DAN
REVOLUSI INDUSTRI 4.0 KEPADA
MALAYSIA
STANLEY DUNSTERN ANAK ALFANSO
2021032310069
1.0 Pengenalan
Kemunculan Revolusi Industri telah menandakan bermulanya kemajuan teknologi
hasil daripada kepintaran manusia (Adam Badhrulhisham et al., 2019). Menurut
Noor Azizah Noorashid (2019), revolusi industri adalah era perindustrian secara
besar-besaran yang berlaku sejak akhir tahun 1700an sehingga awal tahun
1800an. Revolusi yang berlaku ketika itu dikenali sebagai Revolusi Industri 1.0
dimana pada ketika itu kaedah wap dan air digunakan untuk menggerakkan
sektor perusahaan. Kemudian bermula tahun 1820 hingga tahun 1870, Revolusi
Industri 2.0 yang banyak menggunakan kuasa elektrik telah mula tersebar luas.
Penggunaan kuasa elektrik dalam perindustrian mampu mengeluarkan hasil
secara besar-besaran. Pada tahun 2000, munculnya Revolusi Industri 3.0 yang
menekankan penggunaan komputer dan teknologi maklumat. Seterusnya,
Revolusi Industri 4.0 mula diperkenalkan pada tahun 2016. Revolusi Industri 4.0 ini
mengoptimumkan penggunaan komputer yang memasukkan unsur internet
sehingga komputer dapat bekerja sendiri. Begitu juga dengan penggunaan mesin
pada masa ini yang tidak memerlukan tenaga manusia lagi. Perhubungan antara
mesin yang tidak memerlukan campur tangan manusia ini dikenali dengan istilah
“Machine to Machine” (Weyrich et al., 2014).
Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menerapkan Revolusi Industri 4.0 ini.
Namun begitu, penerapan Revolusi Industri 4.0 di negara kita belum mencapai
tahap maksimum lagi apabila dilihat dari segi persediaan yang dilakukan oleh
masyarakat dan negara (Akmal Ariff Jamhari et al., 2020). Hal ini disebabkan oleh
beberapa cabaran dan risiko yang perlu dihadapi oleh Malaysia dalam Revolusi
Industri 4.0 ini.
2.0 Cabaran yang Perlu Dihadapi oleh Malaysia dalam Revolusi Industri 4.0
Terdapat beberapa cabaran yang menghalang Malaysia untuk terus bergerak
seiring dengan negara maju yang lain dalam mengaplikasikan Revolusi Industri 4.0
secara optimum ini dalam negara kita. Antara cabaran tersebut adalah :
2.1 Kekurangan Tenaga Mahir
Tenaga mahir merupakan tonggak utama bagi merealisasikan sesebuah
perancangan yang membawa kemajuan kepada negara (Mohd Jalil Ahmad et al.,
2015). Begitu juga dalam merealisasikan Revolusi Industri 4.0 ini. Negara kita
1
sebenarnya mampu untuk mengaplikasikan Revolusi Industri 4.0 ini tetapi
disebabkan kekurangan tenaga mahir, negara kita menjadi terbantut dalam
pertumbuhan Revolusi Industri 4.0 ini. Hal ini dapat kita kaitkan dengan status
negara kita sekarang iaitu negara kita sebagai negara yang sedang membangun.
Jika kita lihat dengan lebih mendalam, penyebab utama bagi masalah
kekurangan tenaga mahir ini adalah tahap pendidikan masyarakat kita yang
rendah (Siti Norihan Abd Razak & Hasnah Ali, 2013). Mahir dalam konteks ini
merujuk kepada ilmu pengetahuan dan kemahiran masyarakat kita dalam
mengatur dan mengendalikan teknologi serta segala perkara yang berkaitan
dengan Revolusi Industri 4.0. Kekurangan tenaga mahir ini menjadi cabaran
kepada negara kerana pemikiran bernas daripada golongan berpendidikan yang
mahir dalam bidang tertentu seperti bidang teknologi sangat terhad (Hasbollah
Mat Saad, 2020). Hal ini menyebabkan negara kita terpaksa melalui satu kemajuan
dalam kadar yang sangat perlahan.
2.2 Ancaman Keselamatan Siber
Ancaman keselamatan siber menjadi salah satu cabaran kepada negara dalam
Revolusi Industri 4.0 kerana dalam negara kita masih wujud jenayah siber
(Syafiqah Sabri & Mohd Yamani Yahya, 2020). Jenayah siber ini bukan sahaja
berlaku pada peringkat kecil sahaja tetapi juga boleh berlaku pada peringkat
tertinggi yang boleh membawa kerugian yang besar kepada negara. Antaranya
adalah penggodaman pada pangkalan data akan menyebabkan data dan segala
maklumat yang penting hilang, dicuri mahupun dijual (Muhidin Arifin, 2020).
