The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORAINUN AZWA ABDUL GHAIS, 2021-05-14 05:32:20

LAPORAN FIQH MUAMALAT 1

LAPORAN FIQH MUAMALAT 1

KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA

FIQH MUAMALAT 1
(ECO2073)

HARTA PUSAKA- FARA’ID

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID KELAS
NORAINUN AZWA BINTI ABDUL GHAIS BMF20-07-033 DBF3A
AIMI NAJWA BINTI FADLUR RAHMAN BMF20-07-030 DBF3A
FATIN NURAMIERA BINTI ABDUL RAHIM BMF20-07-038 DBF3A
SAFFIYA FATIN ALYA BINTI MOHD FAIZAL BMF20-07-035 DBF3A
BMF20-07-032 DBF3A
NURAISHA BINTI AHGEMI

DISEDIAKAN UNTUK
MADAM ASHIKIN BINTI SALLEH

TARIKH SERAHAN TUGASAN
14 MEI 2021

PENGHARGAAN

Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kami
menyiapkan tugasan laporan tentang harta pusaka (fara’id) dengan jayanya. Pertama sekali, kami
menjulang sepenuh penghargaan kepada Madam Ashikin Binti Salleh, Pensyarah Fiqh Muamalat
1 (ECO 2073), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga telah banyak
memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan
ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus lumus
menghasilkan tugasan laporan ini dan juga turut bertukar-tukar idea dalam membantu kami
menyiapkan tugasan ini. Justeru itu, pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami
menyiapkan tugasan ini. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai, kerana
tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna.

Sekian, terima kasih.

ISI KANDUNGAN

NO. TAJUK M/S
1. Harta Pusaka 1-3
2. Faraid 4
3. Hibah 5
4. Harta Sepencarian 6-7
5. Wasiat 7-8
6. Isu-Isu Semasa
7. − Isu kurang ilmu cetus konflik perebutan harta 9-12
8. − Isu berkaitan tentang harta orang hilang (al- mafqud) 13-14
9. − Isu semasa tentang perwarisan harta pusaka anak angkat 15-18
10. Rujukan
19

DEFINISI HARTA PUSAKA (FARAID)
− Menurut kamus dewan, pusaka adalah harta benda yang ditinggalkan oleh orang yang
telah meninggal dunia dan hartanya akan diwarisi oleh ahli keluarganya sendiri.
− Pusaka di dalam bahasa arab dipanggil sebagai Al-Irth, Al-Wirth atau Al-Wirathah
manakala di dalam bahasa melayu dikenali sebagai warisan.
− Pusaka dari segi bahasa adalah perpindahan harta pusaka dari seseorang kepada
seseorang yang lain sama ada secara hakiki, hissi atau ma’nawi.
− Pusaka dari segi istilah adalah perpindahan harta, tanah, hak serta kepentingan yang
menjadi milik si mati kepada waris-warisnya yang masih hidup.

DALIL DISYARIATKAN PUSAKA

1

Maksudnya:
“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu
bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-
anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang
ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah
satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya:
satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi
jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka
bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara
(adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah
diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-
bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat
serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian
masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah
adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” – Surah An-Nisa: 11

JENIS HARTA PUSAKA
1. HARTA ALIH:
− Wang tunai sama ada dideposit atau disimpan.
− Syer, saham, debenture, atau sekuriti lain.
− Lesen, permit perdagangan, permit perniagaan atau komersial.
− Kenderaan bermotor, barang kemas, perabot rumah dan lain-lain.

2. HARTA TAK ALIH:
− Semua jenis tempat kediaman seperti rumah teres, pangsapuri atau kondominium.
− Bangunan seperti rumah kedai, ruang pejabat, atau warung.

