The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by e_wan131, 2022-04-13 05:53:48

PERLEMBAGAAN BKGS SK SEBERANG JAYA 2

PERLEMBAGAAN BKGS SKSJ 2

PERLEMBAGAAN

BADAN KEBAJIKAN GURU DAN STAF (BKGS) SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA 2

1. NAMA
1.1 Majlis ini dinamakan ''Badan Kebajikan Guru dan Staf Sekolah Kebangsaan Seberang
Jaya 2'' dan selepas daripada ini disebut ‘Badan Kebajikan’ atau dalam sebutan
ringkasnya "BKGS".

2. ALAMAT
2.1 Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2, Lengkok Tenggiri, Bandar Seberang Jaya,
13700 Perai, Seberang Perai Tengah.

3. OBJEKTIF
Di antara tujuan-tujuan Badan Kebajikan ini ialah :

3.1 Menjalankan kutipan wang sebagai yuran daripada ahli-ahli mengikut sebanyak mana
ditetapkan dalam perkara 5.1 aturan-aturan ini untuk kegunaan-kegunaan
sepertimana yang dinyatakan di bawah dan juga sebagaimana kehendak keputusan
mesyuarat Badan Kebajikan/mesyuarat Jawatankuasa.

3.2 Mengadakan majlis jamuan dan pemberian cenderamata kepada kakitangan yang
bertukar/bersara.

3.3 Mengadakan majlis makan pada akhir tahun sekiranya tidak ada majlis jamuan
kepada kakitangan yang bertukar/bersara.

3.4 Menjalankan apa-apa kegiatan sosial dan kebajikan untuk ahli-ahli termasuk aktiviti-
aktiviti yang bertujuan untuk menambah kewangan Badan Kebajikan setelah
dipersetujui oleh mesyuarat Badan Kebajikan atau mesyuarat Jawatankuasa.

3.5 Menyampaikan apa-apa keputusan Badan Kebajikan/Jawatankuasa kepada pihak
sekolah.

3.6 Membantu pihak-pihak luar sekolah yang memohon bantuan.

3.7 Menjalankan daya usaha untuk tujuan kemajuan sekolah.

4. KEAHLIAN
4.1 Semua kakitangan sekolah ini termasuk guru-guru sementara kerana mengisi

kekosongan adalah dengan sendirinya menjadi ahli Badan Kebajikan ini.

5. YURAN DAN KEWANGAN
5.1 Yuran Badan Kebajikan ini hendaklah dijelaskan selama 10 bulan dalam setahun iaitu

dari bulan Januari hingga bulan Disember sebanyak RM10.00 sebulan atau
RM120.00 setahun.

5.2 Yuran ini hendaklah dijelaskan kepada bendahari Badan Kebajikan pada tiap-tiap
bulan manakala setelah menerima gaji bagi bulan yang berkenaan atau dibayar
secara sekaligus atau sebagaimana cara yang dicadangkan oleh Badan Kebajikan.

5.3 Sekiranya berlaku kekurangan wang untuk sesuatu perbelanjaan/kegunaan, maka
Bendahari hendaklah menjalankan kutipan wang tambahan daripada ahli-ahli
setelah dipersetujui oleh Mesyuarat Badan Kebajikan.

5.4 Wang di tangan Bendahari adalah menjadi tanggungjawab Bendahari sepenuhnya
dan beliau hendaklah bertanggungjawab ke atas wang yang dipungut atau
dibelanjakan.

5.5 Bendahari boleh mengeluarkan sejumlah wang sehingga RM50.00 tanpa perlu
bermesyuarat. Pengeluaran yang melebihi amaun tersebut memerlukan persetujuan
dalam mesyuarat jawatankuasa Badan Kebajikan.

5.6 Pengerusi dan Penasihat berkuasa memeriksa kewangan Majlis pada bila-bila masa.

5.7 Setiap ahli menerima cahaya mata di sekolah ini akan diberi sumbangan sebanyak
RM50.00 (untuk seorang anak sahaja di sekolah ini).

5.8 Bagi Majlis Perkahwinan ahli sendiri atau anak, ahli akan menerima sumbangan
sebanyak RM100.00 untuk kali yang pertama sahaja atau seorang anak sahaja bagi
setiap ahli dan sumbangan RM100.00 akan diberikan kepada ahli yang menunaikan
Haji pada kali pertama.

