Mesyuarat Agung
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Kali Ke -21
Sesi 2019 – 2021
SRA MEDAN HARUN
KM 12 JALAN KLANG LAMA
46000 PETALING JAYA, SELANGOR
TEL/FAX: 03-77836864
EMAIL: [email protected]
Tarikh : 14 November 2021
Hari : Ahad
Masa : 9.00 AM
Medium : Google Meet
1
KANDUNGAN
Kata Alu-Aluan Guru Besar SRAMH MS 3
Kata Alu – Aluan YDP PIBG SRAMH MS 4
Atur cara Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-21 MS 5
Jawatan kuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21 MS 6
Agenda Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21 MS 7
Jawatan kuasa PIBG Tahun 2019 – 2021 MS 8
Senarai kehadiran Ibu Bapa dan Guru Bagi Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 MS 9 -10
Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 MS 11 - 16
Laporan Aktiviti PIBG Bagi Tahun 2020 – 2021 MS 17 - 18
Laporan Kewangan PIBG Bagi Tahun 2020 MS 19
Usul Dan Cadangan MS 20
Penghargaan MS 21
2
KATA ALU – ALUAN GURU BESAR SRAMH
Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dapat
kita sama-sama berkumpul sempena Majlis Mesyuarat Agung Kali Ke-21 bagi Sekolah Rendah Agama
Medan Harun, Petaling Jaya. Pandemik COVID-19 yang melanda negara serta seluruh dunia hari ini
bukanlah suatu penghalang untuk kita terus maju mengorak langkah kehadapan.
Mesyuarat Agung PIBG merupakan wadah untuk ibu bapa dan guru bertukar pandangan dan
berkongsi pendapat dan idea untuk penambahbaikan sekolah di masa akan datang.
Tahniah dan syabas saya ucapkan buat semua Jawatankuasa PIBG SRAMH kerana telah berjaya
merancang, mengelola dan melaksanakan mesyuarat ini. Syabas dan tahniah juga kepada pihak ibu
bapa yang telah menunjukkan sikap prihatin menyumbang segala daya bagi memastikan
kecemerlangan sekolah di masa-masa akan datang.
USTAZ HAJI AMIR HAMZAH BIN HAJI SENTAT
GURU BESAR
SRA MEDAN HARUN
3
KATA ALU – ALUAN YDP PIBG SRAMH
Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT atas limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama pada hari
ini, bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung
PIBG SRAMH kali ke- 21 secara dalam talian.
Bagi pihak sekolah dan seluruh ahli jawatankuasa PIBG, saya mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan
dan puan-puan ke majlis kita pada hari ini.
Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada barisan Ahli Jawatankuasa
PIBG yang telah dapat menggerakkan persatuan ini dan memberikan perkhidmatan terpuji. Tidak
lupa juga jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli PIBG yang terdiri daripada ibu, bapa dan
guru-guru di sekolah ini atas segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan.
Sekian, terima kasih.
ENCIK MOHD RAZAKI BIN ABDULLAH
YDP PIBG
SRA MEDAN HARUN
4
MASA ATUR CARA MESYUARAT
MEDIUM
: 9.00 PAGI
: GOOGLE MEET
9.00 am : Link Google Meet dibuka & Pendaftaran Kehadiran (Google Form)
9.30 am : Kata-kata aluan Pengacara Majlis & Bacaan Doa
10.00 am : Ucapan Ustaz Haji Amir Hamzah Bin Haji Sentat
10.30 am - Guru Besar/Penasihat PIBG
11.00 am : Ucapan Encik Mohd Razaki Bin Abdullah