2

PEMBAHAGIAN HARTA MENURUT ISLAM:

Perancangan pengurusan harta dalam Islam terbahagi kepada dua, iaitu perancangan harta
semasa hidup dan pembahagian harta selepas kematian pemilik harta. Di antara bentuk-bentuk
perancangan harta semasa hidup adalah seperti hibah, wasiat, wakaf, sedekah dan nazar.
Manakala, pengurusan harta selepas berlaku kematian pula ialah pembahagian harta pusaka yang
tertakluk kepada hukum faraid.
Walaupun faraid berperanan dalam urusan pembahagian harta pusaka, namun pengagihan harta
melalui cara tersebut mampu menjurus kepada masalah-masalah tertentu jika tidak diuruskan
dengan sempurna serta tidak difahami dengan betul Pembahagian harta pusaka bertujuan untuk
memberikan kepada yang berhak dan untuk membantu waris yang ditinggalkan.
Syarak telah menetapkan apabila seseorang itu meninggal, hartanya akan dibahagikan mengikut
pembahagian faraid. Pembahagian harta secara faraid adalah salah satu cara pembahagian harta
di dalam Islam. Ayat-ayat 7, 11, 12 dan 176 dalam surah al-Nisaa menggariskan panduan
berkenaan waris-waris yang berhak dan juga bahagian-bahagian yang harus diperoleh setiap
waris.
Antara perkara yang perlu diselesaikan ke atas harta si mati adalah zakat yang belum ditunaikan,
barang-barang gadaian yang belum ditebus, hutang si mati ke atas harta yang ditinggalkan, harta
sepencarian, wakaf, nazar, hibah yang telah sempurna rukunnya tetapi belum dipindah milik,
perbelanjaan pengebumian, hutang dan wasiat.

3

FARAID
• Dari segi Bahasa: Faraid mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan,
memastikan, menghalalkan dan mewajibkan.
• Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah
meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya.
Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya seperti anak, isteri,
suami, dan ibu menurut hukum Islam.

Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak
segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar) dan wasiat yang
dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). Bentuk harta yang boleh
dibahagikan secara Faraid ialah:
1. Tanah
2. Bangunan (rumah).
3. Barang kemas (emas, perak).
4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau.

RUKUN-RUKUN FARAID:

1. Muwarith
− Pewaris iaitu si mati yang meninggalkan harta.

2. Waris
− Orang yang mempunyai hubungan dengan si mati termasuk pertalian darah dan
hubungan perkahwinan.
− Orang yang mempunyai hubungan seperti di atas tidak terhalang mendapatkan harta
pusaka.

3. Harta warisan
− Segala harta kepunyaan si mati yang ditinggalkan dalam bentu harta boleh alih dan
harta tidak boleh alih.

4

HIBAH
Hibah dari segi istilah ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara
sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan
(iwad). Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian harta daripada satu pihak
kepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, bukan mengharapkan
pahala diakhirat dan memuliakan seseorang, dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau
seumpamanya.

CIRI-CIRI HIBAH:
➢ Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak.
➢ Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat.
➢ Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).
➢ Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah. Ia dibuaT secara sukarela tanpa
paksaan.
➢ Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang
tertentu

RUKUN HIBAH
• Pemberi hibah (al-Wahib)
• Penerima hibah (al-Mawhub lahu)
• Barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub)
• Sighah iaitu ijab dan Kabul

5

HARTA SEPENCARIAN
Harta sepencarian adalah harta yang diperoleh dalam masa perkahwinan seorang suami dengan
isterinya hasil daripada sumber-sumber atau usaha mereka bersama.

Harta sepencarian wujud dalam tiga keadaan iaitu:
1) Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut
syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’, dengan usaha bersama mereka.
2) Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut
syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’, dengan usaha tunggal satu pihak kepada
perkahwinan itu.
3) Harta yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah dimajukan pada
sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang
ditentukan oleh Hukum Syara’ oleh pihak yang satu itu atau dengan usaha bersama suami isteri.

➢ Jika si suami yang menceraikan tanpa ada sebarang kesilapan di pihak isteri
suami mestilah memberi nafkah selama tiga bulan dan semua harta perlu dibahagikan.
Harta yang merupakan senjata atau alat perang diserahkan kepada suami. Dia juga akan
menanggung apa-apa hutang atau cukai. Sementara semua perkakasan rumah dan
tembaga akan diserahkan kepada isteri. Isteri juga akan mendapat rumah perkahwinan
yang mereka diami serta tanah.

