SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN Kesan Stratifikasi Sosial Faktor Kepelbagaian Sosiobudaya di Sekolah Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya di Sekolah Stanley Dunstern Alfanso IPGMK Rajang
Bil. Tajuk Muka Surat 1.0 Pengenalan 1 2.0 Kesan-kesan Stratifikasi Sosial terhadap Pendidikan di Malaysia 1 2.1 Institusi Sosial 1 2.2 Sekolah 2 2.3 Keluarga 3 2.4 Masyarakat 4 3.0 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kepelbagaian Sosiobudaya di Sekolah 5 3.1 Bangsa 5 3.2 Bahasa 6 3.3 Struktur Sosial 7 3.4 Kepercayaan dan Agama 7 3.5 Adat Resam dan Budaya 8 4.0 Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya terhadap Komuniti Sekolah dan Pendidikan 8 4.1 Bahasa 8 4.2 Layanan Guru 9 Senarai Kandungan
Bil. Tajuk Muka Surat 4.3 Gender dan Kaum 10 4.4 Pencapaian Akademik 11 5.0 Kesimpulan 11 Rujukan 12
1.0 Pengenalan Pendidikan merupakan satu institusi sosial yang penting dalam sesebuah negara. Setiap individu mengalami proses pendidikan sepanjang hayat sama ada secara sedar ataupun tidak, dengan secara langsung ataupun tidak langsung kerana pendidikan tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Oleh itu, pendidikan merupakan satu proses yang berterusan seumur hidup yang melibatkan manusia dengan institusi sosial (Rohana Yusof, 2006). Setiap individu memerlukan pendidikan untuk memastikan kualiti hidup mereka terjamin. Menurut Samruhaizad Samian (2017), masyarakat pinggir bandar turut menginginkan kehidupan yang sempurna terutama dalam pengisian ilmu pendidikan kepada anak-anak yang dianggap mampu mengubah kehidupan yang susah kepada kehidupan yang lebih baik. Di sini kita dapat lihat kepentingan pendidikan yang mampu mengubah kualiti hidup individu, keluarga dan masyarakat. Preston dan Elo (1996) turut menegaskan bahawa lemah dalam pendidikan akan mendorong seseorang untuk hidup dalam kemiskinan. 2.0 Kesan-kesan Stratifikasi Sosial terhadap Pendidikan di Malaysia Menurut Clarence et al. (1968), stratifikasi ditakrifkan sebagai pembahagian populasi kepada dua atau lebih lapisan, yang setiap satunya agak homogen dan di antaranya terdapat perbezaan dalam keistimewaan, batasan, ganjaran dan kewajiban. Stratifikasi sosial pula bermaksud proses pembezaan individu-individu dalam masyarakat yang menyebabkan kemunculan suatu hierarki yang terdiri daripada lapisan atau strata yang berlainan kedudukannya. Stratifikasi sosial wujud disebabkan ketidaksamaan sosial dalam anggota masyarakat dan ketidaksamaan ini pula diiktiraf oleh masyarakat. Kesan stratifikasi sosial terhadap pendidikan dapat dilihat daripada empat aspek iaitu institusi sosial, sekolah, keluarga dan masyarakat. 2.1 Institusi Sosial Nickerson (2022) mendefinisikan institusi sosial sebagai kumpulan atau organisasi yang mempunyai peranan, norma dan harapan tertentu yang berfungsi untuk memenuhi keperluan sosial masyarakat. Institusi sosial ini termasuklah keluarga, kerajaan, agama, pendidikan dan media. Stratifikasi sosial yang wujud akan 1
menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan dalam institusi sosial di mana keutamaan hanya diberikan kepada golongan yang berkebolehan sahaja. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan institusi sosial pada masa sekarang lebih mengutamakan golongan yang berpendidikan tinggi kerana beranggapan bahawa mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang lebih baik berbanding golongan lain. Golongan yang berpendidikan tinggi ini kebanyakannya berasal daripada golongan kelas atasan. Perkara ini berlaku kerana golongan kelas atasan mendapat pendidikan yang lebih baik dan akan menyebabkan pencapaian akademik mereka lebih cemerlang. Kecemerlangan akademik ini dapat membawa seseorang untuk mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik daripada orang lain yang pencapaian akademiknya rendah. Menurut Wong et al. (2011), apabila seseorang belia mencapai tahap pendidikan yang lebih tinggi, keupayaannya dalam mendapat peluang pekerjaan adalah lebih tinggi dan turut menjamin pendapatan yang lebih lumayan. Perkara ini akan menyebabkan berlakunya jurang dalam institusi sosial antara golongan berpendidikan tinggi (golongan kelas atasan) dengan golongan berpendidikan rendah (golongan kelas bawahan). 