The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FATIN ULFAH BINTI ISMAIL KPM-Guru, 2023-05-25 03:19:52

Buku Mesyuarat Agung PIBG ke-48 2023

BUKU MESYUARAT AGUNG KE-48 2023 FINAL

2 KANDUNGAN 1. Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG KTK sesi 2022/2023 3 2. Atur cara Mesyuarat Agung PIBG 4 3. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 5 4. Notis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 6 5. Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 7 6. Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 18 7. Laporan Kewangan Tahunan PIBG 31 8. Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru 40 9. Senarai Kehadiran Ahli Jawatankuasa, Ibu Bapa dan Guru ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 49 10. Cadangan dan Usul 71 11. Calon-Calon Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 97 12. Senarai Pemilihan dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 98 13. Penghargaan 99 14. Lampiran 100


3 AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU KOLEJ TUNKU KURSHIAH SESI 2022/2023 Penasihat : Pn. Roslina Binti Abd Aziz Pengetua Kolej Tunku Kurshiah Yang Di Pertua : En. Nur Syukri Bin Zakaria Naib Yang Di Pertua : En. Khairul Ridzwan Bin Mohd Ibrahim Setiausaha : Cik Farah Hani Binti Roslan Naib Setiausaha : Cik Aini Safia Binti Azmi Bendahari : Pn. Ainil Sharrida Binti Zakaria Naib Bendahari : Pn. Noor Hafizah Bt Nasir Wakil Ibu Bapa dan Guru Biro Akademik : Pn. Saifura Binti Kamarudin Biro Sarana, : Pn. Emma Noor Aireen Binti Abdul Rahim Komunikasi Ibu Bapa Cik Wan Nur Aizahanis binti Wan Mohamed & Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) Biro Prasarana & : Pn. Mazhanim Binti Mohamed Fasiliti Biro Kokurikulum : En. Shahpandi Bin Abdul Manan Biro Kurikulum : En. Mohd Radzif Bin Abd Hamid Bukan Sukan Biro Sahsiah & : Pn. Zuliana Binti Kamaruzaman Kebajikan Ex-Officio : Pn. Hafitah Binti Baharudin (Penolong Kanan Pentadbiran) : Pn Narizan Bt Mamat (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) : En. Kamal Bin Md Taib (Penolong Kanan Kokurikulum) Juruaudit Dalaman : En. Aidie Bin Jantan


4 Atur Cara Majlis Tarikh : 26 Mei 2023 Masa : 08.30 pagi Tempat : Dewan Budiman, Kolej Tunku Kurshiah MASA AGENDA 08.30 pagi Pendaftaran ahli PIBG 09.30 pagi Bacaan doa (Ustaz Muhammad Azrae bin Mokhtar) 09.35 pagi Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran Kolej Tunku Kurshiah: (Pn. Hafitah Binti Baharudin) 09.45 pagi Ucapan YDP PIBG Kolej Tunku Kurshiah: (En. Nur Syukri Bin Zakaria) 09.55 pagi Tayangan video aktiviti PIBG Sesi 2022/2023 10.00 pagi SESI 1 1. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG KTK kali ke-47. 2. Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan. 3. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2022. 4. Membentang slaid mengenai isu kontrak mesin basuh. 5. Membahaskan usul jika ada. 6. Pembubaran Jawatankuasa PIBG 2022/2023. 11.15 pagi Tayangan slaid calon-calon AJK PIBG Kali Ke-48 11.30 pagi SESI 2 1.Pemilihan AJK PIBG sesi 2023/2024 2.Ucapan penangguhan 3.Hal-hal lain 11.45 pagi Penyampaian hadiah kepada barisan AJK PIBG Sesi 2022/2023 dan sesi bergambar 12.00 tengah hari Majlis bersurai


5 AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KOLEJ TUNKU KURSHIAH KALI KE-48 TAHUN 2023 1. Ucapan Alu-aluan YDP PIBG sesi 2022/2023 2. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG KTK kali ke-47 3. Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan 4. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2022 5. Membahaskan usul jika ada 6. Pembubaran Jawatankuasa PIBG 2022/2023 7. Melantik Pengerusi Sementara Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 8. Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2023/2024 i. Yang Di Pertua ii. Naib Yang Di Pertua iii. Setiausaha dan Naib Setiausaha iv. Bendahari dan Naib Bendahari v. Enam orang Wakil Ibu Bapa/ Penjaga vi. Tiga orang wakil Guru vii. Seorang Juruaudit Dalam 9. Ucapan penangguhan 10. Hal-hal lain


6 NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KTK KALI KE-48


7 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KOLEJ TUNKU KURSHIAH 2022 KALI KE-47 Tarikh : 3 Jun 2022 Hari : Jumaat Masa : 8.30 pagi Medium : Dewan Budiman Kolej Tunku Kurshiah Kehadiran : Ibu bapa : 238 orang (bersemuka) : 192 (online) Guru : 53 orang BIL AGENDA / PERKARA 1.0 UCAPAN PENGERUSI MAJLIS 1.1 Pengerusi majlis Pn. Ummi Nazifah mengucapkan terima kasih kepada ahli PIBG, ibu bapa dan staf Kolej Tunku Kurshiah kerana dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat PIBG 2022 kali ke-47. 1.2 Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azrae Mokhtar. 1.3 Pengetua menyampaikan ucapan terima kasih kepada YDP PIBG dan AJK PIBG yang sangat komited terhadap tugas mereka, ibu bapa dan sarana mengikut tingkatan yang sentiasa membantu puteri-puteri KTK terutama dalam norma baharu ini. 1.4 Encik Noorsuzamir bin Nordin selaku YDP PIBG mengumumkan kehadiran ahli adalah mencukupi kuorum untuk meneruskan mesyuarat. Tindakan: Makluman


8 2.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KOLEJ TUNKU KURSHIAH KALI KE-46 2.1 Minit Mesyuarat Agung kali ke-46 telah diterima sebulat suara tanpa pindaan. Pencadang : Ir Sharifah Azlina binti Raja Kamal Penyokong : Encik Nur Syukri bin Zakaria Tindakan: Makluman 3.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 3.1 Pn. Nur Atiqah bt Abdul Wahab Shaari selaku setiusaha telah membentangkan laporan aktiviti tahunan PIBG bermula daripada muka surat 20 hingga 27. Tindakan: Makluman 4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN 4.1 Pn Ainil Sharida selaku bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021. 4.2 Perkara berbangkit 4.2.1 En Azmi bin Yusoff bertanya tentang bagaimana wang akademik digunakan? Jawapan: YDP PIBG menjelaskan bahawa sumbangan akademik banyak menggunakan wang sarana mengikut tingkatan masingmasing. 4.2.2 En Azmi bin Yusoff bertanya tentang mengapa sumbangan PIBG digunakan untuk bayaran mesin fotostat sedangkan TKC merupakan


9 sekolah kerajaan dan mempunyai peruntukan untuk mencetak. Jawapan: Pn Roslina Abd Aziz menjelaskan kos yang ditanggung PIBG ini adalah untuk kegunaan program akademik seperti kelas anjal dan Smart A Camp dan bukan untuk peperiksaan dalaman. Peruntukan untuk mencetak digunakan untuk mencetak kertas soalan peperiksaan dalaman dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 4.2.3 En. Azmi bin Yusoff bertanya kenapa ada bayaran guru ganti untuk mata pelajaran Biologi Jawapan: Pn Pengetua menerangkan guru Biologi tiada ketika itu kerana cuti bersalin dan seorang lagi berpindah sekolah. Tiada guru Biologi untuk tingkatan 4 dan 5. Bayaran untuk guru ganti MyStep perlu lebih 28 hari berkhidmat untuk dibayar menggunakan peruntukan MyStep maka PIBG bersetuju untuk membayar insentif guru ganti untuk memastikan proses pembelajaran murid boleh diteruskan. 4.2.4 En. Azmi bin Yusoff bertanya kenapa ada bayaran untuk rawatan pelajar kerana jika pergi ke klinik kerajaan adalah percuma Jawapan: Pn Pengetua menerangkan lokasi sekolah yang jauh dengan Hospital kerajaan yang berdekatan dan klinik kerajaan yang berhampiran iaitu Klinik Kesihatan LBJ dan Klinik Kesihatan Kuarters KLIA tidak beroperasi pada waktu malam. Pada pukul 5 petang hingga 12 tengah malam hanya klinik swasta sahaja yang masih beroperasi iaitu Klinik Raudhah. Ibu bapa yang tidak mampu untuk membayar kos rawatan akan ditanggung oleh PIBG dan ramai juga ibu bapa yang membayar semula kos rawatan bagi yang berkemampuan. Cadangan tahun ini untuk adakan bayaran kesihatan di bawah yuran kecemerlangan. 4.2.5 En Azmi bin Yusoff bertanya kenapa ada pembelian kipas asrama jika ada peruntukan dari kerajaan. Jawapan: YPn Pengetua menerangkan sekolah ada memohon


