The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by WAN NURHAFEZA WAN SALAM, 2024-05-19 01:32:30

Buku Aturcara SPIKEM_UMT2024

BUKU PROGRAM SPIKEM <br>8/2024

Keywords: spikem,umt,ppal,yadim

BUKU PROGRAM


PAGE 2 - Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda. Segala puji dan Syukur ke hadrat Ilahi program “Seminar Peradaban Islam dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) siri MADANI 2024 sesi ke-8’ telah berjaya dilaksanakan di Universiti Malaysia Terengganu. Program SPIKEM yang dilaksanakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengangkat nilai-nilai dalam gagasan Malaysia Madani yang menjadi dasar kerajaan pada hari ini. Anjakan paradigma melalui gagasan tersebut mengambil pendekatan yang komprehensif demi untuk mengukuhkan perpaduan dalam kepelbagaian masyarakat majmuk dan ketelusan tatakelola dalam semua aspek bagi pembangunan negara. Enam tonggak dalam Malaysia Madani iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan diterapkan dengan lima teras dalam Transformasi Al-Falah yang merupakan elemen penting meliputi pentadbiran Islam mampan, kesejahteraan insan, kemuliaan Syariah, kepimpinan berdaya cipta dan kehormatan Institusi Islam itu merupakan inisiatif utama yang sesuai serta praktikal untuk bersama-sama merealisasikan gagasan berkenaan. Gabungan tersebut akan membentuk kerangka dalam membangunkan negara mampan dan makmur yang dipacu berdasarkan kerangka Maqasid Syariah. Sehubungan itu, bagi merealisasikan kerangka berkenaan maka perlu disebarluas kepada masyarakat terutamanya mahasiswa dan golongan muda untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan mereka mengenai gagasan Malaysia Madani agar sentiasa berada dalam jiwa dan minda umat Islam bagi kelestarian pembangunan dan peradaban Islam. Akhir kalam saya berharap SPIKEM ini akan menjadi pencetus sebagai wadah dan wacana untuk berkongsi pandangan dan pengalaman serta meningkatkan pengetahuan dalam membangun dan memperkukuh Malaysia Madani bagi mencapai ketamadunan serta nilai-nilai Al-Falah demi untuk agama, bangsa dan negara. Saya berharap program SPIKEM ini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap dan banyak lagi bagi kepentingan masyarakat di negara ini. Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program SPIKEM ini. Semoga semua usaha yang telah dilaksanakan mendapat rahmat dari Allah SWT, Insya-Allah. YB Senator Dr Zulkifli bin Hasan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)


PAGE 2 - Menyedari hakikat tersebut, maka peranan golongan muda dan belia amat penting bagi melahirkan mahasiswa yang progresif serta dinamik. Mereka merupakan tulang belakang kepada keutuhan, kekuatan bagi sesuatu bangsa dan negara disamping pewaris yang bakal memikul tanggungjawab menerajui negara di masa hadapan. Oleh yang demikian, penerapan nilai-nilai rohaniah dan insaniyah mereka dibentuk ke arah khairah ummah. Aplikasi nilai ini diterapkan melalui pembinaan dan pembentukan karakter bagi membangunkan sahsiah diri mahasiswa untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan mereka dalam pelbagai multidisiplin ilmu yang memberi manfaat agar terus mencorak minda berintelek, berdaya saing serta cemerlang duniawi dan ukhrawi. Sejajar dengan konsep Malaysia Madani yang mengangkat darjat ilmu, kebijaksanaan bagi membentuk nilai yang positif dalam jati diri mahasiswa dengan menekankan pemikiran yang kreatif dan kritis. Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terutamanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang sentiasa menyokong dan memberikan komitmen terhadap programprogram YADIM dalam melestari gerak kerja dakwah kepada masyarakat. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan strategik YADIM di Institusi Pengajian Tinggi yang bersama-sama menjayakan dan merealisasikan program SPIKEM serta barisan Jawatankuasa yang terlibat dalam penganjuran program ini pada tahun 2024. Moga segala usaha murni ini beroleh rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Izinkan saya memanjatkan rasa syukur Allah SWT atas inayah-Nya Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah berjaya menganjurkan “Seminar Peradaban Islam dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM)” yang diteruskan pada tahun 2024 ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Program SPIKEM merupakan salah satu pendekatan dakwah YADIM membincangkan secara tuntas berdasarkan tema-tema yang dihuraikan secara terperinci berasaskan gagasan Malaysia Madani. Tematema ini berkaitan dengan wawasan Malaysia Madani sebagai visi pemangkin dalam pembangunan tamadun dan peradaban yang tinggi akhirnya membina nilai AlFalah yang berkualiti. Datuk Hasanuddin bin Mohd Yunus Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)


