The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU KOLEKSI PUISI PATRIOTIK SMK BANDARAYA KOTA KINABALU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hanita75harun, 2021-07-30 01:14:44

KOLEKSI PUISI PATRIOTIK

BUKU KOLEKSI PUISI PATRIOTIK SMK BANDARAYA KOTA KINABALU

Keywords: PUISI PATRIOTIK

SANG PEJUANG

Matlamatmu fokus ke arah satu tujuan
Untuk membebaskan ibu pertiwi
Dari cengkaman sang penjajah
Demi keamanan negara
Kau memasang strategi
Kegagahanmu menjadi senjata
Melawan dan mempertahankan
Untuk mengangkat martabat bangsa
Tekadmu setinggi langit
berjuang antara hidup dan mati
Menghunus senjata
Di medan pertempuran
Harapan sentiasa mendampingimu
Hingga akhir pengorbananmu
Meninggikan sebuah kebebasan
Untuk diingati selalu

Siti Nur Aziah
(4 Teras B)

MALAYSIA PRIHATIN

Aku merenung negara kita dewasa ini
Rakyat yang semakin cakna
Akan perkembangan negara
Menjadikan media massa sebagai wahana utama
Untuk mengikuti segala perkembangan negara
Aku memandang masyarakat pula
Ku lihat fakir di pelosok negara
Semakin berkurangan
Segalanya berlaku atas keprihatinan
Pemimpin dan rakyat sejagat
Namun,
Segalanya mampu berubah dan sirna
Jika kita tidak bekerjasama
Dalam mengambil berat tentang negara
Maka,
Marilah kita bersama-sama berganding bahu
Mengekalkan keharmonian dan keamanan negara
Aliya Fazriana
(4 KSI 2)

BUKAN SEKADAR PERJUANGAN

Terima kasih pejuang negara
Tumpahnya darahmu menjadi cerita
Pengorbananmu mewujudkan satu kata
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Perjuanganmu bukan sekadar cerita
Yang memenuhi sejarah
Jasa dan keringat kekal dikenang
Damailah wahai pejuang
Bangkitlah seluruh warga
Perjuanganmu masih perlu meluncur
Menyusur kembali amanat leluhur
Agar nusa tercinta abadi makmur

Muhammad Nur Iman bin Hafizul Alif
(4 Stem 3)

ANAK-ANAK MERDEKA

Hari demi hari, keheningan alam
Kehijauan rerumput
Kian dimamah usia
Tiada lagi tersisa
Di manakah… anak-anak merdeka alaf baru
Di manakah semangatmu… Di manakah jiwamu
Untuk tanah leluhurmu yang semakin layu tanpa jejak jiwa merdeka
Anak-anak merdeka…
Peliharalah jangan biarkan ianya layu
Anak-anak merdeka
Kibarkan jalur merdeka
Biarkan darah merah membara dalam sanubari
Demi menggenggam tanah airmu… tanah tumpahnya darahmu
Anak-anak merdeka
Marilah… seiring menyusur merdeka
agar anak pertiwi negara menjulang merdeka hingga ahkhirnya.
Claire Via Victor
Siti Jahara Binti Salleh
(5 Sains)

PUISI MALAYSIA PRIHATIN

Bendera berkibar gah dipersada
Di rumah mahupun di kereta
Tiga puluh satu Ogos tersemat di dada
Di mana kemerdekaan milik kita
Wahai teman renungkanlah
Hari ini kita menyambut dengan suasana baru
Virus Corona bermaharajalela, takkan mengalah
Seluruh tenaga disalurkan di setiap penjuru
Inilah puisi saya dendangkan
Mengajak waspada tuan dan puan
Dalam menghadapi getir ujian
Wabak melanda mari jauhkan
Para pemimpin silih berganti
Kini Paklah di tampuk kuasa
Kita isi kemerdekaan ini
Membina peradaban negara tercinta
Tiga puluh satu Ogos tarikh keramat
Bersama kita berjuang menyelamat tanah air kita
Bersatu berazam, penuh semangat
Ayuh! Malaysia merdeka! Malaysia prihatin!