10 peruntukan juga dari kerajaan tapi tidak mencukupi dan sebenarnya untuk infrastruktur banyak disumbang oleh OGA & PIBG demi keselesaan anak -anak. 4.2.6 En Azmi bin Yusoff bertanya apakah keperluan membeli kerusi di surau? Jawapan : YDP menerangkan kerusi ini adalah untuk keselesaan murid di surau. Pn Pengetua juga menerangkan surau merupakan tempat PdP selain dewan kerana TKC tidak mempunyai dewan besar selain Dewan Budiman untuk menjalankan PdP dan bengkel yang melibatkan bilangan murid yang ramai. Oleh sebab demikian, PIBG bersetuju untuk menyumbang kerusi di surau untuk keselesaan murid sepanjang bengkel dan kelas berlangsung. 4.2.7 En. Azmi bin Yusoff bertanya kenapa guru tidak membayar yuran PIBG dan meminta penjelasan tentang jumlah perbelanjaan untuk hadiah pertukaran Pengetua Pn Hajah Anismah dan jamuan pertukaran beliau? Jawapan: Puan Sharifah selaku NYDP menyatakan bahawa sumbangan tersebut digunakan untuk pelajar dan bukan untuk kegunaan guru. Oleh itu guru tidak perlu membayar sumbangan kerana guru terlibat sebagai anggota pelaksana kepada semua aktiviti dan menjaga kebajikan pelajar yang melibatkan sumbangan tersebut. YDP menyokong pernyataan yang dikeluarkan oleh NYDP kerana segala perbelanjaan yang menggunakan kewangan PIBG adalah demi pelajar dan tidak wajar sekiranya guru juga turut membayar sumbangan PIBG walaupun mereka juga ahli PIBG. Puan Pengetua menerangkan bahawa hadiah dan jamuan pertukaran Pengetua Pn. Hajah Anismah adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan beliau dalam menaikkan TKC sebagai Sekolah Amanah, IB World School dan Apple Distinguished School sepanjang perkhidmatan beliau sebagai pengetua selama 5 tahun di TKC.


11 4.3 Laporan aktiviti tahunan dan laporan penyata kewangan telah diterima sebulat suara. Pencadang : En. Nur Syukri bin Zakaria Penyokong : Puan Saifura bt Kamarudin Tindakan: Makluman 5.0 MEMBAHASKAN USUL 5.1 Sumbangan PIBG 2022/2023 dan Yuran Kecemerlangan 5.1.1 Pn Saifura binti Kamarudin membawa usul sumbangan PIBG dan yuran kecemerlangan seperti lampiran muka surat 54. Sumbangan PIBG dan yuran kecemerlangan dibahagikan kepada pelajar projek khas , pendapatan ibu bapa kurang RM5000 , pendapatan ibu bapa RM 5000-10,000 dan pendapatan ibu bapa lebih RM 10,000 seperti di bawah: BIL PERKARA SUMBANGAN PIBG & MAJALAH (RM) YURAN KECEMERLANGAN (RM) TING 5 TING. 4 TING. 3 TING. 1&2 1 Pelajar Projek Khas 100(88 + 12) a) Bayaran Program Kecemerlangan 40 40 40 20 b) Bayaran Mesin Coway 20 20 20 20 c) Bayaran Kesihatan 10 10 10 10


12 d) Bayaran IT 20 20 20 20 e) Bayaran Pembangunan Prasarana 10 10 10 10 Jumlah 100 100 100 100 80 Jumlah Keseluruhan 188 188 188 168 2 Pendapatan Ibubapa kurang RM5,000 100(88 + 12) a) Bayaran Program Kecemerlangan 250 200 200 100 b) Bayaran Mesin Coway 20 20 20 20 c) Bayaran Kesihatan 10 10 10 10 d) Bayaran IT 20 20 20 20 e)Bayaran Pembangunan Prasarana 20 20 20 20 Jumlah 100 320 270 270 170 Jumlah Keseluruhan 408 358 358 258


13 3 Pendapatan Ibubapa RM5,000 - RM10,000 150(138 + 12) a) Bayaran Program Kecemerlangan 350 300 300 150 b) Bayaran Mesin Coway 20 20 20 20 c) Bayaran Kesihatan 10 10 10 10 d) Bayaran IT 20 20 20 20 e)Bayaran Pembangunan Prasarana 30 30 30 30 Jumlah 150 430 380 380 220 Jumlah Keseluruhan 568 518 518 358 4 Pendapatan Ibubapa lebih RM10,000 162(150 + 12) a) Bayaran Program Kecemerlangan 550 400 400 200 b) Bayaran Mesin Coway 20 20 20 20 c) Bayaran Kesihatan 10 10 10 10 d) Bayaran IT 20 20 20 20


14 e)Bayaran Pembangunan Prasarana 50 50 50 50 Jumlah 162 650 500 500 300 Jumlah Keseluruhan 800 650 650 450 5.1.2 En Azmi bertanya sumbangan di bayar oleh ibu bapa sahaja atau guru perlu membayar yuran PIBG? Jawapan: YDP menerangkan guru tidak perlu membayar yuran PIBG. Pn Mazhanim selaku AJK PIBG menyatakan yuran yang dibayar adalah wang ringgit tetapi perlaksanaan program adalah jasa dari guru- guru yang tidak ternilai . Guru -guru sangat komited dan sanggup bekerja di luar waktu bekerja dan memohon ibubapa berlapang dada dan tidak mengenakan bayaran kepada guru. Pn Ir Sharifah Azlina selaku AJK PIBG juga menambah segala duit PIBG adalah untuk kebaikan murid juga. Pn Khairun Najmiah menyokong penuh jawapan Pn Mazhanim dan Pn Ir Sharifah Azlina dan rela membayar lebih kepada PIBG . Tindakan: Makluman 5.2 Proses pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG boleh dijalankan secara atas talian. 5.2.1 En Nur Syukri merujuk kepada perlembagaan no 28 (c) pemilihan boleh dijalankan secara undian fizikal dan juga secara atas talian bagi jawatan yang ditandingi. Calon yang mendapat undi terbanyak dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan. Ini adalah untuk mewujudkan persatuan yang inklusif iaitu semua ibubapa yang jauh dan tidak boleh hadir boleh kerana bekerja dapat menberi pendapat dan sumbangan kepada PIBG.