- Yang Di Pertua PIBG
12.00 pm : Pengerusi Mesyuarat mengumumkan agenda
: Pembentangan dan Penerimaan Laporan Aktiviti PIBG Bagi Tahun 2020 - 2021
: Pembentangan dan Penerimaan Laporan Aktiviti Kewangan Bagi Tahun 2020
: Usul dan Cadangan
: Penangguhan Mesyuarat Agung & Cabutan Bertuah
5
JAWATANKUASA PELAKSANA
PENASIHAT : USTAZ HAJI AMIR HAMZAH BIN HAJI SENTAT
YANG DIPERTUA PIBG : ENCIK MOHD RAZAKI BIN ABDULLAH
NAIB YDP PIBG : ENCIK NOOR AS` SHIKIN BIN MOHAMAD SAHARI
SETIAUSAHA : USTAZAH NORHASIMAH BINTI KASIM
NAIB SETIAUSAHA : USTAZAH NOOR ASMAH BINTI SEDI
BENDAHARI : PUAN KHOLIJAH BINTI OSMAN
PENYELARAS –PENYELARAS:
1. PERSEDIAAN SLIDE
Nur Nazihah Bt Baharun
Puan Kholijah Bt Osman
2. PENCATAT MINIT
Noradira Bt Syafril
Noor Asmah Bt Sedi
3. BACAAN DOA & PENGACARA MAJLIS
Mohd Azharin Bin Ismail
4. CENDERAHATI
Puan Kholijah Bt Osman
Firdaush BT Mohamad Maamor
5. CABUTAN BERTUAH
Mohd Ezuwan Bin Baharuddin
6
AGENDA MESYUARAT
1. Pengerusi Mesyuarat mengumumkan agenda mesyuarat
2. Ucapan Penasihat (Guru Besar)
3. Ucapan Pengerusi Mesyuarat (Yang Di-Pertua PIBG)
4. Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21
5. Pembentangan Dan Penerimaan Laporan Aktiviti Bagi Tahun 2020 – 2021
6. Pembentangan Dan Penerimaan Laporan Kewangan PIBG Bagi Tahun 2020
7. Usul Dan Cadangan
8. Penangguhan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21 & Cabutan Bertuah
7
SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA
PIBG SESI 2019 – 2021
SRA MEDAN HARUN
Penasihat
Ustaz Haji Amir Hamzah Bin Haji Sentat
Guru Besar SRA Medan Harun
Yang Di Pertua
Encik Mohd Razaki Bin Abdullah
Naib Yang Di Pertua
Encik Noor As`shikin Bin Mohamad Sahari
Setiausaha
Ustazah Norhasimah Binti Kasim
Naib Setiausaha
Ustazah Noor Asmah Binti Sedi
Bendahari
Puan Kholijah Binti Osman
Ahli Jawatankuasa Wakil Ibu Bapa:
Encik Muhammad Firdaus Bin Musa
Puan Nor Azizah Binti Kazim
Puan Wahidah Binti Muhidin
Wakil Daripada Guru-Guru:
Ustaz Muhamad Fuzi Bin Awang
Ustaz Muhammad Rahmat Bin Sohami
Ustazah Nur Hasanah Binti Abu Kasim
Pemeriksa Kira-Kira:
Ustazah Firdaush Binti Mohamad Maamor
Encik Ismail Bin Latib
8
SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI KE-20
1. HAJI KAMALUDDIN BIN SAHLAN
2. MOHD RAZAKI BIN ABDULLAH
3. MASKOR BIN JEMENIN
4. MUHAMMAD RAHMAT BIN SOHAMI
5. MUHAMAD FUZI BIN AWANG
6. MOHAMAD FARID BIN ABD RASHID
7. AZLAN BIN RAZALI
8. MUHAMMAD FIRDAUS BIN MUSA
9. NORHASIMAH BINTI KASIM
10. NOOR ASMAH BINTI SEDI
11. SUHAIDA BINTI JAAFAR
12. YUSLIWATI BT ADNAH
13. ZAWARIAH BINTI MOHD YUSSOP
14. SITI SANIAH BINTI HAYAT
15. MOHAMAD NAZRI BIN ABDUL WAHAB
16. MUHAMMAD RAFIQ BIN BAHARUDDIN
17. ZALINAH BINTI MISRAN
18. NOR HASHIMAH BINTI HASHIM
19. NORUL HUDA BINTI YUSUF
20. RADZIAH BINTI MAHAYIDDIN
21. SALWA BINTI HAIRI
22. KHADIJAH BINTI RUSNI
23. NOR IKRIMAH BINTI IKRAM
24. MOHD EZUWAN BIN BAHARUDDIN
25. KHOLIJAH BINTI OSMAN
26. MOHD SHAHRUL KAMAL
27. YUSRI BIN SAJAH
28. AMRAN BIN KASIM
29. ZULKARNAIN BIN ADAM
30. MOHD HAFIZ BIN SHAMIR
31. HANIZAM BIN BADRUN
32. WAN HAZIZUL BIN WAN ISMAIL
33. AMAL AZMI BIN DAUD
34. AZHAR BIN RAHIM