Nur Marziatul Aqyla Binti Abdul Ramzi
(4 Stem 2)

BERSATU PADU WALAUPUN DALAM DUGAAN

Walau dalam dugaan
Sentiasalah ingat akan tuhan
Bersatu padu menempuhi cabaran
Untuk mengekalkan suasana aman
Walau dalam dugaan
Ingatlah pesan-pesan
Janganlah hidup berseorangan
Kerana hidup bermasyarakat ada kelebihan
Walau dalam dugaan
Ingatlah matlamat kehidupan
Dunia ini bukan untuk bermewah-mewahan
Bangunlah bersatu untuk berjuang
Aku Anak Malaysia
(5 Kem 1)

HILANG YANG TAKKAN KEMBALI

Hilang yang takkan kembali
Sebuah perjuangan menuju merdeka
Beribu-ribu ujian dari Ilahi
Menguji hamba tanda disayangi…
Hilang yang takkan kembali
Insan-insan yang banyak berjasa
Demi membebaskan jasad ini
Jaad yang dijajah selama ini…
Hilang yang takkan kembali!!!
Sebuah kisah dahulu kala
Sebuah kisah di nusantara
Sebuah kisah berjuta harapan
Harapan indah yang telah tercapai…
Hilang yang takkan kembali…
Wajah-wajah insan gembira
Melihat negara sendiri merdeka
Berlinangan air mata mensyukuri
Sebuah bintang akhirnya dicapai…

Muhammad Farish
(4 Stem 1)

PANTUN SEJARAH

Warna pelangi berwarna-warni,
Membuatku rasa gembira,
Darah melimpah di sana –sini,
Terima kasih wahai pewira.
Pergi ke Mekah untuk berhijrah,
Amalkan membaca Al-Quran,
Jalur Gemilang berkibar megah,
Menandakan kemenangan.
Bangsa India memakai sari,
Semasa menyambut perayaan,
Laungan merdeka di pagi hari,
Kekal abadi di ingatan.
Si pejuang bangsa negaraku,
Besar bak bulan usahamu,
Nyawamu terkorban demiku,
Akanku titipkan doa padamu.
Murid cemerlang diberi anugerah,
Hati gembira bersukacita,
Sang pewira bertumpah darah,
Berkorban nyawa demi penderita.

Berakhir sudah semua derita,
Hiduplah kita dalam kebebasan,
Negara kita tanggungjawab kita,
Bersama kita ke arah kemajuan.

Richelle John Douglas
(4 Stem 1)

MALAYSIA TANAH AIRKU

Malaysia,
Ini negara kita
Cinta kita yang tidak berpenghujung
Menjadikan sebuah negeri yang bergirang
Malaysia,
Jikalau terdahulu engkau dijajah
Sekarang bebas daripadanya
Itu berkat tokoh-tokoh pejuang tanah air kita
Malaysia,
Alam semesta merupakan saksi bisu kita
Ia menyaksikan perjuangan pejuang tanah air
Sehingga ke pengakhiran
Sama ada hidup ataupun mati
Malaysia,
31 Ogos 1957 tanda kegemilangan negara
Dikibarkannya jalur gemilang
Nyanyian penuh semangat berkumandang
Tangis kegembiraan di sana sini
Malaysia,
Kesetiaan sebagai tanda cinta kepada negara
Nama negara harus dijulang tinggi
Akanku melindungi dan memayungi negara tercinta ini
Sehingga penghujungnya untuk negara yang kukasihi

Welanie Valerie Wilson
(4 Stem 3)

MALAYSIA PRIHATIN

Setiap kali tiga puluh satu Ogos menjelma
Laungan suara anak merdeka bergema
Berdiri teguh di setiap negeri tercinta
Negara bebas dari kuasa jajahan
Negara merdeka 63 tahun
Rakyat hidup aman dan harmoni
Di bumi Malaysia yang kucintai
Kini tiada sudah bingit suara ketakutan
Kini tiada lagi suara tangisan
Kini tiada lagi suara kesakitan
Kini hanya kedengaran suara kegembiraan
Kini hanya kita bersama dalam 1 Malaysia
Norazirah, Sti Nurhidayah
Syarifah Norsyamierah
(5 Tekkem)

PANTUN KEMERDEKAAN

Fesyen sedondon cantik dilihat,
Baju kurung menjadi tradisi,
Malaysia merdeka kekal berdaulat,
Pejuang lampau kita hargai.
Peristiwa datang peristiwa pergi,
Pahlawan dikenang menjadi warisan,
Dijulang pertiwi sentosa abadi,
Hargailah pengorbanan barisan hadapan
Remaja kini menjulang rasa,
Menumpang sinar cahaya purnama,
Rakyat harmoni aman sentiasa,
Malaysia boleh slogan bersama
Tibanya hari peristiwa berharga,
Negara mencecah usia ke- 63,
Malaysia prihatin tema kemerdekaan,
Selamat hari merdeka saya ucapkan

