Course outline
program sijil
teknologi
senibina
KOLEJ KOMUNITI TANJONG KARANG
SEMAKAN JULAI 2017
PELAN STRATEGIK PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN
KOLEJ KOMUNITI 2018 - 2025
VISI
MENJADI PENERAJU INSTITUSI TVET YANG UNGGUL
MISI
1. MENYEDIAKAN AKSES YANG MELUAS KEPADA PROGRAM TVET BERKUALITI
DAN DIIKTIRAF
2. MEMPERKASAKAN KOMUNITI MELALUI PEMBELAJARAN SEPANGJANG HAYAT
3. MEMBANGUNKAN GRADUAN HOLISTIK, BERCIRI KEUSAHAWANAAN DAN
SEIMBANG.
4. MEMANAFAATKAN SEPENUHNYA PERKONGSIAN PINTAR DENGAN PIHAK
BERKEPENTINGAN
5 TERAS STRATEGIK
1. MEMASTIKAN GRADUAN TVET BERKUALITI
2. MELESATARIKAN INSTITUSI KONDUSIF
3. MEMPERKAYA BAKAT
4. MENGOLAH REKA BENTUK SISTEM PENDIDIKAN
5. MEMANTAPKAN PERKONGSIAN INDUSTRI DN KOMUNITI
Maklumat program
NAMA PROGRAM : SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA (STS)
NAMA INSTITUSI : KOLEJ KOMUNITI TANJONG KARANG,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
BAHASA PENGANTAR : BAHASA MELAYU
MOD PENGAJIAN : SEPENUH MASA
SYARAT KEMASUKAN : LUBSLAEUJHSAASRSIAJAHILMPEELLAAYJUARAN MALAYSIA (SPM)
TEMPOH PENGAJIAN : MINIMUM 4 SEMESTER
MAKSIMUM 10 SEMESTER
KALENDER SEMESTER : 1 SEMESTER = 4 BULAN
PEMBELAJARAN & PENGAJARAN :14 MINGGU
LATIHAN INDUSTRI : 16 MINGGU – 8 KREDIT (SEMESTER AKHIR)
JUMLAH KREDIT GRADUAT : 60 KREDIT
LATAR BELAKANG program
Program Sijil Teknologi Senibina merupakan satu program kemahiran yang
menumpukan kepada penghasilan lukisan teknikal dalam bidang senibina
berdasarkan kehendak Undang-undang Kecil Bangunan Seragam dan Pihak
Berkuasa Tempatan. Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran tentang
teknik penghasilan lukisan secara manual dan dengan menggunakan perisian
komputer seperti Autocad, Autodesk Revit, Google Sketchup dan Adobe
Photoshop.Selain itu, pelajar juga diberi diberi pengetahuan dan kemahiran
menghasilkan model bangunan.
SINOPSIS program
Kursus ini mendedahkan dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan
kemahiran:-
1. Menghasilkan lukisan kerja senibina yang menepati kehendak Undang-
Undang Kecil Bangunan Seragam dan Pihak Berkuasa Tempatan,
2. Menghasilkan lukisan persembahan senibina,
3. Menghasilkan model bangunan bagi tujuan persembahan,
4. Menghasilkan model 3D bangunan (BIM).
PROSPEK KERJAYA
Sijil Teknologi Senibina dijangka dapat melahirkan pelajar-pelajar
berpengetahuan dan berkemahiran bagi memenuhi kehendak industri dalam
kerjaya seperti berikut:
1. Pelukis pelan senibina
2. Pelukis pelan kejuruteraan
3. Juruteknik bangunan
4. Pembuat model bangunan
5. Penyelia tapak pembinaan
6. BIM modeller
OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN (PROGRAMME
EDUCATIONAL OBJECTIVES – PEO)
PEO 1 :
Program Kolej Komuniti adalah untuk menghasilkan graduan dan tenaga
kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran di dalam bidang teknologi
senibina selari dengan keperluan semasa dan hasrat negara.
PEO 2 :
Selain itu, ia juga menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah di dalam
bidang teknologi senibina secara inovatif, kreatif dan kerja berpasukan
melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat.
PEO 3 :
Graduan juga mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan,
mengurus maklumat dengan baik dan bekerjasama dengan kumpulan
berasaskan kerja serta tanggungjawab sosial.