2.2 Sekolah Benard (2020) mendefinisikan sekolah sebagai sebuah institusi di mana pembelajaran dan pendidikan formal dijalankan. Kesan stratifikasi sosial terhadap sekolah akan mewujudkan jurang antara komuniti sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana stratifikasi sosial yang wujud ini akan menghalang hubungan antara ahli sesuatu kumpulan dengan kumpulan lain di dalam sesebuah sekolah. Misalnya kumpulan pelajar yang datang daripada golongan kelas atasan hanya akan berkawan dengan kumpulan yang sama taraf dengan mereka sahaja. Perkara ini berlaku disebabkan adanya jurang sosioekonomi antara pelajar sehingga merasa mereka tidak layak untuk berkawan dengan golongan lain. Di sekolah, sesetengah guru yang tidak professional akan mewujudkan ketidaksamaan layanan dalam kalangan pelajar. Misalnya, pelajar kelas atasan akan diberikan perhatian yang lebih 2
banyak daripada pelajar kelas bawahan. Guru juga kurang memberi sokongan dan dorongan kepada pelajar kelas bawahan. Hal ini kerana guru mempunyai stereotaip terhadap murid daripada lapisan sosial rendah bahawa mereka kurang potensi dalam akademik. Selain itu, pelajar kelas bawahan juga memiliki akses terbatas terhadap sumber pendidikan seperti alatan pembelajaran yang disebabkan kekurangan kewangan. Perkara ini akan mempengaruhi pemahaman dan pengalaman pendidikan yang kurang baik oleh pelajar. Stratifikasi sosial juga telah menyebabkan wujudnya pengkelasan sekolah yang mempunyai matlamat dan tujuan yang berbeza dari aspek penubuhannya. Perkara ini dapat dilihat melalui penubuhan pelbagai jenis sekolah seperti Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina dan Tamil), Sekolah Wawasan, Sekolah Bestari, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan banyak lagi. 2.3 Keluarga Stratifikasi sosial keluarga merujuk kepada pengkategorian keluarga ke dalam kumpulan (kelas sosial) berdasarkan faktor sosioekonomi seperti kekayaan, pendapatan, bangsa, pendidikan, pekerjaan, status sosial atau kuasa yang diperoleh dalam bidang sosial mahupun politik (Lukman Budi Santoso & Moh. Alfin Sulihkhodin, 2022). Pengkategorian ini membawa kepada ketidaksamaan sosial, perkongsian sumber dan ganjaran sosial yang membawa kesan kepada peluang kehidupan, gaya hidup dan prestij keluarga. Stratifikasi sosial memberi manfaat kepada keluarga kelas atasan dan berkuasa dengan mengorbankan keluarga kelas bawahan terutamanya dalam aspek pendidikan. Keluarga kelas atasan mampu memberi anak mereka kemudahan tambahan dalam pendidikan seperti buku rujukan, buku latihan tambahan dan alat tulis yang lengkap dan mencukupi. Perkara ini akan memberikan peluang kejayaan yang lebih besar kepada anak-anak mereka. Hasil ekonomi yang tinggi dalam keluarga juga membolehkan ibu bapa menghasilkan persekitaran belajar yang kondusif dan selesa untuk anak-anak belajar di rumah. Dengan adanya persekitaran belajar yang kondusif, anak-anak akan dapat memberikan fokus yang tinggi dalam pembelajaran tanpa ada apa-apa gangguan. Selain itu, 3