15 Jawapan: Mohd Nasarudin menyokong usul dan majoriti menyokong usul. Tindakan: Makluman 6.0 PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG 2021/2022 6.1 UCAPAN TERIMA KASIH YDP 2021/2022 6.1.1 YDP PIBG Encik Noorsuzamir bin Nordin menyampaikan ucapan terima kasih kepada pengetua, AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa yang sentiasa membantu sepanjang beliau memegang jawatan YDP PIBG bagi sesi 2021/2022. 6.1.2 YDP PIBG Encik Noorsuzamir bin Nordin membubarkan AJK PIBG 2021/2022. Tindakan: Makluman 7.0 MELANTIK PENGERUSI PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 7.1 Encik Noorsuzamir bin Nordin melantik Encik Izzudin bin Ibrahim sebagai pengerusi sementara untuk lantikan AJK PIBG 2022/2023. Tindakan: Makluman 8.0 PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA PIBG BAGI SESI 2022/2023 8.1 Mesyuarat meneruskan undian untuk pemilihan dan pelantikan AJK PIBG Sesi 2022/2023. Keputusan undian bagi AJK PIBG Sesi 2022/2023 adalah seperti berikut: Yang Dipertua : En. Nur Syukri bin Zakaria Pencadang: En. Azwan Bin Muhamad


16 Penyokong: Mohd Radzif Bin Abd Hamid Naib Yang Dipertua : En. Khairul Ridzwan bin Mohd Ibrahim Pencadang: Roziha Binti Mukhtar Penyokong: Puan Mazhanim binti Mohamed Wakil ibu bapa : Tingkatan 1: Puan Emma Noor Aireen binti Rahim Pencadang: Puan Saifura binti Kamarudin Penyokong: Puan Mazhanim binti Mohamed Tingkatan 2 : Encik Shahpandi bin Abdul Manan Pencadang: Encik Noorsuzamir bin Nordin Penyokong: Encik Nur Syukri bin Zakaria Tingkatan 3 : Puan Mazhanim binti Mohamed Pencadang: Puan Saifura binti Kamarudin Penyokong: Encik Noorsuzamir bin Nordin Tingkatan 4 : Encik Mohd Radzif bin Abd Hamid Pencadang: Encik Nur Syukri bin Zakaria Penyokong: Encik Sheh Yackop bin Abdol Karim Tingkatan 5: Puan Saifura bt Kamarudin Pencadang: Dato’ Raja Ariff bin Raja Ali Penyokong: Encik Noorsuzamir bin Nordin 8.2 Encik Izzudin bin Ibrahim menyatakan pemilihan jawatan setiausaha, naib setiausaha, bendahari, naib bendahari, dan juruaudit dalaman akan dicadangkan oleh puan pengetua dan pengurusan Kolej Tunku Kurshiah untuk kelulusan AJK PIBG Sesi 2022/2023 dan akan diumumkan sewaktu Mesyuarat AJK PIBG yang pertama.


17 8.3 Encik Izzudin bin Ibrahim menyerahkan majlis kepada YDP PIBG yang baharu iaitu Encik Nur Syukri bin Zakaria. 9.0 UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 YDP memberikan ucapan ringkas dan memperkenalkan barisan AJK yang baharu. Beliau juga memohon kerjasama daripada barisan AJK PIBG, guru-guru dan semua ibu bapa untuk membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah ini. 10.0 HAL-HAL LAIN Tiada hal-hal lain yang diutarakan. 11.0 PENANGGUHAN MESYUARAT Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari. Pencatat Minit : Pn Nurul Afiqah binti Mohmad Najib : Cik Anastasia Aida binti Abdul Halim : Cik Farah Hani binti Roslan : Cik Shafarina binti Othaman Disediakan oleh: Disahkan oleh : …………………………… ……………………………………. Farah Hani binti Roslan Encik Nur Syukri bin Zakaria Setiausaha PIBG Sesi 2022/2023, Yang Dipertua PIBG Sesi 2022/2023, Kolej Tunku Kurshiah. Kolej Tunku Kurshiah


18 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KOLEJ TUNKU KURSHIAH SESI 2022/2023 Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh PIBG Kolej Tunku Kurshiah bagi sesi 2022/2023: BIRO SARANA, KOMUNIKASI IBU BAPA & KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (KSIB) 1. Facebook – KTK PIBG Facebook berperanan sebagai saluran komunikasi rasmi antara PIBG Kolej Tunku Kurshiah dan semua ibu bapa pelajar. Pada Mei 2023, bilangan ahli telah menjadi sebanyak 1,357 ahli. Posting yang dilakukan termasuklah: i. Menyambut perayaan seperti Nuzul Quran, Hari Raya Aidilfitri. ii. Perkongsian mengenai aktiviti-aktiviti sukerelawan ibu bapa seperti aktiviti gotong-royong iii. Menyampaikan kejayaan pelajar Kolej Tunku Kurshiah untuk memberi semangat kepada pelajar dan ibu bapa. 2. Kumpulan WhatsApp Setiap tingkatan memiliki kumpulan WhatsApp rasmi yang dijalankan oleh wakil batch tingkatan, yang juga merupakan ahli jawatankuasa PIBG Kolej Tunku Kurshiah. Kumpulan kecil ini memudahkan penyebaran maklumat berkaitan dengan setiap tingkatan dan menjadi saluran komunikasi dua hala antara sekolah dan ibu bapa. 3. Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) Setiap tingkatan memiliki kumpulan WhatsApp rasmi yang dijalankan oleh wakil batch tingkatan, yang juga merupakan ahli jawatankuasa PIBG Kolej Tunku Kurshiah.


19 Kumpulan kecil ini memudahkan penyebaran maklumat berkaitan dengan setiap tingkatan dan menjadi saluran komunikasi dua hala antara sekolah dan ibu bapa. BIRO KOKURIKULUM (SUKAN) Alhamdulillah bagi sesi 2022 aktiviti sukan individu dan berkumpulan boleh dilaksanakan setelah dua tahun tidak dapat diadakan akibat covid-19. Pihak TKC telah menganjurkan beberapa acara sukan selain dari menghantar para pelajar menyertai kejohanan peringkat zon, negeri dan kejohanan peringkat SBP. Pihak pibg sentiasa memberi sokongan moral dan juga kewangan terhadap aktiviti anak anak.Pibg merakamkan ucapan syabas dan tahniah buat anak anak yang telah berjaya beroleh kejayaan dan mengharumkan nama TKC dalam acara yang mereka sertai, antara sukan yang telah TKC anjurkan dan Kejohanan yang telah kita sertai adalah seperti berikut : Kejohanan Merentas Desa TKC Tarikh: 2 Jun 2022 Sukan Tahunan TKC (Olahraga) Tarikh: 24 Jul 2022 Kejohanan Merentas Desa MSSD Seremban1 Tarikh: 6 Jul 2022 Tempat: Kota Seriemas Tajuk: Kejohanan Olahraga MSSD Seremban1 Tarikh: 8-12 Ogos 2022 Tempat: Kompleks Sukan USIM dan Matrix Global School Kejohanan Olahraga MSSNS - mewakili Kontinjen Olahraga MSS Daerah Seremban 1 Tarikh: 22 - 25 Ogos 2022 Tempat: Sekolah Sukan Za’ba, Kuala Pilah, dan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Kejohanan Olahraga MSSM (Kebangsaan)


20 Tarikh: 19-24 Sept 2022 Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil Kejohanan Bola Jaring MSSD Seremban 1 Tarikh: 29 Jul – 1 Ogos 2022 Tempat: Centre Court Paroi Negeri Sembilan Kejohanan Bola Jaring SBP Zon Selatan Tarikh : 17 - 19 Ogos 2022 Tempat : SM Sains Sembrong Johor Kejohanan Bola Jaring SBP Peringkat Kebangsaan Tarikh: 29 Sept- 1 Okt 2022 Tempat : Centre Court Paroi Negeri Sembilan Kejohanan Memanah 18M (Terbuka) SBP Peringkat Kebangsaan Tarikh : 29-30 Ogos 2022 Tempat : Azman Hashim Court Complex KL Saracens Touch Rugby Tournament - UPM Tarikh : 5-6 Jun 2022 Tempat: UPM Karnival Rugbi Sentuh Shah Alam 2022 (KARAT) Tarikh : 1-2 Okt 2022 Tempat: Sek 7 Shah Alam Kejohanan Rugbi Sentuh SBP 2022 (Kali ke-3) Tarikh: 6-8 Okt 2022 Tempat : Kolej Tunku Kurshiah Kejohanan Bola Keranjang B18 MSSD Seremban 1&2


21 Tarikh : 2-4 Ogos 2022 Tempat : ACS Seremban Kejohanan Bola Keranjang SBP Zon Selatan 2022 Tarikh : 12 - 14 Ogos Tempat : SM Chong Hwa Kluang (SMS Johor) Kejohanan Bola Keranjang SBP Prkt Kebangsaan Tarikh : 6 - 8 Oktober 2022 Tempat : Stadium MSBA Kuala Lumpur Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2022 Tarikh: 12-14 Ogos 2022 Tempat: Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak Pertandingan Tenis Peringkat MSSD Tarikh: 26-29 Jul 2022 Tempat: Kombes Paroi Pertandingan Tenis Peringkat MSSNS Tarikh: 8-11 Ogos 2022 Tempat: PD Royal Yatch Club Pertandingan Tenis Peringkat MSSM Tarikh: 4-8 Sept 2022 Tempat: Kompleks Tenis MITC Melaka Pertandingan Tenis Peringkat MSSD Tarikh: 26-29 Jul 2022 Tempat: Kombes Paroi Kejohanan Catur Peringkat MSSD


