The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adr.azm27, 2024-05-10 10:11:10

KAUM MELAYU

KAUM MELAYU

KAUM MELAYU ETIKA DAN PERADABAN PENSYARAH :ENCIK ABDUL RAHMAN


AHLI KUMPULAN: NOR AINA BINTI ELIAS 14DPR23F2013 MUZAINAH BINTI MOD KIMAN 14DPR23F2020 NOR FATIHAH BINTI RAZAK AHMAD 14DPR23F2005 NUR AIN ATIFAH BINTI ZULKHAIRI 14DPR23F2001


1.PENGENALAN 2.BAHASA 4.PENEMPATAN 5.BUDAYA 6.PERAYAAN 7.MAKANAN TRADISIONAL 8.PAKAIAN TRADISIONAL 9.KESIMPULAN 10.RUJUKAN ISI KANDUNGAN:


Orang Melayu Malaysia ialah kaum Melayu yang duduk dekat negara Malaysia. Orang Melayu Malaysia dibanchi sebanyak 50.8% atau 15,479,600 daripada jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia.Melayu merupakan kumpulan etnik terbesar di negara Malaysia. PENGENALAN:


Dunia Melayu, ialah rumah bagi pelbagai suku dalam kategori kaum Melayu (Malayic) Austronesia sejak Zaman Air Batu yang lalu (sekitar 15,000–10,000 SM), mempamerkan variasi etnik, bahasa dan budaya yang menarik.Sistem kepercayaan animisme kaum pribumi yang menggunakan konsep roh (semangat) dalam setiap benda semula jadi, adalah sinonim dalam kalangan suku Melayu purba sebelum kedatangan agama Dharma. Jauh di muara Sungai Merbok, terdapat banyak peninggalan sejarah yang telah membuka mata dimana beberapa seni bina upacara dan keagamaan yang dikhaskan untuk penyembahan matahari dan gunung.Pada kemuncaknya, penempatan besarbesaran itu terbentang seluas seribu kilometer, didominasi di dataran utara Semenanjung Tanah Melayu.


Berdasarkan kontemporari, kawasan itu dikenali sebagai bandar Sungai Batu yang hilang. Ditubuhkan pada 535 SM, ia merupakan bukti tamadun tertua di Asia Tenggara dan bakal leluhur kerajaan Kedah Tua. Selain Sungai Batu, kawasan pesisir pantai semenanjung Tanah Melayu juga menyaksikan perkembangan penempatan bandar purba yang lain dan politik wilayah yang didorong oleh masyarakat agraria yang didominasi kosmopolitan, pertukangan mahir yang berkembang maju, saudagar multinasional dan ekspatriat asing. Rekod Cina mencatatkan nama Akola, P’an P’an, Tun-Sun, Chieh-ch’a, Ch’ih-tu, Pohuang, Lang-ya-xiu di antara beberapa orang. Pada abad kelima Masihi, penempatan ini telah berubah menjadi sebuah negara kota yang berdaulat, secara kolektif dibentuk oleh penyertaan aktif dalam rangkaian perdagangan antarabangsa dan menjadi tuan rumah kedutaan diplomatik dari China dan India.Antara abad ke-7 dan ke-13, kebanyakan negeri perdagangan maritim semenanjung yang kecil dan makmur ini, menjadi sebahagian daripada mandala Srivijaya,


BAHASA: Bahasa Melayu Purba: Bahasa yang dipercayai wujud pada zaman prasejarah dan dituturkan oleh peneroka Austronesia awal di rantau ini. Bahasa Melayu Kuno (Abad ke-7 hingga ke-14): pengaruh tamadun India yang semakin meluas di Nusantara. Dengan penembusan dan percambahan perbendaharaan kata Bahasa Tamil Kuno dan pengaruh agamaagama utama India seperti Hinduisme dan Buddha, Bahasa Melayu Purba berkembang menjadi Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik: Zaman Bahasa Melayu Klasik bermula apabila agama Islam bertapak di rantau ini dan kemudian dijunjung sebagai agama serantau.


-Sesebuah kerajaan Melayu digambarkan bermula dengan sebuah penempatan di kuala atau di tepi sungai yang mempunyai ciri-ciri asas seperti ada strategik (pertahanan), berpotensi berkembang & mempunyai kemudahan jalan laluan (ekonomi dan perdagangan). -Rangkaian penempatan di tepi sungai/pantai berkembang ke pedalaman membentuk penempatan yang lebih meluas yang akhirnya membentuk satu kelompok pemerintahan. -Penempatan paling asas, dikenali sebagai kampung atau nama tradisinya dusun. Diketuai oleh ketua kampung atau penghulu. -Berpotensi menjadi sawah padi dan dusun buah-buahan serta tempat persinggahan.


