The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adr.azm27, 2024-04-28 12:05:48

KAUM BABA DAN NYONYA

KAUM BABA DAN NYONYA

KAUM BABA DAN NYONYA NAMA AHLI KUMPULAN : 1) ADRIANA KHALISAH BINTI EDI AZMI 2) INTAN NUR SYAFIQAH BINTI MOMON 3) SITI NUR AQILAH BINTI SH HASSAN MPU21072 : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN 14DPR23F2006 14DPR23F2014 14DPR23F2022 ENCIK ABDUL RAHMAN BIN ABDUL GAPAR NAMA PENSYARAH :


PENGENALAN SEJARAH DAN LATAR BELAKANG AGAMA DAN KEPERCAYAAN BUDAYA BAHASA PANTUN HARI PERAYAAN MASAKAN PAKAIAN PERKAHWINAN ISI KANDUNGAN


PERMAINAN TARIAN MUZIUM KESIMPULAN RUJUKAN ISI KANDUNGAN


PENGENALAN Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina . Di dalam kumpulan etnik yang dinamakan Peranakan yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu , tertumpu di Negeri-negeri Selat, khususunya di negeri Melaka , Pulau Pinang dan Republic Singapura. Mereka juga dapat ditemukan di negara Gajah Putih (Thailand) khususnya di Tanjung Salang (Phuket) dan Runding (Ranong) . Bagaimanapun , sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatangpendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai “Baba” atau “Peranakan” kerana kebudayaan mereka , yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsurunsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu , adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai “Baba”. Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha. namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian dan Islam yang amat popular di kalangan remaja .


Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacaraupacara agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsurunsur tempatan yang lain. Dalam seratus lima puluh tahun yang lalu, upacara ini telahpun diubah suai. Penghidupan moden yang terlalu cepat meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang untuk persembahan ke atas pengorbanan yang tidak berkesudahan itu. Upacara ini semakin berkurangan disebabkan juga oleh pengaruh Barat, tetapi masih terus diamalkan. Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan yang unik. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan . Hal ini mungkin akan lari daripada faktor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan yang fizikal secara keseluruhan telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik Peranakan Cina. Sejak beberapa kurun, Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan mengekalkan banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tanglung, dengan mengikut budaya tempatan dan juga penjajah. Terdapat tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia pengaruh dalam budaya Baba dan Nyonya. Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan Peranakan dididik oleh Inggeris, akibat daripada penjajahan British atas Malaya, dan kecenderungan gologan tersebut mudah menerima budaya baru. Disebabkan Peranakan mudah menerap budaya Inggeris dan berpendidik, kebanyakan jawatan perkhidmatan dipenuhi oleh mereka. Interaksi antara British dengan mereka menyebabkan mereka memeluk agama Kristian. Hal ini menyebabkan masyarakat Peranakan menjadi berpengaruh di Melaka dan Singapura serta mereka lebih dikenali sebagai King’s Chinese (Cina Raja) kerana mereka lebih taat kepada Mahkota British. Disebabkan interaksi daripda pelbagai budaya dan bahasa, kabanyakan Peranakan bertutur tiga bahasa, dan dapat bercakap dengan Cina, Melayu dan Inggris. Biasanya mereka bekerja sebagai pedagang, dan pertenggahan antara Cina, Melayu dan Barat; terutamanya, British. SEJARAH DAN LATAR BELAKANG BABA NYONYA


AGAMA DAN KEPERCAYAAN KAUM BABA DAN NYONYA AGAMA Baba dan Nyonya mengamalkan agama-agama tradisional Cina, menyambut Tahun Baru Cina dan Perayaan Tanglung, sambil mengamalkan adat resam Melayu. Masyarakat Baba dan Nyonya adalah penganut agama Buddha. Upacara membakar mendiang tidak terpengaruh sama sekali dengan cara agama Islam mengebumikan jenazah. Baba dan Nyonya yang menganut agama islam akan mengamalkan cara islam untuk mengebumikan jenazah. Masyarakat baba menganuti agama tao . Mereka mempercayai akan kewujudan dewa - dewi serta memuja 8 tuhan yang akan membawa kebahagian kepada mereka . Masyarakat Baba akan menggunakan bahasa Melayu semasa memuja dewa - dewi . Masyarakat baba juga terdiri daripada kalangan yang begitu taat dan taksub terhadap ajaran Buddha . Buktinya mereka meletakkan satu sudut sebagai tempat pemujaan di ruang rehat walaupun ruang itu kecil. Kaum baba juga akan bersembahyang pada setiap pagi sebelum menunaikan sebarang pekerjaan.