22 Tarikh: 20-21 Jul 2022 Tempat: SMKA Sheikh Hj Mohd Said Kejohanan Catur Peringkat MSSNS Tarikh: 26-28 Jul 2022 Tempat: SMK Dato Mohd Taha Kejohanan Bowling Peringkat MSSD Tarikh: 28 Jul 2022 Tempat: Nilai Sport Centre BIRO KOKURIKULUM (BUKAN SUKAN) Pencapaian terbesar yang pertama adalah tempat kedua dalam Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri dalam kategori Bahasa Inggeris. Pasukan debat kita telah berentap dengan pasukan-pasukan terbaik dari pelbagai sekolah dan berhasil mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Pencapaian ini merupakan hasil usaha gigih dan latihan yang tekun oleh pelajar-pelajar kita serta sokongan daripada guru pembimbing. Ia adalah pencapaian yang membanggakan bagi Kolej Tunku Kurshiah dan diharap dapat diteruskan pada tahun ini dan mencapai tempat pertama pula. Pencapaian terbesar yang kedua adalah keunggulan dalam Pertandingan F1 in Schools 2022 Malaysia National Finals. Menamakan ciptaan dengan Sahmura, Kolej Tunku Kurshiah telah dipilih sebagai juara dalam kategori Best Engineers Car Award serta Overall Development Champion. Ini menunjukkan kecemerlangan, kecekapan, bakat dan kemahiran yang luar biasa pelajar-pelajar kita dalam bidang kejuruteraan dan pembangunan. Mereka telah menunjukkan dalam pertandingan ini. Selain daripada kedua-dua pencapaian terbesar ini, pelajar-pelajar kita juga telah menyertai pelbagai aktiviti ko-kurikulum yang lain. Antaranya adalah pertandingan debat antara sekolah-sekolah (PPM, AEO, IIUM, WSC), Pertandingan Sains Kancil, pertandingan English Spelling Bee, Miyio, World Scholar's Cup (WSC), FESTARI, FRSIS,


23 NSC, catur, ICAS, IMC, MiCost, robotik, Efxco Kreatif, KILIEX, IDIIC, dan Young Innovators Fair. PIBG dengan bangganya telah menyumbang dari segi yuran penyertaan, makanan dan logistik sesuai dengan permintaan dan perbincangan dengan pihak Kolej. Setiap aktiviti ini memberikan peluang kepada pelajar-pelajar kita untuk mengembangkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam pelbagai bidang. Mereka telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi dalam menyertai aktiviti-aktiviti ini. Guru-guru dan kakitangan sekolah juga telah memberikan sokongan yang berterusan kepada mereka. Kita berharap agar kejayaan ini dapat memotivasikan pelajar-pelajar kita untuk terus berusaha dalam aktiviti ko-kurikulum dan mencapai pencapaian yang lebih gemilang di masa depan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar dan guru yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan motivasi untuk meningkatkan lagi prestasi di masa akan datang. Kita berharap agar semangat dan kecemerlangan ini dapat terus dikekalkan dan dipertingkatkan untuk menjadikan sekolah kita sebagai pusat keunggulan ko-kurikulum. Sekian, laporan ringkasan aktiviti ko-kurikulum di Kolej Tunku Kurshiah. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menyokong aktiviti-aktiviti ko-kurikulum di Kolej Tunku Kurshiah. Dengan usaha bersama, kita akan terus menerajui bidang ko-kurikulum dan mencapai kejayaan yang lebih tinggi pada masa akan datang. "Sukan mengajar kita tentang kerjasama, kepimpinan, dan semangat juang. Kokurikulum mengajar kita tentang kecemerlangan, keberanian, dan keindahan dalam berinovasi."


24 BIRO AKADEMIK Sesi persekolahan 2022/2023 bermula dengan langkah-langkah sekatan mengikut SOP yang telah ditetapkan bagi pencegahan penularan Covid 19 walaupun semua pelajar dan warga TKC telah menerima vaksin. Kepentingan untuk Kolej Tunku Kurshiah adalah mengekalkan tahap tertinggi Kecemerlangan akademik pelajar-pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Kombinasi sokongan yang penuh daripada pihak PIBG, pentadbiran Bonda Pengetua, guru-guru dan Persatuan Murid-Murid Tua (OGA) dalam merealisasikan setiap aktiviti yang telah dirancang. Berikut adalah empat (4) bahagian kategori aktiviti-aktiviti Akademik yang dijalankan :- i.Kursus, Bengkel dan Seminar untuk Kecemerlangan Pelajar Bagi tahun 2022/2023, para pelajar mengikuti jadual pembelajaran yang telah disusun oleh unit Akademik TKC mengikut setiap tingkatan. Antara bengkel dan seminar yang telah diadakan adalah Smart Study dan Mastery Skills Mathematics untuk pelajar tingkatan menengah rendah, manakala pelajar menengah atas tertumpu kepada Bengkel dan Ceramah subjek STEM seperti bengkel Kimia, Biologi, Matematik Tambahan dan Fizik. i.Program Akademik bagi Persediaan SPM 2022 Penekanan khusus kepada persediaan peperiksaan SPM, pihak sekolah telah mengaturkan pelbagai program antaranya, Amalan Terbaik 9 Subjek, Keep in Touch with Bonda, Smart A Camp & Virtual Smart A Camp, Score Paper 1 (SP1), Marathon SPM 2022, Caring SPM 2022, dan Khidmat Bantu Sarana. Subjek Matematik Tambahan telah menerima sentuhan khidmat bantu daripada Mantan Guru, En. Ahmad dan Dr. Rohani (IPG) selain pelajar diselia oleh guru-guru panitia subjek tersebut. Selain itu, Panitia setiap subjek telah mengagihkan kumpulan kecil sebagai Teknik pembelajaran dalam Program Marathon SPM bermula 35 hari sebelum SPM yang dijadualkan pada 20 Februari 2023 sehingga 13 Mac 2023.


25 Sepanjang minggu peperiksaan, usaha gigih penyelaras tingkatan 5 dengan kerjasama panitia subjek telah menjadualkan program Caring bermula jam 2.30 petang sehingga 4.30petang. Pelajar diselia mengikut ketua subjek atau mentor subjek selain pemantauan oleh guru-guru subjek. Selain daripada aktiviti Bengkel dan Program, pihak sekolah telah mengambil inisiatif menyarankan penggunaan kaedah pembelajaran dengan membeli Kertas Model Peperiksaan Pentaksiran Diagnostik Akademik SBP (SPM/KSSM) dengan persetujuan PIBG untuk menaja separuh kos melalui dana kecemerlangan akademik tingkatan 5 manakala bakinya ditanggung oleh dana Efthallia1822. Jumlah keseluruhan naskah model ini adalah sebanyak RM15,432.30. ii. Bantuan & Alatan Pembelajaran Sokongan PIBG yang berterusan terhadap setiap usaha tenaga pengajar di TKC bagi meningkatkan kecemerlangan prestasi akademik antaranya penambahbaikan liputan penggunaan WIFI telah dibuat di kawasan Surau dan Dewan Makan Selain itu, PIBG telah meluluskan penambahan 2 unit Visualizer bagi penggunaan pembelajaran di lokasi Surau, Dewan Makan dan sebagainya. Jumlah keseluruhan kos adalah sebanyak RM2,400.00 iii. Acara Sambutan Pengumuman Keputusan SPM 2021 pada 16 Jun 2022 Pengumuman keputusan SPM 2021 Kolej Tunku Kurshiah (TKC) amat membanggakan kerana TKC berjaya mencapai GPS 1.09 dan merupakan keputusan yang terbaik dalam tempoh 10 tahun iaitu terakhir pada tahun 2011 dengan GPS 0.93. Majlis Anugerah Cemerang 2021 pada 20 Ogos 2022. Majlis ini diadakan untuk menghargai pelajar-pelajar cemerlang di dalam peperiksaan SPM 2021 dan Peperiksaan Akhir Tahun 2021 serta guru-guru yang mencapai tahap cemerlang mengikut mata pelajaran masing-masing. Pada 10 Ogos 2022, TKC telah dipilih untuk menjadi lokasi Lawatan Penanda Aras Timbalan-timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik MRSM. Selain itu, Bonda


