubuhkan dibawah program teknousahawan oleh MARA di bawah seliaan KBNET. Kursus yang mengambil masa 2 tahun ini bertujuan untuk melahirkan usahawan peringkat antarabangsa sambil dibantu oleh KBNET. Kami menjalankan perniagaan membuat, menjual, memasang, menyelenggara, dan membaik pulih pelbagai jenis perabot. Selain itu, kami juga membuat, menjual, membekal aksesori perabot. Disamping itu, kami juga menyediakan khidmat dekorasi hiasan dalaman perabot dan kerja-kerja kimpalan besi.
FIA CONCEPT EMPIRES Muka Surat : 4/11 VISI SYARIKAT FIA CONCEPT EMPIRES akan menjadi sebuah syarikat yang menguasai pasaran dan menjadi antara syarikat terbesar di Kota Setar dan dikenali di seluruh Kedah dan melebarkan sebuah syarikat yang berjaya di peringkat yang lebih dalam pembuatan perabot MISI SYARIKAT FIA CONCEPT EMPIRES berusaha mengembeleng tenaga dalam pelbagai sumber dan beriltizam untuk mencapai misi dengan:- • Menghasilkan produk yang berdaya saing dengan produk di pasaran tempatan dan antarabangsa. • Membantu usawahan yang lain yang memerlukan bantuan dan menjadi role model kepada syarikat lain. • Sentiasa memuaskan hati pelanggan dari segi produk dan layanan. • Mengamalkan semangat kerja berpasukan yang beramanah,profesional dan produktif. • Berazam memberikan pulangan dan imbuhan yang tinggi kepada setiap kakitangan setanding atau melebihi tahap pasaran. • Menggunakan teknologi dan sistem terkini untuk menguruskan dan melaksanakan projek yang berkualiti.
FIA CONCEPT EMPIRES Muka Surat : 5/11 URUS NIAGA I. Menyediakan perkhidmatan seperti : a) Baik pulih kabinet b) Tempahan khas kabinet seperti : • Kabinet dapur • Almari baju • Kabinet tv • Pembahagi ruang • Dan lain – lain kabinet c) Tempahan khas hiasan dalaman seperti : • Wainscoting • SPC / vinyl
FIA CONCEPT EMPIRES Muka Surat : 6/11
FIA CONCEPT EMPIRES Muka Surat : 7/11 LATAR BELAKANG PEMILIK
FIA CONCEPT EMPIRES Muka Surat : 8/11 CARTA ORGANISASI
FIA CONCEPT EMPIRES Muka Surat : 9/11 KETERANGAN PERIBADI KAKITANGAN 1) Jawatan : Penasihat Syarikat Nama : Huzaireen Bin Hasan Asri Umur : 41 tahun Warganegara : Malaysia Taraf pendidikan : Diploma Pengalaman kerja : 18 tahun sebagai guru dalam bidang pembuatan perabot. Tugas - tugas : Memantau prestasi syarikat dari masa ke semasa dan memberi konsultasi mengenai hala tuju syarikat 2) jawatan : Pengurus Besar Nama : Izzauddin Bin Ibrahim Umur : 27 tahun Warganegara : Malaysia Taraf pendidikan : Diploma Pengalaman kerja : 8 tahun dalam industri Contruction Tugas-tugas : Penyelia Tapak
FIA CONCEPT EMPIRES Muka Surat : 10/11 PENUTUP Kelulusan tender/projek dari pihak yang berkenaan akan menambahkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dan secara langsung menyumbang kepada pendapatan pekerja tempatan. Dasar kerajaan untuk melahirkan usahawan yang berdaya maju akan tercapai jika lebih ramai usahawan tempatan diberi peluang menunjukkan keupayaan dan prestasi masing-masing dan secara langsung ini dapat membantu kerajaan didalam mencapai cita-cita tersebut. FIA CONCEPT EMPIRES merupakan sebuah syarikat yang baru bergiat dalam bidang perkhidmatan dan membekal, justeru itu syarikat ini akan berusaha dengan gigih bagi menjayakan setiap projek/tender yang diluluskan bagi menjamin kredibiliti dan akuntabiliti syarikat. Dengan penuh harapan pihak kami berharap syarikat ini diberi kepercayaan dan dipersetujui oleh mana-mana pihak yang berkenaan untuk meneruskan projek/tender yang diberi. Berdasarkan perkara di atas, pihak kami amat mengharapkan kerjasama yang sewajarnya dari pelbagai pihak yang telibat bersama-sama dengan perniagaan ini untuk bergading bahu bagi merealisasikan setiap perancangan yang telah ditetapkan demi kepentingan semua. Memandangkan usaha murni tersebut dapat membantu melahirkan idea proaktif yang sama-sama menjurus ke arah melaksanakan program-program yang sehaluan dengan hasrat dan wawasan kerajaan.
FIA CONCEPT EMPIRES Muka Surat : 11/11