The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Azreen Asnawi, 2020-05-14 22:41:48

NOTA 6.2 CAMPURAN & 6.3 SEBATIAN

BACA DAN FAHAMKAN.

BAB 6: JADUAL BERKALA

6.2) Campuran
6.3) Sebatian

6.2) CAMPURAN

Maksud Campuran:
Campuran terbentuk daripada dua atau lebih unsur atau sebatian

yang bergabung secara fizikal, misalnya secara mengacau.

CONTOH CAMPURAN DALAM
KEHIDUPAN SEHARIAN

Duit Tanah Udara Ais
Syiling kacang

Darah Jus Biskut Iodin
mangga coklat

KAEDAH PENGASINGAN CAMPURAN

Kaedah Penurasan

Pemerhatian:
Baki pada kertas turas ialah pasir

dan hasil turasan adalah air.

Prosedur: Contoh:
Tuangkan campuran ke dalam kertas Air dan tanah
turas berbentuk kon di dalam corong Air dan pasir

turas.

KAEDAH PENGASINGAN CAMPURAN
Kaedah Penyulingan

Pemerhatian:
Hasil sulingan ialah alcohol. Suhu

hasil sulingan ialah 78˚C.

Prosedur: Contoh:
Panaskan campuran sehingga ke Air dan alkohol
takat didih, kemudian wap cecair Garam terlarut dan air

disejukkan

KAEDAH PENGASINGAN CAMPURAN

Kaedah Pemisahan menggunakan magnet

Prosedur: Pemerhatian:
Dekatkan magnet Serbuk besi akan tertarik oleh magnet
kepada campuran
bar manakala serbuk sulphur tidak
tertarik oleh magnet bar.

Contoh:
Serbuk besi dan serbuk sulphur

Besi dan pasir

KAEDAH PENGASINGAN CAMPURAN
Kaedah Pengenapan

Prosedur: Pemerhatian:
Biarkan pepejal termendap ke dasar Pasir tertinggal di dalam bikar

bekas, kemudian tuangkan air ke dan tidak larut dalam air.
dalam bekas lain.
Contoh:
Air sungai dan lumpur
Tepung jagung dan air

KAEDAH PENGASINGAN CAMPURAN

Kaedah Pengapungan

Pemerhatian:
Minyak akan terapung dan berada di
bahagian atas manakala air berada di

bahagian bawah

Prosedur: Contoh:
Campurkan air ke dalam Air dan minyak
Habuk kayu dan pasir
corong pemisah yang
mengandungi minyak

KAEDAH PENGASINGAN CAMPURAN

Kaedah Kromatografi

Pemerhatian:
Titik dakwat merebak untuk menjadi

beberapa bulatan sepusat yang
berlainan warna.

Prosedur: Contoh:
Celupkan hujung sejalur kertas Ekstrak pandan
turas yang dititiskan tompok Pigmen dakwat
Pigmen pewarna makanan
pewarna ke dalam air.

6.3) SEBATIAN

Maksud Sebatian:
Bahan baharu yang terbentuk daripada dua atau lebih jenis unsur berbeza

yang berpadu melalui tindak balas kimia, misalnya pembakaran.

Ciri-ciri sebatian:
1) Tindak balas kimia membentuk ikatan kimia yang kuat di antara unsur-

unsur
2) Sebatian bersifat berbeza daripada unsur-unsur yang membentuknya.

CARA PEMBENTUKAN SEBATIAN DARIPADA LOGAM DAN BUKAN LOGAM

Pemerhatian

Warna campuran serbuk besi dan serbuk sulphur:
Kuning Kehitaman

Jisim awal campuran:
32.5 g

Warna sebatian selepas dipanaskan:
Hitam ( Besi Sulfida terbentuk)

Jisim akhir sebatian: Prosedur:
40.2 g ( jisim diabadikan semasa perubahan kimia) Campuran serbuk besi (logam)

Bau terhasil: dan serbuk sulphur (bukan
Berbau sengit seperti telur busuk logam) dipanaskan dengan kuat.

Persamaan untuk tindak balas kimia:

Besi + Sulfur Besi Sulfida

HUKUM KEABADIAN JISIM

Hukum keabadian jisim menjelaskan bahawa jisim
diabadikan semasa perubahan kimia

Jisim sebatian selepas pemanasan adalah lebih tinggi daripada
jisim awal campuran.

KAEDAH PENGASINGAN SEBATIAN

ELEKTROLISIS

Maksud Elektrolisis:
Elektrolisis ialah proses penguraian sesuatu sebatian kepada unsur-

unsurnya apabila arus elektrik mengalir melaluinya.

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN BAGI PERUBAHAN FIZIKAL
DAN PERUBAHAN KIMIA

PERBEZAAN BAGI CAMPURAN DAN SEBATIAN


Click to View FlipBook Version