Nur Najwa Afifah Binti Abdul Munir
(4 Stem 1)

BAHASA MARTABAT BANGSA

Bahasa martabat bangsa,
Bahasa martabat dunia,
Bahasa penghubung manusia.
Hilangnya bangsa lenyapnya bahasa,
Bahasa melambang bangsa membaca,
Nilai membaca dapat berbahasa,
Bangsa menjadi perantau manusia dan negara.
Semangat inkuiri menjadi tiang,
Binaan tembok menjadi utuh,
Menjadi utuh diisi ilmu,
Ilmu membaca martabat disanjung budaya,
Semoga pelapis menjadi nasionalis di masa raya.
Nukilan,
Norhasinah

DARAHKU NEGARAKU

Saban tahun bumi ini dijajah,
Menjadi buruh kepada mereka,
Dipijak dan diarah,
Bagai penghuni tidak berharga.
Titik usaha kini membuah,
Mencapai sukarnya merdeka,
Bertaruh nyawa demi negara,
Generasi kini merasakannya.
Tingginya pengorbanan,
Teguhnya iman,
Berjihad dalam membentuk negara,
Negara yang aman, damai serta makmur.
Kini,
Tanah ini adalah tanah bertuah,
Tanah yang dilimpahi rahmat-Nya,
Tanah yang indah isinya.
Negaraku Malaysia,
Berpijak bagai di syurga.

Muhammad Mazli Bin Jastry
(5 Kem 1)

MERDEKA SELAMANYA

Bendera negaraku berkibar,
Menjadi bukti negara merdeka,
Berkibarlah selamanya,
Agar negara aman dan sentosa.
Makmur dan maju negaraku Malaysia,
Hasil titik usaha pejuang negara,
Berkat pengorbananmu negaraku merdeka,
Akanku jaga keamanan negara.
Demi Malaysia…
Tanah airku…

Muhd Qayyim Irsyad bin Mohd Riduan
(3 Alamanda)

MALAYSIAKU
Dua dekad abad ke-21
Kuasa-kuasa bertukar tangan
Abad ini segalanya berubah haluan
Dahulu di bumi ini bangsaku disegani
Bendera merdeka di generasi lalu
Jangan gadaikan bumi ini kepada penjajah
Jangan pernah membelot bangsaku
Bendera ini tidak ternilai jika diganti baharu
Bendera merdeka tanda pengorbanan pejuang negaraku
Lahirnya aku di bumi merdeka
Aku harapan nusa dan bangsa
Di hati semangat waja
Di dada penuh jiwa satria
Inginku bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Ingin menebus maruah bangsa
Pada bumi merdeka ini,
Pernah berbaurnya darah hanyir
Darah merah adalah kepahlawanan
Tumpah darah demi perjuangan
Bersenjatalah keris, tombak, itulah senjata pejuang negara
Berjuang di lewat malam bertemankan cahaya Sandra
Perjuangan ini perlukan pengorbanan
Pengorbanan yang besar demi tanah air
Perjuangan ini tidak sia-sia
Tanggal 31 bulan Ogos bumi ini merdeka
Syukur kita bebas dari penjajah
Kini api nasionalisme kembali menyala
Laungan merdeka bergema di Malaysia
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Kita duduk di bumi merdeka
Ada misi membentuk kejayaan
Ada visi membentuk kemahuan
Bendera Malaysia bukti kejayaan
Bangsa kita bangsa merdeka
Juara digeruni seantero Malaysia

Nukilan,
Nur Athirah Binti Mohd Yusoff
(3 Blossom/3B2)

TANAH PUSAKA

Pagi telah datang
Menyapa dan menyuruhku
Untuk bangun dari mimpi
Hati ini sudah tidak sabar
Menanti akan khabar gembira
Hari sangat cerah
Membuatkan hati ini
Tidak gundah-gulana
Bahagia semakin menjelma
Menjelma segenap buana
Lalu segera kusemaikan
Rasa cinta dan kasih
Yang tidak dapat dijual beli
Yang tidak berbelah bagi
Pada langit, bumi, laut dan karang
Tanah pusaka ini tidak akan pernah
Luput ditelan zaman
Tanah ini warisan bangsa
Yang harus dijaga bersama
Tanah ini milik bersama
Sudah menjadi tanggungjawab kita
Indahnya tanah ini biarlah
Abadi selamanya

