SK TAMAN TUANKU JAAFAR 2
BUKU SKRAP
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
TANAMAN HIDROPONIK
NAMA : Muhammad Azfar Naqib Bin Mohd Fadzly
KELAS : 6 Zamrud
TOPIK 1 TOPIK 4
MAKSUD Gambar dan alatan
HIDROPONIK hidroponik
TOPIK 2 ISI TOPIK 5
KANDUNGAN
Jenis tanaman Enam contoh biji
hidropnik benih
TOPIK 3 TOPIK 6
Kelebahan dan 5 gambar tanaman
kekurangan hidropnik
hidroponik
TOPIK 1
MAKSUD HIDROPONIK
Hidroponik (berasal daripada perkataan Yunani hydro iaitu air dan
ponos iaitu bekerja) adalah kaedah bercucuk tanam dengan
meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa
mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu
mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-
lain menggantikan tanah.
SISTEM HIDROPONIK
1.Teknik Aliran Cetek
Larutan baja disalurkan dalam palung yang mengandungi
akar tanaman yang ditanam. Pam digunakan untuk
menyalurkan larutan air baja ke dalam palung.
2. Teknik Aliran Dalam
Teknik ini menggunakan kaedah yang sama dengan
hidroponik aliran cetek. Perbezaanya hanya dari segi
penggunaan saiz palung, iaitu lebih lebar dan lebih tinggi
serta paras air pada akar.
3. Teknik Takung
Biji benih disemai pada media tanaman dalam bekas yang
diletakkan di atas larutan baja pada takung. Jenis takung
yang digunakan haruslah tidak telus cahaya, tidak serap
panas, dan tidak berkarat.
4. Teknik Pasang Surut
Alat pengatur masa digunakan untuk mengawal
pengaliran larutan baja pada tanaman. Larutan baja
akan mengalir ke tanaman dan surut ke bawah serta
masuk semula ke dalam takungan.
5. Aeroponik
Akar tanaman yang tergantung di udara dalam ruang tanaman
disemburdengan larutan baja secara semburan kabus melalui
nozzle mengikut masa yang ditetapkan. Dengan cara ini, akar
akan cepat menyerap nutrie. Aeroponik merupakan inovasi
terbaharu dalam hidroponik.
6. Teknik Pengairan Titis (Teknik Agregat)
Teknik ini paling berkesan kerana bekalan air dan campuran baja dapat
disalurkanterus ke akar pokok mengikut masa yang ditetapkan. Sistem ini
boleh diaplikasikan dengan menggunakan pen penitis atau pita titis. Pen
penitis menyalurkan air melalui tiub mikro yang disambung ke dalam
polibeg. pita titis menyalurkan air melalui lubang-lubang halus (emitter)
yang berada di sepanjang pita tersebut.
TOPIK 2
JENIS-JENIS TANAMAN HIDROPONIK
TANAMAN YANG SESUAI
Boleh dikatakan semua tumbuhan berakar dan
lembut dan tidak berkasar:
Sayuran
Buah-buahan
Herba
Pokok hiasan
Sayuran
Sayuran yang mudah dan biasa di
tanam dalam sistem hidroponik:
Bayam
Kangkung
Sawi
Salad
Lettuce
Cili
Kailan
Buah-buahan
Buah-buahan yang biasa ditanam
dalam sistem hidroponik:
Kacang bendi
Terung
Tomato
Labu
Peria
Timun
Strawberry
HERBA
Herba juga biasa ditanam dalam
sistem hidroponik:
Pegaga
Misai kucing
Saderi
Pudina
Basil
Dill
Bawang
Sambung nyawa
TOPik 3
kelebihan dan kekurangan
HIDROPONIK Penanaman boleh
dilakukan di kawasan
Hasil pengeluaran tanah yang bermasalah Penyakit tanaman
dapat dikawal dengan
lebih tinggi
mudah
Kelebihan
hidroponik
Hasil tanaman Alatan yang Kawalan rumpai
lebih berkualiti digunakan mudah tidak perlu dilakukan
pasang
Kos yang tinggi
Perlu kemahiran Nyamuk aedes
memasang peralatan senang membiak
Jenis tanaman Kekurangan Penyakit cepat
yang terhad hidroponik merebak jika air
Memerlukan tercemar
keperluan asas yang
sempurna
TOPik 4
Gambar alatan dan bahan untuk
tanaman hidroponik
TAKUNG
Berfungsi untuk menakung air yang
mengandungi larutan nutrien.
Penutup takung
Berfungsi untuk memegang raga
tanaman.
Medium semaian
Dijadikan sebagai medium percambahan biji
benih.
Larutan nutrien
Sebagai sumber nutrien kepada
pokok.
Raga tanaman
Mengisi medium semaian seperti
bebenang atau span.
Gunting dan pisau
Berfungsi untuk memotong
medium.
Biji benih
Menghasilkan anak benih.
Air
Berfungsi untuk melembapkan
span atau reja benang ketika
menyamai biji benih.
TOPik 5
contoh-contoh biji benih
Biji benih peria Biji benih bendi
Biji benih timun
Biji benih cili Biji benih kailan
Biji benih sawi
TOPik 6
contoh gambar tanaman hidroponik
Saderi Salad
Strawberi
Sawi Lada benggala
Nota tambahan
Kaedah penanaman
fertigasi di
Malaysia
PENANAMAN MENGGUNAKAN STRUKTUR PERLINDUNGAN
HUJAN (SPH)
Penggunaan SPH dapat melindungi tumbuhan daripada hujan
lebat dan pancaran matahari yang terik. BumbungSPH biasanya
diperbuat daripada bahan plastik yang mempunyai lapisan
perlindungan ultraviolet (UV). Rangka bumbung boleh
menggunakan kayu, paip besi, plastik atau bahan-bahan kukuh
yang lain. Saiz SPH bergantung kepada kesesuaian tapak
pananaman dan kos. SPH akan lebih berkesan sekiranya jarig kalis
serangga dipasang sebagai dinding bagi mengawal serangan
serangga perosak. Kebaikan menggunakan Sph adalah seperti
berikut:
(a) Mengelakkan tanaman daripada cepat layu akibat
pancaran UV daripada cahaya matahari.
(b) Mengelakkan serangan atau penyakit yang disebabkan
oleh kulat.
(c) Mengurangkan penggunaan racun perosak.
PENANAMAN TANPA STRUKTUR
PERLINDUNGAN HUJAN
Tanaman fertigasi tanpa SPH boleh diletakkan di tempat yang terbuka.
Semasa musim hujan, air akan bercampur dengan air baja di dalam
polibeg. Ini akan mengakibatkan kandungan baja dalam media
tanaman menjadi cair. Penanaman perlu menggunakan racun kulat
dan racun serangga untuk melundungi tanaman mereka daripada
serangan penyakit.
PERBANDINGAN SISTEM
FERTIGASI DENGAN
SISTEM KONVENSIAL
KOMPONEN UTAMA
SISTEM FERTIGASI
SUMBER MEDIUM ALUR
KELUAR
Tempat bekalan Laluan Tempat keluar
nutrien penyampaian nutrien ke
tanaman
nutrien
SEKIAN TERIMA KASIH