Kewujudan Revolusi Industri 4.0 ini juga akan menyebabkan kes jenayah siber di
negara kita semakin meningkat berbanding sebelum kemasukan Revolusi Industri
4.0 ini (Shukri Mohamad, 2020). Hal ini kerana internet merupakan unsur utama
yang mendorong kepada kejayaan pelaksanaan Revolusi Industri 4.0 ini.
3.0 Risiko yang perlu Dihadapi oleh Malaysia dalam Revolusi Industri 4.0
Pelaksanaan Revolusi Industri di negara kita yang merupakan negara sedang
membangun dapat membawa kepada pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku.
Hal ini boleh berakhir dalam dua bentuk iaitu sebagai sesuatu yang berjaya
ataupun sesuatu yang memudaratkan. Pada bahagian ini, kita akan meneliti risiko
yang perlu dihadapi oleh Malaysia dalam Revolusi Industri 4.0.
2
3.1 Kadar Pengangguran Meningkat
Risiko pertama yang perlu dihadapi oleh Malaysia adalah dalam bidang pekerjaan
iaitu peningkatan kadar pengangguran di negara kita. Hal ini dikatakan demikian
kerana Revolusi Industri 4.0 ini melibatkan mesin dan internet, maka tenaga kerja
manusia yang diperlukan adalah sedikit sahaja (Ambaranie Nadia Kemala
Movanita, 2019). Tenaga kerja mahir yang terlibat hanyalah pada peringkat
pengurusan dan bukannya tenaga buruh yang membantu dalam pengoperasian
mesin tersebut.
Jika dilihat pada revolusi sebelum ini iaitu Revolusi Industri 3.0, tenaga kerja
manusia masih diperlukan kerana Revolusi Industri 3.0 hanya melibatkan
penggunaan komputer dan tenaga manusia yang mengendalikan komputer
tersebut. Berbeza pula dengan Revolusi Industri 4.0 ini, ketika ini, komputer
dengan bantuan internet sudah boleh mengendalikan diri mereka sendiri tanpa
bantuan tenaga kerja manusia lagi. Dalam erti kata lain, pekerjaan dan tugas
manusia sebelum ini telah diambil alih oleh komputer dan mesin sepenuhnya
(Novina Putri Bestari, 2021). Hal ini tentunya menyebabkan tenaga buruh manusia
tidak diperlukan lagi sehingga berlakunya peningkatan kadar pengangguran di
negara kita.
3.2 Masalah Ekonomi
Masalah ekonomi ini dapat kita kaitkan dengan peningkatan kadar pengangguran
di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana pengangguran akan
menyebabkan peningkatan kos sara hidup yang seterusnya akan memberikan
kesan terhadap ekonomi negara kita. Selain itu, masalah ekonomi juga boleh
berlaku akibat kos pelaksanaan Revolusi Industri 4.0 yang tinggi.
Terdapat banyak penyebab bagi kos yang tinggi ini. Antaranya adalah kos
peralatan dan kos kemahiran. Kos peralatan di sini bermaksud penggunaan
teknologi canggih tentunya menyebabkan kos untuk negara kita memiliki
teknologi tersebut adalah tinggi (Ruslin Amir et al., 2018). Hal ini kerana teknologi
yang kita gunakan harus dibeli daripada negara maju yang merupakan pengeluar
bagi teknologi canggih tersebut.
3
Selain itu, kos kemahiran pula merujuk kepada keperluan negara kita untuk
menggunakan kemahiran daripada luar negara bagi melaksanakan Revolusi
Industri 4.0 ini. Kemahiran ini boleh berbentuk pengambilan individu yang
berkemahiran daripada luar untuk bekerja dan membantu dalam pelaksanaan
Revolusi Industri 4.0. Perkara ini pastinya melibatkan kos pembayaran yang tinggi.
Contohnya, negara kita membawa masuk individu yang mempunyai kepakaran
dalam bidang Revolusi Industri 4.0 dari negara Jerman dan China.
4.0 Rumusan
Kesimpulannya, Revolusi Industri 4.0 sesungguhnya merupakan satu revolusi yang
boleh mendatangkan kebaikan dan kemajuan kepada setiap negara baik dari segi
ekonomi, produktiviti, kebajikan dan sebagainya (Morrar et al., 2017). Pelaksanaan
Revolusi Industri 4.0 ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah bagi negara yang
sedang membangun kerana mereka terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan
risiko seperti negara Malaysia sendiri.
Pelbagai persediaan perlu dilakukan oleh Malaysia bagi memastikan Revolusi
Industri 4.0 ini dapat diaplikasikan dengan maksimum di negara kita tanpa
mendatangkan sebarang kemudaratan kepada negara dan masyarakatnya.
Cabaran-cabaran yang dikenal pasti haruslah ditangani dengan profesional dan
risiko yang bakal dihadapi haruslah dikaji dan dimanipulasikan supaya dapat
menjadi satu kebaikan kepada negara kita.
4
RUJUKAN
Adam Badhrulhisham, Muhammad Hilmi Mat Johar, & Taufiq A. Rashid. (2019).
