The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERJUANGAN TOKOH-TOKOH TEMPATAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-11435131, 2021-09-26 10:46:21

BUKU SKRAP SEJARAH TAHUN 5

PERJUANGAN TOKOH-TOKOH TEMPATAN

BUKU SKRAP
SEJARAH



TAHUN 5



PERJUANGAN TOKOH

TEMPATAN

MMUUHHAAMMMMAAZZDDUUHLHLLALAN
N
FFAIAIZZIIDDHHIIAAKKIIMMII BBIINN

BIODATA

Nama: Muhammad Hafiz Hakimi Bin Zullnaidi
Kelas: 5 Ibnu Bajjah
Sekolah: SK Tok Jembal
Nama Guru: Hj. Aznordin Bin Jahan

ISI KANDUNGAN 2
3
1. Biodata 4
2. Isi Kandungan 5
3. Penghargaan 6
4. Pendahuluan 27
5. Hasil Kajian 28
6. Kesimpulan
7. Rujukan

PENGHARGAAN

Alhamdulillah,akhirnya saya berjaya menyiapkan
tugasan kajian kes tentang perjuangan tokoh-tokoh
tempatan. Saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada Cikgu HJ Aznordin Bin Jahan di atas segala
tunjuk ajar yang telah diberikan. Saya juga amat
berterima kasih kepada kedua ibu bapa dan adik-
beradik saya kerana sentiasa menyokong dan memberi
kata-kata semangat kepada saya dalam menyiapkan
tugasan ini.

PENDAHULUAN

Kajian kes ini bertajuk Pejuangan Tokoh-Tokoh
Tempatan. Seramai 10 orang tokoh-tokoh tempatan
dihuraikan secara ringkas di dalam buku skrap ini.
Semoga jasa dan perjuangan tokoh-tokoh tempatan
ini akan di ketahui dan disanjung oleh generasi-
generasi yang akan datang.

HASIL
KAJIAN

Harimau mati
meninggalkan belang,
Jasa tokoh tempatan

akan dikenang

Kompas menjadi
petunjuk arah,
Tokoh tempatan
pantang menyerah

DOL
SAID

Nama Sebenar: Dato Naning Abdul Said Bin Omar
Dikenali Sebagai: Penghulu Naning Seri Merah Raja Dol Said
Tahun Kelahiran: 1773
Asal: Suku Semelenggang.

Naning merupakan kawasan yang bersempadan dengan
Melaka. British mendakwa Naning ialah jajahannya tetapi Dol
Said membantah.

Pada tahun 1831,British menyerang Naning tetapi kalah. Dol
Said menang kerana menerima bantuan ketenteraan dari Ulu
Muar, Sungai Ujong, Seri Menanti dan Rembau. Pada tahun
1832, British menyerang semula Naning dan berjaya
mengalahkan Dol Said. Kekalahan ini disebabkan oleh sekutu
Dol Said menolong British.

RENTAP

Nama sebenar :Lingbau anak Ningkan
Jawatan: Pemimpin orang Iban di Nanga Skrang, Sarawak.

James Brooke menghapuskan petempatan orang Iban di
Nanga Skrang. James Brooke menganggap orang Iban sebagai
lanun. Pada tahun 1853, Rentap berjaya menyerang kubu
James Brooke di Nanga Skrang. James Brooke menyerang
balas dengan membakar 20 buah rumah panjang di kawasan
Rentap. Pada tahun 1854, James Brooke menyerang Rentap di
Sungai Lang. Rentap berundur ke hutan dan membina kubu
di Bukit Sadok. Pada tahun 1861, James Brooke menyerang
kubu Rentap. Rentap berundur ke Ulu Entabai.

SHARIF
MASAHOR

Nama Penuh:Sharif Masahor bin Muhammad al-Shahab
Asal: Kampung Igan

Beliau merupakan pembesar Sarikei di Sungai Rajang,
Sarawak. Sharif Masahor menentang James Brooke kerana
menguasai Sarikei. Penguasaan James Brooke menyebabkan
Sharif Masahor kehilangan hak dan kuasa sebagai pembesar
di Sarikei.

Pada tahun 1859, Sharif Masahor bersama-sama dengan Datu
Patinggi Abdul Ghapur dan Pengiran Temenggung Hashim
berpakat untuk mengusir keluarga Brooke di Kuching. Sharif
Masahor menyerang kubu Brooke berhampiran Sungai
Ranjang di Kanowit. Namun begitu, keluarga Brooke berjaya
menggagalkan serangan ini.

DATO'
MAHARAJA

LELA

Nama Penuh: Dato' Maharaja Lela Pandak Lam
Jawatan: Orang Besar Berlapan Perak yang mentabdir
kawasan Pasir Salak.

Residen British J.W.W. Birch campur tangan dalam
pentabdiran negeri dan adat resam orang Melayu. Residen
British mengambil alih kuasa sultan dan pembesar
tempatan. British memperkenalkan cukai baharu yang
membebankan rakyat.

Pada Februari 1875, Sultan Abdullah, Dato' Maharaja Lela dan
pembesar Melayu Perak membuat bantahan terhadap
campur tangan British. Pada September 1875, Dato'
mMaharaja Lela bersetuju mengambil tanggungjawab untuk
membunuh Residen British, iaitu J.W.W. Birch.

YAMTUAN
ANTAH

Nama Sebenar: Yamtuan Antah ialah Tunku Antah Raja Radi
yang merupakan anak Yamtuan Besar Negeri Sembilan.