AGAMA DAN KEPERCAYAAN KAUM BABA DAN NYONYA Masyarakat baba mempercayai kepada keramat . Suatu kepercayaan terrhadap sesuatu yang aneh. Mereka melakukan sesuatu perkara pemujaan di atas makam orang untuk tujuan memohon pertolongan. Mereka mempercayai bahawa roh kematian akan memberi kesejahteraan dalam kehidupan mereka . Masyarakat baba sangat menghormati jasa nenek - moyang . Mereka mempercayai bahawa nenek - moyang mereka menikmati kehidupan di dunia ini bergenerasi . Mereka juga mempercayai bahawa nenek moyang tidak akan menjaga keamanan dan kesejahteraan keluarga jika tidak dihormati. Masyarakat baba mempercayai kepada busut atau batu - bata . Menganggap batu san busut mempunyai kuasa. Segelintir masyarakat Baba akan membalut busut atau batu - bata besar dengan kain kuning sebagai langkah pemujaan .


Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada kelompok Hokkien. Oleh itu , kebanyakan orang Baba berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka , dan lain-lain . Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan , banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua - dua negeri ini , terutamanya Singapura . Generasi Nyonya ( Baba perempuan ) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang - orang Melayu. BUDAYA Oleh itu , adalah menarik bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan mereka masih bersifat kecinaan, walaupun mereka telah lama berpisah daripada komuniti mereka di China. Ini digambarkan melalui aspek - aspek kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan agama yang mereka masih kekal , kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, serta tradisi mengikat kaki kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun. Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua - dua pengantin memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina tradisional. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan - pelan tradisional Cina berbanding dengan Melayu .


Bahasa Baba ialah sejenis dialek bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang - orang Baba di Malaysia , khususnya di Melaka dan Pulau Pinang . Walaupun bahasa ini berasal dari Melaka, bahasa Baba yang dituturkan di Pulau Pinang berbeza dengan bahasa Baba Melaka dalam beberapa aspek . BAHASA PENGGUNAAN PERKATAAN YANG DIGUNAKAN DALAM ETNIK BABA DAN NYONYA Saya = goa Anda = lu Dia = i Kita = wa lang PERKATAAN BERKAITAN DENGAN AGAMA PERKATAAN - PERKATAAN BERKAITAN DENGAN AGAMA MENUNJUKKAN LAGI SATU ASPEK PENGARUH BUDAYA CINA DALAM KEHIDUPAN ORANG LAIN tokong = bio membakar colok = sio - hio


Naday bugis tolak blayar, Tengok laot patah kemudi - nya; Hutang budi dapat di bayer, Hutang hati apa ganti - nya. Tengah laot patah kemudi, Layar koyak di pukol angin; Hutang hati membawak mati, Sebagi bola di pukol angin. Pisang mas bawak blayer, Jerok mari dalam kendi; Hutang budi balas di dunia, Hutang hati mengikat diri. Pisang mas bawak blayer, Masak sa-bijik di-atas peti; Hutang mas boleh di bayer, Hutang budi menanggong hati CONTOH PANTUN BABA


Antaranya seperti, Tahun Baru Cina , Tung Cek , Cheng Beng, Sembahyang Hantu, Sembahyang Bulan, Ong Yah dan Perayaan Bulan Mei . Tahun Baru Cina merupakan hari pertama pada bulan pertama takwim orang cina. Masyarakat Baba Nyonya akan membersihkan rumah dan menyediakan beberapa keperluan seperti membuat kuih - muih dan perbagai masakan tradisional untuk jamuan ahli keluarga dan saudara mara sebelum menyambut Tahun Baru Cina , semua ahli keluarga berkumpul untuk menjamu selera. Walupun ahli keluarga tinggal berjauhan mereka diharuskan menghadiri makan malam tersebut . PERAYAAN BABA NYONYA Perayaan Cheng Beng pula ialah perayaan yang disambut pada bulan kedua dalam kalender cina. Perayaan ini dikenali sebagai Hari Semua Roh . Pada hari Cheng Beng , beberapa helai kertas perak akan digunakan untuk bersembahyang dan memuja roh yang dipercayai hidup di kubur. Upacara sembahyang akan dilakukan dengan menggunakan colok dan kertas emas yang dibakar di hadapan patung dewa sambil berdoa untuk kesejahteraan roh yang telah mati terutamanya nenek moyang mereka.


