The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Kalpana Krishnan, 2021-06-24 04:24:15

2021 SKMB Awal Remaja

2021 SKMB Awal Remaja

PEMBIMBING RAKAN
SEBAYA (PRS)

AWAL REMAJA

UBK SK MAJIDI BAHRU

WELCOME,
PRS!

UBK SKMB@PRS 2021

Siapakah Remaja

• Kanak-kanak 7-11
• Remaja 12- 18
• Awal Dewasa 19- 24
• Dewasa 25 keatas

UBK SKMB@PRS 2021

❑ Peringkat remaja adalah peringkat ketidakseimbangan dan ketidakserasian

fizikal. Fizikal remaja mengalami perubahan yang cukup drastik sehingga
anda rasa mengalami masalah. Anda berada dalam keadaan dilema kerana
anda bukan lagi kanak-kanak yang dimanjakan dan bukan pula golongan
dewasa yang sudah matang dibebani dengan pelbagai tanggungjawab. Di
samping itu anda berada dalam keadaan ketidaktentuan berhubung masa
depan fizikal anda. Adakah seseorang remaja itu menjadi seorang yang
tinggi pada masa akan datang ataupun sebaliknya? Adakah dia seorang yang
kurus ataupun gemuk? Ini secara tidak langsung menyebabkan krisis
personaliti dalam diri seseorang remaja.

❑ Perkembangan biologi remaja dapat dibahagikan pada dua peringkat;

peringkat awal remaja dan peringkat remaja. Peringkat awal remaja
dikatakan dalam lingkungan 10 sehingga 18 tahun.

UBK SKMB@PRS 2021

PERUBAHAN KE ARAH KEDEWASAAN

❑Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak
akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi.

Perubahan-perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam badan.

❑Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja
adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan. Malah kadar
pembesaran adalah berbeza di antara seorang individu dengan individu yang

lain.

UBK SKMB@PRS 2021

CIRI - CIRI UTAMA REMAJA

- Radikal
- Emosional
- Manja
- Aktif
- Jaguh
- Agresif

UBK SKMB@PRS 2021

FASA KEHIDUPAN REMAJA

Fasa Jangkamasa Ciri-ciri utama

Pertama: Di ambang akil baligh (puberty) Pertumbuhan fizikal yang nyata
Permulaan Remaja Buaian perasaan (mood swings) mudah berlaku
Mudah terasa tidak dikasihi & sentiasa dizalimi
Kedua : Setahun setengah selepas akil Hubungan hanya di kalangan rakan sejantina
Pertengahan Remaja baligh
Minat terhadap jantina lain
Suka membantah & memberontak
Lebih cenderung mengikut kata rakan
Penerokaan seks bermula

Ketiga: Peringkat peralihan dari alam Lebih matang dan yakin
Penghujung Remaja remaja kepada dewasa muda Punya identiti yang lebih mantap.
Mempunyai keyakinan untuk berinteraksi

dengan orang lain.

UBK SKMB@PRS 2021

PERUBAHAN FIZIKAL REMAJA LELAKI

❑Suara menjadi garau.
❑Misai dan janggut mula tumbuh.
❑Bahu dan dada menjadi bidang.
❑Jerawat mula tumbuh.
❑Mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga

mengeluarkan air mani. Pengalaman inilah menunjukkan
anda telah akil baligh.
❑Zakar dan buah zakar mula membesar.

UBK SKMB@PRS 2021

PERUBAHAN FIZIKAL REMAJA PEREMPUAN

❑Buah dada (payudara) mula membesar.
❑Bulu mula tumbuh di celah ketiak dan ari-ari.
❑Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan.
❑Jerawat mula tumbuh.
❑Mula didatangi haid.
❑Suara mungkin berubah dari suara keanak-anakkan

kepada suara yang lebih matang.

UBK SKMB@PRS 2021

MENYELAMI JIWA REMAJA

Buaian Perasaan (Mood swings)
Kewarasan dan Kematangan
Tekanan Jiwa
Kecelaruan Psikiatri

UBK SKMB@PRS 2021

PERUBAHAN KONSEP DIRI

Konsep diri – cara atau persepsi seseorang
menilai dirinya sendiri

Remaja sering menganggap diri mereka tidak
cukup baik dan tidak berkebolehan berbanding
orang lain

UBK SKMB@PRS 2021

PERUBAHAN PADA KENDIRI (SELF-ESTEEM)

Self esteem berkait rapat dengan self respect
Remaja rasa cemas & `anxious’ dgn perubahan badan.
Remaja rasa `bingung ‘ dgn perubahan perasaan terhadap rakan
sejenis atau berlainan jantina.
Sering bertanya-tanya :

Adakah saya normal
Apa dan kenapa perubahan ini berlaku?
Okay tak saya berbanding rakan-rakan lain?