Yamtuan Antah menentang British kerana mencampuri
urusan pentabdiran di Sungai Ujong. British menyokong
Dato' Kelana yang mendakwa Terachi ialah wilayahnya.
Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan British
menyokong Dato' Kelana.

Pada tahun 1875, berlaku pertempuran di Paroi. Yamtuan
Antah berjaya menawan Paroi, namun British menyerang
balas dan akhirnya berjaya mengalahkan pasukan Yamtuan
Antah. Pada tahun 1876, Yamtuan Antah berunding dengan
British untuk menamatkan persengketaan.

DATO'
BAHAMAN

Nama Sebenar: Abdul Rahman bin Imam Noh dan
Dikenali Sebagai: Dato Bahaman Orang Kaya Semantan.

Dato' Bahaman kehilangan hak memungut cukai dan
dilucutkan gelaran sebagai pembesar. Dato' Bahaman
menentang pembinaan balai polis di Lubuk Terua yang
merupakan kawasan pengaruhnya.

Pada tahun 1891, Dato' Bahaman mengetuai serangan
terhadap British dan berjaya menawan Lubuk Terua. Pada
tahun 1892, Dato' Bahaman mematahkan serangan British di
Semantan. Pada tahun 1894, Dato' Bahaman menguasai Kuala
Tembeling dan Jeram Ampai. Pada tahun 1895, Dato' Bahaman
berundur ke Kelantan setelah British menawan semula
Jeram Ampai.

TOK
JANGGUT

Nama Sebenar: Tok Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Munas.
Tahun Dilahirkan: 1853
Tempat Kelahiran: Kampung Jeram,Parir Puteh,Kelantan.

Tok Janggut tidak bersetuju dengan dengan pengenalan
Sistem Penasihat British. Penduduk tempatan dipaksa
menerima sistem cukai dan peraturan tanah baharu yang
membebankan mereka. Peraturan baru British menimbulkan
kesulitan kepada penduduk tempatan.

Pada tahun 1915, Tok Janggut menyerang dan berjaya
menguasai Pasir Puteh.British menyerang balas Tok Janggut
yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh. Tok Janggut
terkorban dalam pentempuran itu.

MAT
SALLEH

Nama Sebenar: Datu Paduka Mohammad Salleh bin Datu Balu
Tempat Kelahiran: Inanam, Sabah
Keturunan: Bajau dan Suluk.

Mat Salleh menentang SBUB kerana tidak mengiktiraf
kedudukannya sebagai pemerintah di Sandakan, Menggatal,
Inanam dan Pulau Gaya. SBUB mengambil alih hak memungut
cukai dan mengadakan peraturan baharu yang membebankan
rakyat.

Pada tahun 1887, Mat Salleh dan pengikutnya menyerang
kubu SBUB di Pulau Gaya. Mat Salleh mendirikan kubu lebih
kukuh di Tambunan setelah kubunya di Ranau dimusnahkan
oleh SBUB. Pada tahu n 1900, SBUB melancarkan serangan
besar-besaran dan menyebabkan Mat Salleh terkorban.

ANTENOM

Nama Sebenar: Ontoros bin Buyusan
Tahun Kelahiran: 1873
Tempat Kelahiran: Silar Pinikit Selangit, Ulu Sungai Tahol,
Pensiangan, Sabah.

SBUB menjadikan kaum Murut sebagai buruh paksa untuk
membina jalan. SBUB tidak menghiraukan adat dan
kepercayaan dengan menceroboh hutan yang dianggap
menggangu roh nenek moyang mereka.

Antenom mengetuai pahlawan Murut untuk menentang SBUB
dan membina kubu di Silar Pinikit, Pensiangan. Pada tahun
1915, Antenom melancarkan serang hendap dengan
menggunakan tombak, pedang dan sumpit terhadap SBUB di
Persiangan dan membina kubu di Sungai Selangit.

HAJI
ABDUL
RAHMAN
LIMBONG

Nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Hamid.
Tahun Kelahiran: 1868
Tahun Meninggal: 1929 di Mekah.

British memperkenalkan undang-undang baharu yang
membebankan rakyat seperti paraturan tanah untuk petani
menjalankan petanian. British mengancam untuk
mengenakan tindakan undang-undang sekiranya penduduk
tempatan enggan membayar cukai.

Pada tahun 1922, Haji Abdul Rahman Limbong bertindak
sebagai peguam di mahkamah dan berjaya membela petani
yang ditangkap kerana menentang peraturan baharu di Kuala
Temelong.

KESIMPULAN

Setelah menyiapkan buku skrap ini, saya dapat
mengetahui pejuangan tokoh-tokoh tempatan seperti
Dol Said, Rentap, Sharif Masahor, Dato' Maharaja
Lela, Yamtuan Antah, Dato' Bahaman, Tok Janggut,
Mat Salleh, Antenom dan Haji Abdul Rahman Limbong.

Saya amat menghargai perjuangan dan pengorbanan
tokoh-tokoh ini kerana kegigihan mereka di dalam
mempertahankan kedaulatan dan maruah negara
daripada ditakluki dari penjajah.

RUJUKAN

1.Hisyanuddin, R. A., Marimuthu, D. J. A. p., &
Hasfalila, H. (2021). Buku Teks Sejarah Tahun
5.

2.Perjuangan Tokoh Tempatan (2016)
https://perjuangan-tokoh-tempatan.blogspot.com/

Sekian,
Terima kasih.


Click to View FlipBook Version