Masakan Baba Nyonya amat terkenal dengan identiti masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka. Masyarakat ini juga terkenal dengan makanan tradisi turun temurun dari nenek moyang mereka. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu . Tetapi amalan ini hanya dilakukan ini rumah sahaja . Makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari lahir atau Majlis Perkahwinan . MASAKAN BABA NYONYA LAKSA NYONYA ACAR IKAN NYONYA AYAM BUAH KELUAK KUIH ANG KU NASI KUNYIT KUIH CHANG


Busana Baba Nyonya Melaka sangat unik dan indah . Busana kaum minoriti ini telah berasimilasi antara kebudayaan tulen masyarakat Cina seawal zaman Dinasti Ming dengan kebudayaan masyarakat era Kesultanan Melayu Melaka. Busana Baba Nyonya Melaka agak serupa dengan pakaian tradisi Melayu yang mana terdiri daripada baju kebaya, sarung batik serta kerongsang berangkai. Penggunaan material yang hampir sama, corak serta bentuk busana mereka dengan bangsa Melayu tidak jauh beza namun terdapat ciri - ciri yang unik dan mencerminkan identiti mereka . Kebanyakan wanita muda Baba Nyonya Melaka masih lagi memakai kebaya bermotif indah dengan kain sarung berkerongsang rangkai serta dipadankan dengan Kasut Manek yang cantik. Mereka akan bersanggul sama ada sanggul satu atau bersanggul dua dengan cucuk sanggul bermotif flora dan fauna, bergelang kaki , rantai serya gelang tangan. Sanggul dua hanya dibenarkan untuk wanita nyonya yang belum berkahwin sahaja . PAKAIAN


Golongan lelaki muda Baba biasanya mengenakan baju dan kot serta berkasut kulit. Pada hari keraian, mereka mengenakan samfoo dan kasut serta topi. Golongan Baba yang berusia pula berpakaian lebih ringkas pada hari - hari biasa namun masih mengenakan samfoo , kot mahupun baju pagoda dengan berseluar dan berkasut sulam serta topi .


Golongan wanita Baba Nyonya yang telah berusia ( lebih dikenali dengan gelaran bibik ), mereka akan mengenakan kebaya panjang berkolar tinggi yang menutup bahagian dada ( baju panjang atau dipanggil kebaya encim . Kebaya panjang tersebut mestilah labuh melebihi bawah lutut, terbuka dibahagian depan seakan akan kebaya , tidak berpotongan mengikut badan ( longgar ) , berkerongsang rangkai , dipakai diluar anak baju berwarna putih (dipanggil baju kecik), berkain agak jarang seperti kebaya ( kasa dan sebagainya ), dipadankan dengan sarung batik , bersapu tangan . Kadang - kala diselitkan pada kolar baju dan disangkutkan pada bahu dan berkasut sarung tidak bertumit . Kasut mereka bersulam dengan pelbagai motif dan warna yang tidak keterlaluan bersesuain dengan usia mereka . Kebanyakan mereka akan mengenakan seutas rantai labuh dengan loket yang agak besar diperbuat daripada emas dan batu - batu seperti permata dan jed .


Corak dan motif pada Kasut Manek Baba Nyonya Melaka kebanyakannya terdiri daripada flora dan fauna seperti bunga teluki, mawar, alamanda, burung cenderawasih, naga, singa, ayam dan sebagainya. Padanan warna yang digunakan pada manik dan pakaian wanita nyonya mestilah sepadan dan banyak dipengaruhi oleh kebudayaan mereka, Semenjak tahun 1930-an, Kasut Manek telah mengalami revolusi dan diberi nafas baru dengan rekaan yang lebih moden dan ringkas serta ditambah tumit. Kasut Manek merupakan khazanah tidak ternilai golongan Baba Nyonya Melaka. Kasut Manek buatan tangan memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi untuk dihasilkan daripada jalinan manik-manik kaca yang bersegi-segi halus pada kain terpal. Asalnya manik-manik yang digunakan untuk menghiasi Kasut Manek diimport sepenuhnya dari Eropah namun lama kelamaan diperolehi dari Jepun kerana lebih berkualiti dan lebih oriental .