26 Pengetua Puan Roslina Abd Aziz juga telah dijemput untuk memberikan taklimat Bicara Ilmu di Institut Aminudin Baki pada 13 Oktober 2022. Ini membuktikan setiap kesungguhan pihak sekolah dengan sokongan PIBG, telah menjadi pengiktirafan dalam dunia Pendidikan negara. Keseluruhannya, PIBG sentiasa memberi kerjasama dan komitmen bersama tenaga pengajar TKC dalam objektif kecemerlangan akademik pelajar dan mengekalkan tahap ketiga terbaik. BIRO PRASARANA DAN FASILITI Kumpulan ibu bapa pelajar tingkatan 2 telah mewakafkan beberapa unit dispenser air Coway di beberapa lokasi sekitar kolej. Satu (1) unit tambahan dispenser air Coway juga telah diwakafkan oleh bekas pelajar pemain dan kumpulan ibu bapa permainan Bola Keranjang TKC di TASA untuk kemudahan pengguna yang beriadah di sekitarnya. BIRO OGA 1. Kem Kepimpinan dan Motivasi Tingkatan 5 - “Living the TKC Brand”, 15-17 Julai 2022 Harapan dan aspirasi daripada barisan AJK Tertinggi MGC/TKC OGA yang diketuai oleh Presiden Datuk (Dr) Hafsah Hashim (k Chah), telah turun padang untuk bersama memberi persediaan dan meluaskan potensi pelajar-pelajar tingkatan 5 (Efthallia) yang bakal meneruskan perjalanan mereka ke peringkat lebih tinggi. Program ini telah memberi impak besar dan suntikan semangat kepada Efthallia untuk menjejaki dan mencipta legasi TKC seterusnya. Program ini adalah kolaborasi di antara kumpulan Sarana Ibubapa Efthallia, Unit Kaunseling TKC dan PIBG bersama MGC/TKC OGA. 2. Kem Pembangunan Diri dan Kerjaya - “Be the best version of you”, 6-7 Jan 2023 Sekali lagi, MGC/TKC OGA melalui Pn Dzalina Ab Manan yang juga sangat berpengalaman sebagai panel penemuduga telah mengelola sesi persiapan menghadapi


27 temuduga biasiswa/kerjaya kepada pelajar tingkatan 5, Efthalia. Para pelajar juga didedahkan dengan peluang pendidikan & kerjaya dalam pelbagai bidang seperti perubatan, perakaunan dan guaman daripada bekas pelajar sendiri. Mereka juga bertuah mendapat suntikan motivasi daripada Pn Raja Azura Raja Mahayudin, mantan Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju. 3. Program Adek Angkat OGA Program ini adalah Program induk MGC/TKC OGA di mana Kakak Angkat akan dipadankan dengan Adek Angkat yang telah dikenalpasti oleh pihak sekolah. Biro membantu di dalam urusan memudah cara pengurusan program ini di antara pihak MGC/TKC OGA, sekolah dan Kakak Angkat. Untuk sesi 202272023, sejumlah 9 pelajar tingkatan 1 dan penambahan 21 pelajar daripada tingkatan 2 hingga 5 telah diterima ke dalam program. Ini memberi ruang bantuan kepada pelajar daripada keluarga yang mungkin baru menerima cabaran hidup akibat kehilangan ibu/bapa, kehilangan pekerjaan dsb. BIRO SAHSIAH DAN KEBAJIKAN 1. Program Sanitasi Blok Asrama, 6 Julai 2022 (Jumaat) Sekolah mengambil inisiatif beberapa kali melakukan sanitasi di dorm dan kawasan asrama dan kali ini melibatkan sukarelawan dari kalangan ibubapa seramai 6 orang. Sanitasi dilakukan untuk mengekang penularan demam dan sebaran Covid19 di kalangan pelajar. Kami berbesar hati kepada syarikat Coway yang turut meminjamkan beberapa unit mesin sanitasi untuk melancarkan proses sanitasi ini. 2. Inisiatif 3R - Guna Semula Pelajar Efthallia dengan teraju utama daripada kumpulan Sarana Ibubapa Efthallia telah mengumpul dan mengasingkan barangan pelajar yang boleh diguna semula untuk diagihkan kepada adik-adik pleajar lain yang memerlukannya. Barangan seperti bukubuku, fail, peralatan tulis dikumpulkan di kelas. Barangan asrama seperti cadar, selimut,


28 seluar sukan, pakaian uniform telah dihantar ke dobi untuk dicuci dahulu sebelum diagihkan kepada para pelajar. 3. Program Pemberian Vaksin Influenza - 27 Ogos 2022 Wakil ibubapa telah mengambil inisiatif bersama Megaklinik Zahran Putrajaya untuk kemudahan para pelajar mendapatkan suntikan ınfluenza di sekolah atau di klinik (dibawa oleh ibubapa) pada harga RM65 sahaja. Seramai 365 pelajar dari tingkatan 1 hingga 5 telah menggunakan kesempatan ini mendapatkan vaksin di Foyer TKC untuk perlindungan tambahan di kala wabak influenza masih berleluasa. 4. Program Ramah Mesra Ibubapa Batch 2125 - “Let’s Spread the Love”, 24 Jan 2023 Inisiatif di antara Sarana Ibubapa pelajar tingkatan 2 (Batch 2125) dan guru-guru penyelaras tingkatan 2 bertujuan untuk mengenali dan menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama ibu bapa, para pelajar, pentadbir dan guru-guru. Untuk makluman, pelajar batch 2125 mendaftar ke TKC di kala negara masih di antara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid19. Majlis turut diraikan Bonda Pengetua Puan Roslina Abd Aziz dan mantan YDP PIBG, Dato’ Nasharuddin yang berkongsi cerita dan nasihat kepada ibubapa dan pelajar. Justeru, peluang dimanfaatkan sepenuhnya untuk membentuk lebih persefahaman dan diakhiri dengan jamuan makan di TASA yang dihias indah hasil kerjasama mereka. Syabas! 5. Sumbangan Ibubapa Untuk Keperluan Sekolah Dari masa ke semasa, ada keperluan tambahan yang diperlukan oleh sekolah. PIBG sangat berterima kasih kepada ibu bapa secara berkumpulan dan bersendirian, serta bekas pelajar TKC yang yang peka dan memberi sumbangan secara langsung di atas inisiatif di antaranya: - Sumbangan meja dan kerusi IKEA di Kafe TKC - Sumbangan peti ais di bilik sakit asrama dan blok pentadbiran - Waqaf dispenser air Coway di kawasan TASA, blok akademik, laluan Dewan Makan dan Asrama (tambahan 4 unit keseluruhannya) - Infaq & waqaf Ramadhan 1444H


29 - Jamuan raya 2023 - Hari Terbuka Asrama - Sumbangan langsir sekolah Sumbangan di luar daripada sumbangan PIBG ini sangat bermakna kepada kami untuk manfaat seluruh warga TKC. 6. Penambahbaikan jaringan internet, wifi serta prasarana lain di kolej Penambahbaikan sistem visual bilik mesyuarat untuk kegunaan pelajar-pelajar dan guruguru telah dilakukan pada 3.8.2022 dengan pembelian televisyen Skyworth LED (2 unit) bernilai RM 4900.00. Bagi jaringan internet dan wifi, peralatan networking sedia ada telah mencapai status ‘end of life’ dan bandwidth sedia ada tidak dapat menampung keperluan pelajar-pelajar. Kerja kerja penambahbaikan memakan kos tinggi dan dibuat berperingkat setiap tahun. Kos kos tersebut adalah untuk : ● pembelian peralatan baru menggantikan peralatan yang rosak ● access switch Tingkatan 4 (24 ports L2 poe managed switch) ● penggantian firewall dan penambahan load balancer bilik server ● menambah talian unifi untuk menampung keperluan pelajar (800mbps) ● kerja kerja cabling (fiber) dari bilik SDF ke bilik server ● meluaskan rangkaian wifi ke kawasan dewan makan,surau dan TASA ● pemasangan 2 unit 8 ports L2 poe access switch, 5 unit wifi 6 enterprise indoor AP dan 1 unit outdoor. ● kerja kerja cabling ( fiber dan copper) Berikut merupakan tarikh-tarikh pemasangan yang telah dilakukan pada tahun 2022: ● 3.8.2022 Penyelenggaraan capaian internet murid (RM 149.99) ● 5.10.2022 Sambungan kabel fiber ke TASA (RM 700.00) ● 5.10.2022 Penyelenggaraan sistem talian unifi PIBG dan IBDP (RM 9557.00) ● 28.10.2022 Penyelenggaraan kabel fiber pemasangan unifi (RM 300.00) ● 30.11.2022 Penyelenggaraan wifi/internet dewan makan dan surau (RM 3695.25)