keluarga kelas bawahan tidak berkemampuan dalam menyediakan peralatan dan bahan pembelajaran. Ini akan menyebabkan anakanak mereka tidak dapat merebut peluang pendidikan dan menikmati perolehan pelbagai bentuk maklumat pelajaran dengan pantas. Salah satu punca wujudnya stratifikasi keluarga ini ialah pendidikan dalam sesebuah keluarga itu sendiri. Keluarga kaya biasanya amat mementingkan pendidikan dalam keluarga kerana sedar akan kepentingan pendidikan terhadap pembangunan keluarga mereka. Berbeza dengan keluarga miskin yang lebih mengutamakan pekerjaan sehingga ada yang tidak melanjutkan pengajian kerana perlu bekerja akibat masalah kewangan dalam keluarga. Apabila bekerja tanpa kelayakan yang tinggi, keluarga miskin ini akan menyandang jawatan yang paling rendah dalam bidang pekerjaan mereka kerana posisi atau jawatan yang tinggi dalam sesebuah institusi biasanya memerlukan kelayakan yang tinggi. Kedudukan sosioekonomi antara orang kaya dan orang miskin juga telah membezakan mereka dari aspek tempat tinggal, gaya hidup dan pemilikan harta. Dari aspek lokasi tempat tinggal, masyarakat bandar mempunyai akses pendidikan, pilihan sekolah dan institusi pendidikan yang lebih banyak berbanding murid yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman. Individu daripada keluarga kaya juga mempunyai gaya hidup yang lebih mendorong ke arah kejayaan pendidikan mereka di mana mereka mempunyai persekitaran yang menyokong kecemerlangan pendidikan mereka. Mereka juga mempunyai pengurusan masa yang lebih teratur kerana mereka hanya perlu fokus kepada pendidikan, berbeza dengan segelintir golongan bawahan yang perlu bekerja untuk membantu keluarga. 2.4 Masyarakat Stratifikasi sosial memberikan kesan kepada masyarakat kerana akan melahirkan lapisan masyarakat yang mempunyai perbezaan dan kepelbagaian tahap kebolehan dan kemahiran. Misalnya, golongan kelas atasan yang kebanyakan mereka mendapat pendidikan tinggi mempunyai lebih banyak kebolehan dan 4
kemahiran yang diiktiraf oleh pelbagai pihak. Perkara ini akan menyebabkan golongan kelas bawahan tidak mendapat taraf pekerjaan yang lebih baik untuk memperbaiki taraf sosial mereka. Gaji yang diperoleh daripada pekerjaan juga tidak mencukupi untuk menyara keluarga. Perkara ini berlaku disebabkan oleh keciciran dalam pelajaran atau golongan kelas bawahan yang tidak mementingkan pendidikan. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan kelas bawahan mengetahui mereka tidak berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan yang baik seperti golongan atasan menyebabkan mereka lebih mementingkan pekerjaan daripada pendidikan. Oleh itu, masyarakat yang berpendidikan dan berilmu ini akan disanjung tinggi dan diberikan pelbagai kelebihan serta kuasa oleh masyarakat lain (Ahmad Afandi, 2016). Hal ini akan menyebabkan imej dan status masyarakat berpendidikan dilihat sebagai golongan yang berfikir, cendikiawan dan berpotensi tinggi. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa pendidikan mempengaruhi masyarakat dalam kehidupan sosial mereka. Golongan yang berkeutamaan ini tadi kemudiannya akan mempunyai suara yang lebih besar dalam sesebuah masyarakat sehingga boleh mempengaruhi keputusan dan pemikiran masyarakat lain. 3.0 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kepelbagaian Sosiobudaya di Menurut Tylor (1958), budaya dapat diertikan sebagai sebuah fenomena hasil daripada pengintegrasian ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, peraturan, adat dan pelbagai konsep kehidupan yang dikongsi bersama dalam sesuatu kelompok masyarakat. Oleh hal yang demikian, budaya bagi sesuatu kumpulan (sama ada berdasarkan bangsa, status ekonomi, tahap pendidikan, jantina, usia dan sebagainya) merangkumi aspek nilai, kepercayaan dan cara hidup yang diajar dan diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain (Leininger, 1991). Sosiobudaya merupakan aspek gaya hidup yang menjadi amalan dan pegangan dalam sesebuah kelompok masyarakat (Norshahera Zulkifli & Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, 2022). Menurut Abd Rahman et al. (2022), pendidikan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan sesuatu pewarisan budaya dari satu generasi ke generasi yang lain. Sekolah 3.1 Bangsa Malaysia merupakan sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada 5
