EDISI JANUARI 2021
BULETIN
FARMASI
UNIT FARMASI KLINIK KESIHATAN BATU 2 1/2
DALAM EDISI INI :
KENALI ANTIBIOTIK IMUNISASI DAN AEFI
VAKSIN PNEUMOKOKAL
FARMAKOTERAPI DAN HEXAVALENT
BERHENTI MEROKOK
MIMSGATEWAY
PENYIMPANAN UBAT PEMULANGAN UBAT
ISI KANDUNGAN JUNE 2027
Kenali Antibiotik PENASIHAT
MUKA SURAT 1 NORMAWAR IBRAHIM
Imunisasi dan AEFI KETUA EDITOR
MUKA SURAT 5 AZURA SULAIMAN
Vaksin Pneumokokkal EDITOR
dan Hexavalent
TAY SUE CHYEN
MUKA SURAT 9 NUR SYAFINA
Farmakoterapi Berhenti
Merokok
MUKA SURAT 12
MIMSGateway
MUKA SURAT 14
Penyimpanan
Ubat
MUKA SURAT 15
Pemulangan
Ubat
MUKA SURAT 16
EDISI JANUARI 2021 1
KENALI
ANTIBIOTIK
Editor : Nur Syafina
Pengenalan : Apakah Antibiotik?
Antibiotik merupakan salah satu jenis ubat yang kerap digunakan dI
Malaysia. Malahan, ia merupakan ubat yang ke-9 paling tinggi
penggunaannya di Malaysia.
Antibiotik merupakan ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan
yang disebabkan oleh bakteria. Antibiotik tidak berkesan terhadap
jangkitan biasa seperti demam, selsema dan batuk yang disebabkan
oleh virus.
Kerintangan Antibiotik
Penggunaan antibiotik secara tidak
tepat atau berlebihan akan
menyebabkan kerintangan antibiotik.
Kerintangan antibiotik berlaku apabila
antibiotik hilang keupayaan untuk
membunuh bakteria dimana bakteria
menjadi kebal terhadap antibiotik.
Bakteria yang kebal akan
menyebabkan jangkitan menjadi lebih
teruk dan tidak boleh disembuhkan
dengan antibiotik biasa. Antibiotik
yang lebih kuat diperlukan bagi
melawan bakteria tersebut
Punca-punca kerintangan antibiotik 2
Penggunaan antibiotik yang berlebihan
Penggunaan antibiotik yang tidak tepat sebagai contohnya merawat
jangkitan yang disebabkan oleh virus dengan antibiotik seperti sakit
tekak, demam, selsema dan batuk biasa
Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh yang ditetapkan
Bagaimana cara pengambilan antibiotik
yang betul?
Baca, fahami dan patuhi arahan :
Kuantiti/Sukatan (dos) yang perlu
Masa pengambilan
Cara pengambilan antibiotik bergantung kepada
jenis antibiotik yang diambil :
Sebelum makan (satu jam sebelum makan)
Selepas makan
Simpan antibiotik mengikut arahan
Habiskan semua antibiotik walaupun
anda berasa sihat
Jangan berkongsi antibiotik dengan orang lain
Jangan gandakan dos walaupun
terlupa mengambil dos sebelumnya
3
Kumpulan Antibiotik
PENICILLINS
Amoxicillin
Cloxacillin
CEPHALOSPORINS
Cephalexin
Cefaclor
MACROLIDES
Erythromycin
Azithromycin
TETRACYCLINES
Doxycycline
Tetracycline
Kumpulan Antibiotik 4
SULPHONAMIDES/
TRIMETNOPRIM
Co-trimoxazole
QUINOLONES
Ciprofloxacin
Ofloxacin
AMINOGLYCOSIDES
Gentamicin
Neomycin
CARBAPENEMS
Imipenem
Meropenem
5
Apa itu
imunisasi?
Satu proses pembentukan imuniti.
Dilakukan melalui pemberian vaksin bagi
pembentukan antibodi untuk membina daya
ketahanan badan.
Boleh diberi secara suntikan atau melalui mulut.