35. HAMZAH BIN AHMAD
36. SAMSUDIN BIN JUSOH
37. SHAIFULAMIRUL BIN AHMAD
38. MOHD FAIZAL
39. KHAIRUL CLINT GROSIN ABDULLAH
40. SYAMSUL BAHRI BIN ISMAIL
9
41. AMIRUL MUKMININ BIN MOHD ZAKI
42. NUR AMANINA BINTI SANAF
43. BESSEWARDA BINTI UKKAS
44. NORLIATI BINTI SHAHBUDIN
45. NOR HASLINDA BINTI AB RAHMAN
46. ZARINA BINTI MOHD YURO
47. KHADIJAH BT M. SAID
48. TENGKU NOR HATTA ITIAH BINTI TENGKU JAAFAR
49. NOR SAMILA BINTI SAMSUDIN
50. HANIZAH BINTI WAHAB
51. MAZLIANTY ZALI
52. RAPIDAH BINTI MASROWAN
53. NORZIATI BINTI YAHAYA
54. SARIFAH BINTI OSMAN
55. SA`ADAH BINTI YAHAYA
56. MASDIANA BINTI MOKHTAR
57. HASLIZA BINTI ELIAS
58. ZURAIDA BINTI ADIR
59. PUZIAH BINTI YAHAYA
60. ROZLINA BINTI SHARIFF
61. NORHAYATI
62. HASLINA BINTI ZAKARIAH
63. NORIDAYU BINTI SULAIMAN
64. WAHIDAH BINTI MUHIDIN
65. SARINA
66. NORAZURA BINTI ABD SAID
67. SITI MARIA BINTI SULAIMAN
10
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SRA MEDAN HARUN KALI KE-20 2019
Tarikh : 21 April 2019
Hari
Masa : Ahad
Tempat
Kehadiran : 8.30 pagi
: Dewan SRA Medan Harun, Petaling Jaya
: Ibu : 47 orang
Bapa : 27 orang
Guru : 24 orang
Jumlah : 98 orang
Agenda mesyuarat :-
1. Ucapan Yang Di Pertua PIBG sesi 2019/2020
1.1 Encik Razaki bin Abdullah selaku YDP PIBG mengalu-alukan kedatangan semua ahli
mesyuarat dan mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi meluangkan
masa untuk hadir ke mesyuarat agung kali ke-20 pada tahun ini.
1.2 Encik Mohd Razaki mengucapkan ucapan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah kerana
telah berjaya mengadakan mesyuarat PIBG setiap tahun dengan jayanya.
1.3 Beliau menyatakan bahawa walaupun pihak sekolah menghadapi beberapa masalah dan
kekangan,namun ianya tetap berjaya diselesaikan dan kebanyakkan usul yang diterima telah pun
dilaksanakan.
1.4 Beliau juga sentiasa mengingatkan semua ibubapa agar menghantar anak ke sekolah agama
kerana sekolah agama inilah yang mengajar dan mendidik anak-anak kita tentang asas ilmu agama
dan asas fardhu ain dalam kehidupan seharian.
1.5 Beliau juga mengucapkan penghargaan terima kasih kepada ibu bapa dan guru atas
kerjasama yang di berikan kepada sekolah demi menaikkan nama sekolah serta keselesaan untuk
anak-anak menuntut ilmu.
1.6 Di Akhir ucapannya beliau mengharapkan dengan adanya semangat kebersamaan dan idea
yang dicurahkan akan menghasilkan tindakan yang dirancangkan serta beliau berharap agar
mesyuarat pada kali ini berjalan lancar hingga majlis selesai.
11
2. Ucapan Guru Besar SRA Medan Harun
2.1 Ustaz Hj Kamaluddin bin Sahlan selaku penasihat PIBG mengalu-alukan kehadiran Yang
Mulia Raja Fairuz dan semua ahli mesyuarat .
2.2 Beliau mengucapkaan rasa syukur dan terima kasih kepada ibubapa kerana sudi memberi
dan meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat kali ini.
2.3 Selain mesyuarat PIBG ,pihak sekolah turut mengadakan majlis anugerah pencapaian kepada
murid-murid KMK,PSRA dan UPKK.
2.4 Beliau bersyukur walaupun calon dan murid tidak ramai tetapi dapat mencapai 3 orang 8A
dalam UPKK dan seramai 6 orang mencapi Mumtaz dalam PSRA.