30 Prasarana-prasarana lain yang turut dilakukan pada tahun 2022 adalah seperti berikut: ● 27.9.2022 Skrin dewan budiman (RM 4000.00) ● 5.10.2022 Pembersihan permaidani surau (RM 3650.00) ● 10.11.2022 Penyelenggaraan permaidani surau (RM 5000.00) ● 10.11.2022 Penyelenggaraan sanitasi blok asrama dan blok akademik (RM 12863.50) ● 12.8.2022 Peralatan gotong royong sarana PIBG di asrama (RM 1429.80) ● 12.8.2022 Peralatan elektronik penyelenggaraan prasarana (RM 3408.80) ● 7.9.2022 Penyelenggaraan pendawaian blok asrama (RM 1040.00)


31 LAPORAN KEWANGAN PIBG 2022/2023


32


33


34


35


36


37


38


39


40 AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998 [Sub peraturan 7(2)] PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) KOLEJ TUNKU KURSHIAH, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN. Nama dan alamat 1. Persatuan ini dikenal dengan nama : Persatuan Ibu Bapa-Guru Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan. 2. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini ialah : Persatuan Ibu Bapa-Guru, Kolej Tunku Kurshiah, Jalan Tunku Kurshiah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tujuan-tujuan Persatuan 3. Tujuan-tujuan persatuan ialah :- (a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah; (b) untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid–murid dalam kegiatan mereka; (c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar- tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan; (d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak–anak mereka pada amnya; dan (e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Fungsi Persatuan 4. Fungsi persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan – tujuan Persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti :- (a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid. (b) menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah; (c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat; (d) meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan. Keanggotaan Persatuan 5. Anggota Persatuan terdiri daripada: (a) semua guru di Sekolah;


41 (b) ibu bapa kepada murid yang belajar dalam Sekolah ; dan (c) warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota persatuan oleh pegawai pendidikan daerah atau pegawai pendidikan bahagian atau pendaftar, mengikut mana yang berkenaan (seperti di lampiran A); dan 6. Guru Besar atau Pengetua sekolah hendaklah menjadi anggota ex-officio dan Penasihat Persatuan. Jawatankuasa Persatuan 7. Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai“Jawatankuasa PIBG”. Jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh anggota Persatuan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan. 8. Anggota jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja. 9. Keanggotaan jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut: (a) seorang Yang Di-Pertua; (b) seorang Naib Yang Di-Pertua; (c) seorang Setiausaha; (d) seorang Bendahari; dan (e) 10 orang Ahli 10. Bilangan ibu bapa dan guru yang menganggotai Jawatankuasa PIBG hendaklah, seboleh-bolehnya, seimbang. 11. Guru besar atau pengetua tidak boleh menganggotai Jawatankuasa PIBG dan hanya bertindak sebagai Penasihat Persatuan. 12. Bilangan Ahli Jawatankuasa PIBG di perenggan 9(e) hendaklah antara 1 hingga 10 orang. 13. Bilangan anggota Jawatankuasa PIBG di kalangan anggota persatuan (bukan anggota guru di sekolah tersebut) yang tidak mempunyai anak di sekolah itu hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keseluruhan bilangan anggota jawatankuasa PIBG berkenaan. 14. Tertakluk kepada perenggan 13 Perlembagan ini dan subperaturan 6(4) hingga (6) PeraturanPeraturan Pendidikan (Pesatuan Ibu Bapa – Guru) 1998, Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian (mengikut mana yang berkenaan) boleh melantik tidak lebih daripada 2 orang yang bukan anggota Persatuan untuk menjadi anggota jawatankuasa PIBG setelah mendapat kelulusan bertulis Pendaftar. 15. Tempoh memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG adalah bermula dari tarikh pelantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya atau sehingga suatu tempoh yang diluluskan oleh pendaftar. 16. Jika berlaku kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa PIBG, Yang Di Pertua hendaklah melantik mana-mana anggota biasa Persatuan, berdasarkan undian terbanyak di kalangan anggota Jawatankuasa PIBG, untuk mengisi kekosongan jawatan itu. 17. Jawatankuasa PIBG hendaklah mengedarkan kepada anggota Persatuan senarai nama dan alamat pemegang jawatan dalam jawatankuasa PIBG pada setiap tahun selewatlewatnya 14 hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.


42 Fungsi Jawatankuasa PIBG 18. Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan pesatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan, tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan, Perlembagaan ini dan akta pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya. (a) Yang Di-Pertua (i) Menjadi pengerusi dalam semua mesyuarat jawatankuasa PIBG dan mesyuarat agung tahunan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat. (ii) Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan. (iii) Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran persatuan serta memastikan bahawa peruntukan perlembagaan dipatuhi oleh semua anggota persatuan. (iv) Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai yang Di-Pertua. (v) Boleh memanggil mesyuarat jawatakuasa PIBG pada bila-bila masa yang difikirkan perlu dengan persetujuan Guru Besar atau Pengetua. (vi) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan. (vii) Memastikan segala aktiviti dan program Persatuan dilaksanakan dengan sempurna dan teratur. (viii) Mendapatkan nasihat mengenai pengurusan persatuan dari semasa ke semasa daripada Guru Besar atau Pengetua selaku Penasihat Persatuan. (b) Naib Yang Di-Pertua (i) Bertanggungjawab membantu Yang Di-Pertua dalam menjalankan fungsifungsi Yang Di-Pertua. (ii) Menjalankan tanggungjawab dan fungsi yang di-pertua semasa ketiadaan Yang Di-Pertua. (c) Setiausaha (i) Menjalankan urusan Persatuan mengikut Perlembagaan Persatuan. (ii) Melaksanakan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Jawatankuasa PIBG. (iii) Mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit mesyuarat jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan. (iv) Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya. (v) Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod Persatuan. (vi) Menghantar segala laporan dan aktiviti persatuan dan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kepada pendaftar atau pegawai pendidikan daerah atau Pegawai


43 Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang yang berkenaan, selepas Mesyuarat Agung Tahunan. (vii) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang persatuan, jika perlu. (d) Bendahari (i) Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan Persatuan dengan menyediakan dan menyimpan kira-kira kewangan yang kemas kini. Penyata kira-kira kewangan (1 Januari hingga 31 Disember) hendaklah disiapkan sebelum 1 Februari tahun berikutnya untuk diaudit. Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan. Satu salinan penyata yang telah diaudit dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar selepas Mesyuarat berkenaan. (ii) Menguruskan perbelanjaan wang Persatuan seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Jawatankuasa PIBG. (iii) Menyimpan wang tunai tidak melebihi sesuatu jumlah yang ditetapkan dalam Perlembagaan pada sesuatu masa. (iv) Menerima bagi pihak Persatuan semua derma atau sumbangan daripada mana-mana anggota atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akaun terima dan kreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari yang sama. (v) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan. (vi) Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dari akaun persatuan dan akaun sentiasa berbaki kredit. Lain – Lain Jawatan 19. Penasihat Persatuan (a) Guru Besar atau Pengetua Sekolah adalah anggota ex-officio Persatuan dan bertindak sebagai penasihat kepada Jawatankuasa PIBG dan persatuan. Antara tanggungjawab dan fungsi Guru Besar atau Pengetua adalah seperti berikut ; (i) Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa PIBG, Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar, tetapi tidak boleh mengundi; (ii) Mewakili pihak Jabatan Pendidikan negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengawal dan menasihati Persatuan supaya segala aktiviti, kegiatan dan keputusan yang di buat dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar negara dan dasar-dasar mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal berkaitan dengan pentadbiran Sekolah; (iii) Berhak untuk menghenti dan menangguhkan mesyuarat Persatuan jika difikirkan wajar untuk kepentingan anggota Persatuan; (iv) Meluluskan semua agenda Mesyuarat dan perkara yang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Persatuan; (v) Memberi penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan dan perjalanan sekolah dan akademik serta isu-isu yang berkaitan dengannya dalam Mesyuarat Persatuan;