PEO 4 :
Sebagai tambahan, graduan akan mempunyai asas mengenai
keusahawanan dengan lebih kukuh serta peningkatan nilai kendiri dalam
bidang yang diceburi di industri.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PROGRAMME
LEARNING OUTCOMES - PLO)
Kolej Komuniti akan melahirkan graduan Sijil Teknologi Senibina yang dapat :
1. Pelajar akan dapat menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi
senibina.
2. Pelajar akan dapat mengaplikasi kemahiran dalam bidang teknologi
senibina.
3. Pelajar akan dapat menonjolkan pemikiran kritikal, logik dan mampu
menyelesaikan masalah dalam bidang teknologi senibina.
4. Pelajar akan dapat mempraktikkan kemahiran berkomunikasi dalam bidang
teknologi senibina.
5. Pelajar akan dapat menzahirkan kemahiran sosial dan mempunyai sikap
tanggungjawab ketika menjalankan tugas dalam bidang teknologi senibina.
6. Pelajar akan dapat menyemai sikap dan nilai profesionalisme dalam bidang
teknologi senibina.
7. Pelajar akan dapat mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dalam
meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang teknologi senibina.
8. Pelajar akan dapat mengamalkan kemahiran pengurusan dan
membangunkan potensi keusahawanan dalam bidang teknologi senibina.
9. Pelajar akan dapat mengasah bakat kepimpinan dan mengamalkan kerja
berpasukan dalam bidang teknologi senibina
STRUKTUR PROGRAM
SEMESTER 1
1. STS 1015 LUKISAN KERJA 1 (5 KREDIT)
2. STS 1025 GRAFIK SENIBINA 1 ( 5 KREDIT)
3. STS 1032 TEKNOLOGI PEMBINAAN 1 ( 2 KREDIT)
4. SKW 1102 APLIKASI KOMPUTER ( 2 KREDIT)
5. MPU 1411 KOKURIKULUM 1 ( 1 KREDIT)
6. MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA ( 2 KREDIT)
7. MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A ( 2 KREDIT)
*BAGI YANG TIDAK KREDIT BAHASA MELAYU SPM
1. STS 1015 LUKISAN KERJA 1 (5 KREDIT)
Lukisan Kerja 1 bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran
asas dalam lukisan kerja senibina. Pelajar akan didedahkan kepada
jenis-jenis garisan dan penghurufan dalam lukisan di samping
mengetahui penggunaan skala, unjuran ortografik dan lukisan
isometrik.
Pelajar juga akan didedahkan kepada asas lukisan kerja yang meliputi
pelanlantai, keratan dan pandangan bangunan kediaman setingkat.
2. STS 1025 GRAFIK SENIBINA ( 5 KREDIT)
Grafik Senibina 1 menerangkan fungsi dan kepentingan grafik dalam
bidang senibina. Pelajar akan didedahkan dengan media dan alatan
untuk menghasilkan lukisan persembahan senibina secara manual.
Pelajar akan didedahkan dengan teknik lakaran,lukisan dan pemilihan
warna.
3. STS 1032 TEKNOLOGI PEMBINAAN 1 ( 2 KREDIT)
Teknologi Pembinaan 1 mendedahkan pelajar kepada senario industri
pembinaan samada secara konvensional atau menggunakan teknologi
terkini. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada pelajar tentang
jenis-jenis struktur utama bangunan dan komponen bangunan termasuk
menyediakan lukisan struktur dan komponen tersebut.
STRUKTUR PROGRAM
SEMESTER 1
1. STS 1015 LUKISAN KERJA 1 (5 KREDIT)
2. STS 1025 GRAFIK SENIBINA 1 ( 5 KREDIT)
3. STS 1032 TEKNOLOGI PEMBINAAN 1 ( 2 KREDIT)
4. SKW 1102 APLIKASI KOMPUTER ( 2 KREDIT)
5. MPU 1411 KOKURIKULUM 1 ( 1 KREDIT)
6. MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA ( 2 KREDIT)
7. MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A ( 2 KREDIT)
*BAGI YANG TIDAK KREDIT BAHASA MELAYU SPM
4. SKW 1102 APLIKASI KOMPUTER ( 2 KREDIT)
Kursus ini memperkenalkan perisian aplikasi komputer kepada pelajar.