PERKAHWINAN Masyarakat Baba Nyonya atau dikenali juga sebagai masyarakat cina peranakan telah wujud di Melaka sejad abad kelima belas lagi. Golongan ini wujud hasil daripada perkahwinan orang-orang dari negeri China yang datang untuk berdagang dengan orang Melayu tempatan. Kebanyakan keturunan Baba Nyonya dibesarkan mengikut cara hidup dan upacaraupacara agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang lain. Walaubagaimanapun, arus moden pada masa kini telah meninggalkan sedikit demi sedikit budaya tradisional masyarakat ini tetapi terdapat juga budaya yang masih diamalkan. Adat perkahwinan Baba dan Nyonya merupakan adat perkahwinan yang paling unik di Malaysia kerana terdapat unsur-unsur kebudayaan Cina dan Melayu mempengaruhi adat perkahwinan ini. Pada masa dahulu, perkahwinan merupakan suatu perkara yang amat penting bagi masyarakat Baba dan Nyonya. Seseorang anak perempuan yang berumur lapan tahun biasanya telah mahir memasak , membuat sulaman , pertukangan tangan dan menjahit. Apabila sudah mencapai tahap yang memuaskan, ibu bapanya akan menyebarkan berita bahawa mereka sedang mencari bakal menantu.


Kebiasaannya, ‘orang tengah’ akan ditugaskan untuk mencari sebuah keluarga lain yang juga sedang mencari pasangan hidup untuk anak lelaki mereka. Pada peringkat pertama, adat merisik akan dilakukan. Wakil pihak lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan untuk mengetahui sama ada gadis yang hendak dipinang itu mempunyai budi pekerti yang baik, bersopan-santun dan pandai menguruskan rumahtangga. Jika keluarga pihak lelaki berkenan dengan calon tersebut, satu rombongan meminang akan dihantar. Peminangan ini diketuai oleh ‘Mueynang’. Dalam proses peminangan ini, kedua belah pihak akan berunding sesama mereka. Mereka akan berbincang mengenai identiti kedua-dua pengantin tersebut. Kebiasaannya, pertolongan seorang tukang tilik diperlukan. Butir-butir penting seperti tarikh lahir, masa lahir, dan tahun mengikut kalendar cina bagi kedua pengantin diambil kira. Misalnya, sekiranya pengantin lelaki dilahirkan pada Tahun Anjing manakala pengantin perempuan pula dalam Tahun Kambing, maka kedua pihak akan berpendapat bahawa pasangan tidak secocok. Walaubagaimanapun, kepercayaan ini tidak lagi diamalkan. Pada masa kini, asalkan bakal menantu adalah pilihan anak mereka maka perkahwinan tersebut akan terus dipersetujui. Apabila peminangan diterima, pihak perempuan akan meminta tempoh sebulan untuk menguji sama ada perkahwinan ini akan berkekalan atau tidak. Sepanjang tempoh ini, pinggan mangkuk,periuk belanga serta perkakas-perkakas kaca tidak boleh pecah atau jatuh. Jika ini berlaku, maka ditakrifkan perkahwinan tersebut tidak akan berkekalan.Sekiranya pada peringkat tersebut tiada apa-apa yang berlaku peringkat seterusnya akan diteruskan iaitu majlis naik belanja atau ‘hari tukar cincin’. Pada majilis ini pihak lelaki akan menyediakan separuh daripada jumlah wang hantaran manakala separuh lagi akan diserahkan pada hari perkahwinan. Semasa majlis naik belanja ini, pihak lelaki akan menghantar dua pasang lilin, empat botol arak, daging babi panggang beserta buah-buahan seperti limau dan epal. ‘Mueynang’ akan ditugaskan untuk menghantar barangan ini ke rumah pihak perempuan. Pihak perempuan akan mengambil separuh sahaja buahbuahan yang dihantar dan sepasang lilin. Sebagai balasan, pihak perempuan akan memberi dua botol air sirap dan gula-gula kepada pihak lelaki. Ini sebagai tanda mereka amat gembira dan sukacita atas pemberian tersebut. Seterusnya, pertukaran cincin pun dilakukan.