Kita sebagai rakyat
Harus berganding bahu
Tanpa mengira agama dan bangsa
Mempertahankan tanah pusaka
Tanah pusaka warisan bangsa
Nukilan,
Scolysta Rythceal Pasteur
(3 Alamanda)

MALAYSIAKU MAJU JAYA

Saban tahun laungan merdeka
Dan pada hari ini
Pada tanggal 31 Ogos
Menjelma lagi
Tidak ku lupa laungan itu
Dan tak akan pernah sesekali aku melupakannya
Aku berbangga menjadi anak Malaysia
Berbangga menjadi salah satu rakyatnya
Yang bebas daripada musuh durjana
Tidak juga ku lupa pejuang negara
Yang rela berkorban
Membasahkan selimut tubuhmu
Dengan darah dan keringat
Demi menjaga keselamatan negara
Bagi menjamin sakinah yang berpanjangan
Kini Malaysia berdiri dengan megahnya
Marilah menapak membelah dimensi
Marilah bangkit menjadikan Malaysia
Terkenal di sejagatnya
Agar tidak sirna ditelan dunia
Wahai rakyatku
Sehati kita membangunkan nusa
Sejiwa kita mengisi merdeka
Demi generasi akan datang
Semoga negaraku Malaysia
Sentiasa aman dan harmoni
Gemilang lagi terbilang
Salam kemerdekaan
Ku ucapkan

Nukilan,
Natasha Rachel Chung
(3 Alamanda)

MALAYSIAKU BEBAS

Bukan satu bukan dua
Tapi berjuta-juta
Terpaksa akur akan perintah
Perintah si entah siapa
Secara tiba-tiba
Disuruh itu disuruh ini
Dianiaya di tanah sendiri
Namun tidak lagi
Nyah ku pendatang orang putih
Sekarang kami bebas dari anasir
Akhirnya dapat menikmati pasir
Pasir-pasir indah di tanah air kami
Atas kurnia ilahi
Tidak akan kami biarkan
Walaupun sesekali
Nyah kau sampai infiniti
Kau datang sini tidak diundang
Tiba-tiba engkau buat undang-undang
Yang hanya menguntungkan diri engkau
Sesuka hati kau goyang kaki
Berhempas pulas nenek moyang kami

Bertahun-tahun dianiaya
Bertahun-thun dipaksa
Namun akhirnya
Ada cahaya jua di penghujungnya
Syukur atas kurnianya
Malaysiaku bebas penjajah
Nukilan,
Aisyah Sofea Binti Mohd Jasni
(3 Alamanda)

HARAPANKU UNTUKMU

Wahai anak Merdeka
Hayatilah pengorbanan perwira-perwira negara
Yang sanggup berjuang demi kemerdekaan kita
Merahnya tanah disebabkan titisan darah mereka
Bukalah matamu wahai generasiku
Kini kita bebas dari jajahan
Tidak lagi digelar sebagai hamba
Sudah mampu berdiri di atas kaki sendiri
Oh Malaysiaku
Berakhirlah deritamu
Oh Malaysiaku
Sejahtera selalu

Nukilan,
Tryphena Stanly Thomas
(3 Alamanda)

NEGARAKU BERDAULAT

Tanggal 31 Ogos
Hari istimewa
Dinanti-nantikan rakyat Malaysia
Hari Kedaulatan
Hari kemerdekaan negara
Sebelum merdeka
Negara dijajah anasir luar
Tanpa penentangan tokoh-tokoh
Yang berani dan gagah
Laungan ‘MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!’
Takkan ada
Rakyat Malaysia berbilang kaum
Berbeza keturunan, berbeza budaya
Berbeza agama, berbeza kepercayaan
Namun hidup harmoni dan bersatu padu
Kerana bersikap terbuka
Serta bersedia menerima bahasa dan tradisi kaum lain
Joy Eden Johnny
(3 Alamanda)

NEGARAKU

Pahlawan sejati hatinya bernyanyi
Tanah air, bangsa dan agama
Di mana terpaut cinta mulia
Untukmu darah ini mengalir
Tanah penuh dengan hasil bumi
Bunga raya merah mekar
Seperti rakyatnya yang bersemangat
Itulah Malaysia Tanah airku
Moga bumi Malaysia
Tetap harmoni
Tetap bersatu-padu
Tidak runtuh dijajah kuasa luar

Nur Nazirah Binti Mohd Ramli
(3 Alamanda)