Pelajar akan mempelajari asas-asas pengetahuan perisian aplikasi
serta pengenalan jenis sistem. Modul ini akan melengkapkan pelajar
dengan kemahiran yang diperlukan dalam setiap aplikasi untuk
diintegrasikan antara satu sama lain. Pelajar juga dapat
mengembangkan kemahiran mereka dalam penggunaan aplikasi
komputer untuk melaksanakan tugas pengurusan.
5. MPU 1411 KOKURIKULUM 1 ( 1 KREDIT)
Menerangkan tentang sejarah bidang pilihan dan kemahiran khusus
bidang tersebut mengikut perkembangan semasa. Keperluan/peralatan
asas, etika, istilah-istilah, demonstrasi dan mempraktik teknik-teknik
asas bidang pilihan turut ditekankan kepada pelajar. Pelajar akan turut
serta dalam merancang aktiviti aktiviti yang akan dijalankan,
menerangkan kepentingan merancang aktiviti, pembahagian tugas dan
menyelia aktiviti
6. MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA ( 2 KREDIT)
Pengajian Malaysia membincangkan tentang ; Sejarah malaya
sehingga ke penubuhan Malaysia, Sistem pentadbiran negara dan
ekonomi malaysia, sodial dan politik luar negara.
STRUKTUR PROGRAM
SEMESTER 2
1. STS 2046 LUKISAN KERJA 2 (6 KREDIT)
2. STS 2054 GRAFIK SENIBINA 2 ( 4 KREDIT)
3. STS 2062 TEKNOLOGI PEMBINAAN 2 ( 2 KREDIT)
4. MPU 1231 KEMAHIRAN INSANIAH 1 ( 1 KREDIT)
5. MPU 1181 COMMUNICATIVE ENGLISH ( 1 KREDIT)
6. MPU 1311 PENDIDIKAN ISLAM 1 ( 1 KREDIT)
7. MPU 1321 PENDIDIKAN MORAL 1 ( 1 KREDIT)
8. MPU 1421 KO KURIKULUM 2 ( 1 KREDIT)
1. STS 2046 LUKISAN KERJA 2 (6 KREDIT)
Lukisan Kerja 2 memberikan pengetahuan kepada pelajar dalam
mengaplikasi perisian AutoCad untuk menghasilkan lukisan kerja.
Penekanan kepada kursus ini adalah terhadap kaedah-kaedah
menghasilkan lukisan kerja bangunan dengan mengaplikasikan perisian
AutoCad.
2. STS 2054 GRAFIK SENIBINA 2 ( 4 KREDIT)
Grafik Senibina 2 bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran
asas dalam grafik senibina. Pelajar akan didedahkan kepada teknik-teknik
penghasilan lukisan 3D berbantu komputer dan penghasilan lukisan
persembahan berbantu komputer menggunakan perisian ketchUp dan
Adobe Photoshop. Pelajar juga akan didedahkan dengan prinsip-prinsip
asas dan arahan-arahan untuk menghasilkan lukisan 3D dan suntingan imej
bagi setiap perisian komputer yang digunakan.
3. STS 2062 TEKNOLOGI PEMBINAAN 2 ( 2 KREDIT)
Teknologi Pembinaan 2 adalah lanjutan dari kursus STS 1032 Teknologi
Pembinaan 1. Penekanan kursus ini adalah terhadap bahan-bahan
pembinaan yang sering digunapakai pada masa kini seperti bata, konkrit,
kayu, keluli dan kaca . Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan lukisan
perincian bahan binaan tersebut serta kemasan yang digunakan.
STRUKTUR PROGRAM
SEMESTER 2
1. STS 2046 LUKISAN KERJA 2 (6 KREDIT)
2. STS 2054 GRAFIK SENIBINA 2 ( 4 KREDIT)
3. STS 2062 TEKNOLOGI PEMBINAAN 2 ( 2 KREDIT)
4. MPU 1231 KEMAHIRAN INSANIAH 1 ( 1 KREDIT)
5. MPU 1181 COMMUNICATIVE ENGLISH ( 1 KREDIT)
6. MPU 1311 PENDIDIKAN ISLAM 1 ( 1 KREDIT)
7. MPU 1321 PENDIDIKAN MORAL 1 ( 1 KREDIT)
8. MPU 1421 KO KURIKULUM 2 ( 1 KREDIT)
4. MPU 1231 KEMAHIRAN INSANIAH 1 ( 1 KREDIT)
Kemahiran Insaniah adalah suntikan utama pembangunan modal insan
teras kepada pembangunan Negara. Kursus ini adalah usaha ke arah
melahirkan insan yang berpengetahuan, berkemahiran, inovatif, jati diri,
beretika dan mempunyai kerjaya yang sewajarnya.