5.9 Bagi ahli yang bersara atau kematian ahli keluarga terdekat (ibu/bapa, suami/isteri
dan anak) atau dimasukkan ke hospital (sekali sahaja sepanjang berkhidmat di
sekolah ini) sumbangan RM100.00 akan diberikan atau kutipan luar akan dijalankan
jika perlu.

5.10 Bagi ahli yang bertukar, pemberian semasa cenderamata akan diberi mengikut nilai
tertentu berdasarkan tempoh lama berkhidmat di sekolah ini seperti:

5.10.1 1 hingga 3 tahun = RM30.00

5.10.2 4 hingga 7 tahun = RM50.00

5.10.3 8 hingga 10 tahun = RM70.00

5.10.4 10 tahun ke atas = RM100.00

5.11 Kutipan akan dibuat jika perlu bagi tujuan 5.10
5.12 Bagi ahli yang akan bersara, pihak Badan Kebajikan akan mengadakan kutipan khas

untuk tujuan pemberian cenderamata.

6. PENTADBIRAN BADAN KEBAJIKAN

Badan Kebajikan ini ditadbir oleh:

6.1 Seorang Penasihat
Jawatan ini dikhaskan kepada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan apabila
ketiadaan Guru Besar

6.2 Sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada :

6.2.1 Seorang Pengerusi
6.2.2 Seorang Naib Pengerusi
6.2.3 Seorang Setiausaha
6.2.4 Seorang Naib Setiausaha
6.2.5 Seorang Bendahari
6.2.6 Lapan orang Ahli Jawatankuasa ( 7 orang guru dan 1 orang staf)

6.3 Ahli-ahli Jawatankuasa akan dipilih dalam satu mesyuarat Badan Kebajikan yang
akan diadakan dalam bulan Januari pada tiap-tiap tahun.

6.3.1 Pengerusi yang telah dilantik tidak lagi boleh dilantik pada pemilihan
jawatankuasa yang baharu selama berkhidmat di sekolah ini melainkan
jawatan-jawatan lain dalam Badan Kebajikan.

6.3.2 Ahli- ahli Jawatankuasa yang telah dilantik atau telah memegang jawatan
akan direhatkan selama 4 tahun sebelum boleh dicalonkan semula.

6.4 Jawatankuasa yang dipilih di atas (6.3) akan mentadbirkan Badan Kebajikan ini
sehingga :

6.4.1 ke mesyuarat Badan Kebajikan pada bulan Januari dalam tahun berikutnya,
atau
6.4.2 Mereka meletak jawatan, atau
6.4.3 Diberhentikan oleh Majlis, ataupun
6.4.4 Dimansuhkan oleh Penasihat

6.5 Sekiranya berlaku ketiadaan Jawatankuasa oleh sebab-sebab dalam Ceraian 6.4.2,
6.4.3 dan 6.4.4 di atas, maka sebuah Jawatankuasa baru hendaklah dipilih oleh
Badan Kebajikan tanpa perlu menunggu hingga bulan Januari. Sementara dalam
tempoh ketiadaan jawatan itu, Badan Kebajikan akan ditadbir oleh Penasihat atau
sebuah Jawatankuasa Darurat yang dilantik oleh Penasihat.

6.6 Seorang ahli Jawatankuasa boleh digantung jawatannya atau diberhentikan oleh :
6.6.1 Majlis, atau
6.6.2 Jawatankuasa, ataupun
6.6.3 Penasihat

6.7 Manakala berlakunya kekosongan ahli jawatankuasa oleh salah satu sebab dalam
Ceraian 6.6 di atas maka kekosongan itu hendaklah dipenuhi dengan pemilihan oleh
suatu mesyuarat Badan Kebajikan.

6.8 Jawatankuasa dibolehkan melantik seorang ahli untuk menjalankan sesuatu tugas jika
perlu. Nama ahli yang dilantik dan tugasnya itu hendaklah diberitahu kepada ahli-ahli
melalui papan kenyataan atau medium yang bersesuaian.