MALAYSIA MERDEKA

Diri ini bagaikan kosong
Sebelum tibanya merdeka,
merdeka, merdeka, merdeka,
susunan aksara,
laungan lantang
Bapa kemerdekaan
Menjadi penyegar dan semangat,
Atma rakyat Malaysia
Kemerdekaan yang disemat di hati
Akanku genggam erat
Perjuangan pejuang tanah air
Semoga tetap Malaysia
Tidak ternoda diserang anasir luar
Selamanya Malaysiaku merdeka.
Marshatra Jasper
(3 Alamanda)

NEGARAKU MERDEKA

Negaraku,
Berdirinya aku di tanah air ini,
Bangga akan kejayaan yang telah diperoleh,
Jasa pahlawan sentiasa dikenang di hati
Negaraku,
Tanah air yang penuh dengan nilai murni berharga,
Didiami oleh rakyat yang berbilang kaum,
Menjadikan tanah air ini penuh dengan harmoni
Negaraku,
Setelah lama menghadapi cabaran,
Akhirnya mencapai kemerdekaan,
Tanggal 31 bulan Ogos menjadi sejarah,
Negaraku mencapai kemerdekaan
Negaraku Merdeka
Penny Bettney Jamachia
(3 Alamanda)

KEKALLAH MERDEKA

Inilah Malaysia,
Negaraku yang merdeka,
Aman dan damai,
Tidak lagi dijajah.
Ingatlah anak-anak muda,
Jangan biarkan kemerdekaan kita berakhir,
Kebebasan yang kita miliki sekarang,
Bukanlah peluang untuk kita berlengah.
Malaysiaku,
Merdekalah selalu.

Fay Morgana Samson
(3 Alamanda)

TITIK PELUH

Dia lelaki selaku ketua menteri
Bertanggungjawab menunaikan mandat
Untuk mencapai kemerdekaan
Dia bersusah payah ke London
Dengan menaiki kapal laut bersama
Wakil-wakil Raja-raja Melayu
Untuk berunding dengan kerajaan British
Pulangnya dia selamat tiba di Melaka
Dengan perkhabaran berita baik
Sehingga yang membanjiri Bandar Hilir
Melaungkan “Merdeka” dengan gemuruh
31 Ogos 1957
Itulah peristiwa yang penuh pengertian
Negara bebas daripada sang penjajah
Atas jasa Tunku Abdul Rahman
Yang digelar sebagai bapa kemerdekaan

Nukilan,
Nur Nadhirah Binti Sulaiman
(3 Alamanda)

MALAYSIA KU
Ohhh rakyat Malaysia,
Hayatilah tokoh yang silam,
Merekalah yang membentuk negara,
Tanamlah cinta subur mendalam,
Kitalah anak Malaysia,
Burung berkicauan ombak bergelora,
Minda cerah pintar meneroka,
Banggalah kita oh rakyat Malaysia,
Hati yang teguh bangsa berbeza.

Nukilan,
Nur Nadhirah Binti Sulaiman
(3 Alamanda)

NEGARA KU
Aku anak merdeka,
Tanah tumpahnya darahku,
Demi ibu pertiwi
Yang dicintai
Ku semaikan cintaku hanya
Untukmu Malaysiaku
Ku serahkan diriku untukmu
Malaysiaku
Dirgahayu Malaysiaku

Nukilan,
Nurul Farhana Binti Fadilah
(3 Alamanda)

NEGARA YANG KUCINTAI

Tanggal 31 Ogos 57,
Hari yang meriah kita raikan,
Tahun 1957 yang gemilang,
Negara kita terbebas dari para penjajah.
Di sini lahirnya cinta,
Cintai yang tersemai dalam diri Aku,
Negaraku yang kucintai,
Sentiasa berada di hatiku selama-lamanya.
Dalam keadaan gundah-gulana hati ini,
Ada sahaja pemenangnya,
Aku akan bertanggungjawab untuk berjuang,
demi negara ini,
Agar sentiasa aman dan sentosa.
Besar bagaimanapun masalah yang diharungi,
Kita semua dalam satu mengharunginya,
Kerana peribahasa ada menyatakan,
Bersatu kita padu, bercerai kita roboh.