44 (vi) Memastikan kegiatan Persatuan selaras dengan tujuan dan fungsi Persatuan; (vii) Memastikan sumbangan persatuan yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan tidak membebankan dan tidak mengandungi sebarang unsur paksaaan; dan (viii) Menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang menghadiri sebarang majlis anjuran persatuan dilayan mengikut peraturan dan protokol yang ditetapkan oleh Kementerian. (b) Juru Audit Dalaman (i) Persatuan hendaklah melantik 2 orang juru audit dalaman dari kalangan anggota Persatuan yang tidak menjadi anggota jawatankuasa PIBG pada mesyuarat agung tahunan. (ii) Tanggungjawab juru audit dalaman adalah seperti berikut: (a) Mengaudit akaun persatuan pada setiap akhir tahun kewangan; dan (b) menjalankan pengauditan secara berkala seperti mana yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Tempat bermesyuarat (jika berlainan dari alamat berdaftar) 20. Mesyuarat persatuan dan Mesyuarat Agung Tahunan diadakan di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban. Kuorum 21. Kuorum mesyuarat yang diadakan oleh persatuan adalah seperti berikut: (a) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang daripada 3 kali jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG; dan (b) Mesyuarat Jawatankuasa PIBG – hendaklah tidak kurang 2/3 daripada jumlah bilangan anggota jawatankuasa PIBG. Mesyuarat Agung Tahunan 22. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun sebelum akhir bulan Mac. 23. Jika Mesyuarat Agung Tahunan tidak diadakan sebelum akhir bulan Mac, Jawatan kuasa PIBG hendaklah mengemukakan alasan dan tarikh yang dicadangkan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, sebelum 31 Mac. 24. Notis tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan hendaklah diberikan kepada anggota Persatuan selewat – lewatnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat. 25. Sekiranya kuorum untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan tidak mencukupi dalam tempoh 1 jam dari masa yang ditetapkan, mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan jawatankuasa PIBG hendaklah mengeluarkan notis bertulis kepada anggota Persatuan


45 memaklumkan tarikh baru Mesyuarat Agung Tahunan dalam masa 30 hari dari tarikh asal tersebut. 26. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi perkara – perkara berikut; (a) ucapan Pengerusi; (b) membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu; (c) membentang dan menerima laporan tahunan; (d) membentang, menerima dan meluluskan penyata kewangan berakhir 31 Disember tahun sebelumnya; (e) membahaskan usul, jika ada; (f) pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun berkenaan; (g) pemilihan Juru Audit Dalaman; (h) ucapan penangguhan; dan (i) hal-hal lain 27. Apa-apa usul bertulis hendaklah disampaikan kepada jawatankuasa PIBG selewatlewatnya 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk menapis usul – usul yang dikemukakan sebelum diluluskan untuk perbincangan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 28. Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG serta menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan Persatuan. Pemilihan pemegang jawatan hendaklah dibuat seperti berikut: (a) anggota yang dicalonkan untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG hendaklah hadir dalam Mesyuarat; (b) setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong; dan (c) Pemilihan hendaklah dijalankan secara undian bagi jawatan yang ditandingi. Mesyuarat Agung Tergempar 29. Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan dalam keadaan-keadaan berikut: (a) apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa PIBG; (b) atas permintaan bertulis sekurang-kurangnya 1/5 daripada jumlah anggota Persatuan; atau (c) atas arahan Pendaftar. 30. Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan jawatankuasa PIBG atau tarikh penerimaan permintaan anggota Persatuan atau tarikh arahan Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan. Notis bertulis mengenai mesyuarat agung tergempar hendaklah dikemukakan kepada anggota persatuan selewatlewatnya 7 hari dari tarikh Mesyuarat hendak diadakan.


46 31. Urusan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihadkan kepada tujuan Mesyuarat itu diadakan. Laporan Mesyuarat 32. Laporan Mesyuarat Agung Tahunan bersama-sama Penyata Kira-Kira Kewangan Persatuan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah atau Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat. 33. Laporan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh mesyuarat. Mesyuarat Jawatankuasa PIBG 34. Jawatankuasa PIBG hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh satu tahun persekolahan. 35. Notis panggilan mesyuarat hendaklah diberikan kepada anggota Jawatankuasa PIBG selewatlewatnya 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat. 36. Yang Di-Pertua, atau sekurang-kurangnya 3 orang anggota Jawatankuasa PIBG, boleh memanggil Mesyuarat Jawatankuasa PIBG apabila difikirkan perlu dengan persetujuan Penasihat. 37. Setiap anggota Jawatankuasa PIBG yang tidak hadir mesyuarat sebanyak 2 kali tanpa sebab hendaklah digugurkan keanggotaan dalam jawatankuasa PIBG secara automatik dan Yang Di-Pertua hendaklah mengemukakan notis bertulis kepada anggota berkenaan sebaik sahaja keputusan itu dibuat. Punca-Punca Pendapatan Persatuan 38. Punca-punca pendapatan persatuan adalah terdiri daripada; (a) Sumbangan anggota persatuan (anggota persatuan tidak boleh dipaksa memberi apa-apa sumbangan); (b) Derma dan sumbangan daripada individu, organisasi dan badan-badan lain; dan (c) Pendapatan yang diperolehi daripada aktiviti dan program anjuran Persatuan yang telah mendapat kelulusan Pendaftar. 39. Jawatankuasa hendaklah membuka satu akaun di mana-mana bank tempatan yang berdaftar atas nama Persatuan. 40. Apa-apa wang yang diterima atau diperolehi oleh Persatuan hendaklah dikreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari wang diterima atau diperolehi. Walau apa pun peruntukan ini, Bendahari boleh menyimpan wang tunai yang tidak melebihi RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus) pada satu-satu masa.


47 Perbelanjaan Wang Persatuan 41. Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk membelanjakan wang Persatuan bagi perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada murid-murid Sekolah yang tidak bercanggah dengan tujuan-tujuan Persatuan. 42. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Persatuan hendaklah ditandatangan oleh Bendahari dan Yang Di-Pertua atau Setiausaha, semasa ketiadaan Yang Di-Pertua. 43. Bendahari dan Yang Di-Pertua hendaklah memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dan akaun Persatuan sentiasa berbaki kredit. 44. Tahun kewangan Persatuan bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember tahun semasa. Penyimpanan Akaun Pendapatan Dan Perbelanjaan 45. Penyata kira-kira kewangan Persatuan yang telah diaudit hendaklah dibentangkan untuk diterima dan diluluskan oleh anggota Persatuan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 46. Satu salinan penyata kira-kira kewangan yang telah diaudit serta diterima dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah Atau Pegawai Pendidikan Bahagian mengikut mana – mana yang berkenaan. 47. Pendaftar, Pegawai Pendidikan Daerah, Pegawai Pendidikan Bahagian, Pengetua atau Guru Besar adalah dibenarkan memeriksa akaun Persatuan pada bila-bila masa. Harta Amanah Persatuan 48. Persatuan tidak boleh memegang apa-apa harta, sama ada harta alih atau harta tak alih, atas namanya sendiri. Apa-apa harta yang, sebelum dari tarikh perlembagaan ini berkuat kuasa, diletakkan atas nama Persatuan hendaklah dialihkan kepada Kerajaan Malaysia, yang diwakili oleh sekolah, sebagai harta yang diamanahkan oleh Persatuan untuk digunakan bagi faedah murid-murid Sekolah itu sahaja atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PIBG dari masa ke semasa. 49. Apa-apa harta yang diamanahkan kepada Sekolah tidak boleh dipindah milik atau dilupuskan dengan apa cara sekali pun, melainkan dengan persetujuan anggota persatuan yang diperolehi dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Pindaan Perlembagaan Persatuan 50. Apa-apa cadangan untuk meminda Perlembagaan Persatuan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, untuk kelulusan terlebih dahulu. 51. Cadangan pindaan yang hendak dikemukakan kepada Pendaftar hendaklah dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 2/3 daripada anggota Persatuan yang hadir.