PAGE 2 - Profesor Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Assalamualaikum Warahmatulla hi Wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah izin-Nya, program Seminar Peradaban Islam dan Ketamadunan (SPIKEM) 2024 berjaya dilaksanakan dengan penganjuran bersama Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan, Universiti Malaysia Terengganu dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas atas daya usaha dalam penganjuran program Seminar Peradaban Islam dan Ketamadunan dengan tema ‘Kemampanan Alam Dan Warisan Sebagai Tunggak Pengukuhan Masyarakat Madani’. Tema ini bertepatan dengan misi UMT iaitu menjana ilmu untuk kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam. Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan, yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam berperanan sebagai sebuah pusat pembelajaran yang berteraskan pendekatan holistik dan pembelajaran sepanjang hayat. Penganjuran seminar ini bertujuan untuk berkongsi ilmu, pemahaman, dan penghayatan, terhadap kesejahteraan masyarakat yang seimbang sepertimana yang ditekankan dalam konsep Malaysia Madani. UMT sentiasa menyokong usaha-usaha meningkatkan ilmu dan kefahaman masyarakat umumnya dan warga UMT khususnya dalam mengaplikasikan keseluruhan tonggak utama dalam konsep Masyarakat Madani yang merupakan asas penting dalam memeta hala tuju ke arah Malaysia yang sejahtera, dari pelbagai sudut, tidak terkecuali dalam aspek alam sekitar. Sekian, Terima Kasih.


Peradaban Islam berperanan sebagai pendorong utama dalam pembentukan struktur sosial, politik, ekonomi, dan budaya dalam sebuah masyarakat. Ini biasanya terjadi ketika agama Islam berkembang dan mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan manusia Ketamadunan Malaysia pula berkaitan dengan perkembangan budaya, sosial, ekonomi, dan politik di dalam wilayah Malaysia. Ini mencakupi pencapaian dalam pelbagai bidang seperti seni, sastera, agama, dan kebudayaan secara umum. Ia juga hasil dari interaksi yang kompleks antara pelbagai kelompok etnik dan budaya yang telah membangun sebuah negara beraneka ragam dan maju. Keampanan sumber alam dan warisan budaya amat penting dipelihara, secara berterusan, sehingga dapat dinikmati oleh generasi sekarang dan mendatang. Ekosistem Ini melibatkan pelestarian dan pengelolaan sumber daya alam serta peninggalan budaya dengan mempertimbangkan kemudahan masa kini tanpa mengorbankan kemampuan generasi mendatang untuk memanfaatkannya. Hubungan ini perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat kita yang pelbagai agama, bangsa dan kaum Oleh yang demikian, YADIM telah mengorak langkah pro-aktif menjalinkan kerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi bagi merealisasikan gelombang pembangunan ketamadunan kontemporari dengan mengambil inisiatif penganjuran “Seminar Peradaban Islam Dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) 2024” untuk mengukuhkan peradaban ketamadunan Malaysia Madani dalam semua aspek kehidupan seperti dakwah, politik, pendidikan, ekonomi, sosio-budaya dan sebagainya. Kini, YADIM menereruskan program SPIKEM penganjuran bersama siri Madani sesi 8/2024 dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengangkat tema “Kemampanan Alam dan warisan sebagai Tonggak Pengukuhan Masyarakat Madani” dengan harapan dapat memacu pembangunan modal insan yang berkualiti demi untuk kepentingan masyarakat sejagat.


1. Meningkatkan pengetahuan dan penghayatan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi dalam menghayati nilai pendidikan yang mampan bagi pengukuhan ketamadunan Masyarakat Madani. 2. Membangkitkan kesedaran akan kepentingan mahasiswa terhadap kemampanan alam dan warisan. 3. Menyebarluas sosiobudaya agar dapat difahami dan dihayati oleh belia dan masyarakat. 4. Mengukuhkan hubungan dengan rakan strategik YADIM dalam penganjuran program-program dakwah kemasyarakatan.