Langkah seterusnya, wakil pihak pengantin lelaki akan menghantar sekeping kertas merah bertulisan Cina membawa maksud di mana, waktu dan tempat majlis perkahwinan ini hendak dilangsungkan yang disertakan dengan sepasang lilin. Pihak pengantin lelaki diwakili oleh lilin bergambar naga dan lilin bergambar burung merak mewakili pihak perempuan. Sebelum majlis perkahwinan diadakan, kedua-dua pengantin mesti menjalankan upacara ‘cohtau’ di rumah masing-masing. Pengantin lelaki akan duduk di atas gantang beras (dibalut kertas merah) yang diletakkan di atas nyiru. Rambutnya disisir oleh seorang budak lelaki. Sementera itu, rambut pengantin perempuan disisir oleh seorang wanita biasanya sanak saudaranya sendiri. Kedua-dua pengantin dikehendaki berpakaian serba putih. Mereka akan diberitahu bahawa mereka akan memasuki alam perkahwinan dan haruslah menjalankan tanggungjawab masing-masing sebaik mungkin. Persediaan untuk majlis perkahwinan dijalankan terutamanya di rumah pihak pengantin lelaki. Rumah dihiasi dengan indah dan beraneka jenis buahbuahan serta bunga diletakkan di meja sembahyang. Seorang wanita berpengalaman dari ahli keluarga pihak lelaki akan ditugaskan untuk menyiapkan berbagai upacara di bilik pengantin seminggu sebelum majlis perkahwinan. Antara upacara tersebut iaiah menaburkan bunga rampai ditengah tilam baru, memasang langsir dan menyusun bantal-bantal yang baru. Manakala di empat penjuru kati diletakkan ‘angpau’ dan perkakas baru didalam bilik tersebut juga diletakkan ‘angpau’. Sepasang lampu minyak tanah dipasang dan perlu dipastikan lampu tersebut tidak dipadam sehingga 12 hari selepas perkahwinan. Bilik ini sentiasa dikunci dan hanya dibuka untuk memastikan lampu tersebut tidak terpadam.


katil pengantin bagi Baba dan Nyonya Pada hari perkahwinan, pengantin akan menaiki kereta sambil diiringi oleh pengapit ke rumah pengantin perempuan.Tibanya di rumah pengantin perempuan, pintu kereta akan dibuka oleh pemuda,biasanya adik lelaki pengantin perempuan. Dia akan diberi ‘angpau’ oleh pengantin lelaki.Selain jamuan ringan, kedua pengantin akan bersembahyang dah dianggap sebagai suami isteri oleh ibu bapa pihak perempuan. Selepas itu, mereka akan pergi ke rumah pengantin lelaki. Acara di rumah pengantin lelaki diadakan secara besar-besaran. Ia dikenali sebagai upacara ‘sembahyang samkai’. Adatnya pula dikenali sebagai ‘Perkahwinan Tambo Seroni’ kerana tiupan serunai dapat didengari sepanjang majlis perkahwinan tersebut. Di rumah pengantin lelaki juga mereka akan bersembahyang. Selesai sembahyang, kedua-dua pengantin memohon maaf serta meminta halalkan segala makan minum mereka daripada kedua belah ibu bapa mereka.


Selepas itu disusuli pula oleh ‘adat sojah’ . Dalam adat ini,kedua pengantin akan menjamu teh kepada setiap ahli keluarga yang lebih tua daripada mereka. Jika mengikut tradisi, kedua-dua pengantin terpaksa melutut ketika memberi secawan teh kepada orang yang disojah. Pengantin lelaki akan dibanti oleh ‘pak-chi-nek’ sementara pengantin perempuan pula oleh ‘ sang-ke-um’ . tugas mereka adalah membantu kedua-dua pengantin ketika melutut dan membangun. Ini adalah kerana setiap kali mereka melutut,pakaian haruslah sentiasa kemas dan rapi. Walau bagaimanapun pada masa ini, kedua-dua pengantin tidak lagi dipaksa melutut ketiak ‘ adat sojah’. Mereka dibenarkan berdiri ketika melakukanya. Biasanya orangorang yang ‘disojah’ memberi ‘angpau’ kepada mereka. Ada juga yang memberi barang kemas seperti rantai atau cincin. Pada keesokan harinya, pengantin perempuan akan menuang teh kepada kedua-dua menantunya sebagai satu tanda bahawa dia sekarang adalah salah satu ahli keluarga tersebut dan akan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh keluarga itu. Seterusnya, adat ’12 hari’ akan diadakan 12 hari selepas perkahwinan. Kedua-dua pengantin akan ke rumah pengantin perempuan untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa pihak perempuan kerana merestui perkahwinan mereka. Satu jamuan diadakan di rumah pengantin perempuan. Pengantin akan dijamu dengan nasi lemak bersama-sama 12 jenis sambal. Pengantin lelaki berjanji kepada mentuanya bahawa dia akan menjaga isterinya dengan baik. Pengantin lelaki akan memberi ‘angpau’ kepada mentuanya sebagai tanda bahawa anak perempuan mereka kini adalah hak miliknya. Sebagai balasan, ibu bapa pengantin perempuan akan memberi 2 ekor ayam yang berbulu merah ( seekor ayam jantan dan seekor ayam betina) , 2 batang tebu dan 2 batang lilin untuk dibawa pulang bersama-sama. Kesemua barang ini akan dibalut dengan kertas merah. Warna merah memainkan peranan yang penting kerana dipercayai membawa tuah, kebahagian dan keharmonian.