➢ Jika si isteri yang memohon cerai
Isteri hanya akan memperoleh perceraian jika dia dapat membuktikan kesnya (fasakh)
dan selepas perceraian, isteri perlu mengembalikan semua harta boleh alih kepada
suaminya. Ini bermakna, mengikut adat Temenggung, isteri tidak boleh memohon cerai
dan jika dia berbuat demikian, dia kehilangan hak harta boleh alih daripada suaminya.

➢ Undang-undang adat Temenggung ini berbeza-beza dari satu negeri ke negeri yang lain.
Contohnya di Perak, apabila perceraian berlaku, seorang isteri yang telah
menyumbangkan usahanya mengerjakan tanah milik pasangan tersebut, adalah berhak
ke atas separuh daripada tanah yang diperoleh ketika perkahwinan.

➢ Sedangkan, jika dia tidak memberikan apa-apa sumbangan, dia tetap akan mendapat 1/3
daripada harta sepencarian.

6

➢ Prinsip yang sama juga terpakai seandainya mana-mana pasangan meninggal dunia.
Harta yang selebihnya akan diberikan kepada anak-anak atau ahli keluarga yang lain
mengikut hukum faraid.

WASIAT
Wasiat dari segi istilah ialah pemberian atau sumbangan oleh seseorang kepada orang atau pihak
lain setelah dia meninggal dunia sama ada perkataan wasiat itu diucapkan atau tidak. Menurut
mazhab Syafie, wasiatialah pemberian suatu hak yang boleh dilaksanakan selepas berlakunya
kematian pewasiat sama ada dengan menggunakan lafaz atau tidak. Manakala menurut Abdul
Karim Zaydan, wasiat ialah memberi milik kepada seseorang secara sukarela yang dilaksanakan
selepas kematian pewasiat sama ada benda atau manfaat. Ada juga fuqaha’ yang mentakrifkan
wasiat sebagai suatu pemberian oleh seseorang kepada pihak yang lain sama ada benda, hutang
atau manfaat untuk dimilik olehpenerima wasiat akan pemberian tersebut selepas kematian
pewasiat.

PENSYARIATAN WASIAT
Pada peringkat permulaan Islam, seseorang itu diperintahkan untuk berwasiat kepada kedua ibu
bapa dan kaum kerabat yang terdekat, firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat ke 180
yang bermaksud:
“Diwajibkan atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika
ia meninggalkan harta yang banyak, (hendaklah ia) berwasiat untuk ibu bapa dan kaum
kerabatnya dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas
orang-orang yang bertaqwa.”

Tetapi kebanyakan para sahabat seperti Saidina Abu Bakar, Ali, dan lain-lain berpendapat bahawa
hukum wajib tersebut telah dimansuhkan dengan turunnya ayat Al-Mawarith iaitu ayat 11,12,
dan 176 surah al-Nisa’, ayat tersebut secara khususnya menyentuh peruntukan bahagian-
bahagian yang telah ditetapkan ke atas waris dalam pembahagian harta pusaka. Perintah wajib
telah dimansuhkan tetapi wasiat ini menjadi perbuatan yang sangat digalakkan iaitu disunatkan,
sebaik-baiknya wasiat ke atas keluarga yang miskin dan anak yatim yang tidak berhak untuk
mendapat harta pusaka. Dari amalan para-para sahabat, ia menunjukkan bahawa berwasiat
dengan sebahagian harta mereka adalah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

7

Terdapat beberapa sebab kenapa muslim perlu berwasiat:
➢ “Tiap-tiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati” (Surah Ali-Imran: ayat 185)
➢ Mahu ketenangan hidup di dunia, kejayaan hidup di akhirat.
➢ Mendapat pahala berpanjangan selepas kematian.
➢ Hutang dunia dan akhirat selesai. “Diampunkan semua dosa bagi orang yang mati syahid
kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)” (Riwayat Muslim).

