The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cerpen Helang yang Baik Hati merupakan sebuah karya sastera yang dihasilkan oleh Stanley Dunstern Alfanso untuk memenuhi keperluan Pentaksiran Berterusan bagi kursus BMMB3193 iaitu Kesusasteraan Kanak-kanak dalam Pendidikan Bahasa Melayu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Stanley Dunstern, 2024-03-15 00:11:12

Helang yang Baik Hati

Cerpen Helang yang Baik Hati merupakan sebuah karya sastera yang dihasilkan oleh Stanley Dunstern Alfanso untuk memenuhi keperluan Pentaksiran Berterusan bagi kursus BMMB3193 iaitu Kesusasteraan Kanak-kanak dalam Pendidikan Bahasa Melayu

Keywords: Cerpen,Helang,Pentaksiran Berterusan,Kesusasteraan,Sastera,Cerita Pendek,Pengajaran,Nilai,Kanak-kanak,Cerita,Cerita kanak-kanak

Di sebuah hutan, ada seekor burung helang yang bernama Adam. Adam mempunyai muka yang sangat garang. Disebabkan mukanya yang garang itu, semua haiwan di hutan itu takut akan dia.


Kerana terlalu takut akan Adam, haiwan-haiwan di hutan itu tidak mahu berkawan dengannya kecuali kawan baiknya iaitu Badrul si anak tikus dan Atang si anak kura-kura. Haiwan-haiwan di hutan itu juga akan mengelak untuk berjumpa dengannya.


Walaupun berkawan baik, Badrul dan Atang juga telah mula menjauh daripada Adam disebabkan satu kejadian yang berlaku antara mereka bertiga.


Semuanya bermula sejak seminggu yang lalu. Pada petang itu, Adam bermain dengan Atang dan Badrul di sebuah kawasan lapang di tengah-tengah hutan tempat tinggal mereka.


Sedang mereka seronok bermain, Adam yang mempunyai kuku yang tajam tidak sengaja mencakar badan si Badrul dan menyebabkan badan si Badrul terluka.


Perkara ini telah menyebabkan penghuni hutan tersebut beranggapan bahawa Adam mencuba untuk makan Badrul. Sejak daripada itu, ibu bapa di hutan itu telah menghalang anak-anak mereka untuk bermain dengan Adam.


Sejak hari itu, Adam mula dipinggirkan oleh kawan-kawannya. Ini telah menyebabkan Adam berasa amat sedih kerana dilayan sedemikian oleh kawan-kawannya dan penghuni hutan yang lain.


"Sunyinya aku. Aku tidak ada kawan untuk bermain" kata Adam dalam hatinya sambil menitiskan air mata. Adam tidak tahan lagi untuk hidup bersendirian tanpa kawan disisinya. Dia bertekad untuk membuktikan bahawa dia bukanlah orang jahat seperti yang disangka.


Pada suatu hari, Adam sedang bersiar-siar di dalam hutan untuk mencari makanan. Adam terjumpa sebuah tasik yang sangat luas dan penuh dengan makanan. Sedang asyik Adam menjamu selera, tiba-tiba dia terdengar suara jeritan meminta tolong.


Tanpa menunggu lama, Adam terus mencari punca suara tersebut. Alangkah terkejutnya Adam apabila melihat Atang sedang berada dalam keadaan terbalik.


Adam segera membantu Atang untuk bangun semula. Atang mengucapkan terima kasih kepada Adam dan menceritakan kejadian sebenar yang menyebabkannya terbalik.


“Saya sebenarnya ingin terjun dari atas batu itu kerana saya ingin terbang tinggi di atas awan seperti burung yang lain, tetapi saya tergelincir dan akhirnya terbalik. Nasib baik kamu datang dan tolong saya” kata Atang kepada Adam.


Adam yang baik hati kemudiannya menawarkan untuk bawa Atang terbang dan sekali gus akan menghantar Atang pulang ke rumah. Ketika tiba di rumah, Atang sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Adam kerana telah memenuhi hasratnya. Atang berasa gembira kerana dapat terbang tinggi di langit seperti burung yang lain.


Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, Adam tiba-tiba terserempak dengan Badrul yang sedang dalam keadaan sedih. “Mengapa engkau sedih, sahabatku?” tanya Adam kepada Badrul.


“Dua hari yang lalu, bapaku menyuruh aku untuk membaiki labu yang ada di rumah kami itu tetapi saya tidak pandai membaikinya. Kerosakan pada labu itu bahkan menjadi semakin teruk.” jawab Badrul dengan nada yang sedih.


“Bolehkah saya bantu kamu untuk baiki labu itu?” tanya Adam sekali lagi. Mendengar soalan Adam itu, wajah Badrul menjadi ceria semula. Setelah selesai membaiki labu, Badrul mengucapkan terima kasih kepada Adam kerana telah membantunya untuk membaiki labu warisan keluarganya.


Keesokan harinya, ibu bapa Badrul dan Atang datang ke rumah Adam. Mereka datang dengan membawa buah tangan kerana ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada Adam yang telah membantu anak mereka.


Mereka juga meminta maaf kepada Adam kerana telah menyebabkan berlakunya salah faham terhadap Adam dalam kalangan penghuni hutan yang lain. Kini, Adam telah mempunyai ramai kawan dan penghuni hutan yang lain juga telah berani untuk mendekatinya.


Pengajaran: Jangan terus mempercayai sesuatu cerita tanpa unsur periksa.


Cerpen Helang yang Baik Hati mengisahkan tentang seekor helang yang bernama Adam. Adam telah kehilangan dua orang sahabat baiknya, iaitu Badrul dan Atang akibat berita palsu yang telah tersebar tentangnya. Untuk membuktikan bahawa dia bukan orang jahat, Adam sentiasa berusaha untuk membuat kebaikan kepada sahabatnya dengan harapan akan dapat membetulkan keadaan dan kembali seperti sedia kala. Pada suatu hari, hasrat Adam tercapai apabila dia telah berjaya membantu dua orang sahabat baiknya ketika mereka dalam kesusahan. Kebaikan yang dilakukan oleh Adam telah menyebabkan ibu bapa kepada dua orang sahabat baiknya itu sedar bahawa Adam tidaklah sejahat seperti yang difikirkan. Perkara ini telah berjaya membuktikan bahawa Adam merupakan seekor helang yang baik hati. Kini, Adam telah mempunyai banyak kawan di dalam hutan itu.


Click to View FlipBook Version