Nukilan,
Andreanna Ossey Antony
(3 Alamanda)

TERIMA KASIH PAHLAWAN

Malaysia…
Tanah airku
Tanah airku yang merdeka
Merdeka selamanya
Negara merdeka kerana pahlawan
Pahlawan yang menentang habis-habisan
Agar negara tercinta tidak dijajah
Melangkah maju dengan gagah
Aku berbangga
Berbangga jadi anak Malaysia
Malaysia yang maju berkembang
Demi generasi yang akan datang
Meskipun tanah airku pernah dijajah
Kini ia berdiri dengan gah
Bersama senyuman di wajah
Rakyat Malaysia meneruskan kehidupan
Terima kasih kepada para pahlawan

Nukilan,
Nurain Natasha Zeffry
(3 Alamanda)

MERDEKA SELAMANYA

Bendera negaraku berkibar,
Menjadi bukti negara merdeka,
Berkibarlah selamanya,
Agar negara aman dan sentosa.
Makmur dan maju negaraku Malaysia,
Hasil titik usaha pejuang negara,
Berkat pengorbananmu negaraku merdeka,
Akanku jaga keamanan negara.

Nukilan,
Muhd Qayyim Irsyad bin Mohd Riduan
(3 Alamanda)

HARI INI
Hari ini,
Negara kita telah merdeka,
Negara kita telah bebas,
Dari penjajahan.
Kini,
Malaysia lebih aman,
Malaysia lebih makmur,
Ku Cinta Malaysia.
Terima kasih,
Kepada semua pejuang-pejuang negara,
Kerana sanggup berkorban demi negara,
Demi kemerdekaan Malaysiaku

Nukilan,
Radhy Rozee
(3 Alamanda)

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Merah, putih, biru dan kuning,
Warna bendera Jalur Gemilang,
Empat belas bucu bintang penyatuan empat belas,
Bulan lambang agama Islam yang suci.
Negara yang merdeka, aman dan damai,
Hasil perjuangan nenek moyang kita,
Haruslah kita bersyukur dan hargai.
Askar-askar dan parajurit,
Berkorban mempertahankan keamanan negara,
Mementingkan keamanan negara daripada nyawa sendiri,
Sanggup meninggalkan keluarga
Dntuk mempertahankan negara.
Kita harus bersyukur
Kita berterima kasih,
Kerana perjuangan dahulu
Kerana pengorbanan dahulu
Kita dapat hidup dengan aman dan selesa.

Nukilan,
Muhamad Ameer Ikhwan
(3 Alamanda)
MERDEKA

BANGGA MENJADI WARGA MALAYSIA

Merah membara semangat wajah
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kita semua
Marilah kita sebagai rakyat Malaysia
Mengibarkan bendera Malaysia pada hari Merdeka
Sebagai tanda hormat akan negara kita
Di mana tumpahnya darah kelahiran kita
Kita haruslah berbangga menjadi warga Malaysia
Kerana negara Malaysia merupakan negara yang aman
Inilah dia negara Malaysia
Cantik dan lagi harmoni warganya
Ohh negara ku Malaysia yang tercinta

Nukilan,
Edward Jamnay
(3 Alamanda)

NEGARAKU

Negaraku
Teguh berdiri
Di tanah yang luas terbentang
Dikelilingi pencakar langit yang gah
Di tempat kita berdiri
Tumpahnya darah pejuang
Yang gagah berlawan
Menewaskan musuh yang durjana
Kini terlihat bendera Malaysia
Berkibar dengan penuh semangat
Bagaikan gembira dengan kemerdekaan kita
Oh Malaysia

Nukilan,
Hasmisal
(3 Alamanda)

MALAYSIAKU
Negaraku,
Oh Malaysia
Merah, putih, biru, kuning
Warna jalur gemilang
Di tempat kita berdiri
Tumpahnya darah pejuang
Pejuang yang berjuang
Demi Malaysia yang tersayang

Nukilan,
Ian Isaac
(3 Alamanda)

TERIMA KASIH MALAYSIA

Malaysia Negaraku
Tanah airku
Tanah kelahiranku
Tanah tumpahnya darahku
Demi mu Malaysia
Aku akan berjuang
Walau bukan di medan perang
Aku akan tetap berjuang
Dengan cara aku sendiri
Kepada pejuang negara
Aku ingin berterima kasih
Kerana mereka,
Tiada lagi penderitaan
Tiada lagi penyeksaan
Tiada lagi tangisan
Aku bersyukur
Dilahirkan di negara yang merdeka
Aku hidup dengan kedamaian
Aku hidup dengan aman
Aku hidup tanpa peperangan
Terima kasih, Malaysia.
Nukilan,
M. Ridzuan Matnee
(3 Alamanda)


Click to View FlipBook Version