pelbagai bangsa. Masyarakat yang berbilang bangsa ini telah memberi peluang kepada kita untuk mempunyai kepelbagaian budaya (Siti Suriani Othman, 2012). Menurut Azlina Abdullah (2015), kepelbagaian bangsa di Malaysia bermula apabila alam Melayu menjadi tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia yang didorong oleh faktor perdagangan, pengembangan agama dan pelayaran. Kedatangan pedagang ini telah membawa masuk sekali budaya negara asal mereka ke dalam negara kita. Sekolah merupakan sebuah institusi yang mengumpulkan individu-individu yang datang daripada pelbagai bangsa dan latar belakang. Setiap pelajar yang datang daripada pelbagai bangsa ini pastinya akan membawa masuk budaya masing-masing di sekolah tersebut. Perkara ini akan menyebabkan wujudnya kepelbagaian budaya di sekolah tersebut. Namun begitu, bangsa majoriti akan memberikan pengaruh yang paling besar ke atas sesebuah sekolah di mana mereka akan menyumbang kepada pembentukan budaya sekolah tersebut. 3.2 Bahasa Kewujudan pelbagai kaum dan etnik di Malaysia telah membawa kepada kepelbagaian bahasa dan loghat yang digunakan dalam kalangan masyarakat. Bahasa dan loghat ini juga tentunya mempunyai makna yang berbeza-beza mengikut lokasi penutur. Menurut Mohd. Sohaimi Esa et al. (2021), bahasa juga dikatakan dapat menjadi lambang dan cerminan kepada sesebuah bangsa. Menurut Cho dan Puteri Roslina Abdul Wahib (2016), bahasa merupakan panduan bagi ‘realiti sosial’ dan ‘simbolik kepada budaya’ dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa digunakan oleh masyarakat dan mempunyai pengaruh dalam menentukan budaya setiap kaum. Tambahan beliau, bahasa dijadikan sebagai satu perantara untuk menggambarkan budaya sesebuah masyarakat. Oleh itu, dunia hari ini pada amnya secara tidak sedar terbina daripada kebiasaan atau budaya sesuatu kumpulan. Sekolah merupakan satu tempat yang paling baik dalam mewujudkan perpaduan dengan menjadikan fungsi bahasa sebagai satu integrasi dan adaptasi sosial. Apabila murid daripada pelbagai 6
bangsa menggunakan bahasa masing-masing, di sinilah silang budaya akan berlaku. Di sekolah juga, murid berpeluang untuk mempelajari budaya kaum lain secara langsung dengan menggunakan satu bahasa pengantar yang sama iaitu bahasa Melayu. Menurut Ngien dan Ching (2016), keadaan ini mendedahkan murid untuk memahami, bahkan dapat bertutur menggunakan lebih daripada satu jenis bahasa. Hal ini akan mewujudkan kepelbagaian bahasa di peringkat sekolah, kesan daripada percampuran pergaulan etnik dalam institusi pendidikan. 3.3 Kelas Sosial Menurut Magnis (2003), kelas sosial merujuk kepada golongan sosial dalam sesebuah masyarakat yang ditentukan oleh posisi tertentu dalam proses produksi. Menurut Subur Hendriwani (2020), kegiatan manusia yang paling penting ialah kegiatan ekonomi produksi. Pemahaman cara suatu masyarakat mengorganisasi produksi mereka adalah kunci untuk memahami keseluruhan struktur sosial. Setiap kelas sosial masing-masing mempunyai budayanya tersendiri. Kepelbagaian budaya hasil daripada kelas sosial ini antaranya dipengaruhi oleh institusi, peranan, norma dan hierarki sosial. Oleh itu, kelas sosial yang pelbagai ini tentunya mempunyai cara hidup, nilai dan keperluan tersendiri yang menjadi identiti mereka atau juga dikenali sebagai budaya mereka. Pelajar-pelajar di sekolah datang daripada kelas sosial yang pelbagai, ini bermaksud budaya yang dibawakan oleh setiap pelajar ini tadi juga pelbagai. Secara amnya, kita dapat mengenal pasti budaya yang dibawa oleh seseorang pelajar berdasarkan kelas sosial mereka. 