6.9 Bagi ahli yang tidak hadir semasa mesyuarat Badan Kebajikan layak dilantik untuk
sesuatu jawatan jika perlu.

7. MESYUARAT -MESYUARAT

7.1 Mesyuarat-mesyuarat Badan Kebajikan akan diadakan :

7.1.1 Dalam bulan Januari pada tiap-tiap tahun dengan fungsi utamanya untuk
memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira

7.1.2 Dengan permintaan 1/2 daripada ahli-ahli Badan Kebajikan

7.1.3 Dengan kehendak Penasihat/Pemangku Penasihat

7.2 Mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa hendaklah diadakan :

7.2.1 Dengan kehendak Pengerusi/Pemangku Pengerusi

7.2.2 Dengan permintaan 1/2 daripada ahli Jawatankuasa

7.2.3 Dengan kehendak Penasihat/Pemangku Penasihat

7.2.4 Dengan kehendak Majlis

7.3 Mesyuarat-mesyuarat Badan Kebajikan dan mesyuarat-mesyyuarat Jawatankuasa
akan dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis/Pemangku Pengerusi Badan Kebajikan
dan boleh juga Penasihat/Pemangku Penasihat ataupun oleh sesiapa yang diwakilkan
oleh Pengerusi/Penasihat.

7.4 Korum bagi kedua-dua mesyuarat ini ialah 1/2 daripada ahli.

8. TUGAS-TUGAS PEGAWAI
8.1 PENGERUSI

8.1.1 Bertanggungjawab bersama-sama dengan Penasihat dalam semua hal
perjalanan Badan Kebajikan.

8.1.2 Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Badan Kebajikan.

8.1.3 Menandatangani cek-cek, baucer-baucer dan lain-lain surat kewangan
bersama-sama dengan Bendahari.

8.1.4 Menandatangani minit-minit mesyuarat.

8.1.5 Mewakili Badan Kebajikan/Jawatankuasa dalam sesuatu hal.

8.2 NAIB PENGERUSI
8.2.1 Menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.

8.3 SETIAUSAHA

8.3.1 Memanggil mesyuarat-mesyuarat mengikut seperti mana peruntukan-
peruntukan dalam Ceraian 7.1 dan 7.2

8.3.2 Mencatat dan menyimpan minit-minit mesyuarat.

8.3.3 Menjalankan keputusan-keputusan/arahan-arahan mesyuarat Badan
Kebajikan dan mesyuarat Jawatankuasa.

8.3.4 Menjalankan tugas-tugas Bendahari semasa ketiadaannya.

8.4 NAIB SETIAUSAHA
8.4.1 Menjalankan tugas-tugas Setiausaha semasa ketiadaannya.

8.5 BENDAHARI

8.5.1 Mengutip yuran dan lain-lain kutipan yang dipersetujui oleh Badan Kebajikan.

8.5.2 Menyimpan wang Badan Kebajikan di mana-mana yang dipersetujui
Jawatankuasa.

8.5.3 Menyimpan wang tunai di tangan tidak lebih daripada RM300.00 pada satu-
satu masa.

8.5.4 Membuat dan menyimpan kira-kira wang dengan kemaskini.

8.5.5 Menandatangani cek-cek, baucer-baucer dan lain-lain kewangan bersama-
sama dengan Pengerusi.

8.5.6 Membuat penyata kewangan dan membentangkan dalam mesyuarat Badan
Kebajikan pada bulan Januari.

9. LARANGAN
Badan Kebajikan tidak boleh membuat/melakukan sesuatu selain daripada yang terkandung
di dalam Perlembagaan ini sahaja.

10. PINDAAN/TAMBAHAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan ini boleh dipinda/ditambah oleh mesyuarat Badan Kebajikan dari satu masa
ke satu masa. Sebarang pindaan/tambahan itu akan berjalan kuatkuasanya setelah
dipersetujui oleh Penasihat.

11. TAFSIRAN
Jika timbul/terdapat sebarang keraguan/pertikaian dalam pengertian/pentafsiran
Perlembagaan ini, maka keputusan Jawatankuasa bersama-sama dengan Penasihat adalah
Muktamad kecuali dipinda-timpal oleh mesyuarat Badan Kebajikan.

12. PEMBUBARAN
12.1 Badan Kebajikan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan tidak
kurang 2/3 daripada ahli-ahli yang hadir dalam suatu mesyuarat Badan
Kebajikan.

12.2 Sekiranya Badan Kebajikan ini dipersetujui dibubarkan maka segala hutang
dan tanggungan Badan Kebajikan yang sah hendaklah dijelaskan dan wang
baki/harta benda yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang
dipersetujui oleh mesyuarat Badan Kebajikan.


Click to View FlipBook Version