Kenapa perlu
mendapatkan vaksin?
Melindungi daripada dijangkiti pelbagai penyakit cegahan vaksin
yang serius yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian.
Melindungi mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan
dan tidak sesuai menerima imunisasi
Mengelak berlakunya kejadian wabak penyakit cegahan vaksin.
Siapa yang perlu
mendapatkan
imunisasi?
Semua bayi, kanak-kanak dan murid
sekolah mengikut Jadual Imunisasi
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Orang dewasa seperti pengendali
makanan, anggota kesihatan, jemaah
haji dan umrah serta pengembara.
6
Senarai penyakit
pencegah vaksin
Tibi Measles
Hepatitis B Mumps (beguk)
Difteria Rubella
Pertussis Human Papilloma Virus (HPV)
Tetanus Japanese Encephalitis
1. Imunisasi adalah
SELAMAT.
2. Penggunaan Adakah 3. Diuji secara
dipantau secara klinikal
berterusan bagi
berskala besar
menjamin sebelum
keselamatan
dipasarkan
penerima. komersial
imunisasi
selamat?
4. KKM mendaftarkan 5. World Health
/ meluluskan vaksin Organization, WHO
sebelum boleh memantau
digunakan di Malaysia keselamatan vaksin
yang dipasarkan di
dan dimasukkan ke
dalam program im dunia.
unisasi.
DISEDIAKAN OLEH : PF KHAW & PRP SYAFINA
7
AEFI?Apakah itu
Kesan advers berikutan pelalian (AEFI), ataupun
Adverse Events Following Immunisation, adalah
sebarang kesan advers yang dialami selepas
menerima suntikan vaksin.
AEFI tidak semestinya mempunyai hubungkait dengan
pengambilan vaksin
Majoriti AEFI yang dilaporkan adalah ringan dan sembuh
dalam masa beberapa hari.
Contoh AEFI adalah seperti:
Bengkak atau kemerahan di tempat suntikan vaksin.
Demam, lesu atau kerengsaan (irritability) selepas
menerima vaksin.
AEFI serius atau yang memerlukan rawatan lanjut adalah
jarang berlaku.
NPRA sentiasa memantau keselamatan vaksin melalui
pelaporan AEFI.
Jika berlaku AEFI, sila dapatkan khidmat nasihat atau rawatan
jika perlu daripada fasiliti kesihatan yang terdekat.
AEFI juga boleh dilaporkan kepada pihak NPRA. Pelaporan
AEFI adalah salah satu cara untuk memastikan keselamatan
vaksin yang ada di pasaran.
Kaedah Pelaporan 8
AEFI
Anda boleh melaporkan AEFI melalui 2 cara :
Maklum kepada anggota Laporkan AEFI atas talian di laman
kesihatan di fasiliti kesihatan senawang rasmi NPRA
terdekat untuk membuat 1. Kunjungi www.npra.gov.my
laporan AEFI bagi pihak anda 2. Klik pada Report ADR as consumers
> [ConSERF Online Reporting]
Adakah semua AEFI yang dilaporkan
disebabkan oleh vaksin?
TIDAK. NPRA menerima semua laporan AEFI. Sesetengah kesan advers yang
dilaporkan tidak disebabkan oleh vaksin tetapi berlaku secara kebetulan
dan tiada hubungkait dengan pemberian vaksin. Hanya kerana ia berlaku
selepas pemberian vaksin, tidak bermakna ia disebabkan oleh vaksin.
Pesanan semasa melaporkan AEFI :
Sila berikan seberapa banyak maklumat yang boleh bagi memastikan
laporan anda lengkap
Pastikan nombor telefon atau e-mel anda ditulis pada laporan bagi
membantu pihak NPRA sekiranya maklumat lanjut diperlukan
Maklumat anda dirahsiakan dan tidak akan diberikan kepada sesiapa di
luar NPRA tanpa kebenaran anda
9
PELAKSANAAN PEMBERIAN VAKSIN
PNEUMOKOKKAL DAN HEXAVALENT
EDITOR : NUR SYAFINA
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan mengenai
pelaksanaan pemberian vaksin pneumokokkal dan hexavalent di bawah Program
Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak yang akan dilaksanakan di semua
Klinik Kesihatan KKM di seluruh negara.