3.4 Kepercayaan dan Agama Menurut Norhafizah Ahmad et al. (2022), kepercayaan terhadap agama atau pegangan merupakan salah satu keperluan dalam kehidupan. Setiap agama yang dianuti oleh masyarakat pasti menuntut penganutnya untuk sentiasa berbuat baik demi kesejahteraan hidup diri dan masyarakat lain. Kebebasan dalam menganut agama di negara kita telah mewujudkan kepelbagaian kepercayaan dan agama sehingga akhirnya membawa kepada kepelbagaian budaya. Kepelbagaian budaya ini berlaku kerana setiap agama masing-masing mempunyai amalan dan tuntutan 7
yang berbeza-beza yang perlu dilaksanakan dan diikuti oleh penganutnya. Menurut Suresh (2017), perbezaan kepercayaan dan agama dalam kalangan pelajar di sekolah memaparkan variasi dalam bahasa, nilai, norma, tradisi, kepercayaan dan aspirasi yang dimiliki dan dibawa oleh pelajar ke dalam persekitaran sekolah. 3.5 Adat Resam dan Budaya Nur Aqilah Azlie et al. (2022) mendefinisikan adat resam sebagai peraturan yang telah diamalkan sejak turun temurun lagi yang menggambarkan budaya sesebuah kaum. Adat resam memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun. Adat yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan masyarakat ini bermula daripada kelahiran, perkahwinan sehingga kematian. Murid yang berlainan kaum akan melakukan budaya mereka di sekolah kerana ini telah menjadi kebiasaan mereka. Perkara ini akan mempengaruhi kepelbagaian sosiobudaya di sekolah. Budaya mempengaruhi cara individu berfikir, bertindak, memberi pandangan, perasaan dan pembawaan (Brown, 1998). Murid yang berbeza bangsa dapat belajar daripada murid lain untuk mendapatkan pengetahuan tentang bagaimana mereka berfikir dan bertindak untuk menghasilkan keputusan yang baik. 4.0 Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya terhadap Komuniti Sekolah dan Pendidikan Kepelbagaian sosiobudaya membawa implikasi yang signifikan terhadap komuniti sekolah dan pendidikan. Implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap komuniti sekolah dan pendidikan dapat dilihat dari empat aspek iaitu, bahasa, layanan guru, gender dan kaum serta pencapaian akademik. 4.1 Bahasa Kepelbagaian sosiobudaya di sekolah telah menyebabkan berlakunya pertembungan dialek antara penutur di dalam sesebuah sekolah. Perkara ini akan menyebabkan pelajar sukar memahami pelajaran mereka kerana komunikasi terbatas. Hal ini bererti akan wujudnya konflik bahasa antara murid dengan murid dan murid dengan guru. Konflik juga berlaku dalam loghat atau slanga yang 8
digunakan oleh murid. Hal ini kerana loghat atau slanga yang digunakan oleh murid tidak difahami oleh individu yang lain menyebabkan berlakunya salah faham dan yang lebih teruk lagi pergaduhan. Kepelbagaian sosiobudaya di sekolah ini juga memerlukan guru untuk mempelajari bahasa ibunda kumpulan majoriti di sekolah. Hal ini berlaku kerana guru perlu berkomunikasi secara berkesan dengan murid-murid di sekolah tersebut. Menurut Yong et al. (2018), kepelbagaian sosiobudaya di sekolah ini menyebabkan peningkatan kendiri pada diri guru apabila guru mempelajari budaya kaum lain yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab guru untuk meningkatkan professional seorang guru yang mengajar di sekolah terutama apabila guru perlu berinteraksi dengan ibu bapa pelajar yang berlainan kaum. Apabila sudah menguasai bahasa ibunda kumpulan minoriti di sekolah, guru juga kurang menghadapi masalah ketika berinteraksi dengan ibu bapa yang berlainan kaum terutamanya mereka yang tidak fasih dalam bahasa rasmi. 