48 52. Pindaan kepada Perlembagaan hanya berkuat kuasa mulai daripada pindaan diluluskan oleh Pendaftar. 53. Pendaftar berhak meluluskan atau tidak sebarang pindaan yang dicadangkan oleh Persatuan. Larangan 54. Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya untuk merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan sekolah, guru, kakitangan dan pekerja sekolah dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan sekolah. 55. Persatuan bukanlah suatu entiti undang-undang dan tidak mempunyai keupayaan juridikal untuk membuat kontrak, perjanjian atau memorandum persefahaman, atas namanya sendiri. Apa-apa program dan aktiviti yang hendak dibuat oeh Persatuan yang memerlukan apaapa suratcara yang mengikat dari segi undang- undang hendaklah dirujuk kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, untuk kelulusan dan panduan. 56. Persatuan tidak boleh menjadi forum atau jentera bagi menyelesaikan sebarang pertikaian antara Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan. 57. Persatuan tidak boleh bergabung dengan Persatuan Ibu Bapa-Guru di sekolah-sekolah lain, parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan atau lain-lain organisasi, pertubuhan atau persatuan, sama ada yang ditubuhkan atau berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau tidak. Tafsiran 58. Sebarang kekeliruan atau pertikaian yang timbul daripada perlembagaan ini hendaklah dirujuk kepada pendaftar melalui Guru Besar atau Pengetua. Pembubaran 59. Persatuan hanya boleh dibubarkan dalam keadaan berikut : (a) atas arahan bertulis daripada pendaftar: atau (b) sekolah berhenti beroperasi 60. Apa-apa wang dalam akauan Persatuan hendaklah digunakan sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar dan kegunaanya hendaklah bagi memanfaatkan pendidikan kanak-kanak di kawasan di mana Sekolah itu berada. Apa-apa harta alih dan tak alih yang telah diamanahkan kepada sekolah hendaklah dilupuskan mengikut cara yang ditetapkan oleh Pendaftar. 61. Guru Besar atau Pengetua hendaklah memulangkan Sijil Pendaftran Persatuan kepada Pendaftar apabila Persatuan dibubarkan. Nota: Dibuat berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/2004-PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG).


49 KEHADIRAN KE MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KOLEJ TUNKU KURSHIAH KALI KE-47 KEHADIRAN AJK SESI 2020/2021 BIL NAMA JAWATAN KEHADIRAN 1 Roslina Abd Aziz PENASIHAT HADIR 2 Noorsuzamir Nordin YDP HADIR 3 Ir Sharifah Azlina Raja Kamal Pasmah NYDP HADIR 4 Nur Atiqah Abdul Wahab Shaari SETIAUSAHA HADIR 5 Manimala Karupaianasamy PEN. SETIAUSAHA HADIR 6 Ainil Sharrida BENDAHARI HADIR 7 Noor Hafizah Nasir PEN. BENDAHARI HADIR 8 Mohd Shahril Bin Md. Hashim AJK HADIR 9 Mazhanim Binti Mohamed AJK HADIR 10 Nur Syukri Zakaria AJK HADIR 11 Rashidah Binti Ujang AJK HADIR 12 Mazatul ‘Aini Shahar Abdul Malek AJK HADIR 13 Saifura Kamarudin AJK HADIR 14 Norainon Isa AJK GURU HADIR 15 Wan Nur Aizahanis Wan Mohamed AJK GURU HADIR 16 Khairul Ridzwan Ibrahim JURUAUDIT DALAMAN HADIR 17 Hafitah Binti Baharudin EX OFFICIO HADIR 18 Narizan Binti Mamat EX OFFICIO HADIR 19 Kamal Md Taib EX OFFICIO HADIR KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 (BERSEMUKA) KOLEJ TUNKU KURSHIAH TINGKATAN 1 BIL NAMA IBU/BAPA/PENJAGA NAMA ANAK KELAS 1 Aina Nadirah Binti Amirudin Nur Balqis Danisha Bt Mohd Farid 1 C 2 Mohd Latif Bin Mohd Taib Aliya Qaisara Binti Mohd Latif 1 C 3 Arif Fazril Bin Abd Kadir Auni Farissya Binti Arif Fazril 1 E 4 Maziah Binti Jaaffar Airis Dhia Khadijah Binti Amin 1 E 5 Zuriati Binti Maarof Maryam Binti Nor Hisham 1 K 6 Abdul Hadi Bin Suhada Aisha Sofea Binti Abdul Hadi 1 K 7 Hasan Wardi B. Iberahim Ain Syifa 1 N 8 Hasan Wardi B. Iberahim Ain Syifa 1 N


50 9 Mahani Bt Kamarudin Farhanah Bt Akmal Azim 1 N 10 Muhammad Bin Baharun Azra Binti Muhammad 1 T 11 Siti Suhana Binti Buang Ros Adibah Binti Kamaludin 1 T 12 Shariana Binti Abd Rahman Aryssa Amellyn Shah Binti Azli Shah 1C 13 Faridah Binti Mohamed Yunos Nurul Zafirah Fatiha Binti Khairol Anuar 1C 14 Normadihah Binti Zainal Abidin Nurdamia Irdina Binti Mohd Kamil 1C 15 Zainuridza Bin Md Kasim Aisymiera Qasryna Bt Zainuridza 1C 16 Azmi Bin Yusuf Nur Arissa Alma Binti Azmi 1C 17 Rimi Masputeria Binti Mohari Nayli Damia Insyirah Binti Mohd Hafez 1C 18 Rohana Binti Abdullah Nur Aleeya Batrisyia Binti Muhamad Ruslan 1C 19 Nahdzatul Madihah Bt Mohd Taha Nur Arissa Alma Binti Azmi 1C 20 Nohd Farid Bin Abd Karim Nur Balqis Danisha Bt Mohd Farid 1C 21 Shahrir Bin Sani Nur Haziqah Irishah Binti Shahrir 1C 22 Mohamad Hilmi Bin Abdul Hamid Amni Hadirah Binti Mohamad Hilmi 1C 23 Nizam Bin Jamat Izzah Dhia Insyirah Binti Nizam 1C 24 Noradzuana Binti Samiran Izzah Dhia Insyirah Binti Nizam 1C 25 Mohd Nizam Bin Mat Zin Kaysah Khadeeja Bt Mohd Nizam 1C 26 Rajman Zareqh Ramonna 1C 27 Aerinda Hani Mohd Burhanuddin Nurhuda Binti Muhd Sharuzzamal 1E 28 Nur Najwani Binti Kamarulzaman Aleesya Sofea Binti Mohd Fadzil 1E 29 Eda Nadia Binti Mohd Shukor Ayuni Hana Binti Mohd Shukor 1E 30 Ayu Royani Binti Kamaruddin Laura Danisha Bt Kamarul Annuar 1E 31 Mojd Khuzaime Bin Mokhtar Nur Qaseh Dania Binti Mohd Khuzaime 1E 32 Hanif Omar Bin Abdul Majid Nurain Khasif Zhahirah 1E 33 Muhd Sharuzzamal Bin Bakri Nurhuda Binti Muhd Sharuzzamal 1E 34 Emma Rahim Eryna Fareeha 1E 35 Abu Hassan Asyari Ahmad Salleh Ameena Asyari & Khadeeja Asyari 1E & 3E 36 Naziah Nawawie Ameena Asyari/Khadeeja Asyari 1E/3E 37 Abdul Hadi Bin Suhada Aisha Sofea Binti Abdul Hadi 1K 38 Khairul Annuar Bin Mansor Dhia Qairina Binti Khairul Annuar 1K


Click to View FlipBook Version