KURIKULUM TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
KETAHANAN DIRI
DAN KEBUDAYAAN
IKHTIAR HIDUP
SK Majidi Bahru
Kepentingan Ilmu Ikhtiar
Hidup
❑ Kemahiran dan ilmu ikhtiar hidup amat penting dipelajari oleh setiap
individu kerana situasi kecemasan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja
tanpa mengira waktu. Pendidikan Ikhtiar Hidup diertikan sebagai usaha
yang dilakukan oleh seseorang supaya mereka boleh terus hidup. Ilmu
ikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan
untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan
berbuat demikian.
❑ Situasi-situasi cemas yang sering berlaku kepada seseorang individu ialah
tersesat dalam hutan dan terselamat dalam nahas udara atau laut. Dalam
keadaan kecemasan ini, situasi yang dialami oleh mangsa ialah kelaparan,
kehausan, kesakitan, kesejukan dan kepanasan dan ketakutan. Oleh yang
demikian, mangsa perlulah memikirkan apakah tindakan yang wajar
dilakukan ketika menghadapi sutuasi ini.
❑ Sekiranya seseorang itu mengetahui asas ilmu ikhtiar hidup yang dipelajari,
memungkinkan mereka dapat bertahan lebih lama dan terus hidup sebelum
menemui jalan keluar dari situasi tersebut atau diselamatkan oleh anggota
keselamatan. Ilmu asas ikhtiar hidup yang perlu dipelajari ialah kaedah
mengenalpasti tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang selamat dimakan
dan kaedah untuk membuat jerat atau perangkap (menangkap ayam hutan,
burung, kancil, dan sebagainya.
❑Ikhtiar hidup (Definisi) - adalah kemampuan seseorang
menghadapi sesuatu keadaan kesukaran hidup seperti
tersesat di dalam hutan, kesusahan hidup, kesakitan akibat
kecederaan dan sebagainya.
❑Tumbuhan yang selamat untuk dimakan.
a. Nanas
b. Rotan
c. Pisang
d. Kelapa
e. Pucuk paku
f. Kelapa sawit
g. Rebung
h. Sagu
i. Cendawan putih
j. Salak
❑ Haiwan yang selamat untuk dimakan
a. Burung
b. Kijang
c. Anai-anai
d. Siput
e. Cengkerik
f. Kerang
g. Kancil
h. Ulat kayu
i. Rusa
j. Landak
❑Cara mengetahui tumbuhan yang selamat untuk dimakan:
a. Tumbuhan tersebut dimakan oleh haiwan.
b. Rasa terlebih dahulu tumbuhan tersebut sebelum makan
❑Tempat tidur yang selamat jika tersesat di hutan
a. Dalam gua
b. Bawah pokok
c. Atas pokok
d. Tempat yang tinggi (atas bukit)
❑Alat yang boleh digunakan untuk berburu dalam
hutan:
a. Pancing
b. Lastik
c. Lembing
d. Panah
❑Akibat tidak mempraktikkan ikhtiar hidup
a. Mati kelaparan sewaktu tersesat.
b. Kesejukan
c. Makan bahan beracun
Kaedah
Menghidupkan
Api
❑ Api merupakan elemen penting dalam ikhtiar hidup. Api amat berguna
untuk memasak, sebagai pembekal haba ketika kesejukan, sebagai
sumber cahaya ketika kegelapan dan sebagai alat untuk menakutkan
haiwan. Api amat sukar dihidupkan sekiranya kita tidak mengetahui cara-
cara untuk menyediakannya.
❑ Langkah pertama ialah sediakan bahan-bahan untuk pembakaran seperti
mancis, ranting kayu, daun-daun kering, rumput kering dan kayu api.
Kemudian, sediakan umpan yang terdiri daripada rumput-rumput dan
daun-daun kering yang diramas supaya lebih lembur dan mudah
dinyalakan. Bakar umpan tersebut dengan menggunakan mancis.
Kemudian letakkan bahan-bahan yang mudah bakar terlebih dahulu
seperti rumput, daun kering dan ranting-ranting kayu kecil ke atas nyalaan
api pada umpan. Seterusnya susun ranting-ranting kayu yang bersaiz
besar sedikit untuk membesarkan nyalaan api. Dan yang terakhir, susun
kayu yang bersaiz besar mengikut saiz nyalaan api yang anda perlukan.