2.5 Dalam ucapannya juga, beliau menceritakan sejarah perjalanan SKM yang ditubuhkan pada
18 Januari 2014.
2.6 Beliau juga berbangga kerana sejak tahun 2014 hingga 2018 telah dua kali sekolah berjaya
mendapat keputusan KAFA menengah terbaik Negeri Selangor. Pada tahun 2017 seorang pelajar
lelaki dan seorang pelajar perempuan telah menjadi pelajar terbaik negeri Selangor manakala
seorang pelajar perempuan telah menjadi pelajar terbaik pada tahun 2018. Beliau bersyukur dengan
kejayaan yang dicapai itu sekaligus dapat menaik kan nama sekolah SRA Medan Harun ini.
2.7 Beliau juga meminta semua perkara yang dibincangkan pada mesyuarat ini nanti akan
disahkan dan disokong seterusnya perlu dihuraikan dalam minit mesyuarat untuk dihantar ke JAIS
dalam masa terdekat sebgai laporan tahunan sekolah.
2.8 Beliau mengharapkan supaya mesyuarat kali ini berjalan dengan aman dan teratur serta
berjalan dengan lancar.
3. Melantik 2 orang jurutulis/pencatat minit
3.1 Pengerusi mesyuarat memaklumkan bahawa pencatat minit dan jurutulis bagi mesyuarat
pada kali ini ialah Ustazah Hasanah bt Abu Kasim dan Ustazah Siti Norrizah bt Mohd Zaibani
4. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Agung PIBG Kali ke -20
4.1 Pengerusi mesyuarat membentangkan minit mesyuarat agung PIBG kali ke 20 dan beliau
meminta ahli mesyuarat untuk mengesahkan minit mesyuarat tersebut.
4.2 Ustaz Mohd Fuzi b Awang mencadangkan minit mesyuarat tersebut dan disokong oleh Encik
Mohd Firdaus.
12
5. Membentangkan dan menerima aktiviti PIBG sehingga Mac 2019
5.1 Pengerusi meminta setiausaha PIBG membentangkan laporan perancangan aktiviti SRA
Medan Harun sepanjang tahun 2019.
5.2 Ustazah Norhasimah bt Kasim selaku setiausaha PIBG meneruskan agenda dengan
membentangkan rancangan aktiviti tahun 2019.
6. Membentangkan dan menerima laporan kewangan
6.1 Pengerusi meminta Bendahari PIBG iaitu Ustaz Maskor bin Jemenin membentangkan
laporan kewangan PIBG bagi tahun 2018.
6.2 Ustaz Maskor bin Jemenin mengucapkan kata aluan dan ucapan terima kasih kepada
pengerusi dan ahli mesyuarat.
6.3 Beliau menjelaskan kepada ibubapa bahawa wujud perbezaan dalam pengurusan kewangan
diantara sekolah kebangsaan (SK) dengan sekolah rendah Agama (SRA).
6.3.1 Dimana Sk menerima wang sumbangan daripada kerajaan manakala SRA tidak menerima
apa-apa kewangan kecuali pembangunan sekolah.
6.3.2 Urusan kebersihan tandas juga di bawah kelolaan dan tanggungjawab sekolah sendiri tanpa
bantuan dari pihak JAIS.
6.3.3 Ada dalam kalangan ibu bapa yang mempertikaikan kutipan wang tandas kerana mereka
tidak memahami perkara diatas dan menyamakan seperti sekolah kebangsaan.
6.4 Ustaz maskor mengishtiharkan bahawa pihak PIBG akan membuat kutipan seikhlas hati dari
pihak ibu bapa dan guru pada hari ini sepanjang mesyuarat dijalankan hingga selesai.
6.5 Beliau juga menjelaskan bahawa setiap sekolah perlu meninggalkan baki sebanyak 10% dari
kewangan sekolah setiap tahun.
6.6 Ustaz Maskor meneruskan dengan membentangkan anggaran perbelanjaan tahunan (APT)
untuk tahun 2019.
6.7 Beliau menjelaskan bahawa SRA Medan Harun mengalami kewangan yang tenat. Oleh hal
demikian, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk menambah dana kewangan sekolah dengan
mengadakan beberapa program seperti SOLAWATHON.
13
7. Meluluskan penetapan bayaran PIBG
7.1 Bendahari membentangkan yuran bagi tahun 2020 dan memohon persetujuan semua ahli
untuk diluluskan.