4.2 Layanan Guru Guru memberikan layanan dan jangkaan berbeza berdasarkan bangsa, jantina dan kelas sosial. Sesetengah guru memberikan respons yang berbeza kepada pelajar yang mewakili kelompok kecil, minoriti atau kelas sosial rendah. Hal ini secara tidak langsung telah menunjukkan sikap pilih kasih berdasarkan etnik dan sikap pandang rendah terhadap etnik lain yang dipaparkan oleh guru. Terdapat akhbar tempatan yang pernah melaporkan tentang sikap perkauman yang wujud dalam kalangan guru yang menunjukkan sifat perkauman terhadap murid berlainan etnik (Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof, 2016). Sifat pilih kasih dalam diri guru ini akan menyebabkan pelajar berasa kurang diberikan perhatian. Sifat guru ini juga akan menimbulkan rendah diri dalam kalangan pelajar. Perkara ini kemudiannya akan membawa kepada terjejasnya kesedaran integrasi etnik di sekolah yang seterusnya akan membawa kepada perasaan perkauman antara murid di sesebuah sekolah itu. Guru seharusnya memberikan layanan yang sama rata kepada pelajar tanpa memikirkan latar belakang keluarga pelajar. Perkara ini dapat 9
memastikan semua pelajar mendapat akses yang sama rata dalam pendidikan. Selain itu, penyampaian guru juga haruslah jelas dan mudah difahami oleh semua golongan murid. Hal ini akan dapat memastikan tiada murid yang tertinggal di dalam kelas. 4.3 Gender dan Kaum Implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap gender dapat dilihat melalui jawatan yang dipegang oleh seseorang murid di dalam kelas. Salah satunya ialah jawatan ataupun peranan sebagai pemimpin sering diberikan kepada pelajar lelaki kerana beranggapan bahawa lelaki lebih layak memimpin. Perkara ini tentunya akan membawa kepada diskriminasi gender dalam kalangan murid. Selain itu, guru juga memberikan lebih tumpuan dan perhatian kepada murid perempuan kerana mereka lebih mematuhi arahan guru, lebih kemas dan lebih rajin. Kebiasaannya guru akan mengabaikan murid lelaki sekiranya amaran dan peringatan yang diberikan tidak dihiraukan. Pengabaian murid lelaki di dalam kelas sudah tentu akan mengganggu pembelajaran mereka. Perkara ini akan menyebabkan peningkatan masalah disiplin dalam kalangan murid lelaki kerana mereka kurang diberikan perhatian oleh guru. Diskriminasi gender yang berlaku ini sekali gus akan menyebabkan pencapaian pelajar tidak seimbang. Guru lebih mementingkan kaum majoriti dan menyebabkan kaum minoriti terabai. Perkara ini akan membawa kepada pengabaian dan peningkatan dalam kemunduran sesuatu etnik sehingga mereka tidak dapat meningkatkan etnik mereka. Kepelbagaian sosiobudaya juga memberi kesan terhadap tahap sensitiviti kepelbagaian budaya dalam kalangan guru. Menurut Yasmin dan Najeemah (2016), guru yang mempunyai pengalaman mengajar murid pelbagai etnik dan budaya lebih daripada 10 tahun mempunyai tahap sensitiviti kepelbagaian budaya yang lebih tinggi berbanding guru yang mempunyai pengalaman mengajar murid pelbagai etnik dan budaya kurang daripada 10 tahun. Ini bererti semakin banyak pengalaman seseorang terhadap kepelbagaian budaya, semakin tinggi kebolehannya untuk melakukan adaptasi terhadap isu yang wujud antara budaya (Yuen, 2010). 10
4.4 Pencapaian Akademik Pencapaian akademik seseorang murid dipengaruhi oleh faktor murid itu sendiri, rakan sebaya, latar belakang, sosioekonomi keluarga, guru dan sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana pencapaian akademik ini boleh dikaitkan dengan motivasi murid dalam menimba ilmu. Apabila murid mempunyai rakan pembelajaran yang rajin, murid juga akan mempunyai motivasi untuk rajin belajar, begitu juga sebaliknya. Untuk aspek genetik, pencapaian akademik ini boleh dilihat daripada latar belakang dan sosioekonomi keluarga dalam menilai pendidikan. Untuk keluarga yang berjaya dalam akademik dan mempunyai sosioekonomi yang tinggi, mereka cenderung untuk mengambil berat tentang pendidikan anak-anak mereka. Mereka juga akan menyediakan kemudahan dan akses pendidikan yang meluas kepada anak-anak mereka. 