Pemberian suntikan Vaksin Pneumokokkal di Klinik Kesihatan KKM akan bermula
pada 1 Disember 2020 untuk kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan
seterusnya.
Manakala pemberian suntikan Vaksin Hexavalent diberiakn bermula seawal
bulan September 2020 hingga 31 Disember 2020. Semua bayi yang datang ke
fasiliti kesihatan KKM seawal bulan September 2020 layak menerima vaksin
Hexavalent bergantung kepada ketersediaan vaksin tersebut.
Contoh Vaksin Hexavalent
(Jenama : Hexaxim)
Contoh Vaksin
Pneumokokkal
(Jenama : Synflorix)
10
APAKAH PENYAKIT
PNEUMOKOKKAL?
Penyakit pneumokokal merupakan jangkitan yang disebabkan oleh bakteria
yang dipanggil Streptococcus Pneumoniae dimana ia boleh menjangkiti semua
golongan umur namun lebih sering menjangkiti kanak-kanak dan warga tua.
Bakteria ini dikatakan dapat menyebabkan jangkitan paru-paru, meningitis,
sepsis, sinusitis dan otitis media. Walaupun terdapat rawatan antibiotik bagi
penyakit pneumokokal, sesetengah strain pneumokokal mempunyai ketahanan
terhadap antibiotik.
SIMPTOM SIAPA YANG PATUT MENERIMA
PENYAKIT VAKSIN PNEUMOKOKKAL?
PNEUMOKOKAL
JANGKITAN PARU-PARU Tidak wajib bagi bayi yang sihat tetapi ianya
RADANG OTAK disarankan
Kanak-kanak yang mengalami daya tahan badan
yang lemah
Mereka yang menjalani pembedahan pembuangan
limpa atas sebab tertentu
Kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan
seterusnya layak menerima vaksin ini
JANGKITAN TELINGA
TENGAH
Kesan advers dipantau oleh 11
Bahagian Regulatori
Farmasi Negara (NPRA)
Bilangan suntikan
dikurangkan daripada 7
kepada 5
VAKSIN Digunakan oleh fasiliti
HEXAVALENT kesihatan swasta di
Malaysia pada tahun 2013,
tiada sebarang isu
keselamatan serius
dilaporkan
FARMAKOTERAPI BERHENTI MEROKOK 12
RAWATAN GANTIAN NIKOTIN
1) LOZENGE NIKOTIN REGIMEN
CARA PENGGUNAAN
Masukkan 1 biji lozenge dalam mulut dan biarkan ia larut selama 20 -30 minit
Tidak dibenarkan mengunyah dan menelan lozenge
Aktiviti makan dan minum 15 minit sebelum dan sewaktu menghisap lozenge adalah tidak dibenarkan
KESAN SAMPINGAN
Mual, sedu, pedih ulu hati, sakit kepala dan batuk
2) PENYEDUT NIKOTIN REGIMEN
Setiap bekas / katrij mampu membekalkan 4mg
nikotin dalam 80 sedutan.
Saranan tempoh maksimum penggunaan adalah
selama 6 bulan
Aktiviti makan dan minum sebelum dan sewaktu
K N O W L E D G E , A C T I O Nmenggunakan penyedut nikotin adalah tidak
dibenarkan.
A N D A C C O U N T A B I L I T YCARA PENGGUNAAN
3) GUM NIKOTIN KESAN SAMPINGAN
Iritasi setempat di dalam mulut dan kerongkong, batuk.
REGIMEN
Guna gum nikotin apabila timbulnya rasa hendak merokok.
Kunyah 8 hingga 12 gum nikotin sehari selama 3 bulan.
Rawatan boleh dihentikan apabila dos dikurangkan sehingga 1 atau 2 gum nikotin
sehari.
Maksimum dos adalah 60mg sehari.
Aktiviti makan dan minum 15 minit sebelum dan sewaktu menggunakan gum nikotin
adalah tidak dibenarkan.