UBK SKMB@PRS 2021

SOALAN-SOALAN UTAMA

❑Cantik @ kacakkah saya?
❑Ada tak orang yang perasan kewujudan saya di atas muka bumi
ini?
❑Adakah saya terlalu kurus atau terlalu gemuk dibandingkan dengan
orang lain?
❑Saya TIDAK SEBAGUS orang lain dalam semua hal!

UBK SKMB@PRS 2021

IMEJ TUBUH BADAN

Merujuk kepada perasaan seseorang
terhadap ketrampilan fizikalnya.

Manusia dilahirkan sebagai individu UNIK,
oleh itu berbeza dari bentuk tubuh dan
paras rupa.

UBK SKMB@PRS 2021

IMEJ TUBUH BADAN

Perbezaan dari :

Saiz badan
Bentuk badan
Paras rupa
Gaya rambut
 Postur
 Kulit
Kaki dan tangan

UBK SKMB@PRS 2021

PERUBAHAN EMOSI DAN PSIKOLOGI

Bersama perubahan fizikal, akan berlaku perubahan emosi
dan psikologi. Semasa menjangkau usia remaja, anda akan
mula tertarik kepada remaja berlainan jantina. Perasaan ini
adalah normal dan merupakan sebahagian dari proses
pembesaran. Tetapi perasaan ini perlu dikendalikan dengan
bijaksana supaya tidak menghancurkan masa depan remaja.

UBK SKMB@PRS 2021

PERUBAHAN EMOSI YANG BERLAKU

❑Perasaan ingin mencari identiti diri.
❑Ingin berdikari dan memikul tanggungjawab sendiri.
❑Ingin mencuba perkara-perkara yang tidak pernah

dilakukan sebelum ini.

UBK SKMB@PRS 2021

RAKAN SEBAYA

• Penerimaan rakan sebaya adalah penting.

Pada usia inilah pengaruh-pengaruh buruk yang berada di
persekitaran seperti pergaulan bebas, merokok,

pengambilan dadah, lepak, pemakanan tidak sihat dan
sebagainya yang cuba meracuni golongan remaja.

Bimbingan keluarga, pelajaran dan agama adalah pedoman
untuk menunjuk arah masa depan.

UBK SKMB@PRS 2021

SOKONGAN SOSIAL

Dalam melalui saat-saat manis alam remaja, anda perlu
berinteraksi dengan rakan sebaya, keluarga dan
masyarakat.

Alam remaja penuh cabaran dan masalah. Remaja akan
mampu mengatasi cabaran hidup secara berbincang dan

bertukar fikiran dengan :

. Ibubapa
. Rakan sebaya. Pilih rakan sebaya yang baik akhlaknya

. Guru / orang dewasa yang boleh dipercayai

UBK SKMB@PRS 2021

AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

❑ Tidur secukupnya
❑ Menjaga Kebersihan diri
❑ Pemakanan yang seimbang
❑ Bersenam secara tetap

UBK SKMB@PRS 2021

ZAMAN REMAJA ADALAH MENYERONOKKAN
SEKIRANYA……..

❑ Memahami mengenai perubahan fizikal,
emosi, mental dan sosial semasa remaja.

❑ Mahu belajar dan bertanya mengenai alam
remaja.

❑ Mahu berkongsi perasaan dan emosi anda
dengan ahli keluarga.

❑ Hormati dan sayangilah diri serta tubuh
badan anda.

UBK SKMB@PRS 2021

PESANAN UNTUK REMAJA

Usia remaja penuh cabaran,
Setiap detik perlu keputusan,
Sesetengah keputusan perlu dibincang,
Tanpa pengawasan keputusan pincang.

UBK SKMB@PRS 2021

Cikgu Kalpana Cikgu Masera

SEKIAN
TERIMA KASIH

UBK SKMB@PRS 2021


Click to View FlipBook Version