8:00 pagi Pendaftaran Peserta 9:00 pagi Sesi 1 : Wacana Tokoh Tajuk : Kemampanan Alam Dan Warisan Sebagai Tonggak Pengukuhan Masyarakat Madani Oleh : Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohd. Yusof bin Hj. Othman Ahli Lembaga Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Moderator : Dr. Isma Rosila binti Ismail, Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu


10:30 pagi Sesi 2 : Forum Tajuk : Kelestarian Alam melalui Pendidikan : Cabaran & Strategi Panel : Dr. Johari Bin Abdullah @ Yap Guan Kheng, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM Prof. Dr. Mohd Fadzil bin Mohd Akhir, Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Universiti Malaysia Terengganu Prof. Madya Dr. Mariam binti Abd Majid Ketua Kluster Dakwah & Pendidikan YADIM Research Management Centre (YRMC) Moderator : Tuan Haji Zukiferee bin Ibrahim, Pengarah Pejabat Komunikasi Korporat, Universiti Malaysia Terengganu 12:00 tengah hari Majlis Perasmian 1:00 tengah hari Makan tengah hari / Bersurai


PAGE 2 -


PAGE 2 - Datuk Hasanuddin bin Mohd Yunus Yang Di Pertua YADIM Profesor Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Encik Zamri Bin Zainal Abidin Ketua Pegawai Eksekutif YADIM Prof. Dr. Asyraf bin Haji Abd. Rahman Dekan Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan (PPAL) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr. Masitah binti Esa (YADIM) Prof. Madya Dr. Firdaus Khairi bin Abdul Kadir (UMT) Encik Zamani bin Mohd Karulani (YADIM) Puan Faezah binti Haji Salleh (UMT) Puan Kamsiah binti Abdul Latif (UMT)


PAGE 2 - PAGE 2 - Encik Nasrul Hadi bin Saiadin (YADIM) Dr. Radhiah binti Ismail (UMT) Puan Noor Azida binti Ab. Wahab (UMT) Puan Aini Zahida binti Din (UMT) Puan Nur Lina Fairuz binti Mohd Zaim (YADIM) Dr. Noor Muthmainnah binti Hamdul Hadi (UMT) Puan Noor Durrah Farahi binti Alias (UMT) Puan Suzi @ Nadia binti Jusoh (UMT) Puan Mariati binti Mat Salleh@Md Nor (UMT) Encik Syamsul Firdaus bin Shamsuddin (YADIM) Encik Mohd Hanif bin Ahmad (UMT) Encik Nek Rosli bin Megat Deraman (UMT) Encik Wan Kamri bin Wan Mohamad (UMT) Encik Mohd Jamel bin Mohamad Noor (UMT) Puan Wan Mardhiyyah binti Wan Abdul Latif (YADIM) Puan Rosnah binti Ahmad (UMT) Puan Hafizah binti Ab Hamid (UMT) Cik Zainebbeevi binti Kamalbatcha (UMT) Encik Md Zan bin Saari (YADIM) Puan Nur Hasliza binti Ilias (YADIM) Cik Wan Nurhafeza binti Wan Salam (UMT) Encik Muhammad Mursyid bin Mohd Zaini (UMT) Pusat Komunikasi Korporat (PKK) (UMT) Puan Nor Mazila binti Mohd Zin (YADIM) Puan Ainur Yushazmie binti Azaha (UMT) Puan Heryani binti Ab Ghani (UMT) Dr. Mazlina binti Ahmad (UMT) Dr. Ismar Liza Mahani binti Ismail (UMT) Dr. Isma Rosila binti Ismail (UMT) Tuan Haji Zukiferee bin Ibrahim (UMT) Puan Azni binti Mohd Zainudin (YADIM) Puan Sarifah Noraida binti Tuan Nek (UMT) Puan Nor Azra binti Saleh (UMT) Ustaz Mohd Syafiq bin Alias (UMT) Pusat Pembangunan dan Harta (PPH) (UMT) Keselamatan (UMT)


Seluruh Ahli Jawatankuasa Seminar Peradaban Islam dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) Siri 8/2024 ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih serta penghargaan yang tidak terhingga kepada: Pihak Penganjur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Jawatankuasa Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan (PPAL), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dan semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan SPIKEM Siri 8/2024.


Click to View FlipBook Version