Bakul Siah yang digunakan untuk mengisi barangan (makanan) kepada pengantin. Kedua-dua ekor ayam tadi dibawa balik oleh pihak pengantin lelaki dan dilepaskan di bawah katil pengantin. Kononnya, jika ayam jantan yang keluar dahulu dari bawha katil tersebut, maka anak lelaki akan diperolehi dan begitulah sebaliknya. Kedua-dua ekor ayam tersebut tidak boleh disembelih atau dijual. Ianya hendaklah dipelihara selagi ada hayatnya. Jika semakin banyak ayam tersebut membiak,maka semakin ramai anak yang akan diperolehi. Ayam tersebut dipercayai membawa kemakmuran dah kebahagian kepada keturunan dan kedua-dua pengantin tersebut. Kesimpulannya, kita dapat lihat adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini memakan masa yang agak panjang dan penuh dengan adat istiadat. Walaubagaimanapun, zaman sekarang kaum Baba dan Nyonya banyak meringkaskan adat perkahwinan mereka tetapi masih ada yang masih mengamalkannya kerana mereka tidak mahu adat ini pupus ditelan dek zaman. Keunikan adat Baba dan Nyonya ini sangat menarik kerana gabungan bagi adat yang terdapat pada kaum Melayu dan juga kaum Cina.Apa yang harus kita pegang ialah biarpun adat yang berlainan kita haruslah saling menyokong dan menghormati antara satu sama lain.


PERMAINAN Antara permainan yang biasa dimainkan oleh kanak - kanak masyarakat Baba dan Nyonya , seperti layang - layang, batu seremban, tingting, permainan getah , dan congkak. Hal ini kerana kebanyakan mereka tinggal di perkampungan Melayu. Malah bukan itu sahaja, anak - anak mereka juga dihantar ke sekolah kebangsaan. Dan dari situlah mereka mengenali permainan tradisi Melayu.


TARIAN BABA NYONYA TARIAN BAKUL SIA TARIAN SAPU TANGAN (BIMPOH) JOGET DONDANG SAYANG TARIAN PAYUNG


MUZIUM Muzium Warisan Baba Nyonya di Melaka, Malaysia. Muzium Warisan Baba Nyonya adalah sebuah muzium swasta di kawasan Chinatown Melaka.Ia terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock, atau lebih dikenali sebagai Millionaire’s Row.Baba-Nyonya Heritage Museum sebenarnya adalah satu barisan rumah-rumah kediaman yang dibina oleh Belanda yang kemudian dibeli oleh Peranakan kaya (keturunan pendatang Cina yang berkahwin dengan dengan orang Melayu tempatan selepas tiba di Melaka). Muzium ini kaya dengan warisan dari segi pakaian tradisional, perabot antik dan ukiran. Pengaruh Barat dengan jelas dapat dilihat dalam beberapa perabot antik dengan pengaruh Itali, pengaruh British dan Belanda. Pengaruh barat tidak berakhir di sini kerana terdapat banyak lagi barangan di muzium,seperti lampu era Victoria dan jubin lantai, kesemuanya mempunyai nilai warisan. Muzium ini merupakan rumah kedai Cina yang klasik pada abad kesembilan belas, dibaikpulih kepada keadaan seperti pada akhir abad keduapuluh atau kesembilan belas. Seperti kebanyakan bangunanbangunan lama yang sempit, rumah-rumah kedai Baba Nyonya dibahagikan kepada dua laman dalaman yang memberikan peredaran cahaya dan udara.


Keseluruhannya, didapati bahawa masyarakat Baba dan Nyonya masih teguh mengamalkan cara hidup kemelayuan sehingga kini. Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu begitu sahaja. Mereka sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu dalam kehidupan bermasyarakat . Jika tiada percampuran tersebut , maka masyarakat Baba dan Nyonya tidak akan wujud. KESIMPULAN xoxo


RUJUKAN


Click to View FlipBook Version