8

ISU-ISU SEMASA

ISU KURANG ILMU CETUS KONFLIK PEREBUTAN HARTA
Raja Noraina Raja Rahim
[email protected]

GAMBAR HIASAN
Kuala Lumpur: Masih ramai masyarakat Islam di negara ini kurang pengetahuan dalam ilmu
pengurusan harta pusaka menyebabkan berlakunya pertikaian sehingga tercetus konflik
perebutan harta.
Pengarah Bahagian Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)
Persekutuan, Baharuddin Aziz berkata, pengetahuan mengenai tertib pengurusan harta penting
bagi memastikan pembahagian mengikut ketetapan dalam Islam.
Katanya, harta pusaka adalah peninggalan si mati yang perlu diuruskan waris masih hidup
dengan tertib.
“Proses pengagihan harta menjadi lebih rumit sekiranya berlaku isu waris bertindih, penipuan dan
pertikaian dalam kalangan waris.
“Selain itu, kebanyakan masyarakat juga beranggapan wasiat kepada waris adalah memberi hak
terus kepada waris.
“Jika waris lain tidak bersetuju, maka wasiat itu tidak boleh dilaksanakan dan perlu mengikut
faraid,” katanya 9erjay menambah 9erjay faraid wajib dipatuhi waris.
Beliau berkata demikian semasa pembentangan Kursus Pengurusan Harta Keluarga Islam Siri
2020 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini, hari ini.
Baharuddin berkata, banyak kes wasiat kepada waris apabila dibawa ke Pejabat Pusaka tidak
dipersetujui waris lain menyebabkan wasiat tidak dapat dilaksanakan mengikut kehendak si mati.
Malah, katanya, ejen wasiat tidak memperjelaskan keadaan sebenar kepada masyarakat
mengenai wasiat sekadar untuk menjual produk saja.

9

Untuk rekod, sebanyak 44,805 permohonan pengurusan pusaka diterima JKPTG membabitkan
262,226 waris sepanjang tahun lalu.
Daripada jumlah itu, sebanyak 18,212 kes berjaya diselesaikan.
Disiarkan pada: September 9, 2020 @ 5:44p

HURAIAN:
Pertelingkahan atau pertikaian sesama waris merupakan salah satu isu yang wujud dalam

permasalahan pengurusan harta pusaka. Hingga kini, isu ini merupakan isu yang sering dihadapi
di dalam negara ini. Namun begitu, ianya jarang berlaku dalam pengurusan harta pusaka ringkas
secara berwasiat memandangkan si mati telah meninggalkan beberapa ketetapan dalam
menguruskan harta pusaka melalui wasiatnya. Pertikaian antara waris boleh berlaku pada awal
atau pertengahan proses pengurusan harta pusaka. Pertelingkahan ini berkemungkinan juga
wujud disebabkan selepas berlakunya kematian terdapat waris yang tidak berpuas hati dalam
sesuatu perkara semasa pengurusan jenazah. Sebagai contoh, terdapat waris yang sengaja ingin
merampas atau menguasai harta si mati untuk kepentingan sendiri dan mempunyai rasa sifat
tamak akan harta.

Sekiranya harta si mati belum mempunyai seorang pentadbir dan tiada bentuk persetujuan
dilakukan, waris-waris yang bertikai boleh mengambil langkah untuk melantik seorang pentadbir
harta di Mahkamah Tinggi Sivil. Waris-waris beragama Islam perlu mendapatkan sijil Faraid di
Mahkamah Syariah. Perintah Faraid merupakan satu akuan rasmi yang mengandungi maklumat
tentang nilaian harta pusaka si mati, senarai waris yang beragama Islam serta bahagian-bahagian
yang berhak mereka peroleh ke atas harta pusaka setelah pengiraan faraid dilakukan dan
disahkan oleh Mahkamah Syariah. Secara umumnya, Islam telah menyatakan bahawa sebarang
permasalahan, pertikaian atau perbantahan yang berlaku hendaklah dirujuk dan dilihat kembali
kepada al-Quran dan Sunnah.

10

KAEDAH PENYELESAIAN BAGI ISU PEREBUTAN HARTA:

1. Melakukan kaedah hibah.
- Hibah ialah pemberian harta oleh pemiliknya ketika dia masih hidup kepada
seseorang secara sukarela atas dasar kasih sayang tanpa mengharap sebarang
balasan.
- Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan dia mempunyai
keupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf.
- Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf, hibah boleh diberikan kepada walinya
atau pemegang amanah bagi pihaknya.
- Pemberian hibah tidak mengecualikan sekumpulan orang yang lain bagi
mendapatkan haknya sepertimana dalam wasiat yang mengecualikan waris
sebagai penerima wasiat.