5. MPU 1181 COMMUNICATIVE ENGLISH ( 1 KREDIT)
Communicative English helps learners to increase their ability to use the
English language to communicate in various situations in the social
environment. This course equips learners with basic social skills such as
greetings and introductions, instructions and directions, descriptions and
telephone skills. This course not only facilitates learners to communicate
orally, but also in writing.
6. MPU 1311 PENDIDIKAN ISLAM 1( 1 KREDIT)
Pendidikan Islam 1 berteraskan kepada lima topik iaitu Tasawwur Islam,
Konsep Aqidah, Konsep Ibadah,Ibadah-ibadah Khusus dan Akhlak Islamiah.
Ia bertujuan melahirkan pelajar yang berilmu, beramal, berbakti menghayati
ilmu yang dipelajari dan membentuk pelajar yang berakhlak mulia menurut
syariat Islam, membimbing pelajar melaksanakan ibadah-ibadah khusus
dengan betul dan sempurna dan melahirkan pelajar yang mempunyai jati
diri muslim dan mampu menghadapi cabaran.
STRUKTUR PROGRAM
SEMESTER 2
1. STS 2046 LUKISAN KERJA 2 (6 KREDIT)
2. STS 2054 GRAFIK SENIBINA 2 ( 4 KREDIT)
3. STS 2062 TEKNOLOGI PEMBINAAN 2 ( 2 KREDIT)
4. MPU 1231 KEMAHIRAN INSANIAH 1 ( 1 KREDIT)
5. MPU 1181 COMMUNICATIVE ENGLISH ( 1 KREDIT)
6. MPU 1311 PENDIDIKAN ISLAM 1 ( 1 KREDIT)
7. MPU 1321 PENDIDIKAN MORAL 1 ( 1 KREDIT)
8. MPU 1421 KO KURIKULUM 2 ( 1 KREDIT)
7. MPU 1321 PENDIDIKAN MORAL 1 ( 1 KREDIT)
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang
pembentukan moral dan etika pelajar serta peka terhadap isu-isu moral
semasa dan seterusnya dapat menyuburkan tingkahlaku moral dalam
menghadapi pelbagai cabaran hidup dengan bimbingan daripada
pensyarah.
8. MPU 1421 KO KURIKULUM 2 ( 1 KREDIT)
Kursus ini menerangkan tentang pengenalan dan sejarah berkaitan sukan
dan permainan pilihan merangkumi pengetahuan asas dan kemahiran
khusus yang berkenaan. Kursus ini turut mendedahkan kepada peserta
tentang asas pengurusan acara bagi sukan dan permainan pilihan
merangkumi perancangan aktiviti dan pengelolaan pertandingan
STRUKTUR PROGRAM
SEMESTER 3
1. STS 3075 LUKISAN KERJA 3 (6 KREDIT)
2. STS 3084 ASAS LUKISAN TERUKUR ( 4 KREDIT)
3. STS 3095 BIM SENIBINA( 5 KREDIT)
4. MPU 1331 PENDIDIKAN ISLAM 2 ( 1 KREDIT)
5. MPU 1341 PENDIDIKAN MORAL 2 ( 1 KREDIT)
6. MPU 1101 WORKPLACE ENGLISH ( 1 KREDIT)
7. MPU 1222 KEUSAHAWANAAN (2 KREDIT)
1. STS 3075 LUKISAN KERJA 3 (6 KREDIT)
Lukisan Kerja 3 memberikan pengetahuan dan pemahaman kepada pelajar
dalam menyediakan lukisan kerja yang mematuhi garis panduan Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam.
2. STS 3084 ASAS LUKISAN TERUKUR ( 4 KREDIT)
Asas Lukisan Terukur merupakan satu proses menghasilkan lukisan bagi
sebuah bangunan yang sedia ada. Kebiasaannya lukisan ini digunakan
bagi tujuan projek pengubahsuaian bangunan. Ianya juga bertujuan bagi
mendokumentasikan lukisan bagi bangunan yang tidak mempunyai set
lukisan kerja yang lengkap .Pelajar dapat mempelajari teknik dan kemahiran
dalam menghasilkan pembuatan model bangunan.Secara keseluruhannya
dalam kursus ini pelajar didedahkan kepada kaedah pengukuran,
penghasilan lukisan ,kaedah mendokumentasi dan teknik menghasilkan
model bangunan terukur.