Beberapa cara menghidupkan api cara kuno dapat
dibuat dengan menggunakan kaedah berikut:
(i) Geselan buluh dengan buluh
Buluh yang digunakan adalah buluh yang betul-betul kering .Jika perlu dijemur hingga
kering. Buluh yang pertama dibelah sebesar 2 cm. Dipotong melintang sedikit sahaja
ditengah-tengahnya seperti lurah. Disebelah dalam buluh itu ditebuk sedikit supaya
buluh itu mudah mendapatkan api apabila digeserkan. Ditempat itu juga akan diletakkan
rabuk untuk menangkap api yang telah terhasil dari geseran buluh. Sebatang lagi buluh
lagi yang sama besarnya dibuat bagi tujuan pengepit rabuk dan dicantumkan kedua-dua
bahagian dalam buluh yang pertama tadi. Kemudian ambil sebatang buluh lagi yang
lebih kurang sama besarnya ditajamkan sebelahnya sahaja seperti mata parang. Cara
untuk mendapatkan api dilakukan dengan mengesel bahagian buluh yang tajam pada
buluh yang telah dicantumkan tadi. Pada permulaan buluh digeselkan dengan perlahan-
lahan dan dipercepatkan setelah mendapat tekniknya. Buluh yang menjadi panas akan
mengeluarkan api. Api itu kemudian akan ditangkap oleh rabok yang telah diletakkan,
cara untuk mengetahui bahawa buluh itu telah menangkap api ialah apabila asap telah
keluar daripada geseran.
Beberapa cara menghidupkan api cara kuno dapat
dibuat dengan menggunakan kaedah berikut:
(ii) Gobek Api
Selain dari cara yang diterangkan di atas,penggunaan gobek api boleh juga
menghasilkan api.Cara membuatnya dengan mencari teras kayu yang keras seperti
cengal,meranti dan sebagainya.Tebuk satu lubang gobek yang dalamnya lebih kurang 3
cm, besar lubang sebesar anak jari kemudian cari kayu yang keras juga untuk dijadikan
anak gobek. Besar anak gobek yang hendak dibuat adalah semuat dengan lubang
gobek tadi, dihujung anak gobek diraut sedikit kemudian dililit dengan benang dan
disapukan dengan lemak binatang, tujuannya untuk mengetatkan lubang tersebut,
dihujung batang anak gobek tadi juga dibuat sedikit lubang untuk diletakkan rabok.
Setelah persiapan dibuat masukkan anak gobek dimulut lubang gobek dan pukul
dengan cara mengejut (menggunakan tapak tangan) dengan cara mengejut juga anak
gobek ditarik keluar, cepat lihat, api akan terhasil dirabok pada hujung gobek.
Beberapa cara menghidupkan api cara kuno dapat
dibuat dengan menggunakan kaedah berikut:
(iii) Pembalik cahaya
Untuk mendapatkan api menggunakan cara ini ialah dengan memasukkan rabok pada
tengah pemancar lampu suloh, kemudian pancarkan ke matahari. Bentuk pancaran
matahari ke rabok akan menjadikan satu titik halus yang bersilau.Tunggu dalam
beberapa saat.Api akan terhasil apabila pancaran matahari tersebut cukup panas dan
terus membakar.
Kemahiran
Membuat
Masakan Ala
Rimba Tanpa
Alat
❑ Dalam konteks ikhtiar hidup kemahiran membuat masakan
ala rimba tanpa alat amat perlu dipelajari dan dipraktikan
oleh semua orang. Tanpa sebarang pengetahuan tentang
ilmu hutan, tentulah amat sukar bagi kita untuk memasak
tanpa dapur dan peralatan lain, Namun pengetahuan
tentang ilmu hutan telah membuktikan persekitaran luar
mempunyai banyak bahan untuk menggantikan perlatan
harian. Antara bahan yang boleh digunakan untuk memasak
ialah daun pisang, buluh, ubi kentang, tanah liat, ubi keledek
dan berbagai bahan lain.
(i) Memasak Nasi Menggunakan Buluh
Ruas buluh boleh digunakan untuk memasak nasi. Teknik
yang digunakan sama seperti memasak lemang. Seruas buluh
dipotong dan dibersihkan. Ambil daun pisang muda dan
gulungkan lalu masukkan ke dalam ruas buluh, Kemudian
masukkan beras dan air ke dalam ruas buluh tersebut.Semasa
memasak , tutup lubang buluh dengan menggunakan daun.