2. Menggunakan kaedah takharuj.
- Takharuj bermakna ahli waris menarik diri daripada menerima bahagian harta
pusaka sama ada sebahagian atau kesemuanya dengan memberikan bahagiannya
itu kepada waris lain sama ada dengan balasan atau tanpa balasan.
- Konsep ini dibenarkan dalam Islam dengan syarat semua waris yang terlibat
bersetuju.
- Takharuj merupakan jalan penyelesaian alternatif. Ia merupakan perdamaian atau
muafakat sesama waris dengan berasaskan kepada prinsip reda dan tolak ansur.
- Waris yang menarik diri boleh bersetuju sama ada untuk menerima balasan,
imbuhan atau ganti rugi sebagai ganti tidak mengambil bahagian dalam harta
pusaka atau menolak bahagiannya dengan sukarela tanpa apa-apa balasan.
- Penolakan atau penarikan ini dibenarkan oleh syarak kerana ia dilihat menepati
ciri-ciri keadilan dalam Islam dan mampu mencapai matlamat pembahagian
pusaka sebenar.
- Kaedah ini membenarkan setiap ahli waris memilih cara terbaik dalam
menyelesaikan permasalahan tentang isu pembahagian harta pusaka.

11

3. Melantik seorang pentadbir harta.
- Waris-waris boleh bersepakat untuk melantik seorang pentadbir bagi mentadbir
harta pusaka si mati.
- Pentadbir yang diamanahkan akan melaksanakan urusan pusaka si mati hingga
selesai.
- Pentadbir yang dilantik boleh membuat permohonan perintah faraid di mahkamah
Syariah untuk penentuan waris-waris yang berhak ke atas harta pusaka si mati.

12

ISU BERKAITAN TENTANG HARTA ORANG HILANG (AL- MAFQUD)
“ORANG hilang atau dalam bahasa Arab disebut Al-Mafqud merupakan golongan yang tidak pasti
keadaan sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia. Isu Al-Mafqud menjadi perhatian
semenjak tragedi MH370 yang dilaporkan hilang sejak 2014. Isu Al-Mafqud ini sebenarnya bukan
menimbulkan persoalan dari aspek status sahaja, bahkan menimbulkan persoalan mengenai isu
pengurusan harta milik Al-Mafqud disebabkan sepanjang tempoh kehilangan Al-Mafqud tersebut,
hartanya dibekukan.
Bagi menyelesaikan isu harta tanah Al-Mafqud perlu mendapat perintah dari mahkamah. Wujud
kekeliruan pula dikalangan masyarakat Islam samada untuk memilih Mahkamah Syariah atau
mahkamah Sivil. Sistem perundangan Syariah, Deklarasi Anggapan Kematian digunakan dalam
proses pembubaran perkahwinan antara suami isteri sahaja. Tempoh diperlukan negeri-negeri di
Malaysia kecuali Terengganu adalah 4 tahun manakala Terengganu 7 tahun.
Manakala bagi isu harta pewarisan Al-Mafqud memerlukan Deklarasi Anggapan Kematian yang
dikeluarkan oleh Makhamah Tinggi Sivil iaitu selepas 7 tahun. Selepas tempoh ini, pihak waris
atau pihak yang berkepentingan boleh memohon dengan Mahkamah untuk mengeluarkan
perintah Anggapan Kematian.”

HURAIAN:
Wujud dua keadaan biasa berlaku iaituAl-Mafqud sebagai orang yang mewariskan harta dan Al-
Mafqud sebagai ahli waris yang akan menerima warisan. Jika al-Mafqud sebagai orang yang
mewariskan harta, Ulama sepakat bahawa harta miliknya ditahan lebih dahulu sehingga jelas
statusnya atau perintah anggapan kematiannya dikeluarkan. Manakala jika al-Mafqud sebagai
ahli waris, al-Mafqud tetap berhak menerima bahagiannya seperti masih hidup sehingga disahkan
statusnya oleh mahkamah.

