MPU 21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK:
TAHAP KESEPADUAN DI MALAYSIA
14DGU21F2008 MOHAMMAD ALIFZIKRI BIN
14DGU21F2007 IBRAHIM
14DGU21F2006 DEELLAN ARWYN A/L FRANCIS
XAVIER
FATIN NADIAH BINTI RAFIDI
KELAS: DGU1A
NAMA PENSYARAH: USTAZ HIDAYAT SHAFIE
KANDUNGAN
BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 PENDAHULUAN 3
2 DEFISIT SOSIAL 4-6
3 CARA MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM 7-12
4 LANGKAH MENGELAKKAN MASALAH 13-17
PERPADUAN/PERKAUMAN
5 ETOS NASIONAL 18-20
6 RUJUKAN 21
PENDAHULUAN
Menurut Kamus Dewan edisi Keempat kesepaduan membawa maksud keadaan bersepadu,
perihal bersepadu menjadi kesatuan yang utuh ; malahan-komuniti itu diasakan pada bertalian
kekeluargaan.
Malaysia kini terdiri daripada masyarakat superdiversity yang berbeza bahasa, budaya, warna
kulit, agama, adat resam dan sebagainya. Justeru, superdiversity ini menjadi cabaran kepada
masyarakat Malaysia untuk memperkukuhkan kesepaduan sosial yang dikecapi hari ini
DEFISIT SOSIAL: MAKNA DAN KONSEP
Defisit sosial bermakna kekurangan dalam konteks sosial yang memerlukan usaha
penyatupaduan berterusan untuk meningkatkan tahap kesepaduan
Kekurangan ini disebabkan jurang perbezaan persepsi dan pendapat dalam kalangan kelompok
yang berbeza bermula dengan individu, keluarga dan masyarakat
KATEGORI DEFISIT SOSIAL
ETNISITI AGAMA KELAS PENDIDIKAN RUANG,
SOSIAL BANDAR-
DESA
BAHASA JURANG GENDER POLITIK MEDIA
GENERASI FEDERASLISME
CABARAN MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM
1. LANDSKAP POLITTIK NEGARA
Perbezaan parti politik di Malaysia yang berasaskan perkauman telah menyukarkan
perpaduan kaum.
Dunia politik yang sememangnya penuh dengan kontrovesi dimana terdapat pelbagai
individu yang mempunyai tujuan dan kepentingan yang berbeza.
2. JURANG DAN DOMINISASI EKONOMI
Cabaran ini telah timbul sejak zaman penjajahan British lagi dimana kaum Melayu
menjadi petani dan nelayan, kaum India diletakkan di ladang getah dan kaum Cina
bekerja sebagai pedagang dan melakukan lombongan
Kaum India
Kaum melayu
Kaum cina
Setelah kemerdekaan, berlaku perubahan di mana setiap kaum mendapat peluang
Pendidikan dan mampu berjaya jika berusaha dengan betul.
Akan tetapi, kesan dasar penjajahan dahulu masih dapat dilihat sehingga kini dimana
sector pernniagaan masih didominisasi oleh kaum cina.
Hal ini membuatkan perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan
menebal di antara sesama kaum.
3. KEWUJUDAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERBEZA
Pengenalan system sekolah vernakular yang mengikut kaum telah menjadikan hubungan
masyarakat semakin renggang
Disebabkan ini, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak fasih bertutur dalam Bahasa
Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.
Bahasa merupakan elemen utama untuk berkomunikasi di antara satu sama lain,
sekiranya kita tidak fasih berbahasa maka bagaimana kita berkomunikasi dan memahami
individu lain.
Oleh itu, banyak pihak yang menentang sekolah
vernakular ini.
4. LAMAN SOSIAL DAN MEDIA MASAA
Penyebaran fitnah dan berita palsu semakin menular terutamanya apabila isu ersebut
menyentuh sensitive dan mungkin tidak sahih.
Semua pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini sebagai contoh;
Netizen perlu menyelidik terlebih dahulu Masyarakat menjadi mata-mata pihak
sebelum memberi reaksi berkuasa dengan melaporkan kepada
pihak berkuasa
LANGKAH MENGELAKKAN MASALAH
PERPADUAN/PERKAUMAN
1. Memperbaiki dasar pendidikan negara untuk membangunkan ekonomi kaum
Dasar Pendidikan negara perlulah dirancang dan dilaksanakan dengan matlamat untuk
melahirkan individu yang berilmu dan berkemahiran yang akhirnya mampu untuk bersaing
dalam pelbagai bidang pada masa akan datang terutamanya bidang ekonomi
Melalui pendidikan, pengenalan identiti kaum mengikut jenis pekerjaan juga dapat
dihilangkan
ia akan membawa kepada kemunculan individu-individu
daripada pelbagai kaum untuk menyaingi kaum cina dalam
bidang ekonomi khususnya bidang perniagaan
Pada masa yang sama, kerajaan perlu memikirkan satu cara
untuk meletakkan murid-murid daripada pelbagai kaum disatu
sekolah yang sama supaya matlamat dasar pendidikan iaitu
untuk menyatu dan mengintegrasikan kaum dapat dicapai.
