INSTITUSI YANG BERKAITAN
DENGAN JENAYAH
Cikgu Kalpana
SK Majidi Bahru
JENIS-JENIS INSTITUSI
a. Polis Di-Raja Malaysia
b. Jabatan Penjara Malaysia
c. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
POLIS DI-RAJA MALAYSIA
Organisasi PDRM
1.1 Jabatan Pengurusan
1.2 Jabatan Siasatan Jenayah
1.3 Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
1.4 Jabatan Keselamatan Dalam Negeri &
Ketenteraman Awam
1.4.1 Pasukan Anti-Pengganas
1.4.1.1 Pasukan Gerakan Khas (PGK)
1.4.1.2 Unit Gempur Marin (Ungerin)
1.4.2 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP/FRU)
Organisasi PDRM
1.4.3 Unit Implimentasi C4-i
1.4.4 Unit Berkuda
1.4.5 Cawangan Trafik
1.4.6 Pasukan Gerakan Marin
1.4.7 Pusat Kawalan Malaysia
1.4.8 Unit Udara PDRM
1.5 Cawangan Khas
1.6 Pasukan Petugas Khas
Peranan & Tugas PDRM
❑ Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebuah pasukan
polis Malaysia yang terdiri daripada 111,450 orang pegawai
dan anggota, dan beribu pejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit
Aman, Kuala Lumpur. Pasukan berseragam ini adalah unik
disebabkan berbanding dengan negara lain, pertubuhan ini
adalah terpusat, iaitu segala bentuk kepolisan dari polis
tugas am (General Duties) ke perisikan adalah di bawah
bidang kuasanya. Kini Ketua Polis Negara (jawatan
tertinggi di PDRM) disandang oleh Tan Sri Abdul Hamid
Bador dan Timbalan Ketua Polis Negara pula disandang
oleh Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.
Peranan & Tugas PDRM
❑ Dalam menjaga keamanan awam, PDRM dibantu oleh
kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis
Tambahan, Sukarelawan Simpanan Polis, Polis Bantuan,
Kadet Polis dan kakitangan awam. Antara persatuan bekas
polis dan tentera yang ada ialah Persatuan Bekas Polis
dan Tentera Malaysia.
❑ Rakan Cop merupakan program komuniti polis yang telah
dilancarkan pada 2006. PDRM turut mengadakan
kerjasama dengan pasukan polis diseluruh negara
termasuk empat jiran terdekatnya iaitu Kepolisian Negara
Republik Indonesia, Polis Diraja Thailand, Polis Diraja
Brunei, Pasukan Polis Singapura, Polis Kebangsaan
Filipina, dan Keselamatan Awam Rakyat Vietnam.
Peranan & Tugas PDRM
❑ Di Malaysia, pencegahan jenayah sememangnya telah termaktub di
bawah peranan dan fungsi pasukan polis. Ini dinyatakan di dalam
Seksyen 3(3) Akta Polis 1967, iaitu Pengesanan dan Pencegahan
jenayah.
❑ Peranan tersebut boleh dilaksanakan di dalam dua pendekatan;
iaitu pendekatan reaktif dan proaktif.
➢ Pendekatan reaktif merupakan tindakan diambil selepas jenayah
berlaku. Tindakan reaktif termasuk penyiasatan, tangkapan,
pendakwaan dan operasi-operasi khas bagi menjejak
penjenayah serta bentuk hukuman dan pemulihan yang
dikenakan ke atas penjenayah/ banduan.
➢ Pendekatan proaktif pula adalah tindakan yang dibuat sebelum
jenayah dilakukan. Program pengawasan komuniti terletak di
dalam kategori pendekatan proaktif
Peranan & Tugas PDRM
Tugas PDRM adalah menjaga ketenteraman awam pada setiap masa.
Adik-adik mungkin selalu terserempak anggota-anggota polis di mana-
mana sahaja seperti di kawasan perumahan adik-adik, di pusat
membeli belah dan sebagainya. Mereka berada di situ demi menjaga
keselamatan adik-adik, serta masyarakat yang lain daripada
keganasan individu-individu tertentu. Mereka mengorbankan masa
serta nyawa demi negara tercinta. Jadi, tidakkah adik-adik prihatin?
Ya, seharusnya adik-adik bersyukur kerana dengan kehadiran
anggota-anggota polis inilah adik-adik selamat untuk menikmati
keamanan dan keharmonian negara.