13

KAEDAH PENYELESAIAN ISU HARTA ORANG HILANG (AL-MAFQUD):
Para ulama bersepakat bahawa pengesahan kematian orang hilang dikira sebaik sahaja
diputuskan oleh hakim berkenaan kematiannya. (Al-Sarakhsi, 1993, al-Dasuqi, t.t, al-
Ghazali, 1996, Ibn Qudamah, 1968).
Mereka juga sepakat bahawa hanya waris yang masih hidup ketika diisytiharkan kematiannya
sahaja yang boleh mewarisi hartanya. Sesiapa yang meninggal sebelum daripada itu tidak akan
mendapat pewarisan sebagaimana tercatat di dalam syaratsyarat pewarisan harta pusaka.
Antaranya hendaklah dipastikan hidup waris berkenaan selepas kematian pewaris walau sekadar
satu detik. (Abu Bakr, 1904, al-Qarafi, 1994, al-Jamal, t.t, alBahuti, t.t).
Harta tersebut tidak dibenarkan untuk diagihkan sebelum hakim mengeluarkan pengesahan
kematian orang hilang tersebut, kerana apa yang telah ditetapkan berdasarkan kaedah Istishab
iaitu berdasarkan hukum asal, hukum tersebut hendaklah berkekalan mengikut hukum asal dan
tidak boleh menetapkan sesuatu yang belum berlaku (Al-Kasani, 1986).
Ini berdasarkan kaedah fiqh: "‫“ "أن الحادث یضاف إلى أقرب أوقاتھ‬Hukum bagi sesuatu peristiwa
disandarkan kepada keadaan pada waktu yang terhampir” (Abu al-Abbas, 1985).

1. Perundangan undang-undang Sivil dan Syariah perlu diseleraskan terutama tempoh
menunggu Al-Mafqud bagi mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat.

2. Mewujudkan undang-undang khas perlu segeradigubal seperti yang telah dilakukan di
negara-negara luar Seperti Australia, Amerika Syarikat, Ireland dan Kanada bagi
menjamin kebajikan Al-Mafqud serta ahli waris.

3. Kewujudan majlis pemegang amanah harta Al-Mafqud yang bebas pengaruh politik perlu
ditubuhkan segera.

14

ISU SEMASA TENTANG PERWARISAN HARTA PUSAKA ANAK ANGKAT

“ARWAH bapa semasa hayatnya pernah memberitahu kami adik-beradik bahawa adik
bongsu kami adalah anak angkat yang dibinkan dengan bapa angkat iaitu bapa kami.
Sekarang usianya telah menjangkau 25 tahun. Arwah bapa telah meninggal dunia kira-kira
tiga bulan lepas. Arwah bapa meninggalkan kami anak-anak iaitu tiga lelaki dan dua
perempuan, berserta ibu (isteri arwah bapa) dan adik angkat.

Manakala harta pusaka yang ditinggalkan adalah tiga bidang tanah seluas 2-3 ekar setiap
satu, sebuah rumah lot banglo, sebuah rumah kondominium dan tiga buah kereta. Sehingga
kini, harta-harta pusaka tersebut belum dibahagikan lagi. Arwah bapa juga tidak
meninggalkan wasiat atau hibah kerana terlantar sakit selama setahun sebelum meninggal
dunia. Persoalannya, adakah adik angkat kami layak menerima harta pusaka kerana telah
dibinkan dengan bin arwah bapa?”- (Sinar Harian Online, 31 November 2018)

HURAIAN:

‫ا ْل َوا ِلدَا ِن‬ ‫تَ َر َك‬ ‫ِّم َّما‬ ‫نَ ِصي ٌب‬ ‫َوا ْْلَ ْق َربُو َن َو ِللنِّ َسا ِء‬ ‫ِلَِّلوا ِّْرْلَ َْجقا َر ِلبُونَ َن ِ ِصمي َّما ٌب َق َّلِّم َِّمماْنهُتَأَ َْرو َك َكثُاَ ْرل َونَا ِل ِدَصاي ِبًنا‬
﴾٧﴿ ‫َّم ْف ُرو ًضا‬

Maksudnya: Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat,
dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat,
sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah
diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).