YURAN PIBG
BIL PERKARA DARJAH 1-4 DARJAH 5 DARJAH 6 KKM
1 Derma PIBG RM10.00 RM10.00 RM10.00 RM10.00
2 Yuran bulananSRA RM10.00 RM120.00 RM120.00 RM120.00 RM180.00
X 12 (Januari-Disember)
Yuran bulanan KMK
RM15.00 X 12
3 Kelas tambahan setahun RM150.00 RM150.00
4 Pusat sumber sekolah & RM27.00 RM27.00 RM27.00 RM27.00
bayaran khas (Tandas)
JUMLAH RM157.00 RM307.00 RM307.00 RM217.00
7.2 Semua ahli mesyuarat bersetuju menetapkan yuran persekolahan tahun 2020 sepertimana
yang telah dinyatakan diatas.
7.3 Bayaran pendaftaran dikenakan kepada murid tahun satu atau yang mendaftar masuk
sebanyak RM15.00.
7.4 Yuran bulanan untuk Kafa Menengah pula ialah RM15.00 sebulan.
7.5 Laporan kewangan :
Dibentangkan oleh Ustaz Maskor bin Jemenin – dilampiran.
8. Membentang dan membahaskan usul
8.1 YDP PIBG meneruskan agenda mesyuarat dengan membuka peluang kepada ibu bapa yang
ingin mengajukan soalan kepada pihak sekolah berkaitan kewangan sekolah dan lain-lain hal.
8.2 En.Mohd Sufian bin Abd Rahman telah mengemukakan soalan untuk minta penjelasan
berkaitan hal di muka surat 14,
- Bahagian A: bilangan nombor 5 – (pelbagai: RM2000)
- Bahagian B: bilangan nombor 11 – (duit tandas dibayar untuk berapa pekerja)
- Bahagian B: bilangan nombor 12 – (kontigensi digunakan untuk keperluan apa)
14
Persoalan di jawab oleh Ustaz Maskor:
- No 5 – kewangan adalah sumbangan daripada YB dan perhatian dari pihak TOL
- No 11 – sebulan RM550 dibayar untuk seorang pekerja sahaja selama setahun
- No 12 – digunakan untuk kerosakan yang berlaku dan memerlukan pembaikan kadar segera
serta hal-hal kecemasan yang berlaku di sekolah seperti pam air.tandas.perpaipan dll.
8.3 Cadangan kewangan di sahkan oleh Pn Nor Samila bt Shamsuddin dan di sokong oleh En
Mohd Sufian.
8.4 YDP mengumumkn jumlah kutipan sebanyak RM373.00
8.5 YDP membacakan usul-usul mesyuarat di muka surat 17;
8.5.1 kelengkapan kelas dan pembaikan lantai sekolah. Guru besar menjelaskn bahawa peralatan
kelas telah diterima dan memerlukan pembersihan berkala, manakala lantai yang rosak telah pun
dibaiki berulang kali setiap kali cuti sekolah yang Panjang.
8.5.2 AJK akan membincangkan semula usul no.4 dan 5 (kawalan lalu lintas dan petak kuning depn
pagar sekolah) di m/s 17 kerana hal tersebut membabitkan pihak luar seperti MBPJ.
8.5.3 YDP bersetuju dengan usul no 6 (mesen air percuma) tetapi menharapkan bantuan dari ibu
bapa dan orang awam kerana memerlukan kos bayaran bulanan. Inshaallah pihak sekolah dan PIBG
akan usahakan.
8.5.4 3K sekolah akan dibuat dengan kaedah gotong-royong perdana pada bulan Oktober,
walaubagaimanapun, tarikh tersebut terlalu lama,maka pihak sekolah akan mengadakan gotong-
royong peringkat sekolah dalam masa terdekat sebelum bermulanya bulan puasa. Semua usul akan
dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG.
8.6 Cadangan dan soalan dari pihak ibu bapa dan penjaga:
- Soalan : En Mohd Mansur mengajukan soalan berkaitan pakaian uniform pengawas pusat
sumber berwarna kuning cair dan bersampin/berkain coklat susah didapati. Beliau mencadangkan
untuk tukar warna baju atau hanya tukar warna kain/sampin bagi membezakan jawatan murid
tersebut.
- Jawapan : Guru Besar akan membincankan perkara ini di pihak sekolah dan mesyuarat AJK
PIBG.
- Soalan : Pn Nur Zawani bt Bukhari menyatakan bahawa pagar utama sekolah sentiasa
terbuka walaupun telah mula sesi P&P. Ianya sangat bahaya untuk keselamatan anak-anak murid .