CARA PENGGUNAAN
KESAN SAMPINGAN
Sakit / ulcer mulut, sedu, dispepsia dan sakit rahang
4) TAMPALAN NIKOTIN REGIMEN
13
Merokok 15 batang atau lebih rokok setiap hari : Merokok 10 batang atau lebih rokok setiap hari :
Merokok kurang daripada 10 batang rokok sehari :
Merokok kurang daripada 15 batang rokok setiap hari :
Kurangkan penggunaan tampalan dengan dos yang
berkurang sehingga anda berhenti menggunakan rawatan
tampalan nikotin
Jika hendak menggunakan Tampalan Niquitin lebih dari 6
bulan, sila rujuk Doktor atau ahli farmasi
CARA PENGGUNAAN
KESAN SAMPINGAN
Alahan kulit, gangguan tidur / insomnia dan mimpi yang jelas /vivid dream
RAWATAN GANTIAN BUKAN NIKOTIN
VARENICLINE Varenicline (nicotinic receptor partial agonist) adalah sejenis ubat yang tidak mengandungi nikotin.
Ia mengaktifkan sebahagian saraf pengesan nikotin dengan :
·
Mengurangkan ketagihan perokok dan gejala gian / withdrawal
Mengurangkan kesan keseronokan yang dirasai semasa merokok
REGIMEN
Pek permulaan Pek penyambungan
CARA PENGGUNAAN KESAN SAMPINGAN
Ambil bersama makanan yang tidak berminyak Mungkin menjejaskan keupayaan memandu dan
Ambil bersama segelas air mengendalikan mesin / jentera berat
Ambil pada waktu yang sama setiap hari Kesukaran untuk tidur, mimpi yang jelas (vivid
dream), loya dan muntah
14
Aplikasi MIMS GATEWAY merupakan satu aplikasi database
yang membolehkan pengguna memperolehi maklumat
berkenaan ubat-ubatan, interaksi di antara ubat-ubatan, serta
link percuma kepada aplikasi yang lain iaitu MICROMEDEX
(yang juga merupakan database bagi ubat-ubatan).
ISI KANDUNGAN Pencarian ubat
MIMSGATEWAY Interaksi dan Alahan Ubat
Farmakologi dan Farmakokinetik Ubat
MIMS Journal
Blue Book
Kalkulator
CPG
MIMS Carta Penyakit
MIMS Carta Klinikal
KENALI UBAT ANDA: 15
PENYIMPANAN UBATB E E C H T O W N E L E M E N T A R Y
K A T I ESimsuphaundisuaebrpaaehtrkmtaienynagnigkut bAmlausigainnirugkdmkeaagn/nutunuebablaaaatnnt
Peti sejuk : 2-8°C
Tempat dingin : 8-15°C
S M I T HSuhu Bilik : 15-30°C
tdeamnSkpjiaamauntphayakadnn-augrkibaTscaneatUalpadkamRiiaaNntKSEN EI GH T NTDAOEuDlabkkaAektpmaYdanaadrmtaiatechenaarhyrdiaiemydapaahn
ALI UBAT A
PENYIMPANAN UBAT
Jdakinedgcaualanalmsi idmpieaprtaainhsekujabunakt Elakskuuekbrhaaenutttnidmanyigkeadgenayirylaaainmnmgapan
Jalendmgibatbienalmipkspismmaeatppnayednartinuigbdai t Jaynagntaagnrtikseihlmalhuptpaanumtuabtat
PEMULANGAN UBAT 16
SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI UBAT YANG :
TELAH TAMAT TARIKH LUPUT
ROSAK, BERUBAH FIZIKAL ATAU WARNA
TIDAK DIGUNAKAN LAGI
DISIMPAN DALAM BEKAS YANG KURANG
JELAS LABELNYA
ANDA HARUS KEMBALIKAN UBAT ANDA KE
KAUNTER FARMASI UNTUK DILUPUSKAN
DENGAN CARA SELAMAT
BERIKUT ADALAH PERKARA
YANG ANDA PERLU LAKUKAN