Surah al-Nisa’ (7)

Menurut Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan ayat ini berkata bahawa terdapat tiga faedah yang
boleh diperolehi daripadanya, antaranya ialah menerangkan bahawa salah satu illah atau sebab
kepada perwarisan adalah ‫( القرابة‬al-qorobah) iaitu hubungan kerabat. Keduanya, umum ayat ini
pada semua ‫ قرابة‬sama ada dekat ataupun jauh. Dan ketiga, keumuman semua jenis bahagian
yang telah ditetapkan Allah S.W.T. [Lihat: Tafsir al-Qurtubi; 5/46].

Berbalik kepada isu perwarisan harta pusaka berkenaan anak angkat, maka perlulah meneliti
terlebih dahulu akan apa yang dimaksudkan dengan anak angkat, dan juga perlu dilihat pada

15

sebab-sebab perwarisan yakni sebab yang membolehkan seseorang itu mewarisi harta
peninggalan seseorang.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, anak angkat bermaksud anak yang diambil dan dianggap
sebagai anak sendiri. Ini bermakna, anak angkat tidak mempunyai sebarang pertalian darah
dengan bapa angkatnya. Dalam ilmu perwarisan atau dalam bahasa arabnya, ilmu faraid atau
ilmu mirath, ulama’ telah meletakkan sebab-sebab yang membolehkan bagi seseorang itu
mewarisi harta si mati pada tiga perkara iaitu:

• Hubungan keturunan
• Pernikahan
• Wala’ (Pembebasan hamba)

[Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab; 16/53]

Namun, ulama’ kontemporari menambah satu lagi sebab perwarisan pusaka iaitu Islam.
[Lihat: al-Fiqh al-Manhaji; 5/75].

Jika dilihat dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (5/75), harta pusaka adalah hak milik yang boleh
dibahagikan kepada sesiapa yang berkelayakan selepas kematian pemiliknya sama ada kerana
hubungan kekeluargaan atau seumpamanya seperti hubungan perkahwinan dan wala’.

Maka, berdasarkan kepada definisi harta pusaka, sebab-sebab perwarisan serta maksud anak
angkat, dapat dinyatakan bahawa anak angkat tidak tersenarai sebagai waris yang berhak
mewarisi harta pusaka ibu atau bapa angkatnya mengikut hukum faraid. Hal ini kerana anak
angkat tiada sebarang hubungan pertalian darah secara syarak dan tidak boleh dinasabkan
kepada bapa angkat sekalipun anak angkat tersebut telah dibinkan kepada bapa angkatnya di
dalam sijil kelahiran.

Meskipun begitu, tiada hak untuk mewarisi harta pusaka, tidak bermakna anak angkat juga tidak
berhak untuk memperolehi harta pusaka dengan cara yang lain seperti hibah dan juga wasiat.
Jika dilihat sebahagian ibu bapa zaman kini hanya membiarkan anak angkat mereka tidak
mendapat apa-apa disebabkan fahaman bahawa anak angkat tidak layak dan tidak berhak untuk
diberikan apa-apa atau sebahagian dari harta pusaka.

16

KAEDAH PENYELESAIAN DALAM MEMBAHAGI HARTA KEPADA ANAK ANGKAT:

1. Bahagi Harta Terus Kepada Anak Angkat
• Semasa hidup lagi, ibu bapa boleh membahagi harta kepada anak angkat. Ia juga
dipanggil sebagai hibah mutlak.
• Ibu bapa boleh pergi ke pejabat tanah dan memindahkan nama mereka kepada
anak angkat atau pergi ke pejabat ASN atau bank untuk memindahkan pelaburan
dan simpanan kepada anak angkat mereka.

2. Melakukan Hibah untuk Anak Angkat
• Ibu bapa boleh memberikan harta kepada anak angkat dengan cara hibah. Hibah
ini dipanggil hibah amanah.
• Hibah dalam konteks artikel ini ialah satu dokumen perundangan yang
menyatakan ibu bapa bersetuju memberi satu harta, contohnya rumah, kepada
anak angkat apabila ibu bapa meninggal dunia.
• Oleh kerana hibah ialah pemberian semasa hidup, maka ia tidak dikelaskan
sebagai harta pusaka, jadi ia tidak tertakluk kepada hukum Faraid. Oleh itu, waris-
waris tidak boleh menghalang hibah ini kepada anak angkat.
• Hibah ini ada fleksibilitinya. Sekiranya, anak angkat meninggal dahulu daripada
ibu bapa angkatnya, maka harta itu boleh berpindah balik kepada ibu bapa
angkatnya.
• Tanpa klausa ini, harta yang dihibahkan itu akan menjadi harta pusaka anak
angkat. Maka waris kepada anak angkat iaitu ibu bapa kandungnya berhak ke atas
harta pusaka ini.
• Hibah boleh juga dibatalkan dengan persetujuan ibu bapa dengan anak angkat itu,
jika klausa ini dimasukkan ke dalam dokumen hibah.