Mendepani Cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dalam Konteks
Mahasiswa : Analisis Menurut Perspektif Islam. Journal of Ilmi, 9, 90-101.
https://journal.kuim.edu.my/index.php/JILMI/article/download/620/504
Akmal Ariff Jamhari, Siti Hajar Abd Razak, Nur Anis Karim Mohamad, & Mohamad
Izzuan Mohd Ishar. (2020). Persediaan Rakyat Malaysia dalam
Merealisasikan Matlamat Revolusi Industri 4.0. Malaysian Journal of
Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(10), 75-82.
https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/510/361
Ambaranie Nadia Kemala Movanita. (2019). Buruh Anggap Revolusi Industri Justru
Menambah Angka Pengangguran. Kompas.com.
https://ekonomi.kompas.com/read/2019/02/09/210842826/buruh-
anggap-revolusi-industri-justru-menambah-angka-pengangguran
Hasbollah Mat Saad. (2020). Academic Freedom : Strengthening the Educational
System in Malaysia. Kanun : Jurnal Undang-Undang Malaysia, 32(1), 119-
144. http://jurnal.dbp.my/index.php/Kanun/article/view/6885
Mohd Jalil Ahmad, Noor Hisham Jalani, & Annas Akhmal Hasmori. (2015). TVET di
Malaysia : Cabaran dan Harapan. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-
Dekan Pendidikan Awam 2015.
https://www.researchgate.net/profile/Noor-Hisham-
Jalani/publication/282855369_TEVT_di_Malaysia_Cabaran_dan_Harapan/
links/561f52d608aecade1acd32cb/TEVT-di-Malaysia-Cabaran-dan-
Harapan.pdf
Morrar, R., Arman, H., & Mousa, S. (2017). The Fourth Industrial Revolution (Industry
4.0) : A Sosial Innovation Perspective. Technology Innovation
Management Review, 7(11), 12-20.
https://www.researchgate.net/publication/321326072_The_Fourth_Indus
trial_Revolution_Industry_40_A_Social_Innovation_Perspective
5
Muhidin Arifin. (2020). Kebocoran Data Ancam Agenda IR 4.0. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/103664/KOLUMNIS/Kebocoran-
data-ancam-agenda-IR-40
Noor Azizah Noorashid. (2019). Revolusi Industri 4.0 : Impak Terhadap
Perkembangan Pendidikan Tinggi di Malaysia. Journal of Sciences and
Management Research, 5(2), 55-67.
file:///C:/Users/Acer/Downloads/Journal_Vol5_Nov2019_04.pdf
Novina Putri Bestari. (2021). Daftar Profesi Manusia yang Terancam Punah,
Digantikan Robot. CNBC Indonesia.
https://www.cnbcindonesia.com/tech/20211014102021-37-
283808/daftar-profesi-manusia-yang-terancam-punah-digantikan-robot
Ruslin Amir, Hamidun Bunawan, & Mohd Firdaus Yahaya. (2018). Cabaran
Mahasiswa dan Kolej Kediaman Mendepani Revolusi Industri 4.0.
Prosiding Konvensyen Kepengetuaan dan Felo Penghuni Kolej Kediaman
Universiti Awam Kebangsaan 2018. https://www.ukm.my/mapum/wp-
content/uploads/2018/07/KERTAS-3.pdf
Shukri Mohamad. (2020). Revolusi Industri 4.0 : Cabaran dan Peluang. Terengganu
Strategic & Integrity Institute (TSIS). https://www.tsis.my/wp-
content/uploads/2020/03/PERSPEKTIF-Revolusi-Industri-4.0-Cabaran-
dan-Peluang.pdf
Siti Norihan Abd Razak, & Hasnah Ali . (2013). Sumbangan dan Kepentingan
Pendidikan Tertiari dalam Pertumbuhan Ekonomi Negara : Satu Kajian
Kes di Malaysia. Prosiding Perkem, 8(2), 806-816.
https://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVIII/PKEM2013_3E2.pdf
6
Syafiqah Sabri & Mohd Yamani Yahya. (2020). Penggunaan Internet of Things (IoT)
dalam Industri Pembinaan di Malaysia. Research in Management of
Technology and Business, 1(1), 482-498.
Weyrich, M., Schmidt, J. P., & Ebert, C. (2014). Machine to Machine Communication.
IEEE Software, 31(4), 19-23.
https://www.researchgate.net/publication/263128685_Machine-to-
Machine_Communication
7
GISC1082
ISU SEMASA DAN CABARAN MASA
DEPAN
Nama : STANLEY DUNSTERN ANAK ALFANSO
Kelas : PPISMP BMMB 2 AMBILAN JUN 2021
Kampus : IPG KAMPUS RAJANG
Pentaksiran Berterusan : TUGASAN 3
(PENULISAN ESEI)
Nama Pensyarah : Dr. ROZIAH BINTI
MOHAMAD ALI