JABATAN PENJARA
MALAYSIA
Organisasi Jabatan
Penjara Malaysia
❑Organisasi Jabatan Penjara Malaysia
dibahagikan kepada dua sektor iaitu bahagian
Keselamatan & Koreksional dan Pengurusan.
❑Kedua-dua bahagian ini diketuai oleh
Komisioner Penjara.
❑Setiap sektor mempunyai bahagian-bahagian di
mana ia berfungsi melancarkan perjalanan
keseluruhan jabatan penjara yang diketuai oleh
Komisioner Jeneral Penjara di Malaysia.
Institusi Penjara
❑ Penjara
❑Pusat Jagaan Kanak-kanak Staf Penjara
Malaysia
❑Tempat Tahanan Perlindungan
❑Pusat Pemulihan Akhlak
❑Sekolah Henry Gurney
❑Pusat Latihan Jabatan Penjara Malaysia
❑Kem Pemasyarakatan Banduan
❑Rumah Perantaraan
Keselamatan dan
Koreksional
❑Di bawah Keselamatan Dan Koreksional
terdapat beberapa Pengarah Bahagian yang
menjaga seluruh unit Jabatan Penjara Malaysia
di seluruh Malaysia iaitu Keselamatan dan
Inteligen, Pengurusan banduan, Parol
Perkhidmatan Dan Komuniti dan Pemindahan
Banduan.
Peranan Keselamatan
dan Koreksional
❑ Menyelaras dan memastikan pentadbiran
keselamatan penjara
❑ Menyelaras segala aktiviti/ aspek pengurusan
pesalah-pesalah (prisoner management)
❑ Menjamin "dynamic security"
❑ Menjalankan risikan dan siasatan
❑ Menyelia Unit Khas Keselamatan Penjara
❑ Unit Kawalan dan Pencegahan
❑ Terup Tindakan Cepat (TTC)
❑ Menapis segala informasi berperingkat untuk
kegunaan dalaman dan luaran
SURUHANJAYA
PENCEGAHAN RASUAH
MALAYSIA
Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali
sebagai Badan Pencegah Rasuah, atau
singkatannya BPR ialah sebuah pertubuhan
kerajaan Malaysia yang mula beroperasi pada 1
Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh.
Peranan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia
❑Peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia diperuntukkan di bawah Seksyen 7
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) 2009 iaitu:
• Menerima dan menimbangkan apa-apa aduan
tentang pelakuan kesalahan di bawah Akta ini dan
menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang
difikirkan praktik oleh Ketua Pesuruhjaya atau
pegawai-pegawai itu;
Peranan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia
• Mengesan dan menyiasat -
➢ Apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini;
➢ Apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan
apa-apa kesalahan dibawah Akta ini; dan
➢ Apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-
apa kesalahan di bawah Akta ini;
Peranan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia
❑ Meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam untuk
memudahkan penemuan kesalahan di bawah Akta ini dan untuk
menghasilkan kajian semula amalan, sistem atau tatacara itu yang
pada pendapat Ketua Pesuruhjaya mungkin membawa kepada
rasuah; Mengarahkan, menasihati dan membantu mana-mana
orang, atas permintaan orang itu, tentang cara-cara bagaimana
rasuah dapat dihapuskan oleh orang itu; Menasihati ketua badan-
badan awam tentang apa-apa perubahan dalam amalan, sistem
atau tatacara yang sesuai dengan penunaian berkesan kewajipan-
kewajipan badan-badan awam itu sebagaimana yang difikirkan
perlu oleh Ketua Pesuruhjaya untuk mengurangkan kemungkinan
berlakunya rasuah; Mendidik orang ramai untuk menentang rasuah;
dan Mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam
memerangi rasuah
Peringkat Ibu Pejabat SPRM
1. Bahagian Siasatan
2. Bahagian Perisikan
3. Bahagian Keselamatan
4. Bahagian Pendidikan Masyarakat
5. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am
6. Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan
7. Bahagian Perundangan dan Pendakwaan
8. Bahagian Dasar, Penyelidikan dan Perancangan
9. Bahagian Keutuhan Pengurusan
10. Bahagian Kecemerlangan Profesionalisme
11. Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat
12. Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia
Cikgu Kalpana
Guru Bimbingan & Kaunseling SK Majidi Bahru
SEKIAN
TERIMA KASIH