17

3. Memberi Harta kepada Anak Angkat Melalui Amanah Hayat (Living Trust)
• Ibu bapa boleh membahagikan harta kepada anak angkat melalui Amanah Hayat.
Bukan sahaja harta malah hasil-hasil yang diperolehi dari harta itu seperti sewaan
dan keuntungan pelaburan pun boleh diberikan kepada anak angkat.
• Konsep Amanah Hayat ialah bagaimana seseorang atau ibu bapa itu mengurus
dan memindahkan harta dari satu generasi ke satu generasi dengan licin tanpa
gangguan sebarang kematian pemilik harta atau waris-warisnya. Atau, Amanah
Hayat ini dapat meminimumkan risiko perebutan harta pusaka ibu bapa.
• Amanah Hayat biasanya melibatkan syarikat amanah selaku pemegang amanah
kepada pemilik harta itu.
• Dalam Amanah Hayat pemilik harta akan memindahkan secara legal sejumlah
harta ibu bapa kepada syarikat amanah.
• Dengan surat ikatan amanah (trust deed) antara ibu bapa dan syarikat amanah,
ibu bapa menyatakan dengan jelas apa yang mereka mahu syarikat amanah itu
lakukan.
• Dalam konteks ini, melalui surat ikatan amanah, ibu bapa yang membuat Amanah
Hayat boleh memindahkan sejumlah harta kepada anak angkatnya pada satu masa
atau memberikan sebarang faedah kewangan daripada harta dan pelaburan.

4. Buat Wasiat Bahagi Harta kepada Anak Angkat
• Membuat wasiat ialah pilihan paling mudah nak bahagi harta kepada anak angkat.
• Dengan berwasiat, hukum Islam membenarkan harta pusaka diberikan kepada
bukan waris maksimum 1/3 daripada baki harta. Baki harta bermaksud ia harta
setelah ditolak hutang-hutang si mati semasa hidup.
• Oleh kerana anak angkat bukan waris, dengan wasiat ia berhak mendapat harta
pusaka maksimum 1/3 yang tidak boleh ditentang oleh waris. Jika wasiat
pembahagian harta melebih 1/3 ia memerlukan persetujuan semua waris.

18

RUJUKAN
file:///C:/Users/USER/Downloads/14-Article%20Text-51-1-10-20170807%20(2).pdf
Penyelesaian harta Al-Mafqud perlu disegerakan (sinarharian.com.my)
Rahaman Rasid. (2019). Bahagi Harta Kepada Anak Angkat – Ibu Bapa Angkat Ada Lima

Pilihan. Retrieved From https://rahamanrasid.com/2019/11/28/bahagi-harta-anak-
angkat-ibu-bapa-pilihan/
Indera Shahril Mohd Shahid. (2018). Perwarisan Harta Pusaka Anak Angkat. Retrieved from
http://archive.sinarharian.com.my/sinar-islam/perwarisan-harta-pusaka-anak-angkat-
1.910422
Muhd Farhan. (2020). Al-kafi #1671: adakah anak angkat boleh mewarisi harta pusaka?.
Retrieved from https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4357-al-kafi-1671-
adakah-anak-angkat-boleh-mewarisi-harta-pusaka
Diyanah Rashid (ed.), Faraid: Pembahagian Harta Pusaka dalam Islam, (t.t.p):
(t.n.p), 2020…
t.p. (2021): Wasiat: Retrieved from
http://kelantan.jksm.gov.my/jksn/index.php/component/content/article/21-
joomla/components/211-wasiat?Itemid=951

19


Click to View FlipBook Version