- Jawapan : Guru Besar menjelaskan bahawa setiap hari untuk sesi petang,terdapat pengawas
sekolah yang bertugas menutup pagar tepat jam 3 petang, namun ada pihak lain yang masuk
kawasan sekolah dan keluar semula tanpa menutup kembali pagar.
15
16
LAPORAN AKTIVITI PIBG
SRA MEDAN HARUN, PETALING JAYA
TAHUN 2020
BIL PERKARA TARIKH
1. Kelas Tambahan harian dan mingguan UPKK Bermula Februari
dan PSRA secara bersemuka
2. Kelas Tambahan mingguan UPKK & PSRA secara Bulan Jun, Oktober,
atas talian November & Disember
3. Mengadakan Program Solawathon Merdeka 28 Ogos 2020
Raya
4. Mengadakan Mesyuarat Khas AJK PIBG 8 November 2020
17
LAPORAN AKTIVITI PIBG
SRA MEDAN HARUN, PETALING JAYA
TAHUN 2021
BIL PERKARA TARIKH
1. Mengadakan Mesyuarat Khas AJK PIBG 22 Januari 2021
2. Mengadakan Seminar UPKK & PSRA Februari 2021
3. Mengadakan Kelas Tambahan harian dan Bermula Mac 2021
mingguan UPKK & PSRA secara bersemuka
Bermula Mei hingga
4. Mengadakan Kelas Tambahan mingguan UPKK & September 2021
PSRA secara atas talian
5. Mengadakan Seminar UPKK Tahun 5 & 6 secara atas 31 Julai 2021
talian 05 Mei 2021
6. Mengadakan Majlis Khatam Al Quran Perdana
7. Penambahbaikan keceriaan bangunan sekolah Sepanjang tempoh PKP
8. Kemahiran Amal Islami Peringkat Zon secara atas September 2021
talian
a) Syarahan Bahasa Arab (L)
b) Syarahan Bahasa Arab (P)
c) Syarahan Bahasa Melayu (L)
d) Syarahan Bahasa Melayu (P)
e) Tilawah Al Quran (L)
f) Tilawah Al Quran (P)
g) Khutbah
Acara yang dimenangi adalah Syarahan
Bahasa Arab (P) mendapat tempat Naib
Johan dan layak ke Peringkat Daerah
18
LAPORAN KEWANGAN PIBG BAGI TAHUN 2020
19
USUL-USUL MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SRA MEDAN HARUN
TAHUN 2021
BIL USUL NAMA PENCADANG NAMA ANAK
1. Mencadangkan agar pihak sekolah
membuat ruang ibu bapa menunggu
anak-anak ketika balik sekolah Puan Noraida Binti Muhammad Hafiz
2. Depan sekolah tidak sesuai untuk Musa Haikal bin Abdullah
parking kereta (Darjah 4)
3. Waktu hujan, ibu bapa tiada tempat
untuk menunggu anak-anak balik
sekolah
4. Memohon di tar semula laluan masuk
pintu pagar hadapan supaya tidak
berlopak ketika hujan atau selepas hujan Puan Siti Mahani Binti Husna Humaira
5. Meminta pihak guru dapat memastikan Ab Aziz (Darjah 2 Ikhlas)
murid-murid yang pulang lewat agar
duduk didalam kawasan sekolah
6. Memohon agar menyediakan seorang Puan Firdaush Binti -
RELA bagi mengawal murid ketika Mohamad Maamor
pulang dari sekolah
7. Memohon sumbangan akhir tahun bagi Cik Noor Asmah Binti -
guru-guru & kakitangan sekolah Sedi
20
Atas Curahan Bakti
Kami Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG)
SRA Medan Harun
Merakamkan Ucapan
Jazakumullah Khairan Khatira
Dan Terima Kasih Kepada
Tuan Haji Amir Hamzah Bin Haji Sentat
(Guru Besar)
SRA Medan Harun, P Jaya, Selangor
Encik Mohd Razaki Bin Abdullah
Yang Di Pertua PIBG
SRA Medan Harun, P Jaya
Semua AJK PIBG SRA Medan Harun
Semua Guru Dan Kakitangan SRA Medan Harun
Murid-Murid SRA Medan Harun
Para Ibu Bapa SRA Medan Harun
Semua Yang Terlibat Secara Langsung
Dan Tidak Langsung Dalam Menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG
SRA Medan Harun
21