3. STS 3095 BIM SENIBINA( 5 KREDIT)
Pelajar didedahkan kepada teknik dalam penghasilan model 3D BIM
menggunakanperisian Autodesk Revit.
4. MPU 1331 PENDIDIKAN ISLAM 2 ( 1 KREDIT)
Pendidikan Islam 2 berteraskan kepada pernikahan dalam Islam. Ia
bertujuan melahirkan pelajar yang berilmu, beramal, berbakti, menghayati
ilmu yang dipelajari dan membentuk pelajar yang bertanggungjawab
seterusnya dapat membina sebuah rumahtangga yang bahagia
menurut syariat Islam.
STRUKTUR PROGRAM
SEMESTER 3
1. STS 3075 LUKISAN KERJA 3 (6 KREDIT)
2. STS 3084 ASAS LUKISAN TERUKUR ( 4 KREDIT)
3. STS 3095 BIM SENIBINA( 5 KREDIT)
4. MPU 1331 PENDIDIKAN ISLAM 2 ( 1 KREDIT)
5. MPU 1341 PENDIDIKAN MORAL 2 ( 1 KREDIT)
6. MPU 1101 WORKPLACE ENGLISH ( 1 KREDIT)
7. MPU 1222 KEUSAHAWANAAN (2 KREDIT)
5. MPU 1341 PENDIDIKAN MORAL 2 ( 1 KREDIT)
Kursus bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang
pembentukan moral dan etika pelajar serta peka terhadap isu-isu moral
semasa dan seterusnya dapat menyuburkan tingkahlaku moral dalam
menghadapi pelbagai cabaran hidup.dengan bimbingan daripada
pensyarah.
6. MPU 1101 WORKPLACE ENGLISH ( 1 KREDIT)
WORKPLACE ENGLISH helps learners to increase their ability to use English
language to communicate in various work situations. This course equips
learners with social skills and prepares them for a formal communicative
environment at the workplace and when dealing with customers.
7. MPU 1221 KEUSAHAWANAAN ( 1 KREDIT)
Kursus ini mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran
secara teori dan amali mengenai definisi dan konsep keusahawanan.
Pelajar akan mempelajari kemahiran ke arah keusahawanan dengan
memahami campuran pemasaran (4PS) dan pengekosan.
STRUKTUR PROGRAM
SEMESTER 4
1. LATIHAN INDUSTRI (8 KREDIT)
1. LATILHaAtiNhaINnDinUdSuTsRtrIi(a8dKaRlaEhDIsTa)tu mata pelajaran yang menjadi satu syarat
atau kewajipan bagi setiap pelajar di Kolej Komuniti iaitu semasa
semester 4 bagi pelajar Sijil.
Sebelum pelajar menjalani Latihan Industri di syarikat yang dipilih,
mereka WAJIB LULUS kesemua subjek pada SEMESTER 1 , 2 dan 3.
Para pelajar akan menjalani Latihan Industri atau lebih dikenali sebagai
‘Praktikal’ selama satu semester di syarikat yang dipilih. Dalam tempoh
itu pelajar mesti mengikuti segala peraturan atau prosedur syarikat
tersebut, contohnya disiplin, kedatangan, pakaian, dan lain-lain.
Latihan Industri adalah pendedahan awal kepada pelajar sebelum
memasuki alam pekerjaan setelah menamatkan pengajian. Mereka
akan mengambil aliran yang berkaitan dengan kursus semasa
menjalani praktikal untuk memastikan ilmu yang diperolehi dapat
dimanfaatkan pada masa hadapan.
CONTOH – CONTOH TUGASAN
CONTOH – CONTOH TUGASAN
CONTOH – CONTOH TUGASAN
KEPERLUAN PERALATAN UNTUK PDP
1. FABER CASTELL PENCIL 2. FABE2) ARTLINE DRAWING SYSTEM
SET 1. 0.1 , 0.2 , 0.4 , 0.6
3. SCALE RULER 4. SET SQUARE
(TYPE B))
TERIMA KASIH
ADA SEBARANG PERTANYAAN?
[email protected]
012-3740384
Ketua Program
KKTGKARANG
KKTKOFFICIAL
YOUTUBE KKTKOFFICIAL
CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, including icons by Flaticon,
infographics & images by Freepik