2. Menjadikan aktiviti sukan sebagai agen pengerat hubungan antara etnik
Negara kita telah mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan. Contohnya sukan
skuasy, badminton, bola sepak dan sebagainya. Pelbagai lapisan masyarakat dan kaum
telah menunjukkan semangat patriotik dengan bersatu memberikan sokongan kepada
ahli-ahli sukan negara dan juga peserta-peserta yang terlibat. Kemenangan sama-sama
diraikan dan kekalahan turut sama dirasai
Usaha kerajaan mencapai perpaduan melalui ko-kurikulum di peringkat sekolah rendah,
sekolah menengah dan pengajian tinggi menampakkan hasil yang positif
Aktiviti sebegini boleh merapatkan hubungan dan membangkitkan semangat tolong-
menolong, semangat setiakawan dan saling percaya-mempercayai di antara pelajar-
pelajar pelbagai kaum yang terlibat
3. Perkahwinan campur
Perkahwinan berlainan bangsa bukan lagi menjadi perkara baru bahkan
kebanyakkannya direstui oleh keluarga kedua-dua pihak. Senario ini banyak berlaku di
negeri Sabah yang mana bilangan etniknya berjumlah 42 etnik.
Pelbagai kebudayaan masyarakat berbilang kaum di Malaysia mula difahami dan
diterima oleh kaum lain selagi ianya tidak menyebabkan kehilangan identiti asal kaum
Sebagai contoh, budaya bertukar-tukar makanan di kalangan jiran, sambutan perayaan
bersama-sama, pemberian duit raya dan sebagainya
4. Bersikap Kekitaan
kita hendaklah menunjukkan keikhlasan kita dalam menjalin hubungan dengan jiran dan
anggota masyarakat yang berbeza warna kulit, kebudayaan dan agama
Dengan mengamalkan sikap kekitaan sesama kita, kita sebenarnya mewujudkan satu suasana
hidup yang baik dan boleh menguntungkan kita semua di samping dapat memelihara soal
keselamatan hidup setempat.
Hal ini tentunya akan dapat menjalin semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat di
negara ini. Lama kelamaan benteng prasangka dan prejudis yang bersarang di dada kita
tentunya dapat dirobohkan.
ETOS NASIONAL
Etos ialah perkataan bahasa Yunani bermaksud "watak" yang digunakan untuk mempamerkan
kepercayaan ciri yang menjadi pedoman yang menggambarkan ciri suatu masyarakat, bangsa,
atau ideologi.
CIRI UTAMA ETOS
NASIONAL
NILAI PERASAAN SEMANGAT IDENTITI
KEPERCAYAAN
CONTOH ETOS
NASIONAL
MENYAMBUT HARI MEMUPUK RASA
KEMERDEKAAN HORMAT PADA
MASYARAKAT LAIN
TANPA MENGIRA
WARNA KULIT ATAUPUN
AGAMA
MENYOKONG PRODUK acara sukan, kebudayaan,
MALAYSIA dialog antara agama dan
peradaban serta pertandingan
debat dan pidato yang
dijalankan di peringkat sekolah
dan IPT walaupun daripada
latar belakang berbeza
MENGHORMATI AGAMA,
BANGSA DAN TRADISI
INDIVIDU LAIN
Ciri-ciri unik etos nasional tersebut menjadi wadah utama dalam proses pembinaan negara-
bangsa Malaysia yang terdiri dari pelbagai etnik
Golongan yang seringkali mendapat tumpuan apabila membahaskan tentang proses pembinaan
negara-bangsa ialah golongan belia. Ini kerana mereka adalah tulang belakang dan tunjang
bangsa pada masa hadapan
Kejayaan membangunkan golongan belia menjadi penanda aras utama kejayaan pembangunan
negara-bangsa pada hari muka
Kajian ini mendapati empat dimensi utama iaitu nilai, perasaan dan semangat, kepercayaan
serta identiti telah membentuk suatu ikatan yang kuat antara individu dengan individu yang
lain, dan di antara individu dengan negara khususnya dalam kalangan belia yang dikaji
Oleh yang demikian, dalam merealisasikan pembinaan negara-bangsa Malaysia, etos nasional
menjadi wadah yang perlu dipupuk dalam diri setiap individu khususnya golongan belia yang
masih tercari-cari jati diri mereka.
RUJUKAN
http://insaniah.umk.edu.my/journal/index.php/insaniah
http://meepawn.blogspot.com/2016/08/langkah-langkah-mengelakkan-masalah.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Etos
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/09/83899/8-sekawan-sehati-sejiwa-
walaupun-berbeza-bangsa-agama
https://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/42123
https://www.malaysiakini.com/news/491803