5.0 Kesimpulan Kesimpulannya, kita semua sedar bahawa pendidikan memainkan peranan penting untuk meningkatkan status sosial masyarakat tetapi sekali gus dapat menyebabkan stratifikasi sosial (Abdullah Chozin & Taufan Adi Prasetyo, 2021). Stratifikasi sosial ini juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembentukan budaya dalam kalangan masyarakat kerana menyebabkan wujudnya perbezaan dalam pemikiran, tindakan dan amalan. Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan pendidikan dapat disampaikan dan diseimbangkan kepada setiap pelajar dengan baik. Menurut Yong et al. (2021), guru juga merupakan agen sosialisasi politik yang penting dalam membantu proses pemupukan perpaduan etnik dalam kalangan pelajar. Perkara ini amat diperlukan supaya rakyat negara kita dapat hidup dengan aman dan damai yang seterusnya akan memupuk perpaduan dalam pelbagai aspek terutamanya dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara kita. 11
Rujukan Abd Rahman, Sabhayati Asri Munandar, Andi Fitriani, Yuyun Karlina, & Yumriani. (2022). Pengertian Pendidikan, Ilmu Pendidikan dan Unsur-unsur Pendidikan. Al Urwatul Wutsqa: Kajian Pendidikan Islam, 2(1), 1-8. https://journal.unismuh.ac.id/index.php/alurwatul Abdullah Chozin, & Taufan Adi Prasety. (2021). Pendidikan Masyarakat dan Stratifikasi Sosial dalam Perspekstif Islam. Mamba’ul ‘Ulum, 17(2), 62-73. https://jurnal.iimsurakarta.ac.id/index.php/mu/article/view/42/43 Ahmad Afandi. (2016). Stratifikasi Sosial (Sistem Sosio Kultur) Masyarakat Sasak di Kabupaten Lombok Timur Nusa Tenggara Barat. Jurnal Criksetra, 5(9), 1-15. https://ejournal.unsri.ac.id/index.php/criksetra/article/view/4796/2541 Azlina Abdullah. (2015). Mengurus Kepelbagaian dan Budaya Tradisi Etnik dalam Organisasi Tempat Kerja. In Roziah Omar & Sivamurugan Pandian (Eds.), Kesejahteraan Sosial Komuniti Bandar: Pembangunan dalam Kesinambungan (pp. 46-56). Jabatan Profesor Negara. Benard, O. N. (2020). Family-Community-Higher Education Partnership: A Critical Pillar in Realizing Social Justice. In J. Keengwe (Eds.), Handbook of Research on Diversity and Social Justice in Higher Education (pp. 129-148). IGI Global. Brown, A. (1998). Organizational Culture. Prentice Hall. Cho, M., & Puteri Roslina Abdul Wahid. (2016). Penterjemahan Budaya Bukan Kebendaan dalam Teks Terjemahan Bahasa Korea-Bahasa Melayu. Jurnal Melayu, 15(2), 160-175. https://journalarticle.ukm.my/9965/1/16177- 45357-1-SM.pdf Clarence, C. S., Otto, N. L., & William R. C. (1968). Sociology (4th ed.). Harper & Row Publishers. Leininger, M. M. (1991). Culture Care Diversity dan Universality: A Theory of Nursing. National League for Nursing Press. 12
Lukman Budi Santoso, & Moh. Alfin Sulihkhodin. (2022). Stratifikasi Sosial pada Keluarga yang Nafkahnya Ditanggung Istri, Jurnal Intervensi Sosial dan Pembangunan, 3(2), 108-118. http://jurnal.umsu.ac.id/index.php/JISP Magnis, F. S. (2003). Teori Kelas. In F. S. Magnis (Ed.), Pemikiran Karl Max: Dari Sosialisme Utopis ke Perselisihan Revisionisme (pp. 110-119). Gramedia Pustaka Utama. Mohd. Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Irma Wani Othman, & Herlina Jupiter. (2021). Isu dan Cabaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di Ambang Kemerdekaan Tanah Melayu. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 6(41), 111-125. http://dx.doi.org/10.35631/IJEPC.641009 Ngien, M. M., & Ching, T. H. (2016). Learning Chinese Language in SJK(C) : A Case Study of Bumiputera Students in Sarawak. Journal of Chinese Literature and Culture, 4(1), 63-84. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JCLC/article/view/11295/7689 Nickerson, C. (2022). Social Institutions in Sociology: Definition & Examples. SimplyPsychology. https://www.simplypsychology.org/socialinstitution.html Norhafizah Ahmad, Siti Marpuah, Abd Shakor Borham, Wan Ainaa Mardhiah Wan Zahari, Intan Farhana Saparudin, Nur Zainatul Nadra Zainol, Muhammad Masruri, Shah Rul Anuar Noridn, & Nik Kamal Wan Muhammed. (2022). Kepercayaan. Adat Budaya dan Amalan Keagamaan Orang Asli Kanaq di Kota Tinggi, Johor. Jurnal Kemanusiaan, 19(2), 26-32. https://jurnalkemanusiaan.utm.my/index.php/kemanusiaan/article/view/ 415/343 Norshahera Zulkifli, & Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff. (2022). Elemen-elemen Sosiobudaya dalam Kalangan Masyarakat Boyan di Semenyih, Selangor. Jurnal Wacana Sarjana, 6(2), 1-13. https://journalarticle.ukm.my/19697/1/468-Article%20Text-673-1-10- 20220707.pdf 13
Nur Aqilah Azlie, Qhairunissa Suffianna Zainal, Jannatul Iza Ahmad Kamal, & Mohd Zairol Masron. (2022). Mengenali Tradisi Adat Resam Perkahwinan Kaum Melanau di Sarawak. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia, 6(2), 62-84. https://jslim.uitm.edu.my/pdf/jilid_6_2/jilid_6_4.pdf Preston, S. H., & Elo, I. T. (1996). Survival After Age 80: Letter To The Editor. Journal of Medicine, 334(8), 537. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/8559217/ Rohana Yusof. (2006). Asas Sains Sosial dari Perspektif Sosiologi. Perpustakaan Negara Malaysia. Samruhaizad Samian. (2017). Pendidikan Sebagai Komponen Kualiti Hidup Masyarakat Pinggir Bandar. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 1(1), 267-280. https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/view/26/47 Siti Suriani Othman, Wan Mohd Fazrul Azdi, & Fauziah Hassan. (2012). Kesedaran Budaya dan Tanggungjawab Media di Malaysia: Satu Perbincangan dari Perspektif Islam. Al-‘Abqari Journal, 12, 12-38. https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/5852/1/KESEDA~1.PD F Subur Hendriwani. (2020). Teori Kelas Sosial dan Marxsme Karl Marx. Paradigma: Jurnal Kalam dan Filsafat, 2(1), 13-28. http://journal.uinjkt.ac.id/index.php/paradigma Suresh Kumar N Vellymalay. (2017). Implikasi Budaya dan Agama ke atas Interaksi antara Etnik dalam Kalangan Murid Sekolah di Malaysia. e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 12(2), 272-286. https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/view/20434/6447 Tylor, E. D. (1958). Primitive Culture. Harper. Wong, K. H. J., Ching, T. Y., & Hui, J. L. N. (2011). Kemiskinan dan Pendidikan: Kesan dan Cabaran di Kalangan Belia Malaysia. Malaysian Journal of Youth Studies, 5, 55-76. https://iyres.gov.my/images/MJYS/2011/MJYS%20Vol%205%20Dec%202011- 59-80.pdf 14
Yasmin Ahmad, & Najeemah Mohd Yusof. (2016). Sensitiviti Kepelbagaian Budaya dalam Kalangan Guru Pelbagai Etnik di Sekolah Menenagah Kebangsaan di Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41(1), 71-78. https://core.ac.uk/download/pdf/84306965.pdf Yong, H. H., Ku Hasnita Ku Samsu, & Zaitul Himmah Adnan. (2021). Faktor Penghalang kepada Peranan Guru sebagai Agen Sosialisasi Politik di Sekolah dalam Membentuk Perpaduan di Daerah Petaling. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategics Studies, 48(2), 82-107. https://journalarticle.ukm.my/18599/1/50309-163911-1-SM.pdf Yong, H. H., Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang, & Adlina Ab Halim. (2018). Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum di Sekolah. Akademika, 88(2), 95-108. https://journalarticle.ukm.my/12833/1/18914-81005-1-PB.pdf Yuen, C. (2010). Dimension of Diversity: Challenges to Secondary School Teachers with Implications for Intercultural Teacher Education. Teaching and Teacher Education, 26(3), 732-741. https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0742051X090020 78 15