Kebudayaan Melayu Dari Sudut Sosial -Budaya kesenian yang indah dimiliki oleh masyarakat Melayu. Seni didefinisikan sebagai karya, sajak, lukisan, muzik dan sebagainya. -Terdapat juga seni tarian yang diamalkan seperti tarian kuda kepang. -Melayu juga mempunyai adat istiadat tersendiri yang menjadi sebagai daripada kebudayaan kehidupan mereka. Termasuklah cara mereka berfikir dan cara hidup mereka.


Kebudayaan Melayu Dari Sudut Ekonomi -Ekonomi merupakan satu ilmu sosial yang mengkaji cara manusia menggunakan sumber yang terhad bagi memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. -Orang Melayu di desa masih lagi banyak mengamalkan kegiatan pertanian seperti tanaman padi, getah, kelapa dan lain-lain. -Dua sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia iaitu ekonomi kapitalis dan ekonomi Islam. Sistem ekonomi Islamyang pertama diperkenalkan ialah dengan penubuhan bank Islam.


Kuih-muih tradisional adalah pencuci mulut yang sangat popular dalam makanan tradisi Orang Melayu. Beberapa contoh termasuk kuih seri muka, kuih lapis, ondeonde, dan kuih ketayap. Kuih-kuih ini sering dihidangkan semasa kenduri-kenduri dan majlis perkahwinan. Makanan Orang Melayu Malaysia Nasi lemak merupakan salah satu makanan kegemaran bagi orang Malaysia terutamanya sebagai sarapan pagi. Nama Nasi Lemak mendapat gelaran daripada penggunaan santan untuk memasak nasi. Santan khususnya merupakan bahan masakan yang sering digunakan oleh masyarakat melayu tradisional. Oleh itu, Nasi Lemak dikaitkan dengan penggunaan santan dalam nasi yang membuatkan rasa nasi itu berlemak. Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal. Kini, pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam, daging, sotong, dang, limpa dan hati lembu.


Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan orang Melayu . Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu "Otakotak Terengganu" dan "Otak-otak Johor". Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otakotak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Otak-otak lebih enak dimakan ketika mash panas. Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti Hari Raya Aildilfitri. Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi in. Lemang merupakan hidangan istimewa di Malaysia. Makanan tradisional in dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik


BAJU MELAYU TELUK BELANGA Baju ini mula diperkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan se jenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walaubagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya " Baju Melayu ". Pakaian Kaum Melayu Malaysia


BAJU MELAYU CEKAK MUSANG Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk 'cekak' tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian cekak musang merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran bulat yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika Pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.


Baju Kurung Baju kurung adalah berasal dari negeri Johor. Pakaian in merupakan pakaian tradisional kaum wanita Melayu. istana. Baju kurung ditambah dari segi perhiasannya bagi menambah keanggunannya. Kebanyakan baju kurung diperbuat daripada kain sutera yang halus dan lembut. Baju kurung masa kini ditambah dengan manic dan disulam dengan benang berwarna emas bagi perhiasan baju kurung tersebut. Selain itu, bebagai motif warna juga digunakan bagi membuat corak pada pakaian baju kurung. Baju kurung kini dijadikan sebagai pakaian rasmi .Baju kurung dijadikan sebagai pakaian kebangsaan di Malaysia. Semua etnik di Malaysia dilihat memakai baju kurung ini walaupun dimana sahaja berada.


Pembentukan masyarakat di Malaysia bermula apabila kemasukan imigran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar belakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar. KESIMPULAN:


Pada hari ini, masyarakat di Malaysia terjadi secara tidak sengaja.Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk Tanah Melayu adalah melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum China dan India secara beramai-ramai ekoran daripada Dasar Liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Dari aspek kesinambungan, kemasukan imigran dia dunia Melayu meniggalkan banyak kesan, samada kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada cara bagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat melayu,membentuk budaya baru, mempertingkat daya saing dalam sektor ekonomi,melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya.


RUJUKAN: PENGENALAN: https://ms.wikipedia.org/wiki/Laman_Utama BAHASA: https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_bahasa_Melayu Makanan : https://www.scribd.com/document/335971987/MakananTradisional-Kaum-Melayu Pakaian : https://www.scribd.com/document/529763595/PakaianTradisional-Masyarakat-Melayu Penempatan : https://www.slideshare.net/NurulHoney/2-sistem- masyarakat-melayu-tradisional-sebagai-asas-pembinaan-negara Budaya : https://coggle.it/diagram/YmJSmX_hLg66pOI1/t/budaya- masyarakat-melayu KESIMPULAN: https://avalanche1313.wordpress.com


Click to View FlipBook Version