Setelah air menjadi kering, kayu api perlu disuraikan bagi
mengelakkan nasi menjadi hangus.
Nasi juga boleh dimasak menggunakan ruas buluh yang
diletakkan secara melintang. Tebukan satu lubang bersegi
empat ditengahnya. Buatkan pemegang. Bersihkan buluh
tersebut sebelum diiisikan dengan beras.Pastikan sukatan
beras sama dengan sukatan air bagi mengelakkan nasi
menjadi keras atau sebaliknya.
(ii) Memasak Telur Di Dalam Tanah Atau Disalut Dengan
Tanah Liat
Telur yang telah disalut dengan tanah liat di masukkan ke
dalam api atau bara api yang masih kuat. Apabila tanah liat
telah kering, satu letupan kecil akan kedengaran untuk
menandakan telur tersebut telah masak. Selain itu kaedah lain
yang boleh digunakan ialah dengan membuat lubang kecil
pada tanah dan masukkan telur tersebut. Tutupkan lubang
tersebut dengan tanah.Kemudian pasangkan api di atasnya.
(iii) Membuat Roti ‘Twist’
Roti ini dibuat daripada tepung gandum yang telah diuli dengan
sedikit garam dan air. Sebatang buluh atau kayu kecil
digunakan untuk melilit tepung tersebut. Semasa melilit tepung
tersebut pastikan ianya tidak terlalu tebal kerana jika tebal
bahagian di dalamnya akan menjadi lambat masak. Jika perlu
majerin atau keju boleh disapulan di bahagian atasnya apabila
telah masak bagi menambahkan keenakkannya.
Kemahiran
Membina
Jerat/Perangkap
Dan Alat
Tangkapan
❑Kemahiran membina jerat/ perangkap dan alat tangkapan
juga amat perlu diketahui oleh individu yang gemarkan
kegiatan luar. Malang tidak berbau. Jika berlaku sesuatu Di
dalam hutan atau kawasan pergunungan dengan kemahiran
yang ada sudah pasti dapat membantu mengurangkan risiko
yang dihadapi. Banyak sumber alam sama ada di kawasan
hutan dan pergunungan yang dapat dijadikan alat untuk
membuat jerat dan alat tangkapan lain. Antara bahan yang
biasa digunakan adalah seperti buluh, rotan, anak kayu dan
akar kayu. Sementara bahan-bahan yang boleh dijadikan
umpan seperti buah-buahan, denak dan benda yang busuk
(bangkai haiwan).
❑Jenis Jerat dan alat tangkapan
a. Lukah untuk menangkap ikan
b. Bubu
c. Serkap
d. Jerat pintas
e. Jebak
f. Getah Terap
g. Lembing untuk menangkap ikan
h. Jerat lubang
i. Jerat bakul atau kotak
(i) Perangkap berumpan
Perangkap jenis ini kadangkala serupa sahaja
bentuknya dengan perangkap yang tidak
menggunakan umpan. Dengan menggunakan umpan
ia akan menarik perhatian binatang yang hendak
ditangkap supaya masuk ke dalam perangkap. Tempat
yang hendak di pasang hendaklah bersesuaian
dengan jenis binatang yang hendak ditangkap.
Tentukan terlebih dahulu apakah binatang yang
hendak ditangkap dan apakah umpan yang sesuai
bagi binatang tersebut.
(ii) Perangkap tidak menggunakan umpan
Perangkap jenis ini pula tidak memerlukan apa-apa
umpan bagi menarik perhatian binatang. Tetapi yang
perlu dalam persediaan memasang perangkap jenis
ini adalah dengan cara melihat kepada kesan
perjalanan, tempat binatang bermain atau tempat
binatang tersebut mencari makan atau minum.
Kebiasannya jerat jenis ini tidak memilih apa jenis
binatang. Asalkan binatang melalui sahaja perangkap
ia pasti akan terjerat. Binatang yang biasa dijerat
menggunakan perangkap ini seperti seladang, kijang,
landak, rusa dan sebagainya.
(iii) Jerat Bidas
Jerat atau perangkap jenis ini boleh digunakan
dengan umpan ataupun tidak. Jerat jenis ini
menggunakan kayu panjang yang menjadi
sebagai pembidas serta tali sebagai penjerat.
Binatang yang sesuai dijerat menggunakan
jerat ini ialah seperti ayam hutan, burung dan
juga